Selasa, 20 Januari 2015

Lopak Kecil di Tepi Sungai








Ok. Ini entri pertama untuk tahun 2015. Aku tak nak bagi tau sebabnya kenapa aku dah lama tak menulis.  Sebab alasannya sama sahaja dengan alasan-alasan sebelum ini bila aku mula kembali menulis setelah lama senyap.

Hahahaha. Dah tahun 2015. Aku tak nak tulis dah ayat " kejap jer dah 2015".Fuck lah. Bukan aku baru tulis jer ker ayat tue pada 2 baris ayat sebelum ini meski aku kata tak nak tulis ayat tue. 

Sial lah. Ini buktinya, ada banyak perkara yang kau tak boleh lawan arus. Kau siapa lah sial. Nak lawan arus konon. Kuat mana sangatlah kudrat kau nak lawan arus.Aku teringat kata-kata sahabat aku, Kenshi namanya. Kata-kata yang dilontarkannya lama dahulu.  6 tahun yang lampau mungkin kalau tak silap aku lah. Kata-kata yang sehingga kini puN masih  membekas dalam ingatan aku.  Katanya dengan sedikit modifikasi ayat tanpa mengubah maksud asal ayat sebenar: "Tak payah nak berangan acah-acah nak jadi lopak kecil di tepi tebing sungai yang mengalir deras airnya".  Konon-konon nak try to be different from others (dialog dalam filem Terbaik Dari Langit). 


Kau hanya lopak kecil. Yang cuba duduk dalam dunia kecil dan sempit yang kau sendiri reka. Kau cuba mahu asing dan pinggirkan diri kau dari arus sungai yang sebelumnya pernah kau huni tapi tak 
mampu untuk melawan deras arusnya. Hati kau dahulunya keras mengatakan bahawa manusia yang menghuni di sungai itu dengan hanya mengikut arusnya tak lebih seperti sekadar boneka semata-mata. Ikut membuta tuli. Tapi siapa kau. Kuat sangat mana lah kau. Kau bukan siapa-siapa. Masih tak sedar lagi kah kau yang kau ini hanya bermimpi. Semua orang bermimpi. Siapa-siapa sahaja boleh 
bermimpi. Mimpi itu kan percuma. Tak menuntut bayaran. Tak perlukan wang. Tak berkehendakkan pada sebarang apa usaha sekalipun. Hakikat yang kau harus akui, bukan harus tapi dah jatuh hukum wajib adalah "dunia mimpi tak sama dengan dunia realiti".Berhentilah berkhayal dengan impian eutophia kau. Tak salah memasang impian tapi biarlah impian itu suatu yang realis. 


Justeru solusinya, kau hanya perlu keluar dari dunia lopak kecil itu dan terjun dalam sungai yang berada di sebelah lopak itu. Dan pabila telah kau berada di sungai, jangan pula kau lawan arusnya. Kalau kau tetap degil dengan prinsip dan falsafah lama kau, maka tiada maknanya kau keluar dari lopak dan terjun ke sungai. Apa yang perlu kau buat hanya ikut alunan gerakan arus sungai itu. Jangan sesekali kau lawan. Jangan bantah. Jangan berontak. 


Bila kau sudah berjaya pada tahap ini, maka bermulalah perjalanan kau menjadi seekor boneka yang hidupnya dikawal oleh seseorang yang tak kan pernah kau ketahui. Dia yang mengawal segala-galanya untuk kau. Dia yang menentukan segala-galanya. Apa yang baik dan apa yang buruk hanya ditentukan olehnya. Kau hanya perlu diam. Dan hanya ikut sahaja meski dia hanya mengawal kau dengan menggunakan tali. Tali itu lah jarak sama ada jarak pemisah atau jarak penghubung antara kau dan dengan Dia yakni orang yang mengawal dan menentukan segalanya untuk kau. Maka jadilah kau manusia yang tak punya prinsip. Tak punya pendirian. Tak punya falsafah. Tak punya pegangan. Dan kau akhiri sisa-sisa dan saki-baki umur kau tanpa sebarang apapun. Kau tak lebih hanya seekor boneka berbentuk manusia. 

Ya, kau hanya SEEKOR BONEKA. Sebab perkataan SEORANG MANUSIA tidak lagi layak dan pantas buat diri kau.





p/s: Bila aku baca balik tulisan ini, baru aku perasaan yang di awal tulisan ini aku sedikit terpengaruh dengan gaya perkataan makian yang sering diungkapkan oleh Padil yang mana kemudiannya kerap diulang sebut oleh Wandy sebagai bahan hiburan untuk dipertawakan secara terbahak-bahak. Antara rungutan makian Padil yang masih aku ingat : "Macam ini aku balik Melaka jelah sial!". KAH..KAH...KAH...





Tiada ulasan: