Memaparkan catatan dengan label tokoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tokoh. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Januari 2020

Coretan oleh Ust Ibnu Rijal berjudul "Padan muka kau Maszlee!"






"Di akhir zaman, kebenaran dan kejujuran tidak disukai oleh majoriti".


Coretan oleh Ust Ibnu Rijal berjudul "Padan muka kau Maszlee!".

Padan muka kau maszlee! - ust Ibnu rijal
Itulah dah cakap, jawatan menteri untuk orang bodoh. Kau ada phd, kau nk masuk jugak. Skrg apa cer? Padan muka kau!
Dulu masalah budak kecil dan miskin nk jaga kasut mereka. Mana dengan basuhnya mana dengan kapurnya. Mana dengan nak dijaganya. Asrama pula mengada nakkan kasut itam. Nak main futsal masa waktu pj, nak kena kasut sukan lagi. Takkan lah nk usung kasut putih tu kemana2. Pening famly miskin ni fikir. Menteri bertukar2 tak penah peduli pun hal ni. Yelah, menteri kot.. takkan nak pandang kaki budak miskin kan? So lantaklah mak pak dia nk berhutang pun. Kasut je pun. Tiba2 kau datang maszlee, by one simple arahan, tukar kasut hitam. Simple. So bdk miskin tadi ni tak pening dah, all-in.. tahan lasak. Apa kau dpt maszlee? From that day, orang gelar kau menteri kasut hitam! Yelah, tu tanda visi kau membumi, sbb tu kau nampak kasut. Cuba lah kau belajar dari menteri sorang lagi, visi dia melangit, sebab tu dia nampak kereta terbang! See, dia tak kena tekan pun ngan gergasi politik. Padan muka kau!
Kan orang dah ckp, kpm ni lubuk duit. Kau ingat sapa nak peduli sekolah di ulu sabah sarawak dan hutan hutan? Kalau buat sekolah cantik cantik pun, diorang bukan datang pun. Diorang sibuk kutip petai dihutan. Buat ala kadar sudahlah, lebihan duit tu boleh jugak tampung melancong, kereta baru, anak bini, ketua2 cawangan semuanya nak kena suapkan makan. Tetiba kau datang, kau beriya iya nak pertahankan sekolah2 hulu tu.. siap usung gambar sekolah tu ke parlimen. Beriya betul. Kau ingat orang hairan? Orang x pandang la sekolah busuk hulu kampung tu. Menteri nak turun sekolah pandai, sekolah elit, ada jamuan besar besar, seluar pun tak kotor, ada alumni korporat jutawan, alih alih kau jadi menteri, kau pergi turun sekolah usang. Low class! kan dah mendapat. Padan muka kau!
Orang dah pesan, jadi menteri ni, jangan cuba memahami. Tapi cuba difahami. Semua menteri buat mcmtu. Alih alih kau beriya iya nak memahami bebanan tugas guru bagai. Segala fail2 report yang merepek meraban tu semua tak perlu buat dah. Eh kau sapa? Kau tau tak ppd jpn dan nazir tak respect pun arahan kau. Diorang still tekankan fail berbanding murid. Murid bodoh piang takpe, asalkan fail lengkap. nazir dan menteri dulu turun tengok fail, tapi kau turun tengok murid. Kau dah kenapa? Murid tak pentinglah lee! Yang penting fail tu, menipu pun takpe, janji fail report tu lengkap. Ini amalan biasa penjawat awam. Kau nak lawan arus? Kau tahukan selama ni bila jpn kpm turun sekolah, cikgu sibuk mempersiapkan fail. Bukan mempersiapkan budak. Sbb diorang tak heran pun kat budak, yang penting fail semua tu. Kau datang nk buang semua ni.. marahlah diorang, ini kerajaan fail, laporan, meeting, jamuan, rombongan dan bungkus lauk lepas meeting. Tetiba kau nak tukarkan jadi kementerian "kemanusiaan". Skrg terimalah, fail kau tak cantik, letaklah jawatan! Padan muka kau.
Ni nak cakap.. cikgu duka lara, kenapa kau kisah sangat? Lantaklah dia tak jumpa suami dia ke isteri dia ke. Peduli apa. Kau menteri, fikir isteri kau sudahlah. Nak pakai beg apa kasut apa. Ini tidak, kau nak sangat tolong diorang. Dulu isu guru duka lara ni dah macam tanda2 kiamat. Punya susah nak settle. Alih alih kau datang, senang je kau settle. Banyak keluarga dah kembali tertaut. Kau melampau la maszlee, kau tak tahu ke dulu ni nak bertukar semua tu selain doa, cable kau kena kuat? Kau datang je semua cable tak function. Semua dilayan sama rata. Mana boleh macam tu! Dulu, guru nk angkat kepala dekat ketua pemuda kawasan pun takut. Sebab cable ni la. Tapi masuk je era kau, guru sendiri yang hina dan troll kau di facebook. Kau tak tukar pun mereka. Nak jadi baik konon, nah sekarang sebab kebaikan itulah kau 'ditukar'.
Orang dah cakap, bila ada jawatan kena berlagak sikit. Kau tak tahu ke cikgu yang baru naik gred 44 pun lain macam dia punya ketuk meja meeting? Cikgu yang bini datuk pun kena dihormati oleh pgetua walaupun dia mai kelas cuma melawa. Ini budaya dah lama. Alih alih kau datang nak jadi "pakcik". Apa kelas kau lee? Kan dah kena berhenti. Padan muka kau.
Nih satu lagi, orang dah cakap jangan kacau tokey besar. Elok2 je internet slow kat sekolah. Rileks je kitorang isi report budak berejam jam, pastu system down. Isi balik. Pastu internet putus, ilang semua data. Kitorang ok je guna data sendiri, asalkan jangan kacau "kawan2" menteri. Alih alih kau datang, kau hapuskan monopoli. Sapa nk tender kena peform. maxis digi celcom semua dapat, fight servis sapa terbaik. Abis internet jadi laju. Nk google apa pun senang. Google classroom frog semua tu dh boleh senang access. Susahlah cmni, internet ni kan senjata yahudi. Hmm.. kau degil. Tengok kan dah kena nasihat berhenti. Padan muka kau maszlee.
Orang dah cakap, persetankanlah jawi tu. Bukan penting pun. Budak x reti baca jawi, apa kesannya? Alah sekadar x boleh baca quran. X penting pun. Yang penting budak boleh jadi saintis, engineer doktor. Quran tu hal peribadi la. Umno parti keramat melayu pun bunuh jawi dulu, alih alih kau barua DAP nak angkat jawi. Kau siapa lee?
Satu lagi uec, kau tak iktiraf kenapa?Dong zong dah marah kau. Kau ingat diorang sapa? Diorang kan bumiputera asli. Kau tak tahu ke uec ada dalam manifesto ph dan bn? Kau tak paham lagi? Follow je. Gergasi politik ni dua2 side sama ja.. tapi kau degil, nak jadi hero bangsa jugak. Last tengok, bangsa ni jugak yang hari hari ketawakan kau troll kau pasal kasut hitam pasal tol simpang renggam.
Padan muka kau!
Takpelah.. kau ada phd, nama kau besar dalam akademik. Berebut universiti nak kan kau. Tak cukup dalam, luar negara pun nak. English fluent, arab fluent..agama pandai, akademik pandai.. nak apa lagi kan?

Kami ok. Cuma pasni, pakcik mana lah yang nak peduli kasut anak anak kami. Pakcik mana lah yang nak kisah sarapan pagi anak anak kami kan..
Padan muka kau maszlee.. kau boleh berehat, keluar dari kereta yang kau pandu kami ke depan. Sedang kami didalam, diam menanti, siapa yang akan pandu kami ke belakang kembali. 

Kredit kepada -Ust Ibnu rijal-



Sokong Dr Maszlee Malik #SupportMaszlee









1.Dr Maszlee wajar dikekalkan.

2.Petisyen ini perlu bagi masa depan anak bangsa Malaysia.

3.Penilaian ke atas diri beliau perlu berdasarkan kepada kapasiti beliau sebagai Menteri Pendidikan yang merupakan individu nombor satu dalam memandu arah tuju pendidikan negara ini.

4.Sepanjang 20 bulan memegang amanah, beliau dilihat telah membawa perubahan dan perkembangan dalam senario dan sistem pendidikan negara. Tidak hanya sekadar idea tetapi bergerak sama dengan tindakan.

5.Dalam hanya tempoh 20 bulan yang masih muda, seharusnya pencapaian beliau tidak dinilai berdasarkan semata hanya dari sudut hasil keputusan tetapi juga berdasarkan perkembangan yang bercorak positif hari demi hari. Yang penting adalah pengembaraan/perjalanan (journey) bukan hanya semata destinasi (destination).

6.Beliau dilihat bersifat telus kepada rakyat misalnya dalam isu soal sekolah daif dan perkhidmatan internet kelajuan tinggi.

7.Jangan biarkan politik kepartian dan golongan kapitalis di negara ini menentukan masa depan pendidikan anak bangsa Malaysia. Letakkan tanggungjawab yang penting ini pada individu yang betul. Buat masa ini, Dr Maszlee adalah sosok yang paling relevan untuk memikul amanah ini.

8.Beliau telah membawa wajah baru dalam sistem pendidikan negara iaitu pendidikan tidak hanya berteraskan kepada peperiksaan dan pemarkahan semata-mata tetapi juga menitikberatkan soal pendidikan berteraskan nilai. Akal dan budi bergerak seiring. Otak dan hati sama-sama penting. Emprikal dan non emprikal seimbang. Tangible-Intangible perlu selari. Sains-sastera duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

9.Tiada blok pemisahan antara kedua-dua ciri utama ini sebaliknya saling memerlukan dan memperlengkapi antara satu sama lain.

10.Sains adalah proses, seni adalah hasil dan sastera adalah penceritaan untuk menerangkan proses sehingga memperoleh hasilnya.

11.Slogan aman (peace), cinta (love) dan hormat (respect)merupakan lambang pendidikan negara ini sedang berada di landasan yang betul yang mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

12.Beliau juga dilihat mengambil berat dan memahami situasi warga pendidikan dari peringkat pendidikan awal-pendidikan tinggi, sekolah-universiti, guru-anak murid, pensyarah-pelajar, kakitangan akademik-kakitangan bukan akademik. Misalnya isu program pertukaran guru ‘suka sama suka’, program sarapan pagi percuma dan penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU.

13.Diharap juga di masa hadapan, Dr Maszlee dapat mempertimbangkan semula kadar yuran pengajian bagi pelajar siswazah dan pascasiswazah di universiti awam agar anak golongan yang kurang berkemampuan dapat menimba dan melanjutkan pendidikan. Bukan bermaksud menuntut pendidikan percuma tetapi memohon untuk pengurangan kadar yuran pengajian yang mampu dinikmati oleh golongan yang kurang berkemampuan. Selari dengan slogan ‘pendidikan untuk semua’.

14.Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan ini, Dr Maszlee wajar dan relevan dikekalkan untuk memegang amanah anak bangsa Malaysia sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

15.Sokong Dr Maszlee Malik!. #SupportMaszlee


Amir Ahmad
Anak Bangsa Malaysia
3 Januari 2020
4.12 am
Pulau Pinang.









Jumaat, 8 Februari 2019

Liku











"Betapa nilai-nilai moral yang diajarkan dalam kehidupan sehari-hari 
ternyata terlalu sederhana, 
tak memadai untuk menilai kehidupan manusia yang penuh liku-liku"

-Nusa Tenggara Barat, Julai 2018-




Khamis, 18 Oktober 2018

Al-Fatihah Buat Al-Marhum Dr Jefri Abdullah



AL-FATIHAH
BUAT
AL-MARHUM DR JEFRI ABDULLAH
PENSYARAH 
PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI GLOBAL
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Terima kasih atas perkongsian ilmu
Terima kasih atas momen-momennya
Terima kasih atas segalanya

Moga tenang di kehidupan sana.

(5.10.2018)




Jumaat, 5 Oktober 2018

MEGAT AZLAN




"Megat, kau kat manalah sial!, 
aku bosan ini,
jom lepak wey,
banyak benda aku nak kutuk maki ni!".




Rabu, 3 Oktober 2018

MEGAT





AKU NAK MEGAT HIDUP BALIK!!!.




ALMARHUM MEGAT AZLAN





Hilang. Ya, kehilangan. Suatu hal yang menyakitkan bahkan menyeksakan. Terkadang, ada yang bisa gila apabila dirinya kehilangan material berharga. Inikan pula bagi seseorang yang kehilangan insan. Kalau harta boleh dicari lain. Ditukar ganti. Patah tumbuh hilang berganti. Tapi tidak bagi insan. Insan bukan benda. Bukan material. Insan adalah insan. Benda material tidak punya roh. Tidak punya jiwa. Insan berroh, berjiwa. Kerna itu, ada sahaja yang mahu mati apabila dirinya kehilangan insan yang disayangi, dikasihi, dicintai. Aku kehilangan sahabat. Kehilangan yang sukar diterima. Secara peribadinya, aku masih tidak boleh menerima kehilangan ini. Dan selamanya tidak akan boleh terima!. Pagi 30 September 2018, aku kehilangan Megat (Megat Azlan). Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku persoalkan tentang keadilan. Selalunya, orang akan bicara tentang soal keadilan sesama manusia, pada binatang dan juga Tuhan. Banyak orang menekankan betapa pentingnya kita menunaikan tanggungjawab kita pada tuhan, manusia, binatang, tumbuhan dan lainnya agar keadilan dapat ditegakkan. Tapi kini, aku cuba bertanya pada tuhan di dalam hatiku sendiri tentang di mana keadilan Tuhan. Apa Tuhan tidak adil?. Bermula dengan pertanyaan ku kepada Tuhan sehingga adakalanya pertanyaan itu bertukar menjadi makian kepada Tuhan. Mungkin ada yang berkata, ini semua ujian tuhan dan dibalik ujian tuhan ada banyak hikmahnya. Setakat ini, aku masih tak tahu apa hikmahnya. Pada hemat aku, ini cuma ayat penyedap dan penenang hati bagi individu yang resah dan gelisah hatinya.

Megat belum patut mati. Bukan sebab usia mudanya (32 tahun). Kalau orang itu muda sekalipun, tapi hidupnya lancau dan pukimak misalnya seperti makan rasuah, korupsi, ekplotasi orang, sombong angkuh, bongkah, cakap besar, kapitalis, tak jujur, tak amanah, suka menunjuk dan sebagainya, jadi pada aku orang muda macam ini memang patut mati. Bahkan tak perlu dilahirkan pun ke alam dunia ini. Tapi Megat lain. Megat adalah sosok istimewa, sosok indah, sosok unik yang pernah aku kenali. Sosok Megat adalah sosok yang genius tapi merendah diri, mudah, ringkas, punya prinsip, punya etika, punya falsafah dalam hidupnya. Sebab itu aku persoalkan tentang keadilan Tuhan. Kenapa lancau dan pukimak yang jahat, makan duit orang rakyat, korupsi, suka ekspoltasi orang, sombong boleh terus dibiarkan hidup dan menyemak di alam dunia ini. Tapi kenapa sosok baik, indah dan unik seperti Megat perlu diambil nyawanya. Sedangkan sosok seperti Megat inilah yang diperlukan oleh anak bangsa, negara dan alam dunia ini untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Persoalannya kini di mana keadilan Tuhan?. Atau sebenarnya Tuhan tidak ada!.

Sekali lagi aku tegaskan, Megat belum patut mati!. Anak bangsa dan negara ini memerlukan sosok seperti Megat. Dalam 30 juta rakyat Malaysia, tak kan ada yang sama seperti Megat. Dan takkan pernah sama pun!. Megat adalah Megat. Punya keperibadian yang tersendiri. Punya karekter tersendiri. Punya falsafah tersendiri. Takkan ada yang sama!. Kalaupun ada yang cuba-cuba meniru untuk menjadi Megat, pasti takkan ada yang sama hatta sebesar zarah sekalipun. Dan aku pasti dapat mengecam dan mengenal pasti peniruan palsu tersebut. Mungkin ada wajah yang persis seperti Megat. Mungkin ada juga yang punya gaya pemakaian dan gaya luaran yang hampir sama seperti Megat. Itu belum cukup untuk menjadikan kau seperti Megat. Megat tiada galang gantinya. Aku tak bicara soal yang berhubung dengan zahiriah dan luaran. Yang membezakan Megat dengan orang lain bahkan dengan individu yang punya gaya luaran dan wajah yang persis sama dengan Megat  adalah soal batiniah, dalaman, jiwa, hati, keperibadian, falsafah, prinsip dan etika hidup. Ini tidak ada pada orang lain. Ini yang membezakan Megat dengan 30 juta penduduk Malaysia bahkan penghuni dunia dan alam semesta seluruhnya.

MEGAT SOSOK HUMBLE. Megat sosok yang genius tetapi merendah diri. Megat punyai ketinggian hati, kekayaan budi dan kerendahan diri. Inilah Megat. Bagi kebanyakan orang yang aku kenali, Megat adalah lain. Kebanyakan orang punya ketinggian diri dan kemiskinan hati budi. Sebab itu orang lain suka bersikap meninggi diri, pentingkan diri sendiri dan suka menunjuk diri. Tetapi tidak bagi Megat. Megat adalah sebaliknya. Megat kontra dengan kebanyakan manusia. Megat punya ketinggian hati,kekayaan budi dan kerendahan diri. Megat tak sombong, tak suka cakap besar, tak suka menunjuk-nunjuk meskipun Megat genius. Hatinya baik. Hidup dalam serba serbi kesederhanaan yang mudah dan ringkas. Kalau kebanyakan orang sibuk mempertikaikan soal gaya, kekayaan, duit, aset, harta, kekemasan, kecantikan, ketampanan, tapi itu tidak bagi Megat. Bagi Megat hal itu sangat meremehkan. Bahkan tak perlu diberikan fokus langsung. Banyak orang sibuk meninggikan dirinya tapi sebenarnya jiwanya kosong, otaknya bodoh. Megat adalah sosok contoh iaitu apabila kau punya pengetauhan yang tinggi, semakin rendah dirinya menunduk.

MEGAT SOSOK GENIUS. Antara keistmewaan Megat, dia dapat menjelaskan sesuatu perkara yang kompleks dalam gaya ringkas dan bentuk bahasa yang mudah difahami. Hal-hal kompleks berhubung teori sains, gis, statistik, falsafah dapat dijelaskannya dengan mudah meskipun ianya adalah suatu hal yang bagi orang bodoh macam aku ini agak sukar untuk difahami. Kalian tak perlu datang ke dewan kuliah mendengar para pensyarah membebel tak tentu hala yang kadangkalanya pun, si pembebel itu pun tak mengerti apa yang dibebelkannya. Macam orang baca Quran, baca Quran pandai, siap handal dengan tajwid, tapi sepatah haram pun tak faham. Bila tak faham macam mana nak hayati dan amalkan makna dibalik ayat quran tu. Jadi bagi aku, cukup kau pergi warung buruk dekat warung lele atau warung Naina di Sungai Dua, cari Megat yang biasanya makan tengahari di sana dan kemudiannya nytakan masalah teori2 kau dan berikutnya Megat akan cuba menjelaskan kekeliruan dalam bentuk bahasa mudah berserta dengan analogi yang ringkas dan dapat kau hadam. SEBAB ITU MEGAT BELUM PATUT MATI!.


BERSAMBUNG....

Khamis, 6 September 2018

INSAN BERJIWA BEBAS MERDEKA SEJATI







p/s: Muka Depan Zine Sembang Bebas 
Yang aku tulis sekitar 12 tahun yang lalu
Sewaktu aku meniti "Masa Muda, Masa yang Berapi-Api".
Tidak seperti masa ini, 
Masa di mana,
Api marak mulai padam,
Rasa takut mula menghantui fikiran,
Sepi kehilangan teman memberontak,
Prinsip mulai goyah,
Falsafah kian longgar,
Jalur ideologi sudah tidak jelas arahnya,
Yang akhirnya menghasilkan jiwa yang kosong nan gelap gelita.




Biarlah bertukar kerajaan sekalipun
Negara ini tidak merdeka
Warganya masih dijajah
Selagi mana 
Nilai adil, kasih, sayang dan cinta
Tidak diberikan selayak dan sewajarnya
Kepada Al-Marhum
Ahmad Boestamam
Ishak Haji Muhammad,
Mustapha Hussein
Dr Burhanuddin Helmi,
Kamarulzaman Hj Teh,
Rashid Maidin,
Shamsiah Fakeh,
Abdullah C.D
Suriani Abdullah,
Jaafar Abdullah,
Majid Salleh,
Zainuddin Andika
Dan Teman-Teman yang Seangkatan Dengannya

Kalian  insan yang punya jiwa bebas merdeka yang sejati!!!














Isnin, 31 Julai 2017

DIA SEORANG GURU





"DIA SEORANG GURU"






Dia tidak hanya pensyarah,
Juga penyelia.

Dia lebih dari itu,
Lebih dari sekadar itu,
Lebih tinggi, lebih jauh, lebih dalam,
Dia adalah GURU.

Justeru itu,
Bukan peraturan yang menjadi sempadan,
Tidak juga undang-undang yang menjadi batasan,
Tapi kata ADAB lah yang menjadi jambatan perhubungan.

Ada suara sumbang berteriak:
"Dibelakangnya kau bersuara keras kelantangan,
Didepannya menikus ketakutan".

Apa mereka itu tidak mengetahui, memahami, menghayati,
Makna ertinya GURU dan berGURU!.

Kata hormat ini bukanlah didasari atas pangkat, darjat, posesi, kedudukan,
Tidak sama sekali!,
Tapi atas ilmu pengetauhan, pengalaman, kesusahan, kepayahan, kesabaran, ketabahan,
kerendahan hati, ketinggian budi, peranan, jasa, sumbangan,
Yang dicari, ditempuh dikutip, dikumpul, diamal sepanjang perjalanan hayatnya.

Dia dan sahabat-sahabatnya adalah orang-orang yang berjuang,
Orang-orang yang berkorban,
Sedang aku dan kawan-kawan hanyalah budak-budak yang menikmati hasilannya sahaja.


Sosok ini,
Pengingat, pemesan dan penyedar,
Akan peri pentingnya,
Kata bahasa, bangsa dan agama,
Bertuhan dan berfitrah.

Kau yang pernah baik, pernah mesra dan simpati kepadaku.

Terima kasih untuk segalanya,
Untuk setiap detik, saat, waktu, momennya,
Yang tak tersedar sudah 7 tahun waktunya.

Terima kasih untuk ilmunya
Untuk Jahai,
Lanoh
Batek,
Kintak,
Kensiu,
Mendrik,
Temiar,
Semai,
Chewong,
Jah Hut,
Semak Beri,
Mahmeri,
Temuan,
Semelai,
Jakun,
Duano,
Kanak,
Seletar.

Terima kasih untuk momennya
Untuk Gua Musang,
Sungai Kejar,
Tasik Banding,
Air Banun,
Sungai Raba,
Warung Pak Usop,
Air Bah,
Lenggong,
Gunung Ledang,
Kota Tinggi,
Pulau Besar,
Pulau Carey,
Pulau Kalumpang,
Kuala Gandah,
Kuala Mu,
Tanjung Belanja.

Terima kasih untuk ruang dan peluangnya
Untuk Riau,
Kuala Namu,
Pekan Baru,
Siak,
Rantau Berangin,
Muara Takus,
Kampar,
Ujung Batu,
Tambusai,
Kunto Darussalam,
Rokan

Terima kasih jua untuk
Kapal terbang, awan dan langit nan biru.
Rencana Tuhan tiada siapa yang tahu.

Terima kasih tak terucap, tak terkata, tak terhingga
Atas  didikan, bimbingan, tunjuk ajar, sokongan, dorongan, bantuan, pertolongan,
doa, dukungan, pembelaan.

Andailah,
7 petala langit,
7 petala bumi,
Bulan, bintang, matahari,
Dunia dan segala isi,
Di tanganku,
Takkan dapat,
Takkan pernah dapat pun,
Untuk membayar dan membalas segalanya,
Hatta sepatah kata ilmu sekalipun.

Maaf atas salah, silap dan dosanya.

Dari mu,
Tiada apa pun ku pinta, ku harap, ku pohon.

Hanya satu kata,
Kata keramat yang tidak sekadar dilafaz,
Tapi turut ditasdik di hati, qalbi, sanubari,
Itulah kata REDHA,
Redha Tuhanku terletak di tanganmu,
Redha Guru, Redha Tuhan.

Semua ini,
Kelaknya nanti,
Akan menjadi,
Sebuah kisah klasik untuk masa hadapan.


"Duduk tunduk menuntut ilmu,
Mengharap REDHA dari Sang GURU,
Terima kasih atas kebaikanmu,
Mohon maaf atas kejahatanku".

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH,
MAAF, MAAF, MAAF.




Dari anak murid mu Amir Ahmad 
Kepada Guru ku DR. HAMID MOHD ISA.

Puisi ini dikarang khusus untuk GURU 
Pada 28 Julai 2017 M
Bersamaan 4 Zulkaedah 1438 H
Hari Jumaat
Pada jam 3.17 am
Di B10, PPAG USM

Puisi ini dideklamasikan khas untuk GURU
Pada 28 Julai 2017 M
Bersamaan 4 Zulkaedah 1438 H
Hari Jumaat
Pada jam 11.30 am
Di lobi PPAG USM.











Isnin, 1 Mei 2017

Ingat dan Pegang!







" Ingat dan pegang sampai mati!. Jangan sesekali pijak culture layer (lapisan budaya)!".

- Prof Dato' Dr Mohd Mokhtar Saidin-
24 April 2017
Isnin
Tapak arkeologi Guar Kepah,
Seberang Perai, Pulau Pinang.





Jumaat, 29 April 2016

FILEM ADA APA DENGAN CINTA 2








Rangga & Chenta



Ada Apa Dengan Cinta 2. Aku baru balik menonton filem ini.  Menonton bersama Megat, Man dan Asang.  Jiwang karat?. Tak!. Kau silap kalau beranggapan begitu!.  Rata-rata yang menonton Ada Apa Dengan Cinta 2(AADC2) ini adalah insan-insan yang membesar dengan Ada Apa Dengan Cinta (AADC) yang ditayangkan pada sekitar 14 tahun yang lalu.  AADC yang 14 tahun yang lalu, bukan hanya berkisarkan pada cinta sahaja.  Ia lebih dari itu.  Jangan dinilai dari tajuknya yang memang secara jelasnya membawa pada konotasi jiwang karat dalam cakap mudah.  Cukup aku katakan karya AKU dari Chairil Anwar yang dipaparkan dalam AADC.  Ia sudah cukup untuk mengatakan bahawa AADC bukan setakat cerita cinta sampah dan murahan.

Walaubagaimanapun, harapan dan anggapan aku pada kemunculan semula AADC 2 ini tidaklah seperti yang aku harapkan sebelum aku duduk di bangku panggung. Kenapa?. Pertamanya aku mengharapkan watak Chenta menerusi lakonan Dian Sastrowodoyo itu dimunculkan buat pertama kalinya di layar panggung dalam keadaan dan situasi yang berkonsepkan "mengejutkan" dan para penonton "ternanti-nantikan kemunculan beliau". Tapi hal itu tidak terjadi. Chenta ditampilkan secara mudah dan ringkas atau literal di awal penceritaan. Sedangkan Chenta itu peran yang dinanti-nantikan setelah 14 tahun watak itu tidak kelihatan. Ah, sayang sekali.

Kedua, dalam AADC2 ini tiada tokoh realiti istimewa yang diangkatkan ataupun dijadikan ikon atau trademark dalam cerita ini.  Tidak seperti AADC yang mengangkat Chairil Anwar menerusi karyanya yang berjudul AKU itu.  Walau Rangga ada menyebut nama seorang pemuisi luar yang aku lupa namanya dan kemunculan seniman bernama Eko Nugroho yang disukai Chenta, namun itu belum 
cukup ampuh untuk menjadikan AADC2 ini setanding dengan AADC.  Hal ini seterusnya barangkali boleh menjerat dan memerangkap AADC2 dalam lingkungan cerita yang hanya berkisarkan sejauhmana pengakhiran misteri cinta Rangga dan Chenta (Dan sememangnya itulah motif filem AADC2).  Mungkin tokoh realis yang ditampilkan untuk AAD2 kali ini lebih merupakan seniman yang bercorak "fine art" dan agak kurang yang bersifat sastera tulisan, maka atas sebab itu tokoh 
realis itu agak kurang menonjol sosoknya dalam AADC2. Tapi aku mengharapkan ada sedikit tokoh berjiwa rebel sebagai selingan dalam AADC2 agar ianya tidak dianggap sebagai hanya kisah cinta Rangga dan Chenta semata yang mana akhirnya akan menjebakkan aku dalam menonton filem cerita yang berkonsepkan cinta semata.  Aku perlukan cukup hanya sedikit elemen yang bersifat "kekeluaran" daripada konteks cinta agar aku tidak dicop atau dilabel sebagai "mamat jiwang karat".  Dan sekali lagi hal itu tidak terjadi.

Ketiga,menurut aku, puisi adalah antara elemen penting yang menguatkan filem AADC yang dahulu.  Terutamanya menerusi watak Rangga.  Hal itu masih cuba dikekalkan dalam AADC2. Tapi yang mengecewakan aku, puisi yang ditampilkan dalam AADC2 ini sifatnya terlalu lurus, linear dan literal.  Kurang metafora dan nuansa dari gaya bahasa, susunan bahasa. Seharusnya bila watak Rangga itu sudah menginjak dewasa malah sudah menjadi penulis dalam sebuah majala di New York, maka sepatutnya puisi yang ditampilkan itu lebih matang, non literal, non linear, penuh metafora dan abstrud sifatnya. Atau dalam kata mudahnya, tidak punya "kick". Tidak seperti dalam AADC, puisi yang ditampilkan menerusi Rangga dan Chenta itu bahkan jauh lebih matang sedangkan dalam AADC itu latar peristiwanya adalah zaman sekolah.  Harusnya puisi AADC2 itu jauh lebih mengancam dan menggetarkan jiwa dari puisi AADC.  Dan itu tidak terjadi sekali lagi.  Bahkan surat puisi yang diberikan Rangga kepada Chenta pada saat akhir pertemuan di Jogjakarta itu juga menghampakan.  Sedangkan penonton seperti aku ini ternanti-nanti apakah isi puisi yang diberikan Rangga kepada Chenta dengan penuh debaran.  Lebih-lebih lagi dengan permintaan Rangga yang menghalang Chenta dari membaca langsung puisi itu disaat pertemuan singkat itu masih berlangsung. Dan debaran itu ternyata menurut aku tidak berbaloi dengan kualiti puisi yang ditampilkan dalam AADC2. Cis, mengecewakan.

Keempat, dari segi dialog.  Dialog juga tidak cukup mantap. Maksudnya, kurang kata dialog yang bersifat falsafah ringkas dan mudah iaitu dialog yang dilontarkan dalam bahasa ringkas dan pendek tapi mengesankan. Mujur bahasa badan dalam konteks bahasa filem antara Rangga dan Chenta itu bagus dan tidak kaku.  Ia bukan suatu masalah bagi Rangga lakonan Nicholas Sapurta dan Chenta lakonan Dian Sastrowodoyo kerana 2 insan ini merupakan pelakon berbakat.Selain itu mujur ada watak Milly yang sedikit sebanyak tidak membosankan penonton dengan soalan-soalan dan jawapan yang bersifat naif sesuai dengan karekternya.

Kelima, sepertimana menurut Megat dan Asang, filem AADC2 ini seolah-olahnya mahu mempromosi Jogjakarta yakni antara latar tempat yang mengambil sebahagian besar dalam pengambaraan filem ini.

Keenam, pengakhiran cerita yang juga tidak cukup "kick" dan kurang mengesankan.  Ianya terlalu mudah disudahkan walhal suatu konflik baru seolah mahu cuba dicetuskan saat Chenta melihat Rangga sedang berpelukan dengan pekerja kedai kopinya di New York setelah Chenta seperti bersusah payah ke New York untuk menemui semula Rangga.  Tapi permulaan konflik itu dibunuh dengan penyelesaian yang cukup mudah dan bersahaja.  Bukankah ini filem epik yang menemukan kembali lagenda Rangga dan Chenta setelah ia dinanti-nantikan penonton untuk tempoh 14 tahun.  Kenapa epik cinta antara 2 lagenda ini bagi remaja yang membesar sekitar tahun 90-an diakhiri dengan penamatan yang mudah sekali!?.

Ketujuh, tiada ost dalam bilangan yang banyak dan mengesankan jiwa sepertimana ost dalam AADC dahulu yang dihasilkan oleh Melly Goeslow.

Kelapan, ini bukan menurut aku tapi menurut mungkin kebanyakan penonton iaitu kenapa adegan Rangga dan Chenta bercumbuan menahan beban rindu perlu dipotong dalam tayangan panggung wayang di Malaysia?. Kalau menurut aku itu, ia bukan isu besar sangat pun dan tak lah mengecewakan aku sangat.  Lainlah pemotongan babak mencium itu melibatkan aksi cium mulut antara Aku dan Dian Sastrowodoyo. Itu sudah pastinya perlu sangat dikecewakan. Kah, Kah, Kah. 


Apapun, walau filem AADC2 ini tidak memenuhi harapan aku sepenuhnya (mungkin tinggi sangat kot harapan aku kat filem AADC2 ini), tapi filem ini masih lagi SANGAT berbaloi untuk ditonton.  Sesuai bagi yang mahu bermelankolia masa remaja lebih-lebih lagi bagi yang pernah menonton AADC pada 14 tahun yang lalu. 

Dan dalam pada masa yang sama, filem ini tidak sesuai untuk mamat-mamat yang jenis pakai baju batik, pakai songkok hitam, pakai tali leher, pakai kasut kulit muncung panjang, pakai baju kemeja masuk dalam seluar slack yang kain licin tu ditambah jenis lelaki yang suka selfie (kau boleh faham benda ini menerusi kata dialog Rangga sewaktu memberikan definisi tentang perbezaan antara mengembara dengan bercuti atau melancong).  Serius lebih baik kau jangan tengok.  Kalau dapat tahu ke si Rangga yang laki-laki jenis ini tengok AADC2, mahu menangis si Rangga dibuatnya.  Seolah-olahnya AADC ini telah tercemar dengan najis kehinaan. Mamat jenis macam ini seperti watak Trian dalam AADC2.


Maka dengan itu, datanglah ke pawagam dan tontonlah filem ini. 





Buku AKU tentang Chairil Anwar. Kaset OST AADC lama yang masih lagi ada dalam simpanan aku. Aku beli kaset ini masa tingkatan 4 di Kedai Kaset Radin dekat bus stesen Batu Pahat.






p/s: Benar kata Rangga tentang Chenta iaitu: "Baru sekali itu aku melihat karya syurga dari mata seorang hawa".

Dan aku dahulunya cukup senang melihat mata si dia yang bulat belolok itu.  Cukup indah mata itu. Dan aku rindu bukan sahaja untuk melihat bebola mata indah itu lagi bahkan jika punya kesempatan yang menurutku agak mustahil, akan aku tenung sedalam-dalamnya sehingga menembusi retina matanya. Ah, itu pun jika punya kesempatan kedua!.






Sabtu, 19 Mac 2016

AYAH : ANDREA HIRATA







Seperti lazimnya, banyak naskhah buku yang aku dah habis baca tapi masih tak diulas lagi.  Tapi kali ini tak boleh. Aku wajib buat satu ulasan walau ringkas sekalipun ke atas novel yang baru sahaja aku khatamkan pembacaannya.  Novel itu berjudul Ayah karya Andrea Hirata.  Aku mulakan pembacaan novel ini pada hari semalam iaitu Jumaat bertarikh 18.3.2016 di PPAG USM.  Lebih kurang sekitar 24 jam sahaja aku dapat khatamkan pembacaan ku ke atas novel yang setebal 396 muka surat ini.  Semalaman aku tak tidur kerana keasyikkan membacanya.  Kau boleh tersenyum sendirian, gelak terbahak-bahak malah menitik air jernih dari kelopak mata tanpa kau sedari saat membacanya.  Mata kau takkan mengantuk meski kau paksakannya tidur.  Jari di tangan kau seolah tak mengizinkan kau berhenti dari tetap terus menyelak helai demi helaian novel tersebut.  Jiwa kau jadi penasaran jika terdetik untuk menangguhkan pembacaannya meski sekejap sahaja. Akhirnya, pada jam 4.56 pm iaitu pada tarikh 19.3.2016 aku mengkhatamkan pembacaan ku.

Aku tak nak ulas panjang-panjang.  Cuma novel ini aku sarankan dibaca oleh para lelaki yang kecundang dalam percintaan.  Hahahaha...Macam lagu sentuhan kecundang pulak yang mana menurut Wandy ia merupakan lagu kegemaran Nik.  Bila aku menung-menungkan balik kata-kata Wandy ini ada jugak kebenarannya sebab aku teringat yang Nik pernah mendendangkan lagu ini masa berkaraoke dulu.

Kalau kau rasa kau manusia gagal, sial dan malang dalam percintaan, percaya dan yakinlah bahawa masih ada lagi yang jauh lebih sial dan malang dalam kisah kehidupan cinta mereka. Macam Sabari misalnya.

Tahukah kalian, hidup ini kadang memang tidak adil. Kejam dalam kata lebih tragisnya.  Tapi dalam masa yang sama ada juga hal yang pelik dan menghairankan dalam hidup ini. Macam Sabari yang ku katakan tadi.  Sabari itu dalam hidupnya hanya punya satu cinta, hanya satu!, tidak dua tiga apatah lagi empat. Hanya satu!. Marlena namanya. Tapi ironinya, bagi Marlena pula, Sabari itulah manusia yang paling dibencinya sekali di dunia ini. Ah, ironi sekali bukan bahkan tragis yang maha kejam. Hidup ini memang dipenuhi orang yang kita inginkan, tetapi tak menginginkan kita. Tapi ajaibnya, Sabari itu tetap sahaja tersenyum.


Hingga hujung akhir hayatnya Sabari, hanya Marlena sahaja cinta hatinya yang dipanggilnya wanita itu sebagai "Purnama Kedua Belas" semenjak di zaman sekolah lagi.  Tulusnya cinta Sabari pada Marlena itu dibawanya sampai mati sehingga di pusaranya turut diukir bait puisi yang pernah dilafazkannya khusus buat Marlena sewaktu Hari Perpisahan Akhir Sekolah SMA. Bait puisi yang terukir di pusara Sabari itu berbunyi: "Biarkan aku mati dalam keharuman cintamu".  Begitulah kisah cinta agong milik sosok yang bernama Sabari.  Setia yang tak tertanggung-tanggung dan berbelah bahagi.  Setia yang jelas, lurus dan nyata.


Usai habis aku khatam novel ini, aku langsung termenung dan terfikir dalam-dalam, macam mana ada manusia di dunia ini yang meninggalkan cinta hatinya pertama dan menikah pula dengan cinta hatinya yang baru sedangkan dalam pada masa yang sama dia tidak bisa dan mampu melupakan cinta hatinya yang pertama.  Bagaimana nurani dan perasaannya menempuh perjalanan hidupnya selepas menikah sehingga akhir hayatnya?. Argh, suatu hal yang sangat abstrak untuk dijawab!.









Rabu, 18 November 2015

TAHNIAH GURU







SALAM TAHNIAH BUAT GURU

DR. HAMID MOHD ISA



Isnin, 6 Julai 2015

Radiohead - Creep










You're so fucking special,
I wish I was special...
But 
I'm a creep, 
I'm a weirdo.






Sabtu, 16 Mei 2015

Ahad, 10 Mei 2015

Selamat Hari Ibu





"Tanpa doa dan restu ibu, aku bukanlah siapa-siapa pun"
-Selamat Hari Ibu-




Sabtu, 25 April 2015

TERIMA KASIH



TERIMA KASIH

Syukur kepada Allah.

Salam buat Nabi SAW serta Sahabat Nabi SAW.

Terima kasih guru Hamid Mohd Isa.

Terima kasih Prof Dato Dr Mohd Mokhtar Saidin.

Terima kasih kawan2: 
Amzari, Kenshi, Aim, Nik Ashri, Wandy, 
Faiz, Azhar, Udin, Adam, Fekah,Reza 
Lego, Megat, Fadil, Asang, Ikan, Man,Hussin, Khusaini
Bule, Mirul, Apan,Misbun,Syam, Ucop,Karim,
Rentap,Kak Aiza, Kak Ekin, Kak Nisa, 
Ratna, Sue , Ein, Fazidah, Liza,Kamal, 
Muzani, Syeh, dan lain-lain.

Terima kasih Orang Seletar, Orang Duano dan Orang Kanaq: 
Tok Jamil, Tok Jidin, 
Tok Payang, Tok Jantan, Tok Ahmad, 
Wak Jan, Wak Jahan, Batin Entel, Batin Salim, 
Batin Nah, Khamis, Aduh, Dewi, Khairul, 
Edi, Jefri, Tok Sara, Khairi, Batin Moen, 
johan dan lain-lain lagi.

Terima kasih emak, ayah, Hadi,Yusof, 
keluarga Cik Na, keluarga Cik Joe dan 
keluarga Pak Ngah.

Terima kasih Al-Marhum Haji Hussain b Haji Yussof 
dan Al-Marhum Ahmad Solehin bin Haji Hussain.

Terima kasih ..... ........ ...........

TERIMA KASIH SEMUA.






Jumaat, 13 Mac 2015

Gambar Seminar Pekanbaru, Riau, Indonesia.








# kredit pic kepada rakan pembentang dari UKM.





Riau 4: Sesi Pembentangan Aku





Jam 1330 waktu Indonesia Barat merupakan waktu giliran sesi pembentangan aku. Sesi pembentangan aku dikelolakan oleh seorang moderator yang bernama Irwan Iskandar. Beliau merupakan graduan dari Jerman yang mempelajari tentang bidang European Study. 

Beliau menyatakan yang dahulunya sebelum ke Jerman, beliau pernah mengikuti kuliah bahasa di Kuala Lumpur.  Sesi pembentangan tersebut bermula agak lewat disebabkan beberapa masalah teknikal dari sudut kepenggunaan alat projektor yang tidak dapat berfungsi dengan baik.  Aku berharap agar ianya selesai segera supaya beban yang tergantung dibahuku dapat cepat ku lepaskan. 

 Setelah 2 pembentang disebelah ku selesai, tibalah giliran ku pula.

Gaya pembentangan kali ini tidak memerlukan aku berdiri di meja berucap.  Cukup hanya duduk di meja pembentangan.  Sepatutnya, sesi pembentangan ini perlu disampaikan dalam bahasa Inggeris lantaran statusnya yang bertaraf antarabangsa.  Namun, dengan selambanya aku membentangkan kajian aku dalam bahasa Melayu.  Ianya bukanlah disebabkan aku nak tunjuk selamba. Tapi dilakukan atas sebab dan musabab yang mengikut perkiraan ku adalah munasabah. Pertama, dalam sesi pembentangan aku, tiada pun para audiens yang berasal luar dari alam Melayu iaitu maksud ku tiada manusia kulit putih (Eropah), manusia kulit hitam (Afrikan) dan manusia kulit kuning (China, Korea dan Jepun).  Makanya, menurut ku manusia kulit coklat (Orang Melayu) ini sudah sepastinya jauh lebih dapat memahami isi pembentanganku.  Bukankah bahasa itu jiwa bangsa. Dan bukankah Riau tempat aku membentangkan kajian ini merupakan bumi dimana dahulunya merupakan antara pusat perkembangan bahasa Melayu yang gah. Bahkan sebelum itu pun, guru ku ada memberitahu ku dan memberi keizinan yang mana aku boleh sahaja membentangkan kertas kerja ku dalam bahasa Melayu jika audiens dalam sesi pembentangan aku itu adalah penutur Melayu seluruhnya.

Keduanya, tak lain tak bukan adalah disebabkan kelemahan bahasa Inggeris ku. Aku dapat bayangkan kalau aku bentangkannya dalam bahasa Inggeris mesti aku tergagap-gagap dan ternganga-nganga. Misalnya mesti aku akan cakap satu kata penyambung ayat dalam kadar berulang-ulang kali. Misalnya seperti;" which is, which is, which is" ataupun "that is, that is, that is", ataupun juga "the thing is, the thing is, the thing is". Jadi, dari aku buang masa bercakap hanya satu perkataan berulang-
ulang kali disebabkan pembendaharaan kata Inggeris aku yang lemah untuk menyambut ayat, makanya aku berkeputusan membentangkannya dalam bahasa Melayu.

Waktu aku mula mengeluarkan kata-kata pendahuluan sebagai pengenalan tajuk pembentangan ku, suara ku agak perlahan sehingga si moderator meminta agar mikrofon diletakkan dekat hampir dengan bibir mulutku. Aku tarik nafas dan kemudiannya memulakannya. Kajian ku berkenaan Orang Laut Semenanjung Malaysia dan hubungan budayanya dengan Orang Laut di Kepulauan Riau. 

 Dalam pembentangan aku, aku menyarankan agar suatu kajian etnografi budaya barangkali boleh diupayakan dari sudut perbandingan antara Orang Laut di Semenajung Malaysia dengan Orang Laut di Kepulauan Riau bagi menjejak asal-usul lokasi mereka. Hal ini kerana kebanyakannya Orang Laut di Semenanjung Malaysia adalah berasal daripada Kepualuan Riau-Lingga.  

Misalnya seperti Orang Kanaq yang berada di Kota Tinggi yang sememangnya dari tradisi oral mereka berasal dari Kepulauan Riau dan mereka merupakan serpihan daripada Orang Sekanak yang berada di Riau. Mereka di bawa ke Johor oleh Sultan Johor pada sekitar awal kurun ke-19.  Begitu juga dengan Orang Duano (di Malaysia mereka lebih dikenali sebagai Orang Kuala), yang mana 
sehingga kini pun masih lagi ada lawatan persaudaraan meski dalam kadar yang agak jarang dengan masyarakat Orang Duano yang terdapat di sekitar Bengkalis, Rupat, Rangsang. Namun tidak pula bagi Orang Seletar.  Bagi Orang Seletar mereka hanya mampu mengesan lokasi asal-usul mereka dari Singapura di Sungai Seletar khususnya. Pada masa kini, tiada dari kalangan masyarakat mereka yang mengetahui tentang asal lokasi nenek moyang mereka lebih jauh dari Singapura.  Walaupun begitu, masyarakat Orang Seletar ini berkongsi sejumlah kosa kata dengan masyarakat Orang Laut di Kepulauan Riau. Kosa kata yang dikongsi antara keduanya bukan sahaja sama dari sudut sebutan tetapi turut sama dari segi kepenggunaan rujukan dan fungsinya. Misalnya seperti kata pekajang yang merujuk kepada atap yang diletakkan pada perahu, ibul yang dijadikan sebagai lembing daripada kayu nibong dan juga istilah rujukan pada gamat atau tripang (istilah yang digunakan di Indonesia) yang menggunakan istilah yang hampir sama iaitu nebi oleh Orang Seletar dan nabi oleh Orang Laut di Kepulauan Riau.  Persamaan kosa kata ini aku peroleh menerusi kajian etnografi ke atas masyarakat Orang Seletar dan perbandingan menerusi pembacaan aku terhadap kajian yang dinukilkan oleh Cynthia Chou dan Sudarman Sembiring bagi Orang Laut di Kepulauan Riau.

Sepertimana biasa, aku pasti ditegur oleh si moderator lantaran mengambil masa yang lama membentangkan kajian aku. Moderator memberi isyarat bahawa masa untuk aku membentangkan kajian sudah habis.  Maka dengan itu, aku cuba memendekkan penerangan aku semampu boleh.  Dan disebabkan masa yang diperuntuukan sudah habis, aku tidak dapat menerangkan tentang isu kepercayaan Orang Laut dengan lebih terperinci.  Walhal ianya merupakan bahagian yang aku sukai. Namun, aku dapat juga menerangkan secara ringkas tentang struktur kepercayaan Orang Laut Semenanjung Malaysia meskipun tidak secara mendalam.

Setelah aku menamatkan pembentangan aku dengan kesimpulan kajian, maka sesi tersebut terbuka pula kepada sesi soal-jawab. Menurut aku, sesi soal-jawab merupakan sesi klimaks dalam mana-mana pembentangan akademik.  Bagi orang seperti aku ini, sudah sepastinyalah aku mengharapkan tiada sebarang soalan yang ditujukan kepada aku.  Namun setakat ini, dalam semua seminar yang 
aku sertai, bidang kajian Orang Laut mesti mendapat tempat itu diajukan soalan.  Dalam sesi seminar kali ini, aku sudah pun menduga bahawa aku pasti akan dipertanyakan soalan.  Alasan mudahnya adalah kerana, aku sedang membentangkan kertas kerja di Riau.  Riau pula merupakan tanah air lazim bagi Orang Laut dan sememangnya telah pun popular sejak dahulu lagi dari periode Srivijaya sekitar kurun ke 7 M (bahkan awal dari itu lagi) sehinggalah ke periode Kesultanan Johor.  Jadi nak tak nak, mahu tak mahu, aku perlu pasrah sahaja untuk sebarang pertanyaan aku.  Ini tempat dan ruang dimana banyaknya taburan Orang Laut bahkan sehingga kini budaya komuniti ini masih berlangsung.


Ada seorang audien. Wanita yang kuperkira sudah pun berkahwin. Cuma tiada aku tahu latarnya sama ada pensyarah atau pelajar atau pun hanya orang awam yang mahu mencari jawapan. Daripada susuk ini lah aku menerima soalan yang perlu ku perjawab.  Ibu ini (gelaran yang lazim di Indonesia dalam merujuk mana-mana wanita selain mbak) menyatakan soalan yang berbunyi seperti ini : "Pembentang sebelum bapak (istilah lazim di Indonesia yang merujuk kepada lelaki) membentangkan tentang tengkolok yang dipakai oleh Kesultanan Perak. Bapak pula ada menerangkan tentang tanjak yang dipakai oleh Orang Laut. Apakah kedua-duannya berasal dari kumpulan yang sama.  

Soalan kedua pula, apakah sehingga kini masih ada lagi Orang Laut yang menghuni perahu dan 
akhirnya tadi pada bahagian kesimpulan bapak ada mengatakan bahawa masyarakat Orang Laut ini terhimpit dengan perkembangan pembangunan dan bapak mengatakan bahawa pembangunan turut penting, jadi soalannya apakah di Malaysia ada jabatan dalam mengupayakan agar mempertahankan budaya Orang Laut dalam era pembangunan negara?. 


Setelah 2 rakan pembentang aku selesai menjawab soalan, maka aku pun menjawab soalan yang diajukan kepada aku.  Jawapan aku seperti berikut:

"Apakah ada hubungan antara Kesultanan Perak dengan Orang Laut (pembentang sebelah aku merupakan pensyarah UKM yang membentangkan berkenaan tengkolok Kesultanan Perak)?. Jawabnya adalah ya. Sebabnya pertama kita di alam Melayu merupakan kelompok bangsa astronesia secara umumnya dengan berbahasa melayu-polinesia.  Keduanya, kedua-dua golongan ini (Kesultanan Perak dan Orang Laut) mempunyai hubungan yang rapat. Kan sistem pemerintahan raja di alam Melayu ini bersifat feudal. (sewaktu aku menyebut istilah feudal ini, aku pandang muka guru ku. aku pandang riak mukanya mula berubah. aku perlu berhati-hati menggunakan istilah feudal. Sebabnya istilah feudal ini lazimnya membawa konotasi dan tafsiran yang negatif apabila dihubung-kaitkan dengan raja-raja Melayu. Manakala guru ku pula merupakan antara orang yang mempunyai sedikit jiwa feudal Melayu yang mana dalam erti kata mudahnya dapatlah aku berikan gambaran ringkas bahawa guru ku ini mempunyai tanggapan pemikiran yang sedikit hampir sama dengan geng-geng UMNO, PERKASA di Malaysia apabila berbicara tentang isu Melayu dan Kemelayuan.  Jadi kalian boleh lah serba sedikit mengetahui siapakah guru ku ini bila ku katakan seperti ini. Makanya aku perlu berhati-hati agar tidak muncul bibit tidak puas hati guruku terhadap diriku). Aku sambung jawapan aku; "walaupun feudal, namun kedua-dua golongan ini mempunyai hubungan..saling perlu-memerlukan dan saling lengkap-memperlengkapi.  Kesultanan Perak itu kan merupakan serpihan dan mempunyai hubungan darah dengan kesultanan Melaka..Kan setelah Melaka jatuh di tangan Portugis, anak Sultan Mahmud kemudiannya membuka kota lain iaitu anaknya yang bernama Alauddin mengasaskan Kesultanan Johor manakala anaknya yang Muzaffar pula mengasaskan Kesultanan Perak.  Bukankah Kesultanan Melaka itu berasal dari kerajaan Srivijaya yang berada di Palembang dibawah Parameswara.  Jadinya Kesultanan Perak itu merupakan legasi dari kesultanan Melayu Melaka dan lebih awal lagi dari Kesultanan Srivijaya. Jadi bagaiamana pula bentuk hubungan antara 
Kesultanan ini dengan Orang Laut.  Jawabnya, bukankah dalam Sejarah Melayu ataupun nama asalnya Sulalatus Salatin ada menyebutkan tentang konsep wa'ad ataupun kalau menurut sarjana Wolters menyatakannya dengan istilah abhiseka.  Bukankah konsep waad ini melibatkan janji setia antara 2 golongan iaitu golongan pemerintah/ raja menerusi Sang Nila Utama/Parameswara 
dengan golonganh yang diperintah/rakyat yang dalamnya tergolong juga Orang Laut menerusi watak Demang Lebar Daun.  Dalam sumpah taat setia yang dikenali wa'ad atau abhiseka itu kan telah dinyatakan dengan dialog seperti ini, kata Parameswara;"andai anak cucu hamba melakukan kesalahan, janganlah sesekali anak cucu tuan hamba mengaibkan anak cucu hamba dengan aib yang dalam sekali sehingga membawa kepada derhaka....jika anak cucu tuan hamba derhaka, maka terbaliklah dunia ini dimana bumbung rumah akan terbalik jatuh ke tanah (kiamat)...manakala kata-kata Parameswara pula ini disambut jawab balas oleh Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat dan Orang Laut dengan kata-kata; "begitu jugalah dengan anak cucu hamba...janganlah sesekali anak cucu tuan hamba mengaibkan anak cucu hamba jika bersalah ianya dengan hukuman yang mengaibkan sekali"...manakala Wolters pula ada menyatakan menerusi upacara abhiseka dimana Orang Laut menolak kedaulatan Majapahit (Srivijaya gagal dalam pemberontakan menentang Majapahit) dan menyembahkan kesetiaan dibelakang Parameswara....Dari sini maka wujudlah hubungan 2 hala saling perlu-memperlukan antara golongan berdarah putih iaitu raja dengan rakyat yang tergolong juga Orang Laut...Bahkan barangkali menerusi upacara janji taat setialah barangkali asas kepada kewujudan konsep "daulat", konsep "tulah", konsep "tiada anak Melayu menderhaka kepada raja", konsep "pantang Raja-Raja Melayu dihina" (kah kah kah kah kah kah kah)...upcara taat setia ini barangkali merupakan pemula kepada wujudnya kontrak sosial yang tak bertulis antara rakyat dan raja yang mana rakyat akan sentiasa mempertahakan institusi diraja walau seteruk manapun perangai raja itu...( kah kah kah kah kah )....aku jawab lagi, bahkan geng-geng (Orang Laut) inilah yang banyak membantu Parameswara dalam pelariannya dari Srivijaya sehingga dapat membuka kota Melaka...(aku tak tersengaja menggunakan istilah geng dalam menjawab soalan itu sebab ianya secara spontan...maka secara tiba-tiba para peserta seminar tergelak terutamanya dari Malaysia dan Singapura manakala ada dari kalangan peserta Indonesia yang tak faham dengan istilah geng ini)..Aku terus kan jawpaan aku lagi dengan mengatakan ; geng-geng inilah yang menemukan tapak Melaka untuk Parameswara jadikan kota...(audiens gelak lagi sebab pada awalnya aku ingat diorg faham maksud rujukan istilah geng itu...selantas itu juga aku cakap dengan suara sedikit tegas dan keras..."ok, ok, kumpulan masyarakat ini"...kemudiannya audiens terdiam...aku sedikit bengang dengan gelakan itu sebab menganggu kelancaran aku menjawab soalan. aku jawab lagi: "sepertimana yang dinyatakan oleh DR. Shah Alam pagi tadi ( masa sesi ucaptama), dalam Kerajaan Kesultanan Melayu, negara kota itu tidaklah terlalu penting sebab negara kota Melayu didirikan dengan ciri binaan yang cukup ringkas dan mudah iaitu dari kayu dan daun nipah, mengkuang dll...disebabkan mudahnya didirikan maka mudahlah juga dibinasakan...hal ini dapat dilihat lebih-lebih lagi selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis...terlalu banyak negara kota Melayu yang dibina dan banyak yang musnah...ini menunjukkan bahawa negara kota dalam konteks kesultanan raja Melayu tidak penting...jauh yang lebih penting adalah pengikut...selagi mana raja itu punya pengikut, maka selagi itulah adanya kerajaan Melayu...selagi ada pengikut, hiduplah raja itu...dan pengikut yang dimaksudkan itu adalagh rakyat yang didalamnya tergolong juga Orang Laut....Jadi disebabkan sistem feudal ini, maka muncullah perbezaan dari sudut material antara pemerintah dengan yang diperintah...pemerintah haruslah memakai tengkolok yang diperbuat daripada bahan mentah yang 
mahal dan tahan lama seperti sutera dan benang manakala Orang Laut, sesuai dengan status feudalnya dari garis kelas bawahan, maka ikatan kepala mereka yang dikenali sebagai tanjak hanya diperbuat daripada bahan mentah yang murah dan mudah diperoleh iaitu daripada daun nipah, pandan dan mengkuang.Bahkan bagaimana munculnya Raja-Raja Melayu itukan agak pelik...Raja-Raja 
Melayu itukan menerusi kitab Sulaltus Salatin kan mengatakan bahawa Raja-Raja Melayu itu berasal dari keturunan Iskandar Dzulkarnain...3 beradik Parameswara iaitu Sang Sapurba, sang Nila Utama dan Sang pendita Krishna itu kan dalam kitab itu mengatakan bahawa pernah pergi ke kerajaan bawah laut iaitu kerajaan Dhika dan kemudianny muncul di bukit siguntang mahameru, di Palembang..bila muncul disana, maka padi berbuahkan emas, daun berubah perak....jadi cerita2 ini dari satu segi cuba untuk menonjolkan ciri wibawa raja yang berbeza dengan rakyat jelata.  Dan cerita yang agak karut ini kan menampilkan unsur feudal....Itulah jawapan aku bagi soalan pertama....


Jawapan itu soalan 2..."Pada hari ini, Orang Laut dah tidak menghuni perahu...mereka sudah pun menghuni dan menjalani gaya hidup sedentri...membina penempatan atas air dari kayu bakau yang dikenali sebagai penempatan cerucuk...gambar yang tadi tue gambar lama...masa diorg masih lagi menjalani gaya nomadik perahu"...


Jawapan itu soalan 3..."Hari ini Orang Laut seperti Orang Seletar menghadapi tekanan sosial yang kuat sebab kawasan penempatan mereka di sepanjang Selat Tebrau sedang rancak membangun...pembangunan penting...tetapi pihak berwajib (kerajaan) perlu bijak mengatasi masalah ini agar kelangsungan budaya mereka tidak terancam dan dapat dipertahankan...Di Malaysia ada 
jabatan khusus yang dibentuk kerajaan untuk menguruskan hal ehawal masyarakat ini yang dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli.."...aku tambah lagi penerangan tapi tak aklu berikan penerangan panjang lebar..."tapi ada sesetengah golongan yang mahu mentamadunkan Orang Laut dengan cara mengislamkan mereka...ini bukan caranya sebab melayu itu melayu lah...islam 
itu islamlah..." aku sebenarnya nak ulas isu melayu-islam dalam konteks masyarakat Orang Asli umumnya dan Orang Laut khususnya dengan panjang lebar dan mendalam...sebab isu ini pada aku perlu dibahaskan agar dapat memperbetulkan tanggapan salah faham masyarakat terhadap Orang Asli yang tidak dilihat sebagai Melayu kerana masih menyembah semangat, matahari, pokok dll...sedangkan kedua-dua unsur iaitu Melayu dan Islam itu berbeda...tapi disebabkan seminar kali ini ada guru ku, maka aku malas nak ulas panjang2...cukup aku bagi satu kenyataan ringkas...yang faham tue faham lah...yang tak faham...lantaklah...aku malas nak ada krisis atau rasa terasa hati antara aku dengan guru ku...cakap mudahnya dalam isu atau konteks Melayu-Islam, pandangan aku dengan guru ku adalah berbeza...ini dapat dilihat dalam penulisan tesis aku pada bahagian perbincangan bab 2 
yang mana guru ku dengan mudahnya buang hujah panjang lebar aku tentang soal salah faham isu Melayu-islam dalam kontek hubungannya terhadap Orang Asli khususnya Orang laut di Asia Tenggara...itu memang membuatkan ku sedikit benggang...aku tulis panjang lebar...dan dengan mudahnya iaitu hanya satu klik sahaja guruku buang isi perenggan hujah aku...disebabkan aku nie 
anak murid dan dia guru...aku redha dan pasrah..mungkin ada hikmah...dah memang adab berguru...anak murid kena taat dan setia...kadang-kadang aku fikir hubungan aku dengan guru ku macam hubungan Parameswara/ Raja/Sultan dengan Orang Laut pula...hahahahahahahaha....



BERSAMBUNG.........