Masa adalah mahkluk ciptaan Allah yang salah satu sifatnya tidak pernah memungkiri atau mengkhianati tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya oleh Tuhan-Nya. Tiada pernah dia terlambat barang seminit pun atau tercepat sedetik pun dalam kerja amanahnya itu.. Hanya makhluk berakal ciptaan Allah sahaja yakni manusia yang sesetenganya lalai tentang betapa pentingnya kewujudan mahkluk bernama waktu itu....Kendatipun manusia itu adalah ashraful mahlukat yakni sebaik-baik mahkluk, namun alpa, leka dan lalai itu adalah suatu sifat yang sinonim dengan dirinya...Manusia lalai dan lupa yang waktu itu tidak pernah berkompromi dengannya walau dalam apa keadaan sekalipun....
Masa terus berjalan, berjalan, dan tetap terus berjalan tanpa menunggu kita...Kini seiring dengan perjalanan waktu yang panjang, maka perubahan yang berlaku dihadapan mata kasar kita juga telah mengalami suatu perubahan yang banyak disebabkan tempoh masanya yang panjang itu...
Sempena Hari Raya ini, dapat dilihat betapa sudah berapa banyak perubahan yang terjadi...Yang kalau direnung dalam2 ternyata ia sangat berbeza dengan masa lalu kita meski kadang kita berasa yang jarak tempoh masa lalu dengan masa kini seolah-olah hanya sedikit sahaja umpama baru terjadi pada hari semalam...
Aku pulang ke kampung halaman ku yang letak duduknya di selatan tanah air Malaysia yang tercinta ini...Menumpang kereta kawan...Berhenti singgah di beberapa buah tempat (Seri Iskandar, Sungkai, Gombak) atas sebab mengambil dan menurunkan rakan lain yang menumpang kereta yang sama...
Sepanjang perjalanan, aku tidak sabar mahu memasuki ruang jajahan negeri Johor...Hati aku tersangat tidak sabar..Tahukah kalian, bila kalian berkelana di kawasan yang meskipun tidak berapa jauh dari kampung halaman kalian, dalam tempoh masa yang panjang dan lama, kalian pasti dapat merasakan perbezaan yang dapat dirasai terutamanya dari sudut budaya yakni antara budaya kampung kalian dengan budaya tempatorang lain....
Aku ini sudah berkelana lebih kurang 6 tahun di Pulau Pinang...Sebuah negeri yang menurut aku agak kejam kerana budayanya yang aku pandang tidak kena dengan hati dan jiwa aku...Bukanlah disebabkan disana itu banyak Cinanya tetapi kerana disana itu Melayunya itu sudah tidak seperti budaya dan falsafah Melayu yang sebenarnya...Masyarakat melayu disana hidup dengan gaya seolah-olah berpura-pura sahaja...Mahu menjadi golongan urban meski tanggapan urban itu tidaklah lebih daripada sekadar cara berpakaian yang kononnya nampak lebih maju, tamadun, up-to-date, urban. Walhal, hakikat yang dapat ku lihat pada masayarakat di sana, nilai harga dirinya telah dijarah oleh bangsa yang pada asalnya dahulu cumalah sekadar imigran sahaja...Sangat menyedihkan...Sayu hati aku...Apa yang dapat aku simpulkan, masyarakat melayu Penang itu, mahu dirinya dilihat tinggi, hebat bagi seterusnya melahirkan rasa sombong dan angkuh di sanubarinya...Namun perlu dipertegaskan bahawa tidak semua berfe'el seumpama itu hanya kebanyakannya sahaja...Kasihan...
Aku bersama rakanku memasuki negeri Johor menerusi Tangkak...Kami memilih melalui jalan lama atau jalan luar, salah satu sebabnya adalah untuk merasai juadah berbuka puasa dibazar ramadhan dengan menu masakan orang Johor...Kami berbuka puasa di kawasan Parit Sulong yakni sebuah pekan yang telah lama tidak kukunjungi...Itu pun sebabnya aku tersalah masuk simpang walhal sebenarnya, kami tidak perlu pun melalui kawasan Parit sUlong untuk ke kampung kami....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan