Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

Khamis, 18 Oktober 2018

Al-Fatihah Buat Al-Marhum Dr Jefri Abdullah



AL-FATIHAH
BUAT
AL-MARHUM DR JEFRI ABDULLAH
PENSYARAH 
PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI GLOBAL
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Terima kasih atas perkongsian ilmu
Terima kasih atas momen-momennya
Terima kasih atas segalanya

Moga tenang di kehidupan sana.

(5.10.2018)




Khamis, 6 September 2018

INSAN BERJIWA BEBAS MERDEKA SEJATI







p/s: Muka Depan Zine Sembang Bebas 
Yang aku tulis sekitar 12 tahun yang lalu
Sewaktu aku meniti "Masa Muda, Masa yang Berapi-Api".
Tidak seperti masa ini, 
Masa di mana,
Api marak mulai padam,
Rasa takut mula menghantui fikiran,
Sepi kehilangan teman memberontak,
Prinsip mulai goyah,
Falsafah kian longgar,
Jalur ideologi sudah tidak jelas arahnya,
Yang akhirnya menghasilkan jiwa yang kosong nan gelap gelita.




Biarlah bertukar kerajaan sekalipun
Negara ini tidak merdeka
Warganya masih dijajah
Selagi mana 
Nilai adil, kasih, sayang dan cinta
Tidak diberikan selayak dan sewajarnya
Kepada Al-Marhum
Ahmad Boestamam
Ishak Haji Muhammad,
Mustapha Hussein
Dr Burhanuddin Helmi,
Kamarulzaman Hj Teh,
Rashid Maidin,
Shamsiah Fakeh,
Abdullah C.D
Suriani Abdullah,
Jaafar Abdullah,
Majid Salleh,
Zainuddin Andika
Dan Teman-Teman yang Seangkatan Dengannya

Kalian  insan yang punya jiwa bebas merdeka yang sejati!!!














Sabtu, 23 Jun 2018

ASHRAFUL MAKHLUKAT







Kau punya sijil pelajaran tertinggi?
Kau punya pangkat darjat terbesar?
Kau punya rumah kereta termewah?
Kau punya aset duit terbanyak?
Kau punya paras rupa tercantik terkacak?
Kau punya tasbih janggut terpanjang?

Percaya dan yakinlah,
Kesemuanya itu belum tentu melayakkan diri kau untuk digelar sebagai

"MANUSIA"
apatah lagi
"INSAN"
apatah lagi
"ASHRAFUL MAKHLUKAT!!!"




Selasa, 30 Januari 2018

Hitam yang Solid..Gelap yang Absolute..





8 tahun yang sudah, Ucop ada cakap : 

"Aku tengok kau ni Maikel, kau dengan binatang tak ada beza pun, kau tidur, makan dan minum, binatang pun tidur, makan dan minum. Cuma satu jelah yang buat kau ni beza sikit dengan binatang; kau pandai main internet tapi binatang tak. Mujurlah binatang tak pandai main internet, kalau tak, tak ada beza pun antara kau dengan binatang".



Dan aku hanya mampu tersengih je waktu itu. Aku tak macam Azhar. Kalau Azhar dah mengeluh dengan mengeluarkan bunyi aduh, aduh dengan nada aduh tu dilafazkan dengan panjang iatu aduuuuhhh...aduuhhhhhhhhh bila dia dengar kata-kata nasihat dari Ucop tu.

Lepas aku terkenang-kenangkan kata-kata Usop tu, aku lantas duduk bersimpuh menghadap kiblat (korang jangan fikir plak aku tengah solat pun, haram aku tak solat pun), memandang ke bahagian dada kiri ku iaitu 2 jari di bawah tetek aku. Mula-mula aku memandang bahagian dada kiri aku. Aku cuba untuk menembus dada kiri aku yang diliputi kulit itu. Setelah lama aku berusaha, akhirnya aku berjaya. Rupanya dengan menggunakan konsep pandang ia tak akan dapat ku tembus. Berkali-kali aku pandang tak juga berjaya. Rupa-rupanya kena guna konsep renung. Bila aku merenung, baru aku berjaya tembus. 


Pabila dapat ku tembus dada kiri ku itu, baru dapat ku lihat hati ku. Serius...sangat menakutkan. Ngeri. Hitam. Hitam yang paling terhitam sekali (Dari sudut linguistik, perkataan 'paling', 'ter', 'sekali', tidak boleh digunakan dalam membentuk satu ayat yang sama. Ianya adalah kesalahan bahasa yang tidak boleh dimaafkan). Gelap. Gelap yang mutlak dan hakiki. Hitam gelap. Tak ada satu kata yang sesuai dan wajar pun untuk menggambarkan kegelapan dan kehitaman tu. Kau tak boleh pun guna kata perumpaan sepeti hitam seperti bontot kuali atau hitam seperti arang pun untuk menggambarkan tahap kehitaman dan kegelapan hati aku tu. Sehitam-hitam bontot kuali pun, kau masih kenal yang itu adalah kuali. Ataupun sehitam-hitam arang sekalipun kau masih tahu yang hitam itu adalah arang. Tapi hitam yang ini jenis hitam yang kau tak tahu hitam apa. Sebabnya disebabkan kehitaman dan kegelapan ini, kau langsung tak tahu macam mana rupa bentuk hati aku ini. Aku tahu ianya hati memang aku tahu secara zahiriyahnya hati tu letakkan kat bahagian dada kiri iaitu 2 jari dari tetek kau. 


Tapi untuk kau terangkan dari sudut rupa bentuk hati itu memang tak dapat kau kenal. Tak dapat nak diukur jaraknya, tak dapat nak diukur keluasannya, tak dapat nak diukur berapa isipadu andai ada cecair yang boleh mengisinya. Sebabnya memang langsung tak nampak suatu haram apa pun. Kau tak nampak kat mana titik asalannya. Kalau titik asalan pun kau tak dapat nak nampak, macam mana lah sial kau nak nampak titik penghujungnya. 2 titik ini pun kau tak nampak, lagi mustahil lah kau nak nampak titik-titik lain yang menghubungkan antara 2 titik ini. Justeru itu, disebabkan titik-titik ini kau tak nampak, macam manalah kau nak ukur jarak antara 2 titik, macam mana kau nak ukur luas yang menghubungkan tititk-titik yang apabila dihubungkan akan memenuhi ruang yang dipanggil poligon. Satu haram titik pun kau tak nampak, jadi jangan haraplah kau akan dapat tengok titik ketinggian yang membolehkan kau ukur ketinggian, kecerunan dan juga isipadu kalau hati aku ini boleh diisi dengan air. Ini memang hitam tahap mutlak. Tak ada sejalur cahaya pun untuk kau melihat sejauh mana jarak hati ku ini atau setompok cahaya pun untuk kau ukur seluas mana ruang hati ku ini. Boleh lah juga dikatakan hitam tahap dewa. 


Bukan aku tak cuba cari sebarang titik di hati ku tu. Puas aku mengembara. Tergapai-gapai aku. Tak ada sebarang dinding yang boleh kau sentuh. Puas aku cari. Tapi tak jumpa. Semuanya kosong. Tak ada sebarang cecair apatah lagi pepejal. Ini adalah hitam, gelap, kosong. Langsung tak punya apa-apa. Tak ada kehidupan langsung. Kalau ada sesiapa yang menawarkan untuk memberikan sebarang kehidupan di hati ku ini, aku percaya, bukan sahaja percaya, tetapi yakin, ya yakin, yakin tersangat yakin, tak sampai walau sedetik, kehidupan itu pasti menemui kematian. Pasti mati. Mati yang mutlak. Tiada lagi reinkarnasi. Tak ada!. 


Berkali-kali aku cuba tembus untuk melepasi garisan sempadan hati untuk melihat pula qalbi. Tapi tak pernah berjaya. Gagal. Aku tak tahu aku nak gunakan konsep apa untuk melihat qalbi. Konsep tenung, konsep tilik, konsep bedah. Aku buntu. Jadi aku biarkan. Dan biarkan aku terkandas di stesen hati sahaja. Sedangkan banyak lagi stesen yang perlu aku lihat tidak hanya qalbi, tapi juga fuad, lepas tu sanubari dan yang paling jauh, paling dalam, paling tinggi adalah sirr. Aku tak tahu bila aku boleh sampai ke stesen sirr tu. 

Korang bayangkanlah, aku hanya mampu menembus stesen hati hanya pada setelah roh aku bersemadi dalam jasad aku selama 32 tahun, jadi korang bayangkanglah pada usia berapa aku boleh sampai ke stesen sirr tu. Oklah katakan 32 tahun untuk samapai ke stesen hati, 32 tahun ke stesen qalbi, 32 tahun ke stesen fuad, 32 tahun ke stesen sanubari dan 32 tahun ke stesen sirr. Total semuanya aku memerlukan 128 tahun lagi baru aku dapat menerobos sampai ke sirr. Itu pun kalau setiapa stesen itu mengambil masa 32 tahun. Kalau lebih macam mana. Dan itu pun kalau aku ada umur panjang. Kalau aku mati awal, sampai mampuslah aku takkan samapai ke stesen sirr. 

Jadilah benar, benar yang sebenar-benarnya apa yang Ucop katakan pada aku, yang aku ini dengan binatang sememangnya tiada sebarang beza pun. Tapi sekurangnya-kurangnya binatang masih lagi mengenal tuhannya. Ah, rupa-rupanya kata-kata Ucop tu pun tak cukup benar lagi. Kebenaran yang pasti tanpa boleh dipertikaikan lagi adalah bahawa aku adalah lebih rendah, lebih cetek, lebih hina, lebih dina. lebih bodoh, lebih dungu, lebih sial, lebih kejam, lebih celaka, lebih malang, lebih pukimak, lebih bongok, lebih hodoh, lebih persetan dari binatang dan bukannya hanya binatang tetapi segala sebarang makhluk selain Tuhan iaitu tumbuhan, bulan, matahari, bintang, pelangi, malaikat, jin, azazil, babi hutan, anjing, syaitan, iblis, afrit, gunung, gerhana, nafas, api, tanah, air, angin, laut yang ada di seluruh alam iaitu tidak hanya di dunia, tetapi juga yang ada di alam langit, alam mahfuz, alam rahim, alam kubur, alam mahsyar, alam titian sirat, alam syurga, alam neraka, dan segala macam alam lain lah. Itu pun baru aku cerita bab lataif qalbi. Ada lagi 6 lataif tau khafi, ruh, akhfa, natikah, arbaah dan sirr. Sampai matilah aku tak kenal tuhan aku wey. Aku memang manusia super duper gelap dan hitam. Hitam yang solid!. Gelap yang absolute!.





Isnin, 31 Julai 2017

DIA SEORANG GURU





"DIA SEORANG GURU"






Dia tidak hanya pensyarah,
Juga penyelia.

Dia lebih dari itu,
Lebih dari sekadar itu,
Lebih tinggi, lebih jauh, lebih dalam,
Dia adalah GURU.

Justeru itu,
Bukan peraturan yang menjadi sempadan,
Tidak juga undang-undang yang menjadi batasan,
Tapi kata ADAB lah yang menjadi jambatan perhubungan.

Ada suara sumbang berteriak:
"Dibelakangnya kau bersuara keras kelantangan,
Didepannya menikus ketakutan".

Apa mereka itu tidak mengetahui, memahami, menghayati,
Makna ertinya GURU dan berGURU!.

Kata hormat ini bukanlah didasari atas pangkat, darjat, posesi, kedudukan,
Tidak sama sekali!,
Tapi atas ilmu pengetauhan, pengalaman, kesusahan, kepayahan, kesabaran, ketabahan,
kerendahan hati, ketinggian budi, peranan, jasa, sumbangan,
Yang dicari, ditempuh dikutip, dikumpul, diamal sepanjang perjalanan hayatnya.

Dia dan sahabat-sahabatnya adalah orang-orang yang berjuang,
Orang-orang yang berkorban,
Sedang aku dan kawan-kawan hanyalah budak-budak yang menikmati hasilannya sahaja.


Sosok ini,
Pengingat, pemesan dan penyedar,
Akan peri pentingnya,
Kata bahasa, bangsa dan agama,
Bertuhan dan berfitrah.

Kau yang pernah baik, pernah mesra dan simpati kepadaku.

Terima kasih untuk segalanya,
Untuk setiap detik, saat, waktu, momennya,
Yang tak tersedar sudah 7 tahun waktunya.

Terima kasih untuk ilmunya
Untuk Jahai,
Lanoh
Batek,
Kintak,
Kensiu,
Mendrik,
Temiar,
Semai,
Chewong,
Jah Hut,
Semak Beri,
Mahmeri,
Temuan,
Semelai,
Jakun,
Duano,
Kanak,
Seletar.

Terima kasih untuk momennya
Untuk Gua Musang,
Sungai Kejar,
Tasik Banding,
Air Banun,
Sungai Raba,
Warung Pak Usop,
Air Bah,
Lenggong,
Gunung Ledang,
Kota Tinggi,
Pulau Besar,
Pulau Carey,
Pulau Kalumpang,
Kuala Gandah,
Kuala Mu,
Tanjung Belanja.

Terima kasih untuk ruang dan peluangnya
Untuk Riau,
Kuala Namu,
Pekan Baru,
Siak,
Rantau Berangin,
Muara Takus,
Kampar,
Ujung Batu,
Tambusai,
Kunto Darussalam,
Rokan

Terima kasih jua untuk
Kapal terbang, awan dan langit nan biru.
Rencana Tuhan tiada siapa yang tahu.

Terima kasih tak terucap, tak terkata, tak terhingga
Atas  didikan, bimbingan, tunjuk ajar, sokongan, dorongan, bantuan, pertolongan,
doa, dukungan, pembelaan.

Andailah,
7 petala langit,
7 petala bumi,
Bulan, bintang, matahari,
Dunia dan segala isi,
Di tanganku,
Takkan dapat,
Takkan pernah dapat pun,
Untuk membayar dan membalas segalanya,
Hatta sepatah kata ilmu sekalipun.

Maaf atas salah, silap dan dosanya.

Dari mu,
Tiada apa pun ku pinta, ku harap, ku pohon.

Hanya satu kata,
Kata keramat yang tidak sekadar dilafaz,
Tapi turut ditasdik di hati, qalbi, sanubari,
Itulah kata REDHA,
Redha Tuhanku terletak di tanganmu,
Redha Guru, Redha Tuhan.

Semua ini,
Kelaknya nanti,
Akan menjadi,
Sebuah kisah klasik untuk masa hadapan.


"Duduk tunduk menuntut ilmu,
Mengharap REDHA dari Sang GURU,
Terima kasih atas kebaikanmu,
Mohon maaf atas kejahatanku".

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH,
MAAF, MAAF, MAAF.




Dari anak murid mu Amir Ahmad 
Kepada Guru ku DR. HAMID MOHD ISA.

Puisi ini dikarang khusus untuk GURU 
Pada 28 Julai 2017 M
Bersamaan 4 Zulkaedah 1438 H
Hari Jumaat
Pada jam 3.17 am
Di B10, PPAG USM

Puisi ini dideklamasikan khas untuk GURU
Pada 28 Julai 2017 M
Bersamaan 4 Zulkaedah 1438 H
Hari Jumaat
Pada jam 11.30 am
Di lobi PPAG USM.











Ahad, 18 Jun 2017

Ramadhan







21 Ramadhan 1438 H

16 Jun 2017 M

Jumaat

Hawa iklim yang tenang nan damai






Ahad, 10 Mei 2015

Selamat Hari Ibu





"Tanpa doa dan restu ibu, aku bukanlah siapa-siapa pun"
-Selamat Hari Ibu-




Rabu, 22 April 2015

Ajal





Ajal
Sampai waktu
Tiada siapa yang mampu menahan
Hatta tuan penguasa dunia sekalipun.

Si algojo itu
Tiada pernah alpa
Melaksana amanah Tuhannya
Menghentikan nafa,
Siapa sahaja yang sudah sampai waktunya.

Menangislah
Meraunglah
Hingga berjejeran air mata darah sekalipun
Tiada akan pernah bisa kembali lagi.

Ajal adalah permulaan hakikat
Datangnya ajal, datanglah hakikat
Yang dahulunya tak pernah  diyakini
Meski pernah  diketahui.

Rugilah bagi yang hanya menyakini hakikat 
Saat ajal menjemputnya.


22 APRIL 2015
USM PULAU PINANG



p/s: Ilham untuk puisi ini hadir selepas secara tiba-tiba sampai berita pemergian ayah kepada salah seorang pelajar arkeologi.  Saat berita itu sampai, kami bergelak tawa dan gembira atas suatu perkara yang barangkali sia-sia. Sampainya berita itu, segalanya berubah. Dari suasana gelak tawa bertukar hiba dan suram.  Ini lah apa yang dikatakan sementara. Dalam tempoh hanya masa sedetik segalanya boleh berubah. Dari gembira kepada duka. Dari tawa kepada hiba. Itulah sementara. Sampainya ajal, maka barulah roh itu mengerti akan apa itu makna hakikat dan apa itu makna sementara.





Sabtu, 14 Februari 2015

AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM TOK GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT




AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM TOK GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT 
(1931-2015)



Isnin, 16 Jun 2014

Filem Pendek : I LOVE YOU GRANDPA









Ini adalah filem pendek Mongolia yang berjudul "I LOVE YOU GRANDPA". Filem pendek ini langsung terus mengingatkan aku kepada Al-Marhum nyaye (atuk) aku.  Redup mata, kedut wajah, riak tabah dan senyuman tenang menahan sakit pelakon yang memegang peran grandpa itu hampir sama dengan keadaan dan perilaku arwah nyaye aku. Sejujurnya, aku lebih melihat arwah nyaye aku sebagai bapak aku daripada sebagai datuk aku. Aku lebih banyak membesar dengan arwah nyaye aku daripada ibu bapa aku.  Aku lebih banyak belajar mengenal dunia daripada arwah nyaye aku berbanding ibu bapa aku. Sesungguhnya ketika itu adalah suatu kebanggaan jika aku dilihat dan ditanggap sebagai anak kepada arwah nyaye aku. Apapun ianya kini tinggal kenangan dan tetap kekal menjadi suatu nostalgia yang takkan aku lupakan smapai bila-bila meskipun roh aku bercerai dari jasad.  AL-FATIHAH BUAT AL-MARHUM HAJI HUSSAIN B. HAJI YUSSOF. Semoga aku dapat menemuimu di kehidupan sana kelak.






Selasa, 12 November 2013

Ceritera Seminar di Hotel Vistana





"Kalaulah semua penyelidik seperti kamu, yang hanya tahu berhujah dengan menggunakan agama, maka bidang ini (arkeologi dan etnoarkeologi) tidak akan berkembang.  Zaman ini adalah pembuktian secara saintifik".


Sehingga ke saat ini, kata-kata ini masih terngiang-ngiang kat benak kepala aku.  Kata-kata yang buat aku rasa sakit hati.  Buat aku benggang.

Ini adalah kata-kata salah seorang peserta yang bertanya kepada aku sewaktu aku membentangkan kertas kerja di Seminar Arkeologi Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Vistana pada 7 November 2013 yang lalu.

Ceritanya begini...Aku kena bentangkan kertas kerja pada seminar yang turut dihadiri oleh beberapa pembentang dan peserta daripada pelbagai jabatan dan univerisiti antaranya UKM,UM, UMK dan ada juga yang datang mewakili universiti Brunei.  Manakala Jabatan Kerajaan yang hadir pula adalah daripada pihak Jabatan Warisan, Muzium Negara, dan muzium Negeri seperti Muzium Terengganu dan beberapa jabatan lain.

Aku kena bentang pada sesi petang. Tajuk pembentangan aku adalah "Kajian etnoarkeologi terhadap shamanisme dalam masyarakat Orang Seletar".  Paginya pula aku tak tengok pembentangan oleh para pembentang lain.  Sebabnya aku dok sibuk cari video rakaman yang aku rakam berkenaan amalan perbomohan dalam masyarakat Orang Seletar.  Aku nak tayangkan video tue dalam sesi pembentangan aku.  Tapi sayangnya, rakaman tue tak dapat aku temui.  Jadi aku redha dan pasrah aja.

Sekitar jam 4.30, tibalah giliran aku membentangkan kertas kerja aku.  Moderator masa sesi aku adalah DR Supian Sabtu yang merupakan pakar numimastik di Malaysia.  Aku tengok Dr Supian Sabtu nie ada perubahan pada dirinya.  Sekarang nie dah berkopiah dan punya janggut yang agak panjang dan lebat.  Tidak seperti sebelum ini yang tidak berkopiah dan punya janggut yang sedikit ciput.  

Aku diberi masa sekitar 15 minit untuk bentangkan kertas kerja aku.  Tapi seperti biasa, aku akan terlajak sekitar 15-20 minit daripada masa yang diberikan.  Fikir dan pertimbangkan lah wey...15 minit mana cukup...Nak kena cerita pasal prasejarah dunia yakni pengekbumian prasejarah di Gua Shanidar di Iraq, nak cerita pasal Perak Man atau Manusia Perak di Lenggong, nak cerita pasal definisi dan ciri-ciri shamanisme, pandangan sarjana tentang shamanisme dan nak cerita lagi pulak pasal amalan dan kepercayaan shamansime dalam masyarakat Orang Seletar.  Tak cukup wey 15 minit. Tak masuk akal langsung.

Bila semua pembentang yang sekali dengan sesi aku habis bentang, aku harapkan yang tiada sebarang pertanyaan diajukan kepada aku...kalau nak tanya, silalah tanya pembentang lain..Tapi nasib aku seperti mana nasib aku sebelum ini, sama sahaja. Mesti ada yang nak tanya kertas kerja aku.

Ada seorang pak cik nie dari Jabatan Warisan ajukan soalan pada aku.  Soalanya macam ini.  'Macam mana nak katakan yang adanya kaitan antara shamanisme Orang Seletar dengan shaman masyarakat prasejarah Manusia Perak. Dan adakah shaman wujud semasa era prasejarah atau masa era Perak Man atau Manusia Perak?".

Jadi aku jawab macam ini:

"Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, memang tiada bukti jelas tentang wujudnya shaman dalam era prasejarah.  Bahkan kebanyakan sarjana hanya mampu membuat andaian tentang kemunculannnya.  Dan andaiannya hanya bersandar pada jumpaan arkeologi.  Bahkan tak ada suatu kaitan yang jelas pun antara masyarakat Orang Seletar dengan Manusia Perak.  Cuma perbandingan secara analogi sahaja dibuat bersandarkan andaian daripada jumpaan arkeologi.  Misalnya dalam jumpaan pengkebumian Manusia Perak, bersama rangkanya ditemui beberapa barangan lain yang terdiri daripada cebisan daging haiwan, cangkerang sungai dan alat-alatan batu.  Bahkan pengekbumian Manusia Perak adalah bersifat primer dengan rangka mayat telah terlebih dahulu distukturkan sebelum dikebumikan dimana kakinya dilipat ke atas, lututnya dibengkokkan manakala tangan diletakkan di bahu dan perut.  Daripada posisi dan jumpaan barangan ini, dapat diandaikan bahawa terdapat suatu upacara amal khusus dalam pengkebumiaan rangka Manusia Perak ini.  Barangan yang lain ditemui itu juga boleh ditanggap sebagai barangan kiriman kubur.  Zuraina Majid sendiri berpendapat bahawa Manusia Perak itu berkemungkinan shaman semasa hayatnya kerana pengkebumiaannya dilangsungkan dengan penuh adat bahkan Manusia Perak mungkin ditanggap sebagai individu penting dalam masyarakatnya kerana pengalaman hidupnya dalam corak hidup Paleolitik meskipun dilahirkan dengan fizikal cacat.

Dalam hal ini, kajian terhadap masyarakat kontemprorari pribumi misalnya kajian budaya hidup ke atas masyarakat Orang Seletar sekurang-kurangnya dapat memberikan pengetAuhan dan merekonstruksi semula pemahaman terhadap corak budaya kehidupan masyarakat era prasejarah.  Tapi sehingga kini tiada suatu pun bukti khusus yang dapat menghubung-kaitkan antara Manusia Perak dengan Orang Seletar.  Cuma ada beberapa sub bahagian dalam budaya kehidupan mereka yang boleh dibandingkan untuk mencari persamaan.  Misalnya, dalam konteks masyarakat Orang Seletar, konsep barangan kiriman kubur masih berlangsung sehingga kini.  Mayat yang mati akan ditanam bersama-sama barangan yang terdiri daripada makanan, minumaan, pakaian dan beberapa alat lain.  Jadi dengan mengkaji kehidupan masyarakat pribumi diharap suatu pemahaman dapat diperoelh tentang corak hidup masyarakat prasejarah seperti Manusia perak yang telah berusia lebih 11 000 tahun dqahulu itu."

Kemudian aku terangkan lagi....


"Kalau kita balik semula kepada fitrah asal semulajadi manusia, antaranya adalah makan dan minum...Kalau dilihat pada pengkebumian Manusia Perak, ia diletakkan bersama dengan cebisan daging haiwan yang terdiri daripada monyet, kura-kura, babi hutan, rusa dan biawak berserta sekitar 3000 cangkerang sungai...Ini adalah barangan kiriman dan berfungsi sebagai bekalan untuk kehidupan Manusia Perak di dunia selepas matinya.  Fitrah asal semulajadi manusia juga nak seks...nak bersenggama...kalau dilihat pada jumpa rangka pengkebumian prasejarah di Pulau Kelumpang, kita akan temui rangka2 kanak2...Mana2 kanak2 itu datang...kalau bukan dari pensenggamaan dan persetubuhan antara lelaki dan perempuan...dan satunya lagi, fitrah asal semulajadi manusia adalah agama...mungkin terma agama tidak sesuai untuk digunakapakai dalam konteks manusia prasejarah tetapi terma yang sesuai adalah kepercayaan...Jika Manusia Perak itu kita anggap ia sebagai 'MANUSIA", maka ciri ini sewajarnya ada padanya...sebab fitrah asal manusia memerlukan sesuatu tempat untuk mengadu dan berharap...mungkin daripada pengalaman hidup mereka, mereka pernah mengalami situasi bencana alam seprti banjir, pokok tumbang atau dihentam tahi bintang...maka untuk elak hal ini, mereka memuja sesuatu..memuja sesuatu yang terlihat mata kasar...memuja semangat..dengan tujuan anatranya diharap dielakkan sebarang malapetaka..dan dalam hal ini dalam masyarakatnya perlu ada seseorang yang mahir dan pakar berkenaan kepercayaan yang menjadi tempat rujuk dalam masyarakatnya...orang ini lah dipanggil shaman.  Shaman inilah yang memberitahu tentang pantang-larang dalam masyarakatnya...apa yang boleh dibuat..apa yang tak boleh dibuat...umpama peranan ulamak atau mufti dalam masyarakat Islam...tapi kalau kita kaji balik maksud definisi 'AGAMA" itu dari sudut bahasa...bukan kah dari segi eptimologinya ia berasal dari kata Yunani iaitu dari bahasanya "A" itu bermaksud "TIDAK" DAN "GAMA" itu bermaksud "KACAU" yang mana bila digabung-jalinkan ia bermaksud TIDAK KACAU...Sebab itu perlu adanya agama atau kepercayaan...tapi ini definisi dari sudut bahasa sahaja bukan pendefinisian dari sudut istilah...


Apabila aku habis bagi jawapan ini jer, pak cik yang bertanya ini lantas bangun dan pergi kat mikrofon dan cakap dengan kata2 ini:

"Kalaulah semua penyelidik seperti kamu, yang hanya tahu berhujah dengan menggunakan agama, maka bidang ini (arkeologi dan etnoarkeologi) tidak akan berkembang.  Zaman ini adalah pembuktian secara saintifik".


Fuck...depan orang ramai dia boleh bedal aku dengan kata2 macam tue...aku hormati dia sebab dia orang lama dalam bidang arkeologi ini...tapi bedal aku dengan kata2 macam tue..depan audiens yang ramai lagi...ish....geram betul aku...dalam hati aku, nak jer aku cakap kat dia balik macam nie:

"sekurang-kurangnya aku berusaha mempamerkan pembuktian...kalau pak cik tahu cara sainsnya, pak cik lah kemukakan...jangan tahu nak hentam dan bedal orang jer"...tapi aku senyum sinis jer kat pak cik tue dan tak panculkan pun isi hati aku...


Aku rasa macam nak jumpa jer lagi pak cik dari Jabatan Warisan ini lagi dan nak terangkan balik kata2 aku sebelum ini...kALAU Ada peluang aku nak cakap macam ini kat dia:


"Sebenarnya saya tak berniat pun nak gunakan agama untuk hujah saya.  Terma "AGAMA" yang saya sebutkan tue tidak merujuk secara khusus kepada AGAMA ISLAM. Terma AGAMA yang saya gunakan adalah secara umum.  Tapi salah ker kalau saya nak berhujah dengan dalil naqli AGAMA ISLAM.  Apa guna saya menganut Islam dan memahami pengertian dan kandungan dalam Islam tapi saya tidak aplikasikan.  Apakah Islam itu bertentangan dengan displin ilmu lain atau Islam itu bertentangan dengan arekologi?.  Apakah jika berbicara tentang arkeologi, Islam tiada tempat dalam dispilin ini?.  Kalaulah Islam itu tidak punya tempat dalam mana-mana displin ilmu lain misalnya dalam arkeologi, maka barangkali Islam itu tidak hanya lebih sekadar suatu agama Ritual kosong yang hanya tertumpu pada solat, puasa, zakat, naik haji dsb.  Apakah sesiapa yang terlibat dalam arkeologi perlu berfikiran secara orentalis dan sekular iaitu memisahkan agama dan kehidupan dunia?.  Fuck. Bila lagi kita nak keluar dari kongkongan eurosentrik dan mengamalkan malaysentrik sepertimana yang dicanang-canangkan oleh kebanyakan tokoh sarjana tempatan seperti Prof Zainal Abidin Wahid?.

Lagi satu pak cik, tak semua hal dalam kehidupan dapat diukur dan diuji secara sainstifik dan empirikal. Ada sesetengahnya bersifat non-emprikal.  Sama seperti tajuk saya yang tertumpu pada perbicaraan soal shamansime iaitu yang berkisar tentang soal amalan magik-kepercayaan masyarakat pribumi.  Boleh kah pak cik terangkan cara bagaimana nak buat uji kaji sainstifik terhadap isu "soul journey" yang terdapat dalam amalan kebanyakan shaman pribumi di dunia ini.   Sarjana barat seperti Eliade pun dalam kajiannya berkenaan shaman, tak ada nyatakan pun tentang pembuktian sainstifik terhadap isu shaman.  Suatu hal yang tak ternampak...suatu hal yang tak terlihat...bersifat abstark mutlak sifatnya...Apakah ada picagari, tabung uji, kaki retort, mikroskop yang dapat melihat unsur jin, semangat, jiwa????...Pak cik sebagai muslim misalnya, tidak pernahkah pak cik tertanya bila pak cik terketut dan mahu bersolat, pak cik perlu mengambil wuduk...kenapa perlu basuh muka, tangan, anak rambut, kaki...kenapa tak basuh bontot pak cik yang keluarkan kentut tue sahaja...  "


Inilah kata2 yang aku nak lemparkan kalau aku ada peluang nak cakap dengan pak cik nie lagi...ish..sabar...sabar...sabar....dan sebagai natijahnya daripada respon pak cik tue terhadap jawapan aku...aku jadi bengang..jadi down...tengahari dah lah aku tak makan sebab nak lepaskan sesi pembentangan aku tue...ingatkan lepas abis pembentangan, aku nak makan petang...tapi tak ada mood...dah langsung tak berselera...

Malam tue ada majlis perasmian oleh Naib Canselor kat dataran berdekatan dengan ofis aku...ada majlis makan2...ada persembahan keroncong...asalnya aku malas nak datang...sebab bengang...x ada mood...tapi memikirkan nanti ada plk isu bising2 kat ofis sebab tak dtg majlis, aku gagahkan datang...datang lah kejap...aku cuma makan buah semangka jer dengan minum air bandung cincau...kalau mood aku tak down, aku sental semua makanan yang ada kat situ...bukan selalu dapat makan sedap...bila aku dah tunjuk muka sikit2 terutamanya kat guru aku, aku pun blah balik...esoknya aku tak datang untuk tengok sesi pembentangan oleh para pembentang lain...aku jadi bengang...sampaikan solat Jumaat pun aku tak gi (solat tue kan hanya ritual sahaja, bukan ada makna apa2 pun)...majlis penyampaian sijil dan cederhati pun aku tak datang join...Disebabkan hal ini, aku down dan x ada mood dalam beberapa hari...jadi loser sepertimana kata Wandy.  dok melangok jer dalam bilik...memikirkan kata2 pak cik tue...sampai sekarang nie pun aku asyik terbayangkan muka pak cik tue dan teringatkan kata2 penuh hikmahnya...GERAM.....


........

Isnin, 19 Ogos 2013

Keliru






Ah....Apa lagi...Apa mau mu lagi!!!

Hamba seperti ku ini bukan sapa2..

Lebih baik  memakai baju fasik dari munafik!!!

Atau

Selamanya harus memakai baju tidak bertuhan!!!




Rabu, 7 Ogos 2013

Iklan Hari Raya : Syukur











Kenapa sering mengeluh,
Sedangkan ada insan yang jauh lebih patut mengeluh,
Tapi tiadanya mereka itu mengeluh.

Kenapa perlu rasa kurang,
Padahal ramai lagi yang serba kekurangan,
Daripada apa yang kita miliki.

Kenapa mahu merana,
Akan suatu kehilangan,
Sedangkan ada lagi kehilangan yang jauh lebih perit untuk ditanggung.


Kenapa harus menangis,
Kononnya mengenang nasib diri,
Walhal ada yang nasibnya lagi menyayat hati.

Apakah mengeluh, rasa kurang,merana, menangis,
Itu tandanya kita mengerti makna SYUKUR???


Moga lebaran ini menanam dan menyemai rasa syukur di sanubari hati ini....




Jumaat, 2 Ogos 2013

IBU DAN KASUT BOLA







Seorang ibu akan cuba berusaha memenuhi permintaan anak...Tapi seorang anak belum pasti lagi dapat menunaikan permintaan ibunya...


Tak ada seorang ibu yang tak sayang anak. Mungkin sepanjang hidup kita, ada keinginan yang tak dapat dipenuhi...Itu semua bersebab!!!...

Dulu masa kecil aku, banyak keinginan aku yang tak tertunai...Misalnya kasut bola (boot bola)...Bapak aku dulu hanya belikan aku kasut bola kain (boot kain) jer...Kawan-kawan yang lain banyak yang pakai kasut bola yang nampak canggih...Padahal bila aku tanya pada kawan-kawan aku tentang harganya, cuma perlu tambah sekitar RM15-RM 20 jer daripada harga kasut bola kain tue untuk dapat kasut bola yang sedikit canggih daripada kasut bola kain...Kawan-kawan aku yang lain masa tue siap ada yang pakai kasut bola yang ada 6 stud tue wey...jenama PUMA plk tue...yang uniknya boot nie, ia siap ada spanar lagi utk tanggalkan stud tue...yang nie kawan aku Fahd yang pakai masa duk kat Taman Sri Penggaram dulu..dia memang minat betul ngn kasut bola PUMA...

Tapi bila aku dah meningkat dewasa, baru akan faham kenapa bapak aku macam tue...SEMUANYA BERSEBAB!!....



Macam nielah kasut bola kain (boot kain) aku masa zaman sekolah rendah dulu




Sapa yang pernah pakai kasut nie main bola sepak, serius gua cakap dia memang betul2 legend wey...Kami panggil nie boot adidas kampung sebabnya ada stripes macam adidas...kaler kuning lagi tue wey...tapi stripes dia ada 4 jalur lah...hahahahah...

Sepanjang hayat aku setakat ini, aku pertama kali dapat rasa memiliki pakai kasut bola canggih skit masa aku mengaji kat USM sekitar tahun 2 dulu...Masa zaman sekolah menengah, syukurlah sebab ada kawan aku yang bermurah hati bagi kasut bola yang agak canggih daripada kasut bola kain tue...tak silap aku jenama admiral...masa wakil asrama dalam karnival antara asrama Johor iaitu masa aku form 2, aku pinjam kasut bola kawan aku jer main...


Nielah boot bola canggih yang pertama kali aku beli dalam hayat hidup aku...
Lepas tue masa tahun 3,
boot bola nie kena rembat dengan malaon mana ntah kat Desasiswa Bakti Permai
Cis! 


Meski pun begitu, bila aku kenang2 kan balik, aku rasa bangga sebab aku pakai benda rare masa usia kecik aku...tak semua yang "berani" ("malu" bahasa yang sebenarnya) nak pakai boot kain tue...maklum lah kasut jenis tue orang guna pergi kebun untuk menoreh getah terutamanya di kawasan yang berbukit bagi cengkam skit kaki tue...


Apapun, sayangilah, kasihanilah,cintailah keluarga kalian terutamanya ibu kalian yang telah bersusah payah mengandungkan kalian selama 9 bulan tue...I LOVE U MUM...


p/s: serius!, gua rasa macam nak nangis tengok video nie..tengok senapang kayu peluru terung belanda tue, tengok senapang hitam yang bila ditarik picunya akan keluar lampu kaler merah tue dengan bunyi trutt..trutt..trutt...peh...dalam nak tayangkan betapa tingginya nilai kasih sayang ibu...pembikin filem pendek nie boleh plak mengingatkan kembali memori silam gua masa kecik2 dulu...serius...nostalgikal...klasikal...terima kasih kepada pembikin filem pendek nie!!!...lu memang legend...







.....

Rabu, 31 Julai 2013

Saidina Abu Bakar R.A.




Islam agama yang syumul...agama yang sifatnya universal...menjangkui batasan sempadan negara, tidak mengira warna kulit, darah dan nasab keturunan...Ia adalah agama rahmat milik sesiapa sahaja yang mahu mengenali, mendalami dan menghayatinya...Dalam erti kata yang lain, Islam adalah agama yang sempurna...Ini sudah dikalamkan Tuhan dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang mana mahfum ayatnya bermaksud : 


"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Ku cukupkan kepada kalian nikmat-Ku, dan telah Ku redha Islam itu jadi agama bagi kalian"...(Al-Maidah:3)


Ayat nie juga merupakan wahyu terakhir Nabi Muhammad SAW. Ayat ini diturunkan sesudah asar Hari Jumaat di padang Arafah pada haji Wida..Bilamana ayat ini diturunkan, kebanyakan Para Sahabat berasa gembira dan suka kerana Islam telah sempurna.  Namun hal yang sebaliknya berlaku kepada Sahabat yang sangat banyak berkorban pada agama Islam ini iaitu Saidina Abu Bakar R.a.  Abu Bakar bahkan menangis  lantaran tidak dapat menahan kesedihan, lalu pulang ke rumah dan mengunci pintu rumahnya.  Para Sahabat yang lain mengetahui hal ini langsung ke rumah Abu Bakar dan kemudiannya mengatakan bahawa "Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna"..

Mendengarkan hal ini, Abu Bakar pun berkata ; "Wahai Para Sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidaklah kamu tahu bahwa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya.  Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW.  Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda"





p/s Abu Bakar merupakan antara Sahabat yang banyak berkorban untuk agama Allah...Antara pengorbanan beliau yang boleh dijadikan iktibar dan tauladan adalah semasa Perang Tabuk...Sewaktu itu, Umar telah ditanyai Nabi SAW tentang apakah yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?..Maka Saidina Umar R.A menjawab bahawa 1/2 daripada hartaku aku infakkan (korbankan) untuk jihad nie manakala 1/2nya lagi aku tinggalkan untuk ahli keluarga..Kemudian Nabi SAW bertanyakan pada Abu Bakar R.A tentang hal yang sama...lalu Abu Bakar R.A menjawab, : Aku hanya tinggalkan Allah dan Rasul sahaja untuk ahli keluargaku...Abu Bakar telah mengorbankan seluruh hartanya dalam perang tersebut...Bahkan pada saat itu, Abu Bakar hanya memakai baju guni yang berbutangkan jarum....Kefahaman terhadap agama ini adalah bergantung sejauhmana banyak pengorbanan seseorang itu terhadap agamanya...


...........................

Isnin, 29 Julai 2013

Psst...psstt..psstt...Dalam Perjuangan Memang Kena Pilih Bulu Ker...???


Minah nie pun agak2 patut jugak kena ISA (kalo ISA ada lagilah)...hina Islam..Hina Ramadhan..Hina Mufti...Hina JAKIM...hina negara Islam...Hina negara Melayu...Hina Perlembagaan...Hina segala2 nya...Ker ada pengecualian???..


Psst..psstt..psstt...Nak cakap kena bisik2 skit...Takut ada yang terasa...takut ada yang tersalah faham..Ok...Tak ada sapa2 yang berhati mulia ker nak gi tibai minah Melayu-Islam nie...Minah nie jauh lebih patut kena tibai dan diperambat daripada Cina-Kafir yang makan dikhalayak umum masa bulan Ramadhan...minah ni kan dah terang2 Melayu-Islam...jauh lebih faham tentang Islam daripada Cina-Kafir tue...dah lah Melayu-Islam, cuba nak lawan fatwa mutfi plk tue, dah lah nie bulan Ramadhan...tapi kalo tak bulan Ramadhan pun, boleh ker atau halal ker Pertandingan Ratu Cantik ini diadakan?...Atau ia hanya haram di Bulan Ramadhan sahaja???...Jadi tak ada sapa2 ker yang nak berdemo, berarak, terpekik, terlolong,berkonvoi depan rumah minah nie??...Minah nie terang2 hina Islam...Hina Ramadhan...ker ada pengecualian atas minah nie...Tak ada juga ker sapa2 yang nak berdemo, berarak, terpekik, terlolong, berkonvoi dekat majlis Ratu Cantik yang tunjuk2 badan seksi tue yang meski tak ada peserta Melayu-Islam tapi masih tetap dianjurkan di bulan Ramadhan....Marah skit penganjur...Nie kan bulan Ramadhan...Kalau bukan bulan Ramadhan pun tak boleh anjur dan buat Pertandingan Ratu Cantik ini...Nie kan negara Melayu...Negara Islam...Ker dalam perjuangan ada musim2 dia...ada musim kena berarak...ada musim tak...ker dalam perjuangan kena pilih isu...ada isu kena pekik...ada juga isu yang tak perlu pekik2...ker dalam perjuangan kena pilih bulu...ada bulu yang patut ditibai...ada bulu yang tak patut ditibai....ker dalam amar makruf nahi mungkar nie...ada waktu2 dan bulu yang perlu dipilih...ada bulu yang patut kena amar makruf nahi mungkar...ada bulu yang tak patut kena amar makruf nahi mungkar...falsafah Melayu nie amik setengah2 je lah...ajaran Islam amik sebahagian2 je lah...atau nak tunggu budak2 cuti sekolah baru nak berdemo dan berkonvoi???


p/s Agak2 lepas nie timbul lagi tak isu Siber Warrior (aduh,kenapalah kena tulis perkataan nie, tension wey)...Harap2 tak...sebab aku tak sanggup dan tak berdaya nak tulis perkataan tue...nak terserempak skit pun aku kalau boleh tak nak....aku tak tahu itu menatang perkataan apa..tapi aku dapat rasakan yang ianya tak urban dan sangat hodoh sekali....



.......................................

Khamis, 25 Julai 2013

TARAF INTELEK (maksudnya kepandaian) DAN RASIONAL PEJUANG RASMI MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA




Sekarang nie isu panas isu TPP (Trans Pacific Partnership)...Nie kalau yang ada darah pejuang sudah lama patutnya melenting...sudah lama patut bising2..sudah lama patut marah dan geram...Dan aku rasakan individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan yang dengan terang-terang dan bangganya mengisytiharkan kepada khalayak umum bahawa mereka itu "PEJUANG AGAMA, PEJUANG BANGSA & PEJUANG NEGARA" maka perlu lah lebih-lebih lagi peka dan ambil perhatian sama ada dari sudut kenyataan atau aksi perilaku bagi memaparkan dan mengesahkan bahawa mereka ini sememang benarlah "PEJUANG AGAMA, PEJUANG BANGSA & PEJUANG NEGARA" seperti yang sering dicanang-canang dan dipromosikan oleh diri mereka sendiri itu..Namun setakat ini, ..bukan nya nak cakap satu aksi perilaku, satu kenyataan ringkas berkenaan pendirian pertubuhan pejuang Melayu, Agama dan Bangsa ini pun langsung habuk pun tak ada berkenaan isu penting dan besar ini!!!.  Ini ker namanya "PEJUANG AGAMA, BANGSA, MELAYU-ISLAM DAN NEGARA"!!!!...

Antara isu bangsa dan tanah air yang aku cadangkan (peh takkan lah orang lain kena cadangkan kot...kata Pejuang Agama, Pejuang Bangsa & Pejuang Negara...patutnya tak perlu orang cadangkan, geng2 nie lah yang dah patutnya ke hadapan dan lebih awal dedahkan isu ini...tak faham aku taraf pejuang Melayu, bangsa, agama dan negara kat negara aku nie)..

Ok antara isu bangsa dan negara yang perlu diberi perhatian adalah :

1. Berkenaan isu penjualan air mentah Johor kepada Singapura dengan harga hanya sekitar 3 sen untuk 1000 gelen air. Sedangkan Johor jual air mentah kepada Melaka  sekitar 30 sen untuk 1000 gelen air...Murah gila kot jika dibandingkan dengan nilai kos hidup masa kini...Dah lah kos hidup ini takkan pernah berkurang...Saban tahun makin meningkat...Bayangkan kalau 1000 gelen dijual hanya 3 sen ..kalau 1 00000 gelen, kita baru jual air kita tue pada Singapura dengan harga hanya RM 30...lepas tue kita beli balik air tue dengan harga sekitar 50 sen untuk 1000 gelen..peh...dah ltak masuk akal...dengan keadaan nilai duit dolar Singapura tue dah lah 2 1/2 kali besar dari nilai duit Ringgit Malaysia..lepas tueperjanjian semula hanya akan berlaku pada 2060...bapak lama kot nak tunggu tempoh masa itu...


2.Soal pembelian pesawat perang F/A-18 sedangkan negara memerlukan pesawat MIG-29.  Dan yang menyedihkan lagi, perjanjian pembelian ini tidak melibatkan source kod. Maksudnya tanpa source kod, maka F/A-18 hanya boleh melakukan misi penerbangan setelah mendapat kebenaran dari pihak Amerika.  Dan akhirnya nanti, pesawat ini hanya boleh diterbangkan untuk kegunaan persembahan semasa persembahan LIMA.  Dah macam barang mainan jer fungsinya sedangkan harga mahal.  Peg..very expensive toys..

3.  Kemudian isu AFTA atau Asean Free Trade Area.  Dalam isu ini, Mlaaysia bersetuju bahawa 40% kandungan item lokal sesebuah produk layak ditakrif sebagai bebas cukai dalam pasaran ASEAN. Hal ini bukan susah sangat untuk kereta2 luar negara terutamanya dari Jepun, Korea, China dan Eropah untukpenuhi syarat tue...Diorg dengan mudahnya boleh guna bateri, tayar dan beberapa kompoenan buatan Malaysia bagi melayakkan hasil produk mereka dijual tanpa sebarang cukai di negara kita...so fikirkan lah...bagaimana produk buatan Malaysia misalnya Proton nak bertahan...macam mana Produk Kampung Mak Limah atau Pak Sudin nak bersaing dengan produk luar yang jauh lebih hebat...

4.  Pulau Batu Puteh dah tergadai...Kita pun dah bagi tanah keretapi yang bernilai bilion ringgit kepada Singapura...Dan lepas nie kita terpaksa lah plk minta izin Singapura untuk buat keretapi laju kita...


Lihatlah...semua perjanjian kita dengan pihak asing yang mana kebanyakannya secara pratikalnya tak memberi manfaat pun pada kita...

Sekarang nie pula tengah panas isu TPP (Trans Pacific Partnership).  Dahlah perbincangan dan isi perjanjian tidak didedahkan...Ini dari satu segi merupakan usaha lain Amerika untuk membolehkan syarikat besar mereka memasuki dan menguasai pasaran di negara kecil...

Makanya...mana Para Pejuang Melayu, Pejuang Bangsa, Pejuang Negara yang dok canang-canang istilah 'Melayu-Islam"...Isu-isu remeh macam Orang Cina makan kat depan khalayak ramai masa bulan Ramadhan sibuk dibisingkan (lagi bising dan marah kalau Cina tue makan babi)...aduh..nie isu penting...isu besar...isu masa depan negara...isu survival anak cucu...silap2 negara boleh tergadai...mana diorg nie...mana geng2 nie...mana pendirian mereka...atau sebenarnya memang tak tahu langsung tentang wujudnya isu-isu ini...mana geng2 yang pakai baju melayu, seluar jeans, bersongkok hitam, berkaca mata hitam dan setengahnya ada yang bergelang tangan, berambut kaler2 kuning tue...ker tahap pejuang Melayu,pejuang bangsa, pejuang agama kat negara aku nie, paling tinggi tahap yang diorg boleh buat selain berarak kat tepi jalan dengan gaya pakaian macam tue, hanya mampu untuk buat filem gangster sampah yang menjadikan rakyat Malaysia tambah lagi bangkut dan bukannya bangkit, dan  jadi juri maharaja lawak (kira tingga lah tue wey sebab jadi juri MAHARAJA lawak..MAHARAJA LAWAK MEGA plk tue)...atau hanya mampu buat konvoi naik motor sambil kibar2 bendera..aduh22..atau lagi menyedihkan, hanya tahu lepak kedai makan, buat tour keliling Malaysia cari kedai makan atau hotel mana yang sedap,lepas tue dok pung pang, pung pang tentang Melayu, tentang Islam, tentang Cina, tentang India sambil membesarkaN perut..peh...sangat menyedihkan dan mendukacitakan...nak nangis pun ada...




Filem PE3 : Bapak Segala Gangster (Kah kah kah...tagline memang serius tak boleh blah)
Filem melayu wajib tonton nie...tapi dah lama abis tayangan lah...mesti kutipan pecah panggung nie..korang download je lah...kalau rasa tak berapa nak yakin dan takut rugi masa jer nak download, korang leh baca review pasal filem ini dulu kat internet...boleh klik link ini untuk review pasal film ini...Tukang Ulas 1,TukangUlas 2 dan Tukang Ulas 3



...............................................................................

Jumaat, 19 Julai 2013

Menggigil menanggung derita lapar



Sapa2 yang puasa sampai mengigil2 tue, redakan lah kegigilan tue dengan tengok clip nie...ini antara babak yang aku suka dalam cerita filem rock ooo : rimba bara kembali...



p/s gua teringat zaman duduk asrama masa sekolah dulu yang sentiasa dilanda bahana derita kebuluran..

Zakat Fitrah









Kalau pergi ke Sri Medan,
Singgah di Batu Pahat membeli kain pelekat,
Sudah tiba bulan Ramadhan,
Janganlah lupa membayar zakat...