Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2016

Filem Pendek Ada Apa Dengan Cinta (2014)










* Filem pendek Ada Apa Dengan Cinta (2014)





Filem Ada Apa Dengan Cinta (2002)








* Aku titipkan filem Ada Apa Dengan Cinta tahun 2002 (14 tahun yang lalu)




FILEM ADA APA DENGAN CINTA 2








Rangga & Chenta



Ada Apa Dengan Cinta 2. Aku baru balik menonton filem ini.  Menonton bersama Megat, Man dan Asang.  Jiwang karat?. Tak!. Kau silap kalau beranggapan begitu!.  Rata-rata yang menonton Ada Apa Dengan Cinta 2(AADC2) ini adalah insan-insan yang membesar dengan Ada Apa Dengan Cinta (AADC) yang ditayangkan pada sekitar 14 tahun yang lalu.  AADC yang 14 tahun yang lalu, bukan hanya berkisarkan pada cinta sahaja.  Ia lebih dari itu.  Jangan dinilai dari tajuknya yang memang secara jelasnya membawa pada konotasi jiwang karat dalam cakap mudah.  Cukup aku katakan karya AKU dari Chairil Anwar yang dipaparkan dalam AADC.  Ia sudah cukup untuk mengatakan bahawa AADC bukan setakat cerita cinta sampah dan murahan.

Walaubagaimanapun, harapan dan anggapan aku pada kemunculan semula AADC 2 ini tidaklah seperti yang aku harapkan sebelum aku duduk di bangku panggung. Kenapa?. Pertamanya aku mengharapkan watak Chenta menerusi lakonan Dian Sastrowodoyo itu dimunculkan buat pertama kalinya di layar panggung dalam keadaan dan situasi yang berkonsepkan "mengejutkan" dan para penonton "ternanti-nantikan kemunculan beliau". Tapi hal itu tidak terjadi. Chenta ditampilkan secara mudah dan ringkas atau literal di awal penceritaan. Sedangkan Chenta itu peran yang dinanti-nantikan setelah 14 tahun watak itu tidak kelihatan. Ah, sayang sekali.

Kedua, dalam AADC2 ini tiada tokoh realiti istimewa yang diangkatkan ataupun dijadikan ikon atau trademark dalam cerita ini.  Tidak seperti AADC yang mengangkat Chairil Anwar menerusi karyanya yang berjudul AKU itu.  Walau Rangga ada menyebut nama seorang pemuisi luar yang aku lupa namanya dan kemunculan seniman bernama Eko Nugroho yang disukai Chenta, namun itu belum 
cukup ampuh untuk menjadikan AADC2 ini setanding dengan AADC.  Hal ini seterusnya barangkali boleh menjerat dan memerangkap AADC2 dalam lingkungan cerita yang hanya berkisarkan sejauhmana pengakhiran misteri cinta Rangga dan Chenta (Dan sememangnya itulah motif filem AADC2).  Mungkin tokoh realis yang ditampilkan untuk AAD2 kali ini lebih merupakan seniman yang bercorak "fine art" dan agak kurang yang bersifat sastera tulisan, maka atas sebab itu tokoh 
realis itu agak kurang menonjol sosoknya dalam AADC2. Tapi aku mengharapkan ada sedikit tokoh berjiwa rebel sebagai selingan dalam AADC2 agar ianya tidak dianggap sebagai hanya kisah cinta Rangga dan Chenta semata yang mana akhirnya akan menjebakkan aku dalam menonton filem cerita yang berkonsepkan cinta semata.  Aku perlukan cukup hanya sedikit elemen yang bersifat "kekeluaran" daripada konteks cinta agar aku tidak dicop atau dilabel sebagai "mamat jiwang karat".  Dan sekali lagi hal itu tidak terjadi.

Ketiga,menurut aku, puisi adalah antara elemen penting yang menguatkan filem AADC yang dahulu.  Terutamanya menerusi watak Rangga.  Hal itu masih cuba dikekalkan dalam AADC2. Tapi yang mengecewakan aku, puisi yang ditampilkan dalam AADC2 ini sifatnya terlalu lurus, linear dan literal.  Kurang metafora dan nuansa dari gaya bahasa, susunan bahasa. Seharusnya bila watak Rangga itu sudah menginjak dewasa malah sudah menjadi penulis dalam sebuah majala di New York, maka sepatutnya puisi yang ditampilkan itu lebih matang, non literal, non linear, penuh metafora dan abstrud sifatnya. Atau dalam kata mudahnya, tidak punya "kick". Tidak seperti dalam AADC, puisi yang ditampilkan menerusi Rangga dan Chenta itu bahkan jauh lebih matang sedangkan dalam AADC itu latar peristiwanya adalah zaman sekolah.  Harusnya puisi AADC2 itu jauh lebih mengancam dan menggetarkan jiwa dari puisi AADC.  Dan itu tidak terjadi sekali lagi.  Bahkan surat puisi yang diberikan Rangga kepada Chenta pada saat akhir pertemuan di Jogjakarta itu juga menghampakan.  Sedangkan penonton seperti aku ini ternanti-nanti apakah isi puisi yang diberikan Rangga kepada Chenta dengan penuh debaran.  Lebih-lebih lagi dengan permintaan Rangga yang menghalang Chenta dari membaca langsung puisi itu disaat pertemuan singkat itu masih berlangsung. Dan debaran itu ternyata menurut aku tidak berbaloi dengan kualiti puisi yang ditampilkan dalam AADC2. Cis, mengecewakan.

Keempat, dari segi dialog.  Dialog juga tidak cukup mantap. Maksudnya, kurang kata dialog yang bersifat falsafah ringkas dan mudah iaitu dialog yang dilontarkan dalam bahasa ringkas dan pendek tapi mengesankan. Mujur bahasa badan dalam konteks bahasa filem antara Rangga dan Chenta itu bagus dan tidak kaku.  Ia bukan suatu masalah bagi Rangga lakonan Nicholas Sapurta dan Chenta lakonan Dian Sastrowodoyo kerana 2 insan ini merupakan pelakon berbakat.Selain itu mujur ada watak Milly yang sedikit sebanyak tidak membosankan penonton dengan soalan-soalan dan jawapan yang bersifat naif sesuai dengan karekternya.

Kelima, sepertimana menurut Megat dan Asang, filem AADC2 ini seolah-olahnya mahu mempromosi Jogjakarta yakni antara latar tempat yang mengambil sebahagian besar dalam pengambaraan filem ini.

Keenam, pengakhiran cerita yang juga tidak cukup "kick" dan kurang mengesankan.  Ianya terlalu mudah disudahkan walhal suatu konflik baru seolah mahu cuba dicetuskan saat Chenta melihat Rangga sedang berpelukan dengan pekerja kedai kopinya di New York setelah Chenta seperti bersusah payah ke New York untuk menemui semula Rangga.  Tapi permulaan konflik itu dibunuh dengan penyelesaian yang cukup mudah dan bersahaja.  Bukankah ini filem epik yang menemukan kembali lagenda Rangga dan Chenta setelah ia dinanti-nantikan penonton untuk tempoh 14 tahun.  Kenapa epik cinta antara 2 lagenda ini bagi remaja yang membesar sekitar tahun 90-an diakhiri dengan penamatan yang mudah sekali!?.

Ketujuh, tiada ost dalam bilangan yang banyak dan mengesankan jiwa sepertimana ost dalam AADC dahulu yang dihasilkan oleh Melly Goeslow.

Kelapan, ini bukan menurut aku tapi menurut mungkin kebanyakan penonton iaitu kenapa adegan Rangga dan Chenta bercumbuan menahan beban rindu perlu dipotong dalam tayangan panggung wayang di Malaysia?. Kalau menurut aku itu, ia bukan isu besar sangat pun dan tak lah mengecewakan aku sangat.  Lainlah pemotongan babak mencium itu melibatkan aksi cium mulut antara Aku dan Dian Sastrowodoyo. Itu sudah pastinya perlu sangat dikecewakan. Kah, Kah, Kah. 


Apapun, walau filem AADC2 ini tidak memenuhi harapan aku sepenuhnya (mungkin tinggi sangat kot harapan aku kat filem AADC2 ini), tapi filem ini masih lagi SANGAT berbaloi untuk ditonton.  Sesuai bagi yang mahu bermelankolia masa remaja lebih-lebih lagi bagi yang pernah menonton AADC pada 14 tahun yang lalu. 

Dan dalam pada masa yang sama, filem ini tidak sesuai untuk mamat-mamat yang jenis pakai baju batik, pakai songkok hitam, pakai tali leher, pakai kasut kulit muncung panjang, pakai baju kemeja masuk dalam seluar slack yang kain licin tu ditambah jenis lelaki yang suka selfie (kau boleh faham benda ini menerusi kata dialog Rangga sewaktu memberikan definisi tentang perbezaan antara mengembara dengan bercuti atau melancong).  Serius lebih baik kau jangan tengok.  Kalau dapat tahu ke si Rangga yang laki-laki jenis ini tengok AADC2, mahu menangis si Rangga dibuatnya.  Seolah-olahnya AADC ini telah tercemar dengan najis kehinaan. Mamat jenis macam ini seperti watak Trian dalam AADC2.


Maka dengan itu, datanglah ke pawagam dan tontonlah filem ini. 





Buku AKU tentang Chairil Anwar. Kaset OST AADC lama yang masih lagi ada dalam simpanan aku. Aku beli kaset ini masa tingkatan 4 di Kedai Kaset Radin dekat bus stesen Batu Pahat.






p/s: Benar kata Rangga tentang Chenta iaitu: "Baru sekali itu aku melihat karya syurga dari mata seorang hawa".

Dan aku dahulunya cukup senang melihat mata si dia yang bulat belolok itu.  Cukup indah mata itu. Dan aku rindu bukan sahaja untuk melihat bebola mata indah itu lagi bahkan jika punya kesempatan yang menurutku agak mustahil, akan aku tenung sedalam-dalamnya sehingga menembusi retina matanya. Ah, itu pun jika punya kesempatan kedua!.






Isnin, 16 Jun 2014

Filem Pendek : I LOVE YOU GRANDPA









Ini adalah filem pendek Mongolia yang berjudul "I LOVE YOU GRANDPA". Filem pendek ini langsung terus mengingatkan aku kepada Al-Marhum nyaye (atuk) aku.  Redup mata, kedut wajah, riak tabah dan senyuman tenang menahan sakit pelakon yang memegang peran grandpa itu hampir sama dengan keadaan dan perilaku arwah nyaye aku. Sejujurnya, aku lebih melihat arwah nyaye aku sebagai bapak aku daripada sebagai datuk aku. Aku lebih banyak membesar dengan arwah nyaye aku daripada ibu bapa aku.  Aku lebih banyak belajar mengenal dunia daripada arwah nyaye aku berbanding ibu bapa aku. Sesungguhnya ketika itu adalah suatu kebanggaan jika aku dilihat dan ditanggap sebagai anak kepada arwah nyaye aku. Apapun ianya kini tinggal kenangan dan tetap kekal menjadi suatu nostalgia yang takkan aku lupakan smapai bila-bila meskipun roh aku bercerai dari jasad.  AL-FATIHAH BUAT AL-MARHUM HAJI HUSSAIN B. HAJI YUSSOF. Semoga aku dapat menemuimu di kehidupan sana kelak.






TRAILER FILEM TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK




Karya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, telah pun diterjemahkan dalam bentuk audio-visual iaitu menerusi medium filem.  Dibawah ini merupakan trailer daripada filem tersebut.









Isnin, 23 September 2013

Kallang Roar The Movie







Layan gambar bergerak ini tentang era bola sepak Singapura tahun 1970-an.




...

Kallang Roar The Movie


Kallang Roar The Movie


Baru nie aku tengok cerita pasal bola sepak Singapura.  Tajuk filem tue "Kallang Roar The Movie". Ceritanya pasal kebangkitan Bola Sepak Singapura. Dan kebangkitan tersebut dipangkin oleh seorang jurulatih.  Jadinya secara tidak langsung, watak jurulatih ini merupakan watak utama dalam filem ini.  Nama jurulatih tersebut adalah Choo Seng Quee yang mana lebih dikenali sebagai "Uncle Choo".


Choo Seng Quee

Penceritaan filem ini dimulai dengan babak sembang antara Uncle Choo dengan Tunku Abdul Rahman yang mana pada ketika itu (tahun 1967) selain menjadi Perdana Menteri Malaya pertama juga merupakan Presiden FAM yang memegang jawatan tersebut semenjak tahun 1951.

Sembang antara mereka berdua adalah berkenaan tentang keinginan Uncle Choo yang mahu pulang ke Singapura setelah lama menjadi jurulatih pasukan Malaya semenjak Januari 1958. Dalam babak itu seolah-olahnya Tunku Abdul Rahman tidak mahu melepaskan Uncle Choo.  Bahkan dipaparkan seolah-olah Tunku seperti menawarkan segala-galanya (merasuah) termasuk duit, kemahsyuran dan penghormatan. Ini secara sinikal dapat dilihat menerusi adegan "rasuah kuih lapis".  Namun, Uncle Choo mengatakan bahawa beliau adalah "orang Singapura" kerna itu beliau mahu pulang.  Biasalah wey..Filem ini orang Singapura yang buat. Pasal Singapura. Nak tak nak unsur bias mesti ada dan kuat punya.  Lagi2 bila bertembung dengan Malaysia kan.

Fokus utama dalam filem cerita ini sebenarnya tentang hal yang berkisar tahun 1977.

Ceritanya tentang bagaimana kesungguhan Uncle Choo mahu menggilap bakat pemain muda Singapura dan mahu membangkitkan kegemilangan Bola Sepak Singapura

Namun begitu terdapat halangan.  Halangan tersebut adalah daripada individu besar dalam FAS (Football Association of Singapore). Mungkin individu ini boleh disamakan dengan beberapa individu dalam FAM kita masa kini...kah..kah..kah...

Uncle Choo dilihat tidak berputus asa.  Beliau dengan sendirinya berusaha mencari dan mengasah bakat2 baru.  Menerapkan semangat nasionalisme agar anak watan Singapura mencintai Singapura.  Dalam filem tersebut, dapat dilihat pada ketika itu pun, anak muda Singapura sudah luntur semangat nasionalisme dan patriotisme pada negara.  Kanak-kanaknya dilihat bosan dan malu untuk menyanyikan lagu kebangsaan Singapura bila disuruh oleh Uncle Choo.

Uncle Choo tetap berusaha menerapkan dan menanam semangat nasionalisme dan patriotisme dalam jiwa anak didiknya.  Slogan semangat yang sering dilaung beliau dan diajar kepada anak didiknya adalah berbunyi "Untuk bangsa dan negara, majulah!".

Berikutnya tahun 1976, FAS mempunyai Pengerusi baru yang bernama N.Ganesan.  Mr Ganesan ini telah melantik Uncle Choo sebagai jurulatih negara.

Dalam filem tersebut, digambarkan bahawa Uncle Choo merupakan seorang jurulatih yang tegas, yang garang yang sangat berdisplin.  Tiada kompromi.  Beliau menggunakan pendekatan sesi latihan yang sangat tegas, kasar, susah, memenatkan.  Bayangkan, seorang penyepak tendangan sudut diarah agar membuat sepakan tendangan sudut sebanyak 100 kali dalam latihan...Dalam filem tersebut digambarkan juga bahawa Uncle Choo juga turut mengambil berat berkenaan soal pemakanan para pemainnya.  Beliau telah mencatu jenis makanan yang perlu diambil pemain.  Katanya, para pemain saya memerlukan protein bukannya kabohadrat...sebab itu, para pemainnya dilarang mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak. Bahkan beliau melarang pemainnya meminum arak kerana ia memberi kesan pada stamina.  Ada satu babak tue yang mana player power dia iaitu S. Rajagobal datang latihan dalam keadaan mabuk...Beliau marah dan terus kick Rajagobal dari team...tapi tak lama lepas tue S. Rajagobal digambarkan telah insaf dan join balik team.


Uncle Choo bersama para pemainnya


Kemuncak filem ini, berkisar tentang penglibatan Singapura dalam kancah Piala Malaysia pada tahun tue (1977)

Skuad Uncle Choo pada waktu itu terdiri daripada Dollah Kassim, Edmund Wee, Samad Allapitchay, Quah Kim Song, Mat Noh, S. Rajagopal,


Perjalanan Singapura pada Piala Malaysia tahun 1977 bermula setelah berjaya mengalahkan Angakatan tentera dengan 3-0, membelasah Johor dengan jaringan 6-1, mengalahkan terenggangu dengan jaringan 4-3, dan seterusnya bertemu dengan Selangor di Semi Final pada 15 Mei 1977 di Stadium Kallang.

Pada semi final ini, penyokong Singapura telah keluar beramai-ramai menonton perlawanan tersebut. Bahkan sehingga terjadi rusuhan lantaran disebabkan kauter tiket dibuka lewat.  Sedangkan para penyokong telah tunggu seawal 10 pagi tetapi kaunter hanya dibuka pada jam 8 mlama.  Sebaik sahaja kaunter dibuka, orang ramai mula berasak-asak membeli tiket..Dalam kejadian berasak-asak itu, menyebabkan keadaan tidak terkawal sehingga ada yang terjatuh dan dipijak.  Dikhabarkan seorang telah meninggal dunia manakala 44 orang cedera dalam kejadian tersebut.

Suasana di perkarangan Stadium Kallang sewaktu separuh akhir Piala Malaysia 1977 bertemu Selangor

Selangor pada ketika itu dibarisi dengan pemain yang hebat dan terkenal.  Antaranya sudah sepastinyalah Mokhtar Dahari (Supermokh), Soh Chin Aun (Towkay), R. Arumugam (Aru The Spiderman).  Bahkan watak Supermokh dalam filem ini ditampilkan dengan gaya yang hampir seiras dengan wajah, sosok badan dan gaya Supermokh yang sebenar.  Bukan sahaja wajah, sosok badan dan penampilannya, tetapi juga skill dan lariannya juga hampir sama.

Pada perlawanan tersebut,Singapura  terlebih dahulu di depan.  Kemudiannya Selangor berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan Mokhtar Dahari setelah berjaya melepaskan diri dari halangan Samad Allapitchay.  Dalam filem tersebut, dipaparkan Samad Allapotchay memang sengaja  melepaskan Mohktar Dahari.  Sebabnya si Samad Allapitchay nie telah diugut oleh bookie yang mana bookie akan menganggu dan mengancam anak bininya.  Maka secara tidak langsung dalam perlawanan itu telah dicemari dengan insiden bookie..Fuck...Akhirnya Singapura berjaya melangkah ke final menerusi jaringan S. Rajagobal yang menjaring menerusi sepakan sudut.

Perlawanan akhir, 28 Mei 1977 Singapura bertemu dengan Pulau Pinang.  Bermain di Stadium Merdeka. Pada ketika itu, kem Singapura punya sedikit gangguan masalah.  Masalah berkait dengan kesihatan Uncle Choo.  Penyakit gangren semakin teruk dan telah menyerang kaki kanannya.

Keadaan Uncle Choo setelah kakinya dipotong

Dalam filem ini, dipaparkan tentang bagaimana ganas dan kasarnya pemain Penang main. 

Singapura mendahului menerusi jaringan  Quah Kim Song. Kemudiannya, Pulau Pinang menyamakan kedudukan menerusi lagenda Penang iaitu Isa Bakar.  Kemudian Pulau Pinang di depan menerusi jaringan Ali Bakar setelah mendapat hantaran bola daripada Isa Bakar.

Jadi separuh masa, Pulau Pinang mendahului Singapura dengan 2-1.  Singapura masuk ke bilik persalinan.  Uncle Choo mengetahui yang Samad Allapitchay mengalami masalah dengan bookie. Lantas menggantikan tugas kapten yang dipegang Samad kepada Dollah Kassim.  Seterusnya Uncle Choo membawa masuk separuh masa kedua, Nasir Jalil yang juga dikenali sebagai "Crazy Horse".  Mungkin disebabkan perwatakannya yang lari dan bawa bola macam orang gila yang suka merempuh, maka beliau memperoleh gelaran tersebut.

Akhirnya, percaturan memasukkan Nasir Jalil ternyata berbaloi.  Nasir Jali si crazy horse itu telah berjaya menjaring gol penyamaan.  Bahkan menajring dengan gaya yang cantik dan cool..menjaring dengan cara back heel tue...

Kemuncak hujung, Singapura memperoleh gol kemenangan.  Hasil sepakan percuma yang diambil oleh Dollah kASSIM yang kemudiannya disambut dengan tandukan oleh Mat Noh yang akhiernya menghasilkan gol.

Kemenangan Singapura pada malam tue, secara tidak langsung turut menamatkan penantian Singapura selama 12 tahun untuk menjulang Piala Malaysia.

Filem ini memang best lah jugak. Bila ada filem audio-visual, mudahlah sikit nak faham tentang sesuatu peristiwa sejarah lampau.  Jadi moga-mogalah ada filem bola sepak yang diadaptasi dari peristiwa sebenar untuk difilemkan. Sebenarnya bukan cerita pasal bola je lah. Tapi pasal apa2 cerita sejarah pun memang patut difilemkan dengan garapan yang baik dan menyeronokkan...

Di hujung filem ini, dipaparkan suatu watak anak muda yang bermain bola sewaktu Uncle Choo sedang berszembang dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu Tunku datang melawat Uncle Choo di Singapura. Kemudian Tunku Abdul Rahman bertanya tentang siapakah budak tue...Uncle Choo menjawab : "Fandi Ahmad"....


Detik2 awal Fandi Ahmad dalam kancah bola sepak



p/s: artikel ini pun aku dah lama tulis tapi lambat aku post.  Malas sebab dominannya.








Ahad, 18 Ogos 2013

Tentang Seseorang : Puisi dalam Filem Ada Apa Dengan Cinta









Judul : Tentang Seseorang
Karya asal : Rako Prijanto
Deklamasi oleh : Dian Sastrowardoyo


Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi… sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja engkau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai






Filem Ada Apa Dengan Cinta



Saat ini di tv3 ada tayangkan filem Ada Apa Dengan Cinta. Lakonan Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra. Filem ini keluar tahun 2002. Masa tue aku form 4. Kalau tak silap aku, ini merupakan filem indonesia pertama yang merintis keinginan aku untuk mencari dan menonton karya pembikin filem Indonesia yang sewaktu dan sealiran denganya. Sebabnya saat itu industri filem Malaysia tiada lagi yang membawa gaya aliran perfileman semacam itu. Namun tak lama selepas itu muncul insan seperti Amir Muhammad
dan Yasmin Ahmad yang cuba membawa suatu yang baru dalam landskap filem Malaysia. Namun begitu, hakikat sebenarnya lama sebelum itu sebenarnya Malaysia sudah ada filem2 bermutu misalnya filem Jogho, Kaki Bakar dan Dari Jemapoh Ke Manchestee. Cumanya hanya aku sahaja yang tak tahu melainkan cerita Dari Jemapoh Ke Manchestee itu .


Dari filem Ada Apa Dengan Cinta, aku mula kenal karya filem Indonesia lain seperti
Pasir Berbisik, 3 Doa 3 Cinta, Mereka Bilang Aku Monyet,Tentang Dia, Catatan Akhir Sekolah dll. Antara filem yang aku sebut ini, 2 daripadanya didukung oleh Dian Sastrowardoyo iaitu filem Pasir Berbisik dan filem 3 Doa 3 Cinta. Dalam filem 3 Doa 3 Cinta itu, Dian Sastrowardoyo digadingkan juga dengan Nicholas Saputra.

Ada Apa Dengan Cinta, kalau dilihat dari judulnya sahaja sudah kedengaran agak jiwang karat. Itu dari gambaran luarannya. Tapi pada aku ia adalah kisah cinta sedikit rebel. Cukup sahaja ia memaparkan scene babak buku puisi berjudul 'Aku" karya Chairil Anwar. Saat itu, aku masih tak kenal siapa lagi Chairil Anwar tue. Tapi aku dapat rasakan sesuatu yang unik tentang insan nie. Lebih-lebih lagi bila aku tengok judul
puisi itu bertajuk 'Aku". Ada suatu nilai unik dari puisi itu yang pada waktu itu masih tak dapat diperjelas. Masih tercari-cari. Kemudiannya, setelah diselidiki, Chairil Anwar itu bukan sahaja pendukung sastera yang hebat di Indonesia bahkan diangkat dan dikagumi juga di Malaysia.


* kaset OST Ada Apa Dengan Cinta yang masih lagi ada dalam simpanan aku.  Aku beli masa zaman sekolah dulu.  Beli kat kedai kaset Radin kat atas Bus Station Batu Pahat.  Dulu sapa yang nak beli kaset ACAB, The Official, Carburetor Dung dll, lazimnya akan beli kat kedai kaset Radin nie...


Sehingga kini ada beberapa bait kata dalam filem itu yang masih aku ingati. Antaranya adalah bait kata "bila emosi mengatasi logika" dan "Ada apa dengan Cinta, meninggalkan hati untuk dicaci"


Selain itu, aku suka tengok babak Chenta lakonan Dian Sastrowardoyo membaca puisi lantaran menolak untuk menyanyi. Puisi yang dibacakan itu bukan puisi biasa. Bait-bait katanya disampai dengan gaya metafora yang cukup indah menawan untuk diperdalami.



Khamis, 25 Julai 2013

TARAF INTELEK (maksudnya kepandaian) DAN RASIONAL PEJUANG RASMI MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA




Sekarang nie isu panas isu TPP (Trans Pacific Partnership)...Nie kalau yang ada darah pejuang sudah lama patutnya melenting...sudah lama patut bising2..sudah lama patut marah dan geram...Dan aku rasakan individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan yang dengan terang-terang dan bangganya mengisytiharkan kepada khalayak umum bahawa mereka itu "PEJUANG AGAMA, PEJUANG BANGSA & PEJUANG NEGARA" maka perlu lah lebih-lebih lagi peka dan ambil perhatian sama ada dari sudut kenyataan atau aksi perilaku bagi memaparkan dan mengesahkan bahawa mereka ini sememang benarlah "PEJUANG AGAMA, PEJUANG BANGSA & PEJUANG NEGARA" seperti yang sering dicanang-canang dan dipromosikan oleh diri mereka sendiri itu..Namun setakat ini, ..bukan nya nak cakap satu aksi perilaku, satu kenyataan ringkas berkenaan pendirian pertubuhan pejuang Melayu, Agama dan Bangsa ini pun langsung habuk pun tak ada berkenaan isu penting dan besar ini!!!.  Ini ker namanya "PEJUANG AGAMA, BANGSA, MELAYU-ISLAM DAN NEGARA"!!!!...

Antara isu bangsa dan tanah air yang aku cadangkan (peh takkan lah orang lain kena cadangkan kot...kata Pejuang Agama, Pejuang Bangsa & Pejuang Negara...patutnya tak perlu orang cadangkan, geng2 nie lah yang dah patutnya ke hadapan dan lebih awal dedahkan isu ini...tak faham aku taraf pejuang Melayu, bangsa, agama dan negara kat negara aku nie)..

Ok antara isu bangsa dan negara yang perlu diberi perhatian adalah :

1. Berkenaan isu penjualan air mentah Johor kepada Singapura dengan harga hanya sekitar 3 sen untuk 1000 gelen air. Sedangkan Johor jual air mentah kepada Melaka  sekitar 30 sen untuk 1000 gelen air...Murah gila kot jika dibandingkan dengan nilai kos hidup masa kini...Dah lah kos hidup ini takkan pernah berkurang...Saban tahun makin meningkat...Bayangkan kalau 1000 gelen dijual hanya 3 sen ..kalau 1 00000 gelen, kita baru jual air kita tue pada Singapura dengan harga hanya RM 30...lepas tue kita beli balik air tue dengan harga sekitar 50 sen untuk 1000 gelen..peh...dah ltak masuk akal...dengan keadaan nilai duit dolar Singapura tue dah lah 2 1/2 kali besar dari nilai duit Ringgit Malaysia..lepas tueperjanjian semula hanya akan berlaku pada 2060...bapak lama kot nak tunggu tempoh masa itu...


2.Soal pembelian pesawat perang F/A-18 sedangkan negara memerlukan pesawat MIG-29.  Dan yang menyedihkan lagi, perjanjian pembelian ini tidak melibatkan source kod. Maksudnya tanpa source kod, maka F/A-18 hanya boleh melakukan misi penerbangan setelah mendapat kebenaran dari pihak Amerika.  Dan akhirnya nanti, pesawat ini hanya boleh diterbangkan untuk kegunaan persembahan semasa persembahan LIMA.  Dah macam barang mainan jer fungsinya sedangkan harga mahal.  Peg..very expensive toys..

3.  Kemudian isu AFTA atau Asean Free Trade Area.  Dalam isu ini, Mlaaysia bersetuju bahawa 40% kandungan item lokal sesebuah produk layak ditakrif sebagai bebas cukai dalam pasaran ASEAN. Hal ini bukan susah sangat untuk kereta2 luar negara terutamanya dari Jepun, Korea, China dan Eropah untukpenuhi syarat tue...Diorg dengan mudahnya boleh guna bateri, tayar dan beberapa kompoenan buatan Malaysia bagi melayakkan hasil produk mereka dijual tanpa sebarang cukai di negara kita...so fikirkan lah...bagaimana produk buatan Malaysia misalnya Proton nak bertahan...macam mana Produk Kampung Mak Limah atau Pak Sudin nak bersaing dengan produk luar yang jauh lebih hebat...

4.  Pulau Batu Puteh dah tergadai...Kita pun dah bagi tanah keretapi yang bernilai bilion ringgit kepada Singapura...Dan lepas nie kita terpaksa lah plk minta izin Singapura untuk buat keretapi laju kita...


Lihatlah...semua perjanjian kita dengan pihak asing yang mana kebanyakannya secara pratikalnya tak memberi manfaat pun pada kita...

Sekarang nie pula tengah panas isu TPP (Trans Pacific Partnership).  Dahlah perbincangan dan isi perjanjian tidak didedahkan...Ini dari satu segi merupakan usaha lain Amerika untuk membolehkan syarikat besar mereka memasuki dan menguasai pasaran di negara kecil...

Makanya...mana Para Pejuang Melayu, Pejuang Bangsa, Pejuang Negara yang dok canang-canang istilah 'Melayu-Islam"...Isu-isu remeh macam Orang Cina makan kat depan khalayak ramai masa bulan Ramadhan sibuk dibisingkan (lagi bising dan marah kalau Cina tue makan babi)...aduh..nie isu penting...isu besar...isu masa depan negara...isu survival anak cucu...silap2 negara boleh tergadai...mana diorg nie...mana geng2 nie...mana pendirian mereka...atau sebenarnya memang tak tahu langsung tentang wujudnya isu-isu ini...mana geng2 yang pakai baju melayu, seluar jeans, bersongkok hitam, berkaca mata hitam dan setengahnya ada yang bergelang tangan, berambut kaler2 kuning tue...ker tahap pejuang Melayu,pejuang bangsa, pejuang agama kat negara aku nie, paling tinggi tahap yang diorg boleh buat selain berarak kat tepi jalan dengan gaya pakaian macam tue, hanya mampu untuk buat filem gangster sampah yang menjadikan rakyat Malaysia tambah lagi bangkut dan bukannya bangkit, dan  jadi juri maharaja lawak (kira tingga lah tue wey sebab jadi juri MAHARAJA lawak..MAHARAJA LAWAK MEGA plk tue)...atau hanya mampu buat konvoi naik motor sambil kibar2 bendera..aduh22..atau lagi menyedihkan, hanya tahu lepak kedai makan, buat tour keliling Malaysia cari kedai makan atau hotel mana yang sedap,lepas tue dok pung pang, pung pang tentang Melayu, tentang Islam, tentang Cina, tentang India sambil membesarkaN perut..peh...sangat menyedihkan dan mendukacitakan...nak nangis pun ada...




Filem PE3 : Bapak Segala Gangster (Kah kah kah...tagline memang serius tak boleh blah)
Filem melayu wajib tonton nie...tapi dah lama abis tayangan lah...mesti kutipan pecah panggung nie..korang download je lah...kalau rasa tak berapa nak yakin dan takut rugi masa jer nak download, korang leh baca review pasal filem ini dulu kat internet...boleh klik link ini untuk review pasal film ini...Tukang Ulas 1,TukangUlas 2 dan Tukang Ulas 3



...............................................................................

Jumaat, 19 Julai 2013

Menggigil menanggung derita lapar



Sapa2 yang puasa sampai mengigil2 tue, redakan lah kegigilan tue dengan tengok clip nie...ini antara babak yang aku suka dalam cerita filem rock ooo : rimba bara kembali...



p/s gua teringat zaman duduk asrama masa sekolah dulu yang sentiasa dilanda bahana derita kebuluran..

Khamis, 11 Julai 2013

Bapak Ko


"Cerita lamo sapo...cerita lamo bapak ko...bapak ko pergi..tak balik2!!!"

Isnin, 24 Jun 2013

Filem yang memberi inspirasi


Bila ditekan, digesa, dipaksa, sejujurnya aku tak akan mampu melakukan suatu apapun. Jadinya, aku mengambil keputusan menonton beberapa cerita gambar bergerak. Tujuannya untuk melarikan diri daripada belenggu tekanan ini. Ada yang aku sendiri muat naik dari laman internet dan ada juga yang aku peroleh dari rakan2 ku. Aku menonton beberapa wayang gambar bergerak yang rata-ratanya dari Indonesia. Sejujurnya aku puji beberapa pengiat karya seni versi filem di sana. Meski tak kurang juga dalam kalangan mereka yang menyajikan wayang-wayang sampah yang langusng tak punya moral.


Antara wayang yang menurut ku bagus dan punya nilai moral yang menerujakan adalah "Laskar Pelangi", "Sang Pemimpi", "Tanah Air Beta", "Tanah Syurga Katanya" dan "Negeri 5 Menara". Ceritanya diperankan oleh golongan muda. Golonga muda persekolahan. Punya cita-cita tinggi...Punya mimpi melangit. Garapannya begitu mengesankan sekali. Ada nilai patriotisme dan nasionalisme yang ditanam pada benih-benih hijau ini. Dengan sedikit lelucon, kandangkala bisa memperingatkan kembali nostalgia zaman persekolahan kita. Tapi yang nyata penting sekali, adalah jalan penceritaannya. Pengisiannya. Bukan sampah.


Rata-rata dari cerita yang aku sebutkan di atas tadi, 3 daripadanya adalah diadaptasi dari novel iaitu "Laskar Pelangi", "Sang Pemimpi" dan "Negeri 5 menara". Dan dari pembacaan aku terhadap novel-novel ini, ia adalah sebahagian daripada kisah kehidupan mereka. Bila aku melihat sisi kisah hidup mereka ini, aku kadangkala malu dengandiri aku sendiri...Mereka hidup dalam suasana fasilitas yang serba banyak kekurangan, tapi nilai pengajian dan ilmu kehidupan mereka sangat tinggi...Mereka mencari kebahagian hakiki menerusi jalan yang penuh onak duri. Makanya dapat aku lihat disini,seawal usia kanak-kanak, mereka itu sudah pun mengenal erti kematangan hidup. Kerna itu, kejayaan mereka itu punya nilai hakiki.Wayang ini memaparkan bahawa anak-anak muda ajaib ini mengenal apa erti falsafah "kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu" dan "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"... 

Persoalan aku disini, dimana pengiat seni filem kita dalam menyajikan karya sebermutu begini?..Sampai bila karya filemnya hanya mahu berkisar lawak komedi bodoh atau gangster melayu gampang yang entah kemana hala tuju objektifnya...Bukan mengeji tanah air sendiri tapi kerna sayanglah aku berkata keras semacam ini...

Berkait soal patriotisme dan nasionalisme, elemen ini diterap dengan baik sekali dalam karya yang aku tontoni ini.Ianya tidak perlu dipapar secara literal, cukup sekadar sampingan tapi mengesankan. Kerna itu, sayang dan kasih mereka pada Indonesia cukup tebal. Bahkan elit politik mereka yang berteras agama sekali punya nilai sayang pada negara yang tinggi. Sekali lagi bukan niat ku mencemuh masyarakat...aku tak punya hak mencemuh...Tapi lihat disini...lagu Negaraku dipermain...diperolok-olok..apa sudah jadi dengan anak bangsa Malaysia!..aku teringat tulisan seorang sarjana lokal yang mengatakan "sayangnya di Malaysia terdapat elit politik berteras agama yang memperleceh kepentingan bangsa di tanah airnya sendiri"...

- Sang Pemimpi -


- Tanah Air Beta -


- Laskar Pelangi -


- Negeri 5 Menara -


- Tanah Sorga Katanya -

p/s Ilahi tolong beri aku kerajinan untuk aku selesaikan sisa-sisa yang tertangguh ini...aku malu dengan orang yang serba banyak kekurangan tapi bisa membuktikan bahawa kekurangan itu bukan penghalang mereka...

Isnin, 4 Februari 2013

Angan2 terawang



Aku teringin nak pergi Pulau Belitung...Pulau yang letaknya di hujung selatan Indonesia....Aku nak tengok landskapnya...aku nak tengok Orang Suku Sawang dengan compang-campingnya melabuhkan perahu semangat ke laut...Aku nak tengok pasir pantainya...Aku nak tengok batu-batuan besar sambil merasai berdiri di atasnya sambil melihat pandangan dunia kelautan seluas-luasnya...Aku nak terserempak dengan Bang Zaitun kemudian nak mintak dia nyanyikan okestra lagu 'Pak ketipak ketipung...suara gendang bertalu2...serentak hati bingung...dalam hati siapa tahu"....Pastu tue aku nak tengok gelagat Jose Rizal pening mengikut arahan tuannya...Aku nak tengok wajah sayu dan tabah Bu Muslimah...Dalam keadaan dimana dia menjahit baju anak2 murid2nya sambil merenung jauh masa hadapan mereka....Aku nak jumpa Enong jugak...Aku ingin belajar sesuatu dari tangan2 kasarnya yang melambangkan keperitan dan kekejaman hidup ini...Aku mahu ketemu sama Lintang...anak ajaib itu...anak unggul itu...Di hujungnya nanti aku mahu dimana cukup sekadar aku dapat melihat imbasan bayang2 Zalikha Normala yang memakai seledang merah...walau dari jauh sekalipun....




T’lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga
Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia

Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan
Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Bang/Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua




Isnin, 31 Disember 2012

The Hobbit



Bagi kaki wayang sudah pastinya mereka menonton wayang 'The Hobbit" yang ditayangkan sekitar pertengahan bulan Disember tahun ini. Aku bukanlah orang yang arif untuk berbicara soal dunia perfileman...Sebab mudahnya, aku langsung tak ada asas dalam
dunia ini...aku tiada mendapat pendidikan formal dalam bidang "screen study" atau displin ilmu yang berkait dengannya.



*The Hobbit : An Unexpected Journey




Aku tengok cerita nie...Kemudian itu, aku nonton balik cerita trilogi 'Lord of the rings"...sajer jer aku nak tengok kaitan antara kedua cerita ini...kemudian itu, aku singgah ke Borders...aku tengok antara buku popular yang dipaparkan di rak kedai
adalah novel 'The Hobbit'...tapi aku tak befrapa suka cover novel dia sebabnya covernya menggunakan adaptasi filem tersebut...jadi ianya tak lah rare...



*Novel The Hobbit cetakan terbaru bersempena penayangan filemnya yang mana aku agak kurang suka dengan cover depannya...

kemudian aku ke Perpustakaan Hamzah Sendut...Aku search di laman sesawang perpustakaan ini berkenaan judul buku "The Hobbit"..Ada...Aku terus ke rak buku itu...tak berapa lama setelah aku cari..aku temuinnya...


"The Hobbit" merupakan karya tulisan J.R.R. Tolken yang mana pertama kalinya telah diterbitkan pada tahun 1937 dan kemudiannya telah diulang cetak beberapa kali iaitu pada tahun 1951, 1966 dan 1978. Novel yang aku baca ini adalah cetakan tahun 1955....




* Versi Novel The Hobbit yang aku baca...


Aku menghabiskan bacaan novel ini sekitar 5 hari iaitu sewaktu berada di kerja lapangan di Lenggong pada minggu lepas.Serius, ia merupakan suatu karya yang menyeronokkan...Penuh dengan adegan pengembaraan yang mendebarkan dan menyeronokkan.

Permulaan novel ini dimulai dengan siri pengenalan tentang Hobbit iaitu apakah ciri karekteristik Hobbit ini.Ia dimulai dengan penerangan berkenaan bentuk kediaman Hobbit ini.

"In a hole in the ground there lived a hobbit. Not a nasty, dirty, wet hole, filled with the ends of worms and an oozy smell, nor yet a dry, bare, sandy hole with nothing in it to sit down on or to eat; it was a hobbit-hole, and that means
comfort."


Manakala penerangan berkenaan fisiologi dan sifat2 umum Hobbit ini adalah seperti berikut yang mana dapat dibaca pada halaman 4:

" They are (or were) a little people, about half our height, and smaller than the bearded dwarfes. Hobbits have no beards. There is little or no magic about them, except the ordinary everyday sort which helps them to disappear quietly and quickly
when large stupid folk like you and me come blundering along, making a noise like elephants which they can hear a mile off. They are inclined to be fat in the stomach; they dress in bright colours (chiefly green and yellow); wear no shoes, because their feet grow natural leathery soles and thick warm brown hair like the stuff on their heads (which is curly); have long clever brown fingers, good natured faces, and laugh deep fruity laughs (especially after dinner, which they have twice a day when they can get it"...


Begitulah serba-sedikit penerangan berkenaan watak Hobbit ini dari segi fisiologi dan sifat2 umum mereka.

Seperti yang telah semua maklum (bagi yang telah menonton), perjalanan cerita ini dimulai dengan penglibatan Bilbo Baggins (Hobbit), yang secara paksa rela terpaksa menyertai sekumpulan dwarf yang diketuai oleh Thorin dalam misi mereka menuju ke
Lonely Mountain untuk mengambil hak mereka yang telah lama dirampas oleh Smaug, seekor naga...

Dalam cerita wayang siri pertama, kita dapat lihat bagaimana kumpulan dwarf ini yang terdiri daripada Thorin, Dori, Nori, Ori, Oin, Gloin, Bifur, Bofur, Bombur, Dwalin, Balin, Fili dan Kili bersama Mr Bilbo dan Gandalf terselamat daripada serangan
Wargs dan Goblin selepas sekumpulan Eagles datang membantu menyelamatkan mereka.



* Lakaran peta seperti yang terkandung dalam novel ini..

Setelah itu, mereka meneruskan pengembaraan mereka...Berdasarkan novel ini, Gandalf nanti kemudiannya terpaksa meninggalkan kumpulan ekspedisi ini...Mereka terpaksa mengahrungi cabaran di kawasan hutan Mirkwood...Mereka ini terpaksa berhadapan
dengan labah-labah..setelah berjaya menyelamatakan diri daripada ancaman labah-labah, kumpulan ini terpaksa menghadapi dugaan daripada pihak Elvenkings...setelah berjaya melepaskan diri daripada penjara puak Elves ini, mereka kemudiaan berjaya
berkompormi dengan pihak manusia yang menghuni kawsan sekitar kaki bukit Lonely Mountain...Hal ini juga adalah disebabkan golongan manusia yang masih lagi berani menghuni di sekitara gunungf tersebut percaya bahawa pada suatu ketika nanti kawasan
itu akan gemilang dan kaya semula kerana Thror atau Thrain (yakni bapa dan datuk kepada Thorin) akan kembali mengambil semula tempat itu...hal ini terpapar dalam lagu2 rakyat yang mereka nyayikan dan kerna itu mereka masih lagi berani menghuni kawasan tersebut.

Kumpulan ini akhirnya berjaya memasuki pergunungan yang dihuni Smaug tersebut...Namun tahukah kalian...nanti bukannya Thorin dan rakan2nya yang membunuh Smaug ini kerana naga ini akhirnya nanti dibunuh oleh orang lain iaitu Bard....

Namun disinilah apa yang dikatakan "the begining of the ends" dalam cerita ini....setelah naga samug itu berjaya dibunuh...maka bermualah isu tuntut-menuntut terhadap harta yang tersimpan dalam gunung tersebut...puak manusia dan elves
menuntut harta itu kerana naga tersebut telah banyak membunuh ahli masyarakat mereka sewaktu ia tiba-tiba menyerang...manakala Thorin berkeras bahawa ia adalah harta miliknya meskipun bukan dia yang membunuh naga tersebut...

Disaat tentera Throin yakni Dwraf ingin berperang dengan kumpulan elves dan manusia, maka mereka kemudiannya bersatu pula kerana perlu menentang ancaman tentera Wargs dan Goblin...Maka disinilah penghujung ceritanya dimana manusia, elves dan dwarf sama-sama bersatu menetang watak jahat dari kalangan Wargs dan Goblin...Dihujungnya nanti, setiap puak masing-masing mendapat ganjaran masing-masing...Thorin pula mati bersama Fili dan Kili...

Walaubagaimanapun, salah satu hal yang penting dalam cerita ini adlaah bagaimana peranan Mr Bilbo si Hobbit ini dalam ,menghadapi segala macam dugaan...semua hal dilihat diselesaikan oleh watak ini...watak ini sememangnya ditanggap hero...pada
saat ancaman labah-labah, pada saat mereka di penjara di Elvenking, pada saat berhadapan dengan Smaug dan juga semasa peristiwa perebutan tuntut-menuntut terhadap harta di gunung itu, semuannya dilihat ia melibatkan sumbangan peranan yang
cukup besar dari si hobbit ini dalam menyelesaikannya...

Apapun...karya tulisan J.R.R Tolkein ini memang hebat sekali...sungguh seronok untuk dibaca...

Jumaat, 5 Oktober 2012

Keris Hitam Bersepuh Emas



Ahhhhhhhhhh...Betapa terujanya aku..Tahukah kalian apakah yang membuatkan aku teruja???  Isnin lepas sekitar jam 3-4 pagi, aku bukak TV1...tAHUKAH kalian, rancangan apakah yang dipaparkan di slot RTM 1 pada saat itu???Jeng...jeng..jeng...Drama bersiri lama...Yang telah lama aku cari2...Telah lama try search kat youtube...tapi tak juga2 dapat kutemui...Tapi kini kutemui kembali...hahahaha...mesti korang tak percaya kan...Drama tersebut adalah drama pendekar...aku bagi klue lagi..."Perilys"..."Gaya...Mutu...Keunggulan"..Hahahaha....Ok2...Drama tersebut adalah drama "Keris Hitam Bersepuh Emas"....Wah...syok gila wey...teruja betul hati aku nie...tapi sayang gak...sebab aku x dpt tgok dari episod satu...harap2 adalah insan mulia yang rajin yang dok rakam cerita tue n muat naik kat laman youtube..plss....aku mengharap sangat...


Hahahahaha....aduh..tak macam mana aku nak cakap dah nie...tetiba jer drama nie muncul kat tv...waktu pagi2 plk tue...hahahaha....


*Bitara, Hang Perkasa dan Sang Guna

OK2...Masa aku tengok minggu lepas...episod dia sampai jalan cerita dimana, perbuatan jahat penghulu lakonan Kuswadinata telah terbongkar dan kemudiannya Keris Hitam Bersepuh Emas itu hilang kena curi...Pas tue...adik-beradik seperguruan mengalami krisis perpecahan....Tak sabar nie nak tengok sambungannya minggu depan...


Hahahaha...hahahah...hahaha...Cerita best gila kot...dulu aku tengok masa aku zaman sekolah rendah...kalau malam tue tengok...esok pagi memamg dok ceerita pasala episod malam tue kat sekolah dengan kawan2...


Teruja betul....aku suka cerita tue sebab watak2 dalam drama tue...bila aku tengok kembali baru2 ini...himpunan pendekar baik yang se[erguruan dengan Pendeta Ariff itu adalah rupa2-rupanya cuba memaparkan seni mempertahan diri dan jenis pakaian yang terdapat dalam budaya mempertahankan diri di Rantau Dunia Alam Melayu ini....

Antaranya, sudah tentulah jenis pakaian dan seni mempertahankan Melayu dan ia dilakonkan oleh hero yang tak lain tak bukan Eman Mannan...Haahahah...Kacak dan gagah betul Eman Manan yang melakonkan watak "Bitara" dalam cerita itu...Wibawa yang dimilikinya dalam cerita tersebut adalah mengatasi wibawa rakan2nya yang lain....Hahahaha.....


Kemudian itu, ada yang memaparkan dan melakonkan seni mempertahankan suku  minang...dan watak ini sudah tentulah dilakonkan oleh Ebby Yus...Seterrtusnya adalah watak seni mempertahankan diri suku Jawa...nama pelakonnya tidak aku kenali...tapi gaya kepahlawanan nie paling aku suka..sebab senjata yang digunakannya yakni kerisnya adalah penjang dan diletakkan tergantung dibelakang badan...wah...cool gila......


Selain itu, ada juga watak macam ninja turtle...warna baju pun sama yakni warna hijau...senjata pun sama...bahkan badan si pelakon tue pun dilakonkan dengan gaya terbongkok2...cumanya si pelakon tak delah pakai cengkerang kura-kura kat belakang badan...tapi ia digantikkan pula dengan topi yang lebar dan luas macam topi orang nelayan ke laut itu...


*Sali yang macam Ninja Turtle dengan Jempol yang mungkin  mewakili pribumi asli hutan

Selanjutnya, ada gak watak yang aku lihat mcm kartun thundercat....watak yang ini pula...pakai baju belang-belang macam harimau cheetah...dengan menggunakan senjata kayu...

bahkan juga...watak orang gunung yang pada pandangan aku mewakili orang asli juga turut dipamerkan...menggunakan kostum  baju yang kononnya diperbuat daripada kulit kayu bersama senjata sumpit dan busar serta anak panah, ia tak lain tak bukan mewakili masyrakat pribumi yang menghuni kawasan hutan pedalaman...


dan yang paling gagah sekali aku tengok dalam drama tersebut adalah watak "Hang Perkasa"...badan dia tegap dan kuat betul...senjata dia pun cool gak...pakai bola besi berantai...macam orang gasar lah gak...mula2 aku ingat dia jahat...malahan bila semua geng2 bitara lawan dia...tak de satu pun yang menang....tapi rupa2nya dia seorang yang baik lah....


hahahaha....cerita tersebut memang best wey...mengimbau nostalgia zaman kecil aku...aku teruja sebab kostum2 yang diorang pakai tue...bersama dengan senjata2 diorg tue...hahahahah.....


Eman Manna memamg sentiasa cool...
Jempol yang memegang watak pribumi asli tue sangat melucukan...
Ninja turtle tue plk asyik nak buat muka bengis jer...
Thundercat yang pakai senjata kayu denga kostum baju belang2 cheetah tue plk asyik nak serius jer...
Ebby Yus plk meski badan besar tapi lembik jer...
Mamat Jawa tue, walau tak fasih pun berbahasa Jawa dalam drama tue...tapi perwatakan dia sukar untuk difahami....


Baru aku dapat jumpa nama2 barisan pelakon cerita ini....

Eman Manan -Bitara
Zamberi Osman - Sang Guna dan Pendeta Ariff
Ebby Yus - Agam
Ruzaidi Abd Rahman - Adijaya
Razak Kaze - Sali
Fathil Dani - Jempol
Abd Hali, Abd Rahim - Hang Perkasa...

Ok2...Dah2...aku tak sabar nak tengok sambungan episod drama ini  minggud depan...kena bangun pagi2 pun tak per...dan yang paling utama aku harap sangat ada insan mulia yang rakam cerita nie n pastu muat naik kat laman youtube....


aku akhiri coretan kali ini dengan lafaz...."Perryliss : Gaya...Mutu...Keunggulan"....

p/s dulu zaman sekolah menengah...aku hisap gak rokok perryliss ini...sekotak ada 25 batang...salah satu sebab aku isap rokok nie adalah dah tentunya sebab harganya sedikit murah jika dibandingkan dengan harga rokok Dunhill dan Winston...skang nie aku tak tahu plk kalau rokok ini still exist kat pasaran....

Isnin, 8 Ogos 2011

Ranjau Sepanjang Jalan

Masa gua dok lepak makan angin kat Lenggong nie, gua sempat lah jugak habiskan membaca sebuah novel yang dikarang oleh sasterawan negara Shanon Ahmad. Judulnya "Ranjau Sepanjang Jalan". Awal penceritaan dimulakan dengan frasa ayat "mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan Allah Azzawajalla". Ya, suatu frasa ayat yang menurut gua sangat unik dan bermakna meskipun kalau dibaca sekali lalu ianya tidaklah lebih daripada sekeping ayat yang bukanlah sukar sangat untuk difahami. Namun pada gua, ayat ini sememangnya memberikan suatu kesan yang mendalam kepada hati gua lebih-lebih lagi apabila gua secara tetiba sahaja dalam keadaan spontan bertafakur tentang sejauhmana hubungan gua dengan Tuhan Allah gua.




* Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shanon Ahmad



Berbalik kepada "Ranjau Sepanjang Jalan". Kisahnya berkisarkan kepada perit jerih, penat lelah kehidupan sebuah keluarga pesawah yang mengambil Kampung Banggul Derdap sebagai latar tempatnya. Keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri bernama Lahuma dan Jeha yang terpaksa berjuang demi survival kehidupan mereka dan anak beranak mereka yang tujuh orang semuanya. Dengan menggunakan kudrat manusia tanpa bantuan sebarang mesin traktor canggih, Lahuma sekeluarga mengerjakan tanah yang luasnya 14 relung itu untuk ditanam padi. Dari menebas hutan menerung dan rumput landak sehinggalah padi menjadi beras dan kemudiannya nasi yang akhirnya bertukar tidaklah lebih hanya dipandang sebagai najis, semua perbuatan itu dilakukan Lahuma sekeluarga sejak dari dahulu lagi. Memang begitulah ragamnya hidup bangsa pesawah. Sudah menjadi pekerjaan tradisi turun-temurun. Belum pun sempat, hutan menerung habis ditebas, si isteri, Jeha sudah pun tertimpa malapetaka terkena geruh ular tedung. Kemudian, apabila semangaat si Jeha kembali pulih, si suami, Lahuma pula tercucuk onak nibung yang kemudiannya membawa kepada suatu penyeksaan yang begitu menyakitkan kepada fizikalnya sehingga membawa kepada kematian.


Kematian Lahuma juga barangkali suatu bencana kepada keluarga itu. Hanya Lahuma sahaja lelaki dalam keluarga itu yang punya kudrat kuat untuk mengusahakan padi di tanah 14 relung itu. Lahuma sudah bertahun-tahun lamanya memongkah dunia sawah. Lahuma cukup mengerti mainan dunia sawah. Cukup faham jenis dugaannya. Banjir, kemarau, ketam, tikus, lintah gajah, ular tedung, burung tiak, hutan menerung dan rumput landak yang merupakan malapetaka yang sangat ditakuti tapi tiada pernah mengalah melawannya selagi mampu. Kini Lahuma sudah pergi, tinggallah Jeha menghadapi musim membuat petak, menanam padi dan musim-musim seterusnya bersama anak-anak betinanya itu. Ternyata Jeha belum cukup kuat mental dan moralnya untuk menghadapi segala macam dugaan dan ujian membuat sawah tanpa Lahuma. Sudahnya, Jeha hilang akal kerana tiada termampu menunaikan amanah peninggalan arwah suaminya. Mana taknya, bukan mudah melawan ketam yang beribu banyaknya, banjir yang membawa segala macam sampah dn balak yang memusnahkan batang-batang padi, bahkan kemudiannya serangan tiak yang datang dalam banyak gerombolan menelan padi-padi itu. Mujur Sanah dan beradiknya yang lain tidak hilang akal macam maknya. Sanah dan adik-adiknya itu - Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah itulah yang akhirnya menyambung perjuangan mak dan bapak mereka agar padi-padi di sawah itu dapat diangkut naik ke jelapang.

Meskipun padi tahun itu kurang hasilnya, namun keluarga malang itu tidak pula memaki-maki Allah Azzawajalla kerana menurunkan bala yang bertali arus kepada mereka. Bala dan segala macam yang berlaku diterima dengan hati terbuka bahkan segalanya itu dijadikan tekad dan semangat untuk terus menanam padi di masa depan sekiranya roh masih bersemadi di dalam jasad mereka.


Betullah kata guru gua,: "Orang yang buat padi merupakan bangsa yang rajin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi".




* Poster filem Ranjau Sepanjang Jalan arahan Jamil Sulong



"Ranjau Sepanjang Jalan" yang merupakan antara karya besar Prof. Emeritus Datok Haji Shanon Ahmad tahun 1966 juga merupakan novel yang pernah diadaptasi kepada bentuk filem yang diberi judul "Rice People" yang mana cerita tersebut telah diarahkan oleh pengarah filem dari Kemboja iaitu Rithy Panh pada tahun 1994. Filem "Rice People" ini juga telah memenangi anugerah "Best Foreign Language Film" di pentas Festival Filem Cannes 1994 yang mana turut merupakan anugerah pertama yang diterima industi filem Kemboja di peringkat antarabangsa. Bahkan, sebelum itu lagi iaitu tahun 1983, novel ini sebenarnya telah diadaptasi ke dalam filem dibawah arahan anak tempatan sendiri iaitu Dato Haji Jamil Sulong dengan menggunakan judul filem yang sama dengan judul novel asal. Filem ini juga turut membuahkan hasil apabila berjaya memenangi sejumlah penganugerahan dalam Festival Filem Malaysia ke-4 pada tahun 1983. Dalam FestivalMalaysia tersebut, filem Ranjau Sepanjang Jalan ini telah memenangi anugerah dalam ketagori Filem Terbaik, Lakonlayar Terbaik, Jurukamera Terbaik dan Pengarah Seni Terbaik.




* Poster filem "Rice People" arahan Rithy Panh



p/s : masa gua berbuka puasa makan nasi, serius gua macam nak nangis sebab asyik teringatkan kisah Lahuma, Jeha dan sawah padinya....

Ahad, 31 Oktober 2010

Paloh, Kluang, Johor Darul Takzim

Gua selalu tertanya-tanya siapakah si empunya nama NamRon ini. Gua teringin sangat nak kenal wajahnya meskipun gua tahu dia pun punya ciri sepunya dengan manusia yang lain. Tapi gua saja nak tengok bentuk muka dia. Macam mana ek bentuk muka dia?. Macam muka anak datuk Yusof Hashlam ker..Dan persoalan itu akhirnya gua dapat melalui cerita Paloh...Ternyata imaginasi gua terhadap bentuk muka ada sedikit berbeza dengan realitinya...Gua bayangkan dia bermuka sedikit bengis dengan gaya persis bentuk muka bangsa Cina sesuai dengan nada bunyi apabila orang menyebut namanya yang pada gua seolah-olah nama orang Cina Bukit yang dipandang lekeh seperti kebanyakan Orang Asli kerana semata-mata latar tempatnya itu. Tetapi apa yang gua tengok dalam Paloh, muka beliau sebenarnya persis Melayu tetapi Melayu dari kelompok protelariat. Nama NamRon ini gua dah dengar sejak gua dengar tentang hebahan pasal filem Gedebe yang tidak dapat pelepasan Finas untuk tayangan di pawagam. Lepas Gedebe, nama beliau muncul lagi dalam Filem Gadoh. Mujur gua dapat nonton cerita tersebut meskipun cerita itu menerima nasib yang sama dengan filem Gedebe yang jua tidak dapat ditayangkan secara terbuka di panggung.



# Bebudak SkinHead patutnya mengamuk sebab filem ini tak dapat ditayangkan di panggung. Konklusinya, ternyata penyokong bola sepak Kelantan lagi hooligan daripada bebudak Skinhead.

Dalam Paloh, NamrOn berlakon sebagai Ahmad persis nama bapak gua yang wataknya agak gemar bermain jolok-tarik batang dalam lubang keramat wanita Cina yang bernama Siew Lan lakonan Janet Khoo. Tapi adegan tu tak lah ditunjuk secara terbuka...Cumanya penonton sahaja yang membuat andaian. Sebabnya babak itu memperlihatkan objek ranjang...hotel murah...Jadi penonton buat satu kesimpulan mutlak : "Ahmad kuat beromen dengan perempuan Cina". Ada benda menarik dalam Paloh yang buat gua teruja. Ianya tentang soal watak Ariffin Nur yang digambarkan punya pengetauhan agama yang begitu dalam namun seringkali membela perjuangan komunis sehingga akhirnya menyertai komunis dalam hutan. Kenapa??. Kata orang awam komunis ni tak ada agama dan parti orang Cina tapi kenapa Ariffin Nur yang merupakan seorang berpendidikan dan pengamal agama Islam bisa terpengaruh dengan perjuangan Komunis. Hal ini samalah dengan Shamseah Fakeh dan Kamrulzaman Haji Teh yang punya latar pendidikan agama tapi ikut komunis menentang askar Melayu-Islam. Kalau ikut jawapan Shamseah Fakeh dalam memoirnya, beliau mengatakan bahawa itu satu-satunya jalan yang ada pada zaman itu bagi beliau meneruskan perjuangannya yang sebelum ini terkubur lantaran pelaksanaan Darurat. Untuk makluman lebih lanjut sila fahami temubual dengan ahli komunis Melayu-Islam dalam karya kecil berjudul 'Melayu-Islam-Komunis". Cerita ini bukanlah bersifat linear sepertimana filem2 biasa yang lain..Ianya memerlukan pemahaman yang mendalam kerana penceritaan berdasarkan peristiwa sebenar malah ianya tidaklah disampaikan secara literal tetapi menuntut penonton berfikir satu persatu setiap babak yang dipaparkan. Bahkan untuk memahami jalan penceritaannya, maka adalah lebih baik bagi penonton memahami episod sejarah negara ini dengan latar waktu sekitar tahun 1942 hinggalah 1948. Dengan cara ini, penonton mungkin dapat mengenal dan menyamakan watak-watak dalam filem tersebut dengan individu sebenar dalam peristiwa sebenar yang pernah berlansung dalam pentas sejarah. Namun dalam cerita ini, latar waktu yang lebih ditonjolkan adalah sekitar tahun 1945 iaitu pada era kehancuran Jepun di Tanah Melayu sehinggalah kuasa komunis mula bermaharajelala sebelum kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Meskipun begitu, cerita ini katanya kurang mendapat sambutan daripada penonton tempatan sama seperti nasib yang menimpa cerita Embun (2002) dan 1957:Hati Malaya (2007). Persoalannya, adakah karya sebegini tidak bermutu garapannya atau adakah generasi kini kian lenyap rasa cinta dan semangat nasionalisme serta patriotismenya terhadap bumi tercinta ini?.....

Jumaat, 29 Oktober 2010

Estet

Tadi malam gua tengok satu tayangan filem. Tajuk cerita tu "Estet". Tukang Bikin filem ni namanya Mamat Khalid. Gua dengan kawan-kawan gua bersemangat lah nak tengok cerita ni. Sebabnya Mamat Khalid punya pasal. Gua ingat nak ketawa puas2 sampai berguling2 apabila tengok cerita ni. Tapi apa yang gua dapat adalah sebaliknya. Cuma bila Sofi Jikan muncul jer gua boleh tergelak....Gua malas nak komen banyak sangat sebab jujurnya filem ni langsung tidak menarik minat gua.




*Lu je yang boleh blah

Jumaat, 30 Julai 2010

GERAK SEMPURNA : “ITU BARU NAMANYA SENI TEATER”….

GERAK SEMPURNA : “ITU BARU NAMANYA SENI TEATER”….

Ada satu pertandingan teater. Aku hadirkan diri aku ke sana. Di Dewan Budaya berlangsungnya. Malam tanggal 29 Julai tarikhnya. Temanya tentang soal kemiskinan, pembuangan bayi dan perangi HIV/AIDS. Janganlah mengharap suatu pementasan teater yang menggagumkan kerna tujuan asalnya adalah untuk mengasah bakat pelajar sahaja. Makanya, para pesertanya cumalah terdiri daripada jenis seniman kelas amatur. Meski amatur, tapi pujian wajar diberikan kerna niat murninya itu lantaran mutakhir ini lapangan seni semacam mahu terhakis dalam budaya generasi muda. Punya enam kumpulan bertanding. Dimulai dengan kumpulan dibawah tenaga produksi Meow-Meow. Jujur dikatakan bahawa persembahannya agak hambar. Sama seperti kumpulan 2,3 dan 6. Kenapa hambar?..Jalan penceritaan terlalu biasa sahaja ditambah pula dengan pelbagai tarian dan nyanyian yang agak serabut kerna kadang-kala elemen-elemen ini mencetuskan rasa bosan menunggu dalam pandangan mata penonton seperti aku. Meski penggunaan kesan cahaya dan bunyi yang menggagumkan tapi kekurangannya adalah dari sudut persembahan dan gaya lakonan para pelakonnya. Penggunaan suara latar terus meranapkan persembahan kumpulan-kumpulan ini. Lebih wajar agaknya mereka ini berlakon dengan suara mereka sendiri agar penyataan emosi dapat digambarkan dengan jelas dan dapat memberi kesan langsung kepada para penonton. Saat menonton persembahan ini, aku mahu sahaja mengangkat bontot aku berlalu pergi. Niat itu terhenti kemudiannya. Gerak Sempurna punya angkara. Aku jadi terdiam sambil melompong seketika. Permulaan yang bagus dari kumpulan ini. Para pelaku teaternya punya nilai tersendiri dalam menyampaikan mesejnya melalui seninya. Tanpa prop yang hebat. Hanya beberapa kotak2 kayu dipersembahkan. Tapi asbab para pelakonnya punya gerak-laku dan bahasa seninya tersendiri, maka teater mereka ini saya katakan hebat. Penyampaian mesej disampaikan dalam bentuk yang tidak literal. Membuatkan penonton perlu berfikir sejenak. Dengan penggunaan bait-bait kata yang disusun rapi dan punyai nilai artistik dan sarkastiknya tersendiri, lantas teater milik Gerak Sempurna berjaya mencetuskan jurang yang jauh juga bezanya dengan persembahan milik kumpulan lainnya. Pujian memang aku sandarkan pada para pelakonnya. Lakon para senimannya bisa buat bulu aku meremang. Tema kemanusiaan dan kemasyarakatan terangkum dalam teaternya dengan nilai kematangannya yang tersendiri yang jauh meninggalkan tahap kematangan kumpulan lain. Watak Si Miskin begitu “hidup” sekali. Menyentuh hati dan membangkit amarah bagi para penonton yang memahami maksud tersiratnya. Justeru adalah agak mustahil andai Gerak Sempurna ini tidak memenangi pertandingan. Dugaan aku tepat sekali. Gerak Sempurna ini menerima hambuan yang setimpal dengan modal seni yang dipamerkan. Makanya, Gerak Sempurna itu jaguh dan juara seni pada malam itu.