Ahad, 16 September 2012

Hari Cuti Yang Produktif



Alhamdullilah...hari ini hari yang agak produktif dalam hidup aku...Sebabnya..aku tak bangun lewat sampai mentari tegak di atas kepala...Pada waktu selesai subuh, asalnya aku bercadang nak bersarapan di sebuah warung yang terdapat di batu uban..Tapi kemudiannya aku menukar fikiran..Aku ambil keputusan untuk jogging...Aku jogging di sepanjang pesisir pantai di kawasan SUngai Pinang...Sebuah kawasan riadah baru di pesisir pantai yang mana dikelilinggi perumahan baru sama ada perumahan yang bertingkat yakni berbentuk kediaman apartment mahupun perumahan berbentuk atas tanah...Kawasan ini merupakan kawasan baru..DIkenali sebagai Bandar Baru Sri Pinang..Terdapat restoran fast food jenama Burger King di sini...

Aku berjogging di sepanjang laluan yang disediakan...Melihat dan memerhati dua sudut ciptaan yang berbeza dimana d sebelah kanan aku adalah ciptaan Tuhan Allah dalam bentuk lautan, matahari, kabus, dan kawanan burung yang saling kejar-mengejar merentasi laut yang mana kadang kalanya, mereka menyelubuskan diri mereka ke atas permukaan laut dan kemudiannya naik semula ke awangan...Sungguh gembira sekali kawanan burung tersebut...

Manakala di sisi kiri aku pula ciptaan manusia yang mana memaparkan keangkuhannya sehingga tanpa segan silunya cuba memamah ciptaan Tuhan hingga akhirnya merosakkan keaslian dan ekosistem yang telah diatur Tuhan...Pada manusia ini, tiada apa yang perlu dipedulikan asalkan duit memenuhi kantung perut mereka...Bukan kah hidup hanya sekali???Anak-cucu tiada lah perlu kita fikirkan...Mungkin itulah yang tersemat di kepala otak manusia semcam itu...


Usai berjongging, barulah kemudiannya aku berkeputusan untuk sarapan...Tapi bukan di batu uban..aku mengubah rencana aku..Aku bersarapan di Taman Tun Sardon...Menunya adalah murtabak daging yang padat sungguh inti dagingnya disulam bersama 2 ketul epok-epok ubi kentang dengan minuman teh o suam...Harga teh o suam disini masih lagi menterujakan yakni hanya 60 sen sahaja...


Aku pulang ke bilik...hujan mulai turun..turun dengan lebat...


Usai solat zuhur...aku kemas bilik aku...menyusun atur kembali perkakas di bilik aku...memasukkan baju2 pakai aku selama 2 minggu ke dalam mesin...dan aku membiarkan mesin itu memainkan peranannya....

Ah...terima kasih Allah...kerana hari ini memberikan suatu hari cuti yang indah buat aku...

Petang nie nak main bola plk....

.......
.........

Khamis, 13 September 2012

Betapa Kecilnya Dunia Ini



"Dunia ini rupa-rupanya kecil ya, Amir"...Ratna mengungkapkan kata2 tue...


Ratna yang secara tetiba datang ke meja aku yang pada asalnya untuk berbincang sesuatu tentang perihal kajian megalitiknya itu, kemudiannya entah bagaimana terlencong pada motif asas nak berbual dengan aku tentang suatu hal yang langsung tiada kaitannya dengan megalitiknya itu...(tapi aku dapat rasakan yang Ratna tengah cari peluang nak cerita tentang hal ini dengan aku, maklumlah dah berbulan-bulan lamanya aku tak bersembang dengan dia)...

 Ratna memulakan bicaranya :

"Hari tu kan Amir, kunci bilik aku tertinggal, jadi aku terpaksalah tunggu roomate aku balik untuk masuk bilik...Pastu masa aku dok tunggu kat luar bilik tue...budak sebelah bilik aku tue dok asyik tengok aku...pastu dia tanya, kenapa kak?..aku pun jawablah yang kunci aku tertinggal dalam bilik...Pastu kan Amir, budak tue ajak aku dok tumpang bilik dia sementara nak tunggu roomate aku balik...Budak tue rupanya budak baru lah Amir...Aku tanyalah budak tue Amir, dia amik kos apa...Budak tue jawab yang dia amik kos SK (SAINS KEMASYARAKATAN)...Lepas tue, aku tanya dia dulu study mana...Dia cakap study kat uitm Merbok..Aku tanya lagi, dia amik kos per kat sana dulu...Budak tue jawab lagi yang dia amik kos pentadbiran...Then aku teringatlah kat satu hal...jeng..jeng..jeng...Aku tanyalah kat dia...kenal tak ISRN, dia amik pentadbiran jugak...sebenarnya Mir, aku ingat-ingat lupa sama ada ISRN ataupun ISKN...Pastu budak tue bagitau...ISKN lah kak...dia dulu dok satu bilik dengan saya...kata budak tue lagi...Aku persoalkan balik...bukan dia duduk umah sewa ker...budak tue balas lagi..yer..satu rumah dan satu bilik lah....Budak tue tanya aku balik, Mir...macam mana kakak boleh kenal dia""...jeng...jeng..jeng...(Aku tak nak cerita lagi...cukup sampai disini...hahahaha)....


Hahaha...rupa-rupanya budak tue adalah Tie...hahaha..yang lagi nak nampak dunia nie lagi kecik lagi...rupa-rupanya adik tie nie pun budak minor arkeologi dan Ratna pernah jadi tutor adik dia...hahahaha...Tie..Tie..Tie...Tahniah Tie, aku ucapkan sebab dah jadi student master kat usm nie...semoga berjaya ya Tie....


Ratna tanya aku lagi soalan maut yang selama ini aku cuba elak dan yang mana jika Ratna dan budak2 lain tanya, aku hanya akan jawapan mudah dan ringkas yang masih berunsurkan positif...

Tapi kali ini aku tak boleh mengelak...

Ratna : Kau masih dengan dia lagi ker???

Aku : Yup...

Ratna : Yeker nie??

Aduh...aku dah x boleh elak..dan perlu jujur...sebab Tie dok sebelah bilik dia, jadi aku jujur je lah...

Aku : ermmm....Dah tak macam dulu lagi tapi masih berkawan...




p/s aku tak pernah salahkan si dia...sebabnya aku dah banyak berjanji..dulu aku janji nak bina masjid masa aku abis degree..tapi aku extend lah plk...extend setahun plk tue...pastu aku abis degree..aku tak tunai lagi janji nak bina masjid sebab sambung master...then aku janji lagi lps si dia abis degree..n skang ni si dia dah abis pun...masih x dapat tunai janji lagi...entahlah...apapun maaf kan aku ya wahai kamu ISKN....

Isnin, 3 September 2012

Keluarga Besar Kami Raya 2012


Marhaban @ Baraan 2012

Nie adalah gambar-gambar sekitar marhaban atau baraan kat kampung saya pada hari raya baru ini



Layu - Malique feat Tun Dr Mahathir


Sempena Merdeka...saya malas nak beri komen banyak sangat....cukup hanya sekadar aku titipkan lagu berbentuk puisi dendangan Malique bersama undangan khas Tun Dr Mahathir...hayatilah kata-kata dalam lagu tersebut ya....






Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari melihat bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri


Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram kita baja 
tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
 13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek-moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya


Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu


Takkan Melayu hilang di dunia
Ya tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju

Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak


Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu


Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu

Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai





Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

......
.........
............

Kawen Oh Kawen

Sepanjang aku berada di kampung masa hari raya baru-baru ini, jasad aku tak abis-abis diasak dengan pertanyaan yang menyesakkan dada dan pemikiran aku...kalian tahukah apakah soalan itu???...biasalah...kalau umur dah peringkat macam aku nie...soalan tue tak lain dah tak bukan...pasal kawen lah...

"Kau bila nak kawen"....

hahahaha....kenapa lah nak tanya soalan yang macam tue...

letih lah nak jawab...setiap kali sedara atau kawan family aku datang beraya...soalan yang sama jer diorang tanya...apalah...

aku tak bagi jawpaan apa pun..aku hanya buat muka tak tahu...

sekarang bukan masa untuk fikir pasal kawen...sekarang adalah masa untuk fokus pada pengajian...

p/s rupa-rupanya Kak Aiza (pelajar PhD) tue dah hampir setahun tak dapat gaji...bahkan Kak Aiza tue, perlu ditegaskan disini bahawa Kak Aiza adalah seorang wanita ya dan telah berkeluarga...tenang dan rileks jer wajah dan kehidupan beliau...jadi aku yang lelaki dan masih bujang nie meski dah masuk 4 bulan tak dapat gaji patutnya perlu lebih rileks dan tenang...tak perlu nak mengelabah sampai dok katanya sibuk nak panggil peguam lah  (alah...tapi sebenarnya tue hanya sembang belakang tabir..biasalah Melayu...cakap depan2 x berani plk..jaguh kat belakang tabir jer...buatnya tidak pun...)...hahahah...rileks2 sudah...nie kerja tak tara mana...tapi bab duit kalau boleh sikit pun x bleh berlebih kurang...tapi bab amanah buat kerja boleh plk berlebih kurang..."Belajarlah untuk melihat orang yang lebih susah kehidupan materialnya daripada kita agar kita jadi lebih bersyukur atas nikmat yang telah Allah berikan"....
....
......
.......
.........

Selasa, 21 Ogos 2012

Marhaban atau Baraan Yang Hambar

syawal ketiga...keluaraga ibu aku ada yang sudah pulang ke kampung...yang pulang buat masa ini adalah keluarga cik na dan pak ngah..pagi tadi adalah giliran rumah kami untuk sesi marhaban atau dalam bahasa jawanya dikenali sebagai "baraan"...juadah yang kami hidangkan untuk tahun ini adalah sedikit ringkas dan mudah sahaja...yakni terdiri daripada 3 jenis kuih iaitu kuih seri muka, tepung pelita dan karipap atau orang Johor adakalanya memanggil kuih karipap sebagai "epok-epok"...hahaha...dah lama aku tak dengar panggil karipap dengan nama "epok-epok"...Disamping itu, kami juga sediakan hidangan puding buah-buahan ciptaan ibu aku...Maka pagi itu kami semuanya sibuklah dok sediakan menu hidangan ini...

Sekitar jam 11.00, pasukan atau ahli marhaban kampung tiba datang ke rumah...selepas bersalaman dengan tuan rumah, geng marhaban ini pun akan mengalunkan selawat..kemudian itu membaca doa bagi meminta rahmat dan barkah untuk tuan rumah...setelah itu, barulah geng marhaban ini menikmati juadah hidangan...

Suatu hal yang aku agak kesalkan bagi marhaban tahun ini adalah,jumlah penyertaannya sudah tidak semeriah sepertimana saat aku kecil dahlu..kini kebanyakannya golongan anak muda dah tak ikut serta...alasannya, sebab dah kahwin... x logik dan x ada kena- mengena langsung alasan itu...

Yang tinggal ikut serta, adalah yang tua-tua kerepot sahaja...dan ditambah dengan anak2 kecil dan beebrapa budak2 yang masih bersekolah...aku dapat rasakan yang budaya marhaban atau baraan ini suatu ketika akan pupus dan lenyap dalam adat budaya kampung gua...

Semakin kita mengejar kemajuan...akhirnya kita terpaksa melupakan sesuatu yang pernah menjadi asal akar kepada kewujudan kita...tolonglah..jangan jadi macam Melayu Penang...aku tak sanggup nak lihat dan rasai kondisi suasana seperti itu...dan yang paling aku tak nak tengok kat negeri Johor ini adalah jangan sampai pejuang melayu yang berkaca mata hitam kacak, berambut kaler2 kuning, dengan gelang tangan di tangan, pakai songkok dan berseluar jeans berarak agar kononnya kedaulatan Melayu-Islam itu perlu dipelihara...Tolong...Aku tak sanggup nak lihat, tak sanggup nak dengar...Tolong..sangat menjengkelkan pandangan mata....

Teman Pengganti - Black & Malique






Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
***

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir


Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna



Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


p/s Malique kini sudah tidak mahu menampilkan dirinya dikhalayak ramai...kebanyakan lagunya sejak menjak ini terkandung unsur-unsur kesufian....berdasarkan lirik ini...apakah akan ada sesuatu yang bakal berlaku sehingga Malique akhirnya akan mengasingkan dirinya (beruzlah) bagi memperoleh makam kasih sayang Allah yang tertinggi...melihat rahsia2 Allah dengan mata hati yang terletak dirusuk kiri yakni 2 jari dibawah bahagian susu badan....

Ahad, 19 Ogos 2012

Perihal Raya di Jajahan Takluk Negeri Johor



Masa adalah mahkluk ciptaan Allah yang salah satu sifatnya tidak pernah memungkiri atau mengkhianati tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya oleh Tuhan-Nya. Tiada pernah dia terlambat barang seminit pun atau tercepat sedetik pun dalam kerja amanahnya itu.. Hanya makhluk berakal ciptaan Allah sahaja yakni manusia yang sesetenganya lalai tentang betapa pentingnya kewujudan mahkluk bernama waktu itu....Kendatipun manusia itu adalah ashraful mahlukat yakni sebaik-baik mahkluk, namun alpa, leka dan lalai itu adalah suatu sifat yang sinonim dengan dirinya...Manusia lalai dan lupa yang waktu itu tidak pernah berkompromi dengannya walau dalam apa keadaan sekalipun....

Masa terus berjalan, berjalan, dan tetap terus berjalan tanpa menunggu kita...Kini seiring dengan perjalanan waktu yang panjang, maka perubahan yang berlaku dihadapan mata kasar kita juga telah mengalami suatu perubahan yang banyak disebabkan tempoh masanya yang panjang itu...

Sempena Hari Raya ini, dapat dilihat betapa sudah berapa banyak perubahan yang terjadi...Yang kalau direnung dalam2 ternyata ia sangat berbeza dengan masa lalu kita meski kadang kita berasa yang jarak tempoh masa lalu dengan masa kini seolah-olah hanya sedikit sahaja umpama baru terjadi pada hari semalam...


Aku pulang ke kampung halaman ku yang letak duduknya di selatan tanah air Malaysia yang tercinta ini...Menumpang kereta kawan...Berhenti singgah di beberapa buah tempat (Seri Iskandar, Sungkai, Gombak) atas sebab mengambil dan menurunkan rakan lain yang menumpang kereta yang sama...

Sepanjang perjalanan, aku tidak sabar mahu memasuki ruang jajahan negeri Johor...Hati aku tersangat tidak sabar..Tahukah kalian, bila kalian berkelana di kawasan yang meskipun tidak berapa jauh dari kampung halaman kalian, dalam tempoh masa yang panjang dan lama, kalian pasti dapat merasakan perbezaan yang dapat dirasai terutamanya dari sudut budaya yakni antara budaya kampung kalian dengan budaya tempatorang lain....

Aku ini sudah berkelana lebih kurang 6 tahun di Pulau Pinang...Sebuah negeri yang menurut aku agak kejam kerana budayanya yang aku pandang tidak kena dengan hati dan jiwa aku...Bukanlah disebabkan disana itu banyak Cinanya tetapi kerana disana itu Melayunya itu sudah tidak seperti budaya dan falsafah Melayu yang sebenarnya...Masyarakat melayu disana hidup dengan gaya seolah-olah berpura-pura sahaja...Mahu menjadi golongan urban meski tanggapan urban itu tidaklah lebih daripada sekadar cara berpakaian yang kononnya nampak lebih maju, tamadun, up-to-date, urban. Walhal, hakikat yang dapat ku lihat pada masayarakat di sana, nilai harga dirinya telah dijarah oleh bangsa yang pada asalnya dahulu cumalah sekadar imigran sahaja...Sangat menyedihkan...Sayu hati aku...Apa yang dapat aku simpulkan, masyarakat melayu Penang itu, mahu dirinya dilihat tinggi, hebat bagi seterusnya melahirkan rasa sombong dan angkuh di sanubarinya...Namun perlu dipertegaskan bahawa tidak semua berfe'el seumpama itu hanya kebanyakannya sahaja...Kasihan...

Aku bersama rakanku memasuki negeri Johor menerusi Tangkak...Kami memilih melalui jalan lama atau jalan luar, salah satu sebabnya adalah untuk merasai juadah berbuka puasa dibazar ramadhan dengan menu masakan orang Johor...Kami berbuka puasa di kawasan Parit Sulong yakni sebuah pekan yang telah lama tidak kukunjungi...Itu pun sebabnya aku tersalah masuk simpang walhal sebenarnya, kami tidak perlu pun melalui kawasan Parit sUlong untuk ke kampung kami....







Sepanjang perjalanan pulang, aku perhatikan suatu yang janggal dari sudut mata kepala aku sendiri...aku lihat agak kurang orang kampung yang pasang pelita atau juga panjut...aku rasa macam bukan suasana nak balik raya pulak kalau sepanjang perjalanan di kawasan kampung tanpa pelita...

Kalau dulu kat kampung aku lagi meriah...kampung di kawasan aku itu, ada jambatan yang merentasi sungai...jadi setiapa kali raya, orang kampung akan pasang pelita dengan binaan pintu gerbang pada jambatan tersebut yang mana binaan ini lebih kami kenali dengan istilah "ceketeng"...Tapi raya tahun ini (bukan tahun ini jer.sejak 3 kali raya yang lampau), kampung aku dah tak buat pun ceketeng itu...alasan klise, sebab budak muda-muda (bocah lanang) kat kampung aku dah kurang, kalau ada pun dah berumah tangga..jadi x adalah yang sukarela nak buat menatang itu...

Setelah aku amati, baru aku tahu kenapa orang Johor ini kurang pasang pelita atau panjut raya tahun ini...sebabnya Johor sekarang ni cuacanya hujan jer...jadi mungkin diorang malas nak pasang pelita ini...

Raya tahun ini pun agak kurang meriah buat keluarga aku...sebabnya, cik na, pak ngah, cik joe dan pak long untuk hari raya pertama tidak beraya bersama kami...mereka beraya bersama keluarga mentua mereka masing2...

Jadi disebabkan kurangnya 'askar", maka tugas2 menyediakan persiapan raya, terpaksalah terletak speenuhnya dibahu kami anak-beranak...

Kesian kat ibu...sebab tak ada anak perempuan..jadi kebanyakan kerja hanya ibu yang buat seorang...anak-anak ibu pula hanya dapat membantu sekadar yang mampu jer...maklumlah...kami tak pandai memasak...tolong- cuci ayam, daging itu jelah yang mampu...Kebanyakan kerja, ibu yang buat...dari memasak,mengemas dan menyapu rumah...


Malam raya pun dah x meriah..sebab dah x ada kawaan yang nak ajak lepak2 n jalan2 kat ekspo ramadhan..sebab faham2 jelah...orang dah berumah tangga..dah ada komitmen..maka,malam raya aku hanya lepak dengan adik aku tengok arsenal lawan sunderland dan kemudiannya beli-belah sikit kat ekspo itu....

Tambah sedih lagi, raya tahun ini aku pokai sebab x dapat gaji 3 bulan dah..jadi muka toya je lah...hahaha..sebaliknya, tengok adik gua syok jer..shopping beratus2...sampai beli bunga api dan mercun jer pun boleh habis sampai rm200...maklumlah...adik gua tue dapat bonus 7 bulan gaji...mana taknya syok raya dia...


Pagi raya lepas salam n cium tangan ibu, aku, ayah,hadi dan ucop gi solat aidilfitri kat masjid...pastu pergi ziarah kubur arwah atuk dan nenek gua...(ah aku sangat merindui Al-Marhum Haji Hussain B Haji Yusoff)....

Balik dari kubur..apa lagi..dok melangok jelah...sebabnya, raya tahun ni, marhaban @ baraan hanya bermula pada hari kedua...rumah gua pula, turn-nya jatuh raya ketiga,,..nasib pak cik/mak cik aku dah balik masa itu...jadi kurang lah beban gua sikit nak tolong2 sediakan dan masak2 juadah marhaban karang ni kan...

Masa aku baru sudah menyelesaikan perenggan atas karangan raya aku nie...mak aku panggil sebab kawan aku datang beraya umah...

Ibarahim atau aim datang bersama anak dia yang bernama Ismail...Tetap sama seperti dulu...tetap istiqamah dengan usaha agama walau pelbagai dugaan dan rintangan yang melanda...Dialah kawan aku yang seringkali mengingatkan aku tentang soal kampung akhirat tentang penting buat usaha agama supaya mana agama dapat terus kekal mekar dalam kehidupan sanubari...Doakan aku ya Ibrahim untuk mendapatkan taufik dan kekuatan kembali buat usaha agama...dan tersimpang jauh sangat nie aim...Alhamdullilah, Pitok pun dah buat usaha agama...Manakala takziah pula buat keluarga Al-Marhum Cikgu Mahmud Suboh...Al-Fatihah buah roh beliau...banyak yang telah aku pelajari dari insan yang banyak korban ini tentang usaha agama...aKU PERNAH khuruj fisabillah selama 20 hari bersama beliau sewaktu aku berada di Tingkatan 6 dulu....

Sekian...akhir kalam dari saya untuk coretan kali ini; "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...Doakanlah keredhaan Allah untuk saya dan juga umat Islam seluruhnya....