Jumaat, 20 Ogos 2010

Jangan tewas

Pendidikan itu
Mustahak….
Penting….
Bermakna….
Bererti…..
Berguna…..
Bernilai….

Jangan biarkan
kemiskinan…
Kebuluran….
Kehausan….
Kelaparan….
Kemarau….
Banjir….
Bala….
Malapetaka….
Menghalang kita mendekatinya….

Biarlah
Halangan….
Dugaan…
Cabaran….
Rintangan…
Datang bertimpa2…
Namun jangan sesekali kita tewas…
Tersungkur di tengah jalan….

Isnin, 16 Ogos 2010

Celakanya hari itu

Lebih kurang jam 6.32 petang iaitu sejam lagi menanti masa berbuka puasa, aku mengerakkan roda motosikal aku menuju ke Queensbay (sebuah pusat membeli-belah yang agak terkemukalah jugak). Tujuannya hanyalah mahu membeli sebuah komik. Judulnya misteri naga. Aku melalui jalan Sg. Dua. Melintasi lampu trafik Sg. Nibong. Kemudian memparkir motosikal di tempatnya. Berjalan masuk ke pintu plaza tersebut. Terserempak dengan seorang awek yang memakai baju berwarna ungu. Memasuki kedai buku borders. Membelek-belek anak patung. Berjalan menuju ke rak buku-buku Melayu. Bosan. Seterusnya ke rak komik-komik berbahasa Inggeris. Tak ada duit. Mahal sangat harganya. Memasang impian untuk membelinya. Keluar dari kedai buku. Menaiki tangga bergerak. Bergerak ke tingkat atas. Berjalan ke arah kedai buku. Berdekatan dengan panggung wayang. Jumpa buku tersebut (misteri naga). Turun daripada tangga bergerak. Keluar daripada plaza tersebut. Menaiki motosikal. Melintasi lampu isyarat Sg.Nibong. Membelok ke kiri pabila bertemu lampu isyarat yang berhadapan dengan Tesco. Singgah di gerai air. Membeli air. Berhenti di gerai murtabak. Membungkus murtabak. Sampai di masjid. Menadah air oren. Azan berkumandang. Mengambil makanan. Makan secepat mungkin. Hisap rokok. Solat maghrib. Pergi ke fajar. Nak buka pintu. Kunci hilang. SIAAAALLLLLLLLLLLLLLLLLLLL….Baru nak melancap, kunci bilik dah hilang….Dah lah line tgh clear…roomate ucop tak ada…ucop balik kampung….Melepas peluang keemasan…..

Jumaat, 13 Ogos 2010

PROFESSOR LEORNARD YUZON ANDAYA

PROFESSOR LEORNARD YUZON ANDAYA

BA dalam bidang sejarah dari Universiti Yale, MA dan PhD dalam bidang sejarah Asia Tenggara dari Universiti Cornell. Beliau pernah memegang jawatan sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya, Universiti Nasional Australia, Universiti Auckland dan Universiti Hawaii dimana beliau telah bertindak sebagai professor dalam lapangan displin sejarah Asia Tenggara semenjak tahun 1993 lagi.

Beliau telah menulis secara meluas berkaitan dengan sejarah awal moden Asia Tenggara terutamanya sejarah berkaitan dengan Indonesia dan Malaysia. Terbitan pertama beliau adalah berjudul “The Kingdom of Johor, 1641-1728” (KL: Oxford University Press, 1971). Ini kemudiannya diikuti pula dengan terbitan yang berjudul “The Heritage of Arung Palakka: A History of South Sulawesi (Celebes) in Seventeenth Centry” (The Hague: Martinus Nijhoff, 1981) dan “ A History of Malaysia” (London: MacMillan, 1982).

Penerbitan beliau yang paling terkini pula adalah “The World of Maluku: Eastern Indonesia in the Early Modern Period” (Honolulu: University of Hawaii Press, 1993), edisi semakan (bersama Barbara Watson Andaya) iaitu “A History of Malaysia (London: Palgrave, 2000) dan “Leaves of the Same Tree: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka (Honolulu: University of Hawaii Press, 2008). Penerbitan yang bakal keluar pula adalah “Cambridge History of Early Modern Southeast Asia, yang mana dalam penghasilan karya ini juga dilakukan bersama Barbara Watson Andaya. Kajian beliau yang terkini pula adalah berkaitan dengan sejarah kelautan di Indonesia Timur pada era moden awal.

Khamis, 12 Ogos 2010

DIASPORA MELAYU

Sepagi yang tadi, kami menghadiri satu ceramah dan komentar yang menyentuh tentang hal-hal yang bersangkut paut dengan perihal “MELAYU”. Komentar tersebut disampaikan oleh seorang sarjana yang dilihat agak hebat dalam bidang sejarah dan pensejarahan di dunia Melayu. Sarjana yang dimaksudkan tersebut bernama Prof. Leonard Y. Andaya. Tajuk komentar tersebut berbunyi “Malays in the eastern diaspora in the early modern periode (1500-1800)”. Beliau cuba menghurai tentang persoalan yang berlegar dalam terminologi Melayu itu iaitu samaada yang meliputi tentang “siapakah Melayu”?, “proses perkembangan kebudayaan Melayu”. Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan terminologi “diaspora”. Istilah diaspora (bahasa Yunani kuno διασπορά, "penyebaran atau penaburan benih") digunakan (tanpa huruf besar) untuk merujuk kepada bangsa atau penduduk etnis manapun yang terpaksa atau terdorong untuk meninggalkan tanah air etnis tradisional mereka; penyebaran mereka di berbagai bagian lain dunia, dan perkembangan yang dihasilkan karena penyebaran dan budaya mereka.
Menurut Andaya, Melaka merupakan negara dan kerajaan contoh yang mana warisan “Melayunya” diguna-pakai oleh kerajaan-kerajaan lain yang terdapat di sekitar Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Antara kawasan yang penting dalam perkembangan kebudayaan Melayu itu adalah di kawasan Selat Melaka yang mana kawasan ini terletak di antara Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Hal ini kerana, kawasan ini merupakan kawasan yang mempunyai kaitan yang begitu akrab dengan kerajaan Melaka dimana penguasaan Melaka terhadap kawasan ini secara tidak langsung telah membawa kepada mudahnya perkembangan “Melayu” itu sendiri. Selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511, kerajaan lain telah mengambil peranan sebagai pengembang budaya Melayu. Antaranya kerajaan Johor dan Acheh. Maka menurut Andaya, “Acheh itu perlulah dianggap sebagai salah satu dalam dunia Melayu”. Antara yang menarik dalam seminar tadi adalah apabila sarjana ini mengemukakan bahawa salah satu kelompok masyarakat yang bertanggungjawab dalam mengembangkan “Melayu” itu adalah orang-orang Makassar. Sedangkan, kalau dikaji berdasarkan hikayat-hikayat lama seperti “Hikayat Hang Tuah”, maka dapat difahami bahawa hubungan orang Melayu dengan orang Bugis itu adalah tidak sebulu malah kedua-dua kelompok masyarakat ini salah bertelagah antara satu sama lain. Malah hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui karya-karya yang mewakili kaum masing-masing sepertimana “Tuhfat Al-Nafis” yang mewakili pihak Bugis manakala “Hikayat Siak” yang mewakili pihak Minangkabau yang mana istilah “Minangkabau” ini sebenarnya adalah merujuk kepada Melayu (berdasarkan sumber Portugis). Dalam kedua-dua karya penulisan ini, para pembaca dapat melihat betapa pertelagahan antara kedua-dua pihak ini begitu serius sekali. Namun begitu, ini tidak berlaku dalam sesi seminar yang disampaikan oleh Andaya. Malah hubungan yang digambarkan oleh Andaya antara Makasar dengan Melayu itu adalah agak akrab dan saling bersahabat. Kenyataan ini diperkuatkan lagi berdasarkan hujah yang didapati melalui tradisi lisan dimana orang-orang lama yang mendiami kawasan Selatan Sulawesi mengatakan bahawa Melayu itu merujuk kepada “ sesiapa sahaja yang memakai kain sarung”. Maka dengan itu, Melayu itu merangkumi Orang Pahang, Pattani, Cham, Minangkabau dan Johor. Disamping itu juga, masyarakat Makasar pada ketika dahulu begitu menitik-beratkan soal kepentingan Bahasa Melayu. Perkara ini dapat difahami apabila anak-anak diajar membaca dan menulis hikayat selain mempelajari adat Melayu. Selain itu juga, gadis-gadis Makassar dikatakan mempunyai kebolehan yang istimewa dalam menyampaikan dan melagukan syair bukan sahaja dalam bahasa Makassar tetapi juga dalam bahasa Melayu. Malah, perkara yang agak menakjubkan adalah penyebaran bahasa Melayu di kawasan Sulawesi bukanlah dijalankan oleh para masyarakat keturunan Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu tetapi penyebaran dan perkembangannya dilakukan melalui peranan orang-orang Makassar yang pada ketika itu bertindak sebagai pedagang. Daripada komentar yang disampaikan oleh sarjana Andaya, dapatlah difahami bahawa martabat Melayu itu begitu berkait rapat dengan hal-hal yang berkaitan dengan elemen perdagangan antarabangsa, Islam, bahasa Istana dan kesusasteraan.