Jumaat, 5 November 2010

Nilainya sebuah CUTI

Hari ini hari cuti. Cuti Deepavali. Orang kerajaan tak keja. Tapi itu pun tak semua yang cuti. Sebab hal cuti tertakluk di bawah senarai negeri bukan dibawah senarai persekutuan. Maka pemberian cuti itu tertakluk kepada kerajaan negeri masing-masing. Penang cuti. Meskipun gua bukan orang kerajaan,hanya sekadar kuli kerajaan, tapi disebabkan kerajaan negeri pulau pinang cuti, maka gua pun dapat tempias cutinya sama. Tak ada apa yang menarik pun tentang "cuti" ini bagi orang-orang yang macam aku ini. Cuti atau tidak, sama sahaja. Tapi sekurang-kurangnya, gua dapatlah juga melantak tido sampai matahari tegak berdiri. Tapi kalau zaman kanak-kanak itu adalah nilainya jugak. Cuti masa gua zaman sekolah dulu sangat bermakna. Sangat dinanti-nantikan. Bila cuti sekolah menjelang, itu saat memang sangat bahagia. Gua waktu tu leh lah jugak melantak tengok kartun kat tv. Dari pagi sampai tengahari. Siang kang rehat kejap. Makan tengahari. Pastu sambung balik tengok tv. Petang karang lepas asar leh kuar main kat padang. Tv waktu gua zaman kanak-kanak sangat bermakna. Hanya itu sahaja hiburan yang gua dapat rasa. Lain hiburan tak ada. Nak gi vacation, memang haram lah nak dapat. Paling kuat pun, mak bapak gua akan bawa jalan-jalan kat tepi tasik yang ada taman permainan masa hujung minggu sambil makan asikrim kon 20 sen tu dengan kacang kuda. Paling best pun, mak bapa gua akan bawa gua gi fun fair..Itu pun dalam seumur hidup gua, gua boleh kira berapa kali gua gi fun fair.. Kat fun fair pun bukan semua permainan gua boleh main. Main yang baling2 gelung getah kat dalam cawan atau main baling bola ping pong dalam lubang, bapak gua tak kasi. Kata bapak gua, tue haram sebab permainan tue ada melibatkan pertaruhan dan nasib. Jadi kata bapak gua, itu namanya judi. Kalau lah bapak gua kasi, mana tau gua boleh dapat game tape tv tue ker sebagai hadiahnya..

Dulu zaman gua kecik2, hanya anak orang kaya jer yang ada game tape tv tue. Gua yang tak ada ini, biasanya akan menngempeng kat rumah member gua yang ada game tape tv tue. Kadang2 sampai ke petang gua lepak umah member gua tue. Mak gua kalau dapat tahu gua buat macam tue, mak gua akan jadi bara..Bila bara, dengan selambanya dia dok pi umah jiran aku, kemudian, piat telinga aku sambil heret aku balik umah untuk makan lunch...Itu kisah cuti gua zaman kanak2 lah...Sekarang ni zaman dah berubah dah..Nilai cuti pun mengikut pemahaman gua jadi berubah jugak..

Isnin, 1 November 2010

Mencari Makna Diri

Hujan membawa rasa dingin...
Kedinginannya mencengkam tulang...
Tubuh jadi longlai...
Enggan melepaskan pembaringan...
Agar terus lena dibuai mimpi...

Jauh sudah perjalanan...
Tapi masih jauh lagi yang perlu ditempuh...
Sehingga kini masih tercari-cari..
Apa itu makna diri...

Biarlah ia hanya tinggal soalan...
Tanpa sebarang jawapan...
Mana tahu...
Ada suara dari langit...
Bisa membisikkannya..

Itu fikir orang kosong...
Jiwa orang mundur...
Fikir orang kalah...

Sudah cukup lama tersungkur..
Tersemban...
Tak juga bangkit-bangkit...
Sampai bila harus begini???

Kedai Keling Bakar

Waktu kecil Sudin banyak dihabiskan bersama dengan nyaye dan ahli keluarga sebelah ibunya termasuklah mak cik dan pak ciknya. Sudin yang kulitnya hitam dengan rambut berpuntal-puntal dibahagian hujungnya gemar sekali bermain di luar kawasan rumah. Memang itulah ragamnya anak-anak kecil. Biasanya Sudin hanya bermain dengan Bahar. Sudin tidak dibenarkan bermain bersama anak jiran sebelah. Kawasan kampung Sudin tak sama macam kampung-kampung lain. Kampung Sudin merupakan laluan utama ke pekan. Jadi jalan kampung Sudin banyak kenderaan lalu-lalang. Maka mak Sudin tak benarkan Sudin keluar dari kawasan rumah. Sebab takut ditobrok oleh kenderaan. Biasanya Sudin main di halaman rumah. Permainan yang biasanya Sudin main adalah main tanah. Bersama dengannya ada sebiji dua buah lori dan jengkaut permainan yang dibeli oleh maknya di pekan. Sudin leka bermain dengan Bahar. Kadang-kadang masa panas mentari sedang rakus menggigit penghuni bumi, Sudin masih jugak bermain di luar. Mak Sudin sangat marah kalau anak-anaknya main di luar waktu hari siang. Mak Sudin selalu cakap : "kau ni dah lah hitam, main waktu panas kang, muka makin hitam macam Keling Bakar"...

Ya..Keling Bakar...Keling Bakar ni merupakan peniaga kedai runcit kat kampung Sudin. Dia selalu pakai baju pagoda putih dengan kain pelekat putih tanpa corak. Kain itu tidak disarungkan sepertimana kebanyakan orang Melayu pakai. Sebabnya Keling Bakar ini orang India...Dengar kata Keling Bakar ini memang berasal dari negeri India. Tapi dia dah masuk Islam..Memang orang India masa tu akan dipanggil sebagai Keling oleh orang Melayu...Keling Bakar tak pernah pun marah macam orang India sekarang yang akan melenteng dan sanggup berparang-parang kalau dipanggil "Keling".

Hujung kain bawah Keling Bakar, biasanya akan diangkat ke atas dan diselitkan dibahagian pinggangnya sehingga terbuka bahagian betisnya...Keling Bakar botak kepalanya...Dia fasih berbahasa Melayu...Kadang-kadang dia juga pandai cakap Jawa...Kampung Sudin memang kampung orang Jawa...Setiap petang merupakan hari yang paling disukai oleh Sudin dan Bahar...Sebabnya setiap petang, lepas mak Sudin pulang kerja, mak akan bawa Sudin dan Bahar ke kedai Keling Bakar dengan menaiki motor Suzuki RC 80cc..Setiap hari, menu jajan yang dibeli Sudin dan Bahar selalu bertukar ganti. Sudin paling gemar makan jajan perisa durian-jagung. Salah satu sebabnya kerana isi kandungannya banyak sekali jika dibandingkan dengan jajan lain. Tapi Sudin dan Bahar telah diberi peringatan oleh maknya yang diorang hanya boleh amik jajan atau cekedis yang harganya tidak lebih daripada 5o sen. Cuma kadang-kadang kalau ibu berasa murah hati, barulah Sudin dan Bahar dapat makan aiskrim 'Konetto"...

Masa tu aiskrim "Konetto" memang menjadi idaman budak-budak kecil...Bukan selalu sangat boleh makan aiskrim 'Konetto'. Mak kata aiskrim "Konetto" mahal harganya. Mak Sudin selalu kata : "Mak bukan orang kaya, duit kena kumpul dan simpan". Bila dah dapat asikrim Konetto tue, Sudin dan Bahar takkan makan terus. Malah antara mereka akan tunggu salah seorang makan dulu, barulah yang seorang lagi makan.. Tapi biasanya kedua-duanya tak mahu mengalah. Bukannya apa, apabila salah seorang sudah abis konettonya, maka yang seorang lagi tu bolehlah berasa bangga sebab konettonya belum abis dan kemudiannya bolehlah makan sambil menunjuk-nunjuk di depan yang satu lagi. Mak faham akan kerenah anak-anaknya itu..Maka bila perangai itu berlaku, mak akan cakap : " Siapa yang abiskan asikrim tu dulu, nanti makan mak akan suap nasi kepal".