Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Jun 2018

ASHRAFUL MAKHLUKAT







Kau punya sijil pelajaran tertinggi?
Kau punya pangkat darjat terbesar?
Kau punya rumah kereta termewah?
Kau punya aset duit terbanyak?
Kau punya paras rupa tercantik terkacak?
Kau punya tasbih janggut terpanjang?

Percaya dan yakinlah,
Kesemuanya itu belum tentu melayakkan diri kau untuk digelar sebagai

"MANUSIA"
apatah lagi
"INSAN"
apatah lagi
"ASHRAFUL MAKHLUKAT!!!"




Selasa, 3 Jun 2014

MARUAH






"Tidak mahu menjaringkan gol dengan gaya biasa dalam permainan video bola sepak 
dikatakan
TIDAK BERMARUAH.


Ramas tetek, hisap burit, jolok pantat dan pancut dalam puki pelacur rumah urut 
serta akhirnya bersembang bangga dengan aksinya itu,
ini dikatakan 
BERMARUAH."



p/s : Hanya mampu tersenyum sinis.







Selasa, 12 November 2013

Gigi dan Lutut




Semalam aku pergi mendapatkan rawatan di Hospital USM.  Ini pertama kali aku dapatkan khidmat rawatan di sini.  Buktinya, apabila aku buat pendaftaran, tidak terdapat sebarang rekod rawatan aku di hospital ini.  Cumanya aku pernah buat pemeriksaan kesihatan masa degree dulu, masa nak sambung belajar dan masa nak masuk kerja dulu.  Itu sahaja sejarah perhubungan aku dengan Hospital USM meskipun sudah 7 tahun aku dok melangok kat Penang nie.  Tapi untuk rawatan gigi, aku agak kerap juga berdasarkan rekod rawatan gigi.  Sembang tentang gigi ini, sebelum ini aku tak tahu plk yang setiap 6 bulan sekali, kita perlu buat rawatan gigi.  Sehinggalah aku diberitahu oleh Nik.  Sejak Nik bagitahu info ini, maka dalam setahun 2kali aku akan cuba buat pemeriksaan gigi.  Tadi pagi baru jer aku buat pemeriksaan gigi. Doktor gigi yang rawat aku pagi tadi memang selalu pemeriksa gigi aku sebelum ini. Doktor perempuan berbangsa cina.  Dengan ramahnya, beliau tanya kenapa dah lama tak buat rawatan gigi. Seingat aku, aku mungkin terlajak 2 bulan lewat daripada tarikh yang sepatutnya.  Dan untuk rawatan gigi kali ini, aku tak perlu buat rawatan susulan seperti yang melibatkan tampalan gigi atau buat sarung gigi seperti yang pernah aku alami sebelum ini.  Selesai cuci gigi sahaja, doktor tue cakap, nanti 6 bulan akan datang, buat lagi pemeriksaan gigi. Ok doc.


Berbalik tentang kes rawatan semalam.  Aku datang sebab nak periksa lutut aku.  Sebab sekitar 2 minggu yang lalu iaitu pada 1 Nov, aku terjatuh masa main futsal.  Lepas jatuh, rasanya macam nak tercabut jer lutut aku..Rasa kosong jer kat bahagian lutut tue.  Natijahnya, sekitar 2 hari lutut aku berasa sangat sakit.   Meski sakit, aku try berenang. Dengan niat sebagai terapi dan lekas sembuh.  Aku malas nak ke hospital untuk dapatkan rawatan. Sebab, biasanya kalau aku sakit, InshaAllah, sakit tue tak berapa lama dan boleh sembuh.  Sebab tue selama 7 tahun aku kat Penang, aku tak pernah dapatkan sebarang rawatan di Hospital USM selain rawatan gigi dan pemeriksaan kesihatan atas tujuan pelajaran dan pekerjaan. Lagi satu, masa tue agak sibuk untuk persiapan kertas kerja dan slide untuk seminar.  Jadi aku fikir, lepas abis seminar, baru aku nak uruskan hal lutut nie. AKu fikir lepas abis seminar, aku nak berurut jer.  Lepas 2 hari, aku boleh berjalan elok. Cuma sakit di bahagian pelipat lutut. Aku tak boleh nak duduk antara 2 sujud dan duduk tahiyat. Dan kalau berenang, kaki aku tak boleh nak buat berenang dengan gaya kaki kuak macam berenang katak. Rasa sakit. Lepas raya muharam, aku try main futsal.  Bila aku try lompat, lutut kiri sakit.  Pastu, aku try main turn2, tetap rasa sakit. Jadi pastue aku try cari info kat internet.  Sebenarnya aku ingat nak berurut jer. Dengan pemikiran bahawa, mungkin urat lari dan mungkin lepas berurut, ia akan sembuh kembali.  Bila aku tengok internet, kecederaan aku berkait dengan acl iaitu suatu kecederaan yang ering berlaku ke atas ahli sukan yang melibatkan sukan bola sepak, futsal, ragbi dan badminton.  Bila aku tengok simpton2nya, agak sama dengan apa yang berlaku kat aku.  Berdasarkan info internet, kecederaan acl biasanya akan melibatkan ligamen terkoyak dan yang paling teruk ligamen terputus.  Kalau terputus, kena buat pembedahan. Perkara nie yang mengubah keputusan daripada berjumpa tukang urut kepada jumpa doktor.  Kecederaan acl jugak lah yang menyebabkan Michael Owens tak dapat kembalikan semula prestasi bola sepaknya pada tahap maksimum.

Maka semalam aku gi jumpa doktor. Aku dirujuk kepada Doktor Laila.  Dia tanya bila kes nie berlaku.  Aku cakap awal bulan aritue.  Dia nasihatkan lain kali jangan tangguh2 jumpa doktor..Pastue dia tanya pasal lutut aku dan periksa lutut aku.  Dia kata genting ligamen aku mungkin terkoyak jer.  Sebab kalau terputus, biasanya tak leh jalan. Pastue, aku tanya dia, boleh sembuh dan main bola sepak balik tak?.  Alhamdullilah, dia kata boleh dengan syarat ikut nasihat dan buat apa yang doc suruh buat. Jadi, dia suruh aku amik rawatan fisioterapi dan bagi aku beberapa jenis ubat iaitu 3 jenis ubat pil dan satu ubat gosok.  Disamping itu juga, doc suruh jangan berlari, berjogging atau berlompat.  Sukan yang dia cadangkan pada aku adalah sukan berenang , main gym dan berbasikal.  Ini bagi tujuan untuk menguatkan semula otot di bahagian kaki.  Selain itu juga, doc suruh pakai sarung lutut jugak bagi mengurangkan tahap tekanan yang diberikan pada lutut sewaktu berjalan. Jadi lepas nie aku kena gi jalani rawatan fisioterapi.

Harap dapat cepat sembuh sebab tadi guru aku ada cakap nak kena masuk hutan royal belum untuk buat mapping dan kajian orang asli kat sana.  Moga cepat sembuh supaya leh main bola sepak dan futsal balik. Dah lama tak main dah nie. InshaAllah.


Isnin, 11 November 2013

Liga Inggeris






Berkenaan liga luar, Liga Inggeris terutamanya, Arsenal seperti musim2 sebelumnya menampilkan persembahan yang menakjubkan.  Sebenarnya pada aku, Arsenal memang dah menakjubkan pun pada musim2 sebelum ini.  Tetapi masyarakat umum lazimnya akan mengasosiasikan terma "menakjubkan" itu dengan kemenangan.  Dengan aksi menjulang piala.  Tapi bagi Arsenal yang dah lama kemarau piala, maka pasukan ini umumnya ditanggap sekadar pemain budak tadika.  Aku bukanlah orang yang melihat kemenangan itu sebagai objektif utama.  Aku lebih gemar melihat corak permainan sesebuah pasukan. Arsenal adalah sebuah pasukan yang aku sukanya disebabkan corak permainannya. 

Komen Jurgen Klopp terhadap Arsenal dan Arsene Wenger.


"When I watch Arsenal in the last 10 years, it is nearly perfect football, but we all know they didn't win a title. In Britain they say that they like Arsenal but they have to win something.  Who wins the title?. Chelsea, but with different football, i would say."


"(Arsene Wenger) is really something.  He is Sir Arsene Wenger.  But he likes having the ball, playing football, passing it.  It is like an orchestra but is a quet song.  I prefer heavy metal.  I always want it loud".

"I like Arsenal's philosophy but I cannot coach it, I am a different guy"

- Jurgen Klopp ( Borussia Dortmund manager)-


Setakat musim ini, Liverpool juga menampilkan aksi yang menerujakan. Memberi saingan.  Berhempas pulas untuk menarik keyakinan para peminat setianya.  Sebut tentang kesetiaan, dari pemerhatian aku, Liverpool mempunyai sejumlah peminat yang setia.  Biarpun prestasi kelab ini agak kurang memberangsangkan untuk beberapa musim sebelum ini, namun mereka masih lagi punya peminat yang tegar.Di sinilah kita dapat mengenal siapa dia peminat setia.  Dalam ruang persekitaran aku, Wandy dan Nik merupakan antara penyokong setia Liverpool lebih-lebih lagi Wandy si rambut kerinting itu.

Berkenaan Man U, pasukan ini masih lagi merupakan pasukan kuat dan berpotensi menjulang piala musim ini.  Cuma agak sedikit menjengkelkan bilamana terdengar suara-suara sumbang dari fan Man U yang menyalahkan Moyes akibat beberapa siri kekalahan sebelum ini.  Memang sukar untuk menerima kekalahan.  Tetapi perlulah ada kewarasan akal dan pegangan realiti.  Mungkin bayang2 sIR Alex masih tak dapat hilang.  Hakikatnya Moyes bukanlah Sir Alex.  Moyes ada caranya tersendiri. Barangkali Fan Man U perlu belajar sesuatu daripada Fans2 lain seperti fans JDT misalnya.



Liga Malaysia




Berkenaan bola sepak pula.  Piala Malaysia sudah tamat.  Sudah pun menutup tirainya.  Pahang menang menewaskan Kelantan.  Johor DT terkandas di peringkat suku akhir di tangan Kelantan.  Saat suku akhir kedua tue berlangsung, aku berada di Kampung Orang Asli iaitu di Kampung Air Bah, Lenggong atas urusan kerja.  Disaat rakan2 dan seluruh penduduk kampung Orang Asli berhibur dengan program yang disediakan, aku pula sibuk menonton perlawanan tersebut di salah sebuah rumah penduduk kampung yang ada Astro.  Memang tak senang duduk dan tak putus2 berharap.  Tapi nak buat macam mana, malam tue bukan rezeki Johor DT.  Akhirnya Kelantan menang.  Tapi pada pengakhiran yang abadi, Pahang yang menang.

Bercerita tentang Johor DT, banyak gelagat dan ragam yang menarik serta rencam dapat diperhatikan. Kalau sebelum kemunculan pasukan palsu yang membawa lambang Harimau ini wujud, musim perpindahan pemain dalam kancah Liga Malaysia langsung tak meriah.  Langsung tak punya info. Tak punya maklumat.  Tetapi kini, rancak. Sentiasa rancak.  Namun kerancakannya masih belum berada pada landasan yang betul.  Masih dapat dipertikaikan.  Mungkin sebab prosedur perpindahannya masih belum digariskan dengan betul, maka akan dapat dilihat kelucuan dan betapa rendahnya tahap profesionalisme pengurusan bola sepak di negara ini.  Misalnya, ada pemain yang dah sign kontrak dengan sesebuah kelab, tup-tup esoknya atau adakalanya tak sampai tempoh 24 jam, dah sign kontrak lain dengan kelab lain.  Ada juga yang buat u-turn ke kelab asal.  Hal ini dijangkan akan berterusan sehingga jendela perpindahan pemain tutup pada Disember nanti.



Pablo Aimar

Johor DT merupakan kelab yang paling meriah musim ini.  Bukan meriah dengan kemenangan dan bukan meriah dengan menjulang piala.  Kelab ini meriah dengan pelbagai konterversi.  Buat masa ini, kontroversi dengan isu perpindahan pemain.  Dengar kata, hampir keseluruhan pemain kebangsaan dan pemain berbakat tempatan habis disapunya.  Antaranya, Mahali Jasuli, Asraruddin, Amri Yahya, Nazrin Nawi, Norfarhan, Amirul Hadi Zainal, Norazlan Razali, iRFAN fAZAIL, Fadhli Sas.  Kemudian ditambah pula dengan penyertaan pemain import antarabangsa seperti Pablo Aimar, Braulio Nobrega dan Haris Harrun disamping jurulatih importnya bernama Cessar Ferrando Jimenez.  Manakala Johor FA pula dikhabarkan bakal bertukar nama menjadi JDT II. JDT II nie juga dengar khabarnya telah menandatangani kontrak dengan Shahril Ishak selama 2 tahun dan Baihaki Kaizan selama 4 tahun bagi slot pemain import.  Zaquan Adha juga dikhabarkan turun pangkat dan bermain dengan pasukan ini. Pasukan apa?. Pasukan JDT II. kAH, Kah, kah, kah, kah....Kita tunggu je lah musim 2014 nanti.




Isnin, 23 September 2013

Kallang Roar The Movie







Layan gambar bergerak ini tentang era bola sepak Singapura tahun 1970-an.




...

Kallang Roar The Movie


Kallang Roar The Movie


Baru nie aku tengok cerita pasal bola sepak Singapura.  Tajuk filem tue "Kallang Roar The Movie". Ceritanya pasal kebangkitan Bola Sepak Singapura. Dan kebangkitan tersebut dipangkin oleh seorang jurulatih.  Jadinya secara tidak langsung, watak jurulatih ini merupakan watak utama dalam filem ini.  Nama jurulatih tersebut adalah Choo Seng Quee yang mana lebih dikenali sebagai "Uncle Choo".


Choo Seng Quee

Penceritaan filem ini dimulai dengan babak sembang antara Uncle Choo dengan Tunku Abdul Rahman yang mana pada ketika itu (tahun 1967) selain menjadi Perdana Menteri Malaya pertama juga merupakan Presiden FAM yang memegang jawatan tersebut semenjak tahun 1951.

Sembang antara mereka berdua adalah berkenaan tentang keinginan Uncle Choo yang mahu pulang ke Singapura setelah lama menjadi jurulatih pasukan Malaya semenjak Januari 1958. Dalam babak itu seolah-olahnya Tunku Abdul Rahman tidak mahu melepaskan Uncle Choo.  Bahkan dipaparkan seolah-olah Tunku seperti menawarkan segala-galanya (merasuah) termasuk duit, kemahsyuran dan penghormatan. Ini secara sinikal dapat dilihat menerusi adegan "rasuah kuih lapis".  Namun, Uncle Choo mengatakan bahawa beliau adalah "orang Singapura" kerna itu beliau mahu pulang.  Biasalah wey..Filem ini orang Singapura yang buat. Pasal Singapura. Nak tak nak unsur bias mesti ada dan kuat punya.  Lagi2 bila bertembung dengan Malaysia kan.

Fokus utama dalam filem cerita ini sebenarnya tentang hal yang berkisar tahun 1977.

Ceritanya tentang bagaimana kesungguhan Uncle Choo mahu menggilap bakat pemain muda Singapura dan mahu membangkitkan kegemilangan Bola Sepak Singapura

Namun begitu terdapat halangan.  Halangan tersebut adalah daripada individu besar dalam FAS (Football Association of Singapore). Mungkin individu ini boleh disamakan dengan beberapa individu dalam FAM kita masa kini...kah..kah..kah...

Uncle Choo dilihat tidak berputus asa.  Beliau dengan sendirinya berusaha mencari dan mengasah bakat2 baru.  Menerapkan semangat nasionalisme agar anak watan Singapura mencintai Singapura.  Dalam filem tersebut, dapat dilihat pada ketika itu pun, anak muda Singapura sudah luntur semangat nasionalisme dan patriotisme pada negara.  Kanak-kanaknya dilihat bosan dan malu untuk menyanyikan lagu kebangsaan Singapura bila disuruh oleh Uncle Choo.

Uncle Choo tetap berusaha menerapkan dan menanam semangat nasionalisme dan patriotisme dalam jiwa anak didiknya.  Slogan semangat yang sering dilaung beliau dan diajar kepada anak didiknya adalah berbunyi "Untuk bangsa dan negara, majulah!".

Berikutnya tahun 1976, FAS mempunyai Pengerusi baru yang bernama N.Ganesan.  Mr Ganesan ini telah melantik Uncle Choo sebagai jurulatih negara.

Dalam filem tersebut, digambarkan bahawa Uncle Choo merupakan seorang jurulatih yang tegas, yang garang yang sangat berdisplin.  Tiada kompromi.  Beliau menggunakan pendekatan sesi latihan yang sangat tegas, kasar, susah, memenatkan.  Bayangkan, seorang penyepak tendangan sudut diarah agar membuat sepakan tendangan sudut sebanyak 100 kali dalam latihan...Dalam filem tersebut digambarkan juga bahawa Uncle Choo juga turut mengambil berat berkenaan soal pemakanan para pemainnya.  Beliau telah mencatu jenis makanan yang perlu diambil pemain.  Katanya, para pemain saya memerlukan protein bukannya kabohadrat...sebab itu, para pemainnya dilarang mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak. Bahkan beliau melarang pemainnya meminum arak kerana ia memberi kesan pada stamina.  Ada satu babak tue yang mana player power dia iaitu S. Rajagobal datang latihan dalam keadaan mabuk...Beliau marah dan terus kick Rajagobal dari team...tapi tak lama lepas tue S. Rajagobal digambarkan telah insaf dan join balik team.


Uncle Choo bersama para pemainnya


Kemuncak filem ini, berkisar tentang penglibatan Singapura dalam kancah Piala Malaysia pada tahun tue (1977)

Skuad Uncle Choo pada waktu itu terdiri daripada Dollah Kassim, Edmund Wee, Samad Allapitchay, Quah Kim Song, Mat Noh, S. Rajagopal,


Perjalanan Singapura pada Piala Malaysia tahun 1977 bermula setelah berjaya mengalahkan Angakatan tentera dengan 3-0, membelasah Johor dengan jaringan 6-1, mengalahkan terenggangu dengan jaringan 4-3, dan seterusnya bertemu dengan Selangor di Semi Final pada 15 Mei 1977 di Stadium Kallang.

Pada semi final ini, penyokong Singapura telah keluar beramai-ramai menonton perlawanan tersebut. Bahkan sehingga terjadi rusuhan lantaran disebabkan kauter tiket dibuka lewat.  Sedangkan para penyokong telah tunggu seawal 10 pagi tetapi kaunter hanya dibuka pada jam 8 mlama.  Sebaik sahaja kaunter dibuka, orang ramai mula berasak-asak membeli tiket..Dalam kejadian berasak-asak itu, menyebabkan keadaan tidak terkawal sehingga ada yang terjatuh dan dipijak.  Dikhabarkan seorang telah meninggal dunia manakala 44 orang cedera dalam kejadian tersebut.

Suasana di perkarangan Stadium Kallang sewaktu separuh akhir Piala Malaysia 1977 bertemu Selangor

Selangor pada ketika itu dibarisi dengan pemain yang hebat dan terkenal.  Antaranya sudah sepastinyalah Mokhtar Dahari (Supermokh), Soh Chin Aun (Towkay), R. Arumugam (Aru The Spiderman).  Bahkan watak Supermokh dalam filem ini ditampilkan dengan gaya yang hampir seiras dengan wajah, sosok badan dan gaya Supermokh yang sebenar.  Bukan sahaja wajah, sosok badan dan penampilannya, tetapi juga skill dan lariannya juga hampir sama.

Pada perlawanan tersebut,Singapura  terlebih dahulu di depan.  Kemudiannya Selangor berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan Mokhtar Dahari setelah berjaya melepaskan diri dari halangan Samad Allapitchay.  Dalam filem tersebut, dipaparkan Samad Allapotchay memang sengaja  melepaskan Mohktar Dahari.  Sebabnya si Samad Allapitchay nie telah diugut oleh bookie yang mana bookie akan menganggu dan mengancam anak bininya.  Maka secara tidak langsung dalam perlawanan itu telah dicemari dengan insiden bookie..Fuck...Akhirnya Singapura berjaya melangkah ke final menerusi jaringan S. Rajagobal yang menjaring menerusi sepakan sudut.

Perlawanan akhir, 28 Mei 1977 Singapura bertemu dengan Pulau Pinang.  Bermain di Stadium Merdeka. Pada ketika itu, kem Singapura punya sedikit gangguan masalah.  Masalah berkait dengan kesihatan Uncle Choo.  Penyakit gangren semakin teruk dan telah menyerang kaki kanannya.

Keadaan Uncle Choo setelah kakinya dipotong

Dalam filem ini, dipaparkan tentang bagaimana ganas dan kasarnya pemain Penang main. 

Singapura mendahului menerusi jaringan  Quah Kim Song. Kemudiannya, Pulau Pinang menyamakan kedudukan menerusi lagenda Penang iaitu Isa Bakar.  Kemudian Pulau Pinang di depan menerusi jaringan Ali Bakar setelah mendapat hantaran bola daripada Isa Bakar.

Jadi separuh masa, Pulau Pinang mendahului Singapura dengan 2-1.  Singapura masuk ke bilik persalinan.  Uncle Choo mengetahui yang Samad Allapitchay mengalami masalah dengan bookie. Lantas menggantikan tugas kapten yang dipegang Samad kepada Dollah Kassim.  Seterusnya Uncle Choo membawa masuk separuh masa kedua, Nasir Jalil yang juga dikenali sebagai "Crazy Horse".  Mungkin disebabkan perwatakannya yang lari dan bawa bola macam orang gila yang suka merempuh, maka beliau memperoleh gelaran tersebut.

Akhirnya, percaturan memasukkan Nasir Jalil ternyata berbaloi.  Nasir Jali si crazy horse itu telah berjaya menjaring gol penyamaan.  Bahkan menajring dengan gaya yang cantik dan cool..menjaring dengan cara back heel tue...

Kemuncak hujung, Singapura memperoleh gol kemenangan.  Hasil sepakan percuma yang diambil oleh Dollah kASSIM yang kemudiannya disambut dengan tandukan oleh Mat Noh yang akhiernya menghasilkan gol.

Kemenangan Singapura pada malam tue, secara tidak langsung turut menamatkan penantian Singapura selama 12 tahun untuk menjulang Piala Malaysia.

Filem ini memang best lah jugak. Bila ada filem audio-visual, mudahlah sikit nak faham tentang sesuatu peristiwa sejarah lampau.  Jadi moga-mogalah ada filem bola sepak yang diadaptasi dari peristiwa sebenar untuk difilemkan. Sebenarnya bukan cerita pasal bola je lah. Tapi pasal apa2 cerita sejarah pun memang patut difilemkan dengan garapan yang baik dan menyeronokkan...

Di hujung filem ini, dipaparkan suatu watak anak muda yang bermain bola sewaktu Uncle Choo sedang berszembang dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu Tunku datang melawat Uncle Choo di Singapura. Kemudian Tunku Abdul Rahman bertanya tentang siapakah budak tue...Uncle Choo menjawab : "Fandi Ahmad"....


Detik2 awal Fandi Ahmad dalam kancah bola sepak



p/s: artikel ini pun aku dah lama tulis tapi lambat aku post.  Malas sebab dominannya.








Piala Malaysia Perlawanan Kedua




Piala Malaysia dah memasuki perlawanan kedua.  Perlawanan kedua ini, aku tengok game Kelantan Vs Terengganu.  Tengok kat RTM 1.  Awalnya aku nak tengok game Selangor vs ATM, tapi mengenangkan waktu yang sama juga tersebut ada game EPL, aku lupakan sahaja niat ke kedai mamak. Sebabnya aku dah agak awal2, yang tayangan game EPL jauh lebih mendaopat sambutan daripada game kejohanan Piala Malaysia.  Lebih-lebih lagi buat masa nie Penang tak terlibat langsung pun dengan kancah Piala Malaysia.


Game antara Kelantan vs Terengganu malam tue tak macam waktu game semi final kedua piala FA hari tue. Aku mengharapkan game yang macam tue.  Lebih-lebih lagi Terengganu. Aku mengharap yang Terengganu dapat tunjukkan sesuatu pada Kelantan lebih-lebih lagi bermain di tempat lawan.  Walaupun Terengganu tewas, tapi Terengganu main dengan baik.  Tengah Terengganu ada juga buat banyak gerakan.  Cumanya penyudah sahaja yang tak ada.  Effa Owana agak sukar menembusi benteng pertahanan Kelantan yang dikawal ketat oleh Obinna.  Malam tue, Ashaari Shamsudin main dengan baik.  Cuma kawan2 yang lain jer tak ada kesungguhan macam Ashari Shamsudin.

Kelantan sepertimana biasa, meletakkan Piya sebagai game maker.  Dan sepertimana yang diharapkan, Piya telah menjadi pencetus kepada gol pertama Kelantan yang dijaringkan oleh Dickson.  Hantaran Piya memang cantik dan mudah disambut tanduk oleh Si Dickson yang hitam tue.  Gol kedua kelantan pula diperoleh menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Zairo.

Sepanjang perlawanan tue, aku ternanti-nanti gak keputusan game yang melibatkan team lain terutamanya team Johor DT FC ngn Johor FA.  Tapi game malam tue yang best mungkin game antara Pahang vs Negeri Sembilan dan Selangor vs ATM.  Sebab mudahnya, jumlah jaringan yang agak banyak dalam perlawanan malam itu.


Dengar ceritanya, TMJ mengamuk di Larkin.  Separuh masa samapai turun ke padang sebab tak puas hati dengan pengadil..Kah..Kah..Kah...

Itu kisah pasal Johor DT FC...pasal Johor FA plk, dengar cerita ada fans Johor yang masuk padang serang pengadil masa habis game. Kah..Kah...Kah...Lepas tue banyak yang hentam mamat nie kat alam maya sebab dok serang pengadil...Tapi aku rasa dalam 15-20 tahun akan datang, mamat nie akan dipanggil "legend" sebab buat aksi macam tue...Orang Malaysia nie, kalau orang putih buat macam tue, disanjung2, dikatanya org putih itu hebat...tapi di Malaysia, bila ada mamat Melayu yang dok buat mcm tue, dikatanya poyolah, sakailah...kah..kah..kah....


p/s: entri nie lewat aku post (sangat2 lewat) meski draftnya telah lama aku tulis.



Rabu, 21 Ogos 2013

.....


















TERIMA KASIH FANDI AHMAD






Dalam pada masa yang sama, persiapan kem Johor DT mungkin sedikit terganggu dengan isu perletakkan jawatan Fandi Ahmad sebagai pengurus pasukan yang mana sebelum itu telah dilucutkan jawatan sebagai jurulatih. Disebabkan kekalahan pertama Johor DT dalam kejohanan Piala Malaysia ini, ada suara yang tetiba jer berkata "merindui Fandi Ahmad'..What The Fuck...Sebelum nie, bukan punya hentam Fandi Ahmad sebab tak menang Liga Super dan Piala FA. 

Masa Fandi Ahmad pegang, aku tengok Fandi Ahmad cuba terapkan sesuatu yang baru dalam corak permainan. Salah satunya, cuba nak main gaya ala short pass...tapi mungkin player tempatan jer yang tak dapat nak tangkap (atau mungkin tak mampu nak tangkap) falsafah Fandi Ahmad nie. Kesilapan Fandi Ahmad mungkin beliau tak mahu guna pendekatan yang sama dengan para jurulatih yang lain iaitu "tak perlu sangat bermain dengan taktikal, yang penting menang sudah cukup"...Falsafah pemikiran bola Fandi Ahmad mungkin tak ada tempat dalam landskap bola sepak negara ini.

Fandi Ahmad telah letak jawatan sebagai pengurus dengan alasan yang cukup agong, cukup cool, cukup legend dan cukup berpendirian. Aku rasa kalau haiwan sosial yang lain takkan lepaskan jawatan itu sebab jawatan tue kan berduit, berpangkat, berdarjat, berprestij, boleh buat point untuk jadi sombong dan angkuh (Pengurus Pasaukan @ Manager). Tapi Fandi Ahmad sebaliknya menyatakan menerusi kenyataan akhbar :




After careful consideration and much thoughts about my future as a football coach, I have decided to resign from the position as manager of Johor Darul Takzim Football Club. It is a painful but an important decision for my future as a football coach. My family has played a very important role, in arriving at this decision. Football is my life and I can't live without it.

The game has given me a life to live for, and I plan to give back something to football by following my heart, which is coaching. Life is all about being happy and coaching keeps me happy and I intend to pursue my happiness. As a player, I have always given my best and as coach, I'll continue to give my best, when the opportunity arrives.

I seek your understanding and support not to speculate or assume anything that will be unfair to JDT or myself. It is a decision that has been agreed amicably.

I wish to thank TMJ who is the heart and soul of Johor football, for his unstinting support for me and the team. He has taken good care of me and supported me during my trying moments. I will always be thankful for this.

I am surely going to miss the opportunity of being part of this wonderful football initiative that has captured the interest and imagination of thousands of Johor fans. Most importantly, I must acknowledge the Johor fans who have been very supportive and united throughout the season . It is my regret that we could not win a trophy to match their support. At this point let me share with all of you that we tried hard and I'm sure with the guidance and excellent support of TMJ, trophies will decorate JDT in no time. TMJ's passion and commitment towards football is second to none.

Johor is a wonderful state and I've met so many good friends, supporters , players and fellow coaches. I wish to thank TMJ for giving me a chance to work with some of the finest players in Malaysia. I wish all of the players and fans in Johor the very best and future success .

Thank you,

Fandi Ahmad


Ini baru ashraful mahklukat...Ashraful mahklukat tak sama dengan haiwan sosial. Antara keduanya ada beza. Bezanya jauh berbeza. Lebih berbeza antara beza langit dan bumi, kaca dan permata.


kredit pic kpd Fandi Ahmad's Pages



Apapun :



TERIMA KASIH FANDI AHMAD





p/s lepas nie dah tak boleh nak dengar suara ulasan komen perlawanan dari Fandi Ahmad. Aku suka dengar bila Fandi Ahmad komen.  Beliau komen dengan hujah taktikal selain penggunaan bahasa beliau yang agak menawan dan indah ditambah pula dengan mata beliau yang redup tue.  






Kejohanan Piala Malaysia 2013 : Johor DT FC vs PKNS FC & Johor FA vs Selangor


Minggu nie bukan sahaja padan muka untuk Arsenal dan fansnya tetapi juga padan muka untuk Johor DT, pasukan palsu itu.  Fans Johor DT kena terus bertahan menghadapi cacian dan makian daripada fans2 di luar sana. Bila Pablo Aimar dan Braulio Nobrego Rodriguez diwar-war dan disahkan sebagai import baru Johor DT musim depan, hal ini secara tidak langsung mungkin menganggu emosi player import sedia ada yang sedang mula mengharungi kejohanan Piala Malaysia.  Nunez terutamanya.  Sebab itu, mungkin ada kebenarannya juga komen pengendali Johor DT Azmi Mohamed yang mengatakan "pemain tidak jujur" ekoran keputusan kekalahan 2-0 di tangan PKNS.

Berbeza pula dengan pasukan Johor FA yang pada malam itu berjaya mengikat Selangor FA dengan keputusan seri 0-0 di Pasir Gudang.  Mungkin itu suatu keputusan yang membanggakan kerana rata-rata melihat pasukan Johor bukanlah pasukan pilihan lebih-lebih lagi bertemu dengan pasukan yang kini sedang memburu gelaran ke 33 kejuaraan.  Apa pun tahniah untuk pasukan Johor FA. Disamping itu, ucapan terima kasih dan tahniah juga untuk warga Johor yang datang ke Pasir Gudang bagi memberi sokongan kepada Johor FA. Tahniah atas sokongan tanpa prejudis mereka.



Sokongan tanpa prejudis dari warga Johor untuk Johor FA 

* kredit video pada fan pages Johor DT FC





Arsenal Vs Aston Villa Ogos 2013









Sabtu malam, Liga Perdana Inggeris membuka tirainya untuk musim baru.  Musim 2013/2014.  Nasib tak baik buat Arsenal, kalah malam itu.  Kalah dengan Aston Villa.  3-1.  Meski Arsenal yang sering ditanggap sebagai team bebudak tadika nie dah mendahului menerusi jaringan Giroud.  Tapi hal itu tak bertahan lama.  Jadi mungkin lepas nie ada sebab kukuh untuk Wenger cari pemain star untuk menjaga hati para fans Arsenal sebelum jendela perpindahan pemain tutup.  Pada aku, kalau Arsenal boleh bangkit dan seterusnya memenangi sebarang piala musim nie dengan skaud tadika yang sedia ada ini, itu lagi agung.  Tapi dalam dunia yang penuh glamour dan materilistik, seni bermain bola dan kepuasan menjunjung falsafah itu sudah tidak laku lagi.  Kini, mentaliti umat akhir zaman berpegang dengan falsafah ahli neraka iaitu biar main macam sampah, biar main macam haram, asalkan menang, asalkan menang cup.  Padam sejarah dan amal rasuah sekalipun tak kisah, yang penting menang cup.  Jadi, kesimpulannya, padan muka Arsenal yang kononnya nak papar jiwa ahli syurga. 




Isnin, 12 Ogos 2013

Malaysia vs Barcelona 2013


Seingat gua, kalau dulu time raya kedua atau ketiga, mesti ada rancangan sarkas dan silap mata kat tv...tapi skang Malaysia dah lain skit...dia bagi hiburan bola...walaupun pasukan kebangsaan Malaysia nie tak lah power sangat tapi dari segi sambutan tetap meriah...nampak tak, betapa Orang Malaysia sayangkan bola sepak Malaysia...buktinya sepupu2 kecil gua sibuk mandi lekas2 dan solat lekas2 dan main mercun lekas2 semata-mata nak tengok game Malaysia lawan Barcelona...

bebudak nie termasuk yang pompuan semua dok tunggu depan tv...cik fahd ngn cik na pun sekali...dengan harapan jugak tak de orang datang beraya...sampai lampu umah pun ditutupnya oleh sepupu kecik gua yang bernama Farish...baru syok katanya...tengok bola kat tv kena tutup lampu katanya...

Si Farish nie dok kat Setia Alam...jadinya orang Selangor lah...dan penyokong Selangor...nanti aku buktikan yang dia nie penyokong Selangor...

Malam tue Syafik Rahim Si Copot tue main lah......kah kah kah...

Gua rasa gol Fabregas ngn Neymar tue agak tak patut...kesilapan pertahanan ditambah lagi pula dengan kepala bana anak Che Mat...nie mungkin bahana kahwin kot...

Ada beberapa gerakan pemain Malaysia yang aku kagumi...Mahali Jasuli ada buat skill...Wan Zack
ada buat skill...Mat Yo hampir2 menjaring gol cantik lepas dapat melepaskan diri dari 2 orang pertahanan...Nazmi Faiz ok lagi sentuhan dia...Kunalan rajin betul turun naik...gerakan larian dia lah yang membawa kepada gol...apapun

malam tue malam indah buat Amri Yahyah sebab dapat menjaringkan gol...nak cakap apa pun tak guna...kalau dah legend memang legendlah...sejurus jer Amri Yahyah menjaringkan gol,

Si Farish pun berkata : "tengok tue abg amir,amri yahyah legend selangor tue"...

fuck...budaknie pun tahu cakap istilah perkataan"legend"...kah..kah..kah...


Apapun tahniah lah  untuk pasukan Malaysia kita...ada yang kata Malaysia menang dalam kalah...ok terpulang...adakah nie bunga2 yang membolehkan Rajagopal terus membimbing pasukan Malaysia??...sebabnya kalah tipis dengan Barcelona...kita tunggu dan tengok je lah...kah kah kah...




Raya Pertama





Raya Pertama...

Pagi2 raya hujan...pergi solat raya ngn Cik Fad, Cik Joe adik2gua dan sepupu2 kecil gua...tak pergi kubur disebabkan hujan...

Keluarga Pak Ngah sampai...jadi bertambah ramai lah umah gua...

Gua panggil sepupu2 kecil gua dan bagi diorg jersi JDT sehelai sorang yang gua beli kat ekspo parit raja...sepupu gua termasuk adik gua semuanya ada 13 orang...peh...kopak gua...raya nie gua tak bagi duit raya...tapi gua bagi jersi JDT...kah..kah...kah...

Bebudak nie mintak bola...jadinya petang gua pergi beli bola sebijik kat Senggarang...lepas tue nak bawa diorg main bola kat pantai Punggor...

Tapi sayangnya, keluarga Pak Ngah nak gi beraya...jadinya tak dapat lah nak amik gambar semua sepupu2 gua yang pakai jersi JDT tue...sayangnya...

lepas main bola kat Pantai Punggor (apa kejadahnya petang2 raya pertama main bola kat pantai sambil memakai jersi JDT)...gua isi minyak pelita...supaya malam kang bebudak nie boleh main bunga api dan mercun...

lepas main bunga api dan mercun,gua lepak dan melangok kat bilik ngn sepupu2 gua...gua tengok sepupu2 gua semuanya dok khusyuk dengan hanfon skrin sentuh diorg...sampai yang kecik2 pun tahu guna...cuma gua jer yg setia dengan hanfon nokia picit2 tue...fuck...semua dah pakai hanfon skrin sentuh...ada yang iPhone, ada yang samsung, ada yang tab...apa kejadahnya...fuck..sepupu gua yang masih sekolah tue pun tahu apa tue WeChat, Wassup, Line, Kakoa Talk...apa semua nie!...apa kejadah nie!...Fuck!...





Malam Raya


Malam Raya...

Keluarga Cik Joe, Keluarga Cik Joe dan Hadi dah sampai...

Call Addin ajak lepak...Addin kata "on"...

Call Kenshi ajak lepak...Kenshi kata dia masih di

Sabah...Ahad baru sampai Semenanjung...

Call Ikan ajak lepak...Dalam hati aku berbicara kecil; "ko Ikan jangan "tak on" plk...ko bukan ada komitmen apa pun"...Alhamdullilah...Ikan kata "on"...tapi masa awal angkat call tanpa jawab salam aku dia terus cakap: "Kel, aku dah kat batu pahat...jangan cakap nak tumpang balik kampung"...kah kah kah..wey, aku dah dari hari
sabtu lah wey dah kat kampung...

Addin dah dok Shah Alam...Aku dah tak leh beza antara abg ikan dgn ikan si kembar iras
tue...sebabnya ikan skang dah pakai baju ala Ramli Sarip ngn M.Nasir..."Ikan, baju tue terlalu matang lah untuk ko"...

Topik utama yang dibincangkan adalah pasal Johor Darul Takzim Fc, TMJ, Negeri Johor, Johor FA, Piala Malaysia, NuNEZ, Guiza, Pablo Aimar, Jazzarin (budak kampung Addin), Fandi Ahmad, jurulatih baru JDT, BOS, chant ngn Flare Johor, Piala Malaysia, Mat Yo, Syafik Rahim si Copot tue, Saffe Sali, Johor Palsu dan macam2 lah pasal Johor...

Tapi bebudak nie cakap : "Kel, tak de benda lain ke ko nak sembang...asyik bola Johor jer"...

Bebudak nie dah panas bontot...Addin gua faham sebab ada orang rumah dah...yang ko Ikan apa hal nak balik awal...makanya gua akur...bersurai...dan aku perlu sedia untuk
menghadapi situasi yang sama pada tahun2 berikutnya...lebih2 lagi kalau Ikan(serir) dah ada komitmen nak berumah tangga lepas nie...abang ikan (serar) dengar kata dah tak lama lagi nak buat masjid dia..fuck...

sebelum balik rumah..aku jalan ke ekspo ramadan Parit Raja sorang2...dan beli something...fuck...aku jalan2 ekspo Ramadhan sorang2...apa semua nie...


Selasa, 6 Ogos 2013

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2013 Johor Darul Takzim FC dan Johor FA






Jadual dah keluar...Bahang dah terasa...Tapi apapun kita tengok dulu game Rajagopal lawan Barcelona Raya Ketiga nie...



Jangan lupa tengok mamat star nie lawan Barca nanti...

*kredit pic kepada fan page Johor DT FC...


p/s: aduh 14 ogos nie Johor lwn Perth Glory kat Larkin...gua dah balik Penang plk...baru nak tengok Alistair Edward yang juga merupakan bekas pemain Johor dulu tue...Pablo Aimar main tue..agak2 ada live tak...Johor dah kena ada stesen tv sendiri nie gua fikir....serius, tak sabar nak tengok PIala Malaysia nie...kita tunggu dan tengok je lah tanpa rasa prejudis...jangan tengok dan fokus Johor DT jer...Johor FA pun kena amik port gakkk....




Jumaat, 2 Ogos 2013

IBU DAN KASUT BOLA







Seorang ibu akan cuba berusaha memenuhi permintaan anak...Tapi seorang anak belum pasti lagi dapat menunaikan permintaan ibunya...


Tak ada seorang ibu yang tak sayang anak. Mungkin sepanjang hidup kita, ada keinginan yang tak dapat dipenuhi...Itu semua bersebab!!!...

Dulu masa kecil aku, banyak keinginan aku yang tak tertunai...Misalnya kasut bola (boot bola)...Bapak aku dulu hanya belikan aku kasut bola kain (boot kain) jer...Kawan-kawan yang lain banyak yang pakai kasut bola yang nampak canggih...Padahal bila aku tanya pada kawan-kawan aku tentang harganya, cuma perlu tambah sekitar RM15-RM 20 jer daripada harga kasut bola kain tue untuk dapat kasut bola yang sedikit canggih daripada kasut bola kain...Kawan-kawan aku yang lain masa tue siap ada yang pakai kasut bola yang ada 6 stud tue wey...jenama PUMA plk tue...yang uniknya boot nie, ia siap ada spanar lagi utk tanggalkan stud tue...yang nie kawan aku Fahd yang pakai masa duk kat Taman Sri Penggaram dulu..dia memang minat betul ngn kasut bola PUMA...

Tapi bila aku dah meningkat dewasa, baru akan faham kenapa bapak aku macam tue...SEMUANYA BERSEBAB!!....



Macam nielah kasut bola kain (boot kain) aku masa zaman sekolah rendah dulu




Sapa yang pernah pakai kasut nie main bola sepak, serius gua cakap dia memang betul2 legend wey...Kami panggil nie boot adidas kampung sebabnya ada stripes macam adidas...kaler kuning lagi tue wey...tapi stripes dia ada 4 jalur lah...hahahahah...

Sepanjang hayat aku setakat ini, aku pertama kali dapat rasa memiliki pakai kasut bola canggih skit masa aku mengaji kat USM sekitar tahun 2 dulu...Masa zaman sekolah menengah, syukurlah sebab ada kawan aku yang bermurah hati bagi kasut bola yang agak canggih daripada kasut bola kain tue...tak silap aku jenama admiral...masa wakil asrama dalam karnival antara asrama Johor iaitu masa aku form 2, aku pinjam kasut bola kawan aku jer main...


Nielah boot bola canggih yang pertama kali aku beli dalam hayat hidup aku...
Lepas tue masa tahun 3,
boot bola nie kena rembat dengan malaon mana ntah kat Desasiswa Bakti Permai
Cis! 


Meski pun begitu, bila aku kenang2 kan balik, aku rasa bangga sebab aku pakai benda rare masa usia kecik aku...tak semua yang "berani" ("malu" bahasa yang sebenarnya) nak pakai boot kain tue...maklum lah kasut jenis tue orang guna pergi kebun untuk menoreh getah terutamanya di kawasan yang berbukit bagi cengkam skit kaki tue...


Apapun, sayangilah, kasihanilah,cintailah keluarga kalian terutamanya ibu kalian yang telah bersusah payah mengandungkan kalian selama 9 bulan tue...I LOVE U MUM...


p/s: serius!, gua rasa macam nak nangis tengok video nie..tengok senapang kayu peluru terung belanda tue, tengok senapang hitam yang bila ditarik picunya akan keluar lampu kaler merah tue dengan bunyi trutt..trutt..trutt...peh...dalam nak tayangkan betapa tingginya nilai kasih sayang ibu...pembikin filem pendek nie boleh plak mengingatkan kembali memori silam gua masa kecik2 dulu...serius...nostalgikal...klasikal...terima kasih kepada pembikin filem pendek nie!!!...lu memang legend...







.....

Ahad, 28 Julai 2013

Keputusan Undian Kedudukan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2013








Ada 4 kumpulan yang melibatkan 16 pasukan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 4 pasukan.. Menurut aku, semua pasukan kuat2 belaka (bila dinilai dan diukur dalam konteks dalaman sahaja tanpa melibatkan perbandingan dengan pasukan di luar sempadan geografi Malaysia)....Agak menarik adalah kumpulan C yang melibatkan pertembungan negeri Pantai Timur iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang ...This is Pantai Timur...Cuma Negeri Sembilan jelah yang terpaksa berjalan jauh sikit nak ke negeri2 pantai timur...Kumpulan B pula melibatkan persaingan antara pasukan yang berstatus kelab semuanya iaitu yang melibatkan Johor DT FC, Selangor PKNS, T-TEAM dan Felda United...Kumpulan A pula terdiri daripada ATM, Selangor, Johor dan Sime Darby...Dari segi jarak perjalanan, keempat-empat pasukan ini tidaklah memenatkan sangat sebab kedudukan geografi antara keempat2 pasukan agak dekat dari segi jarak jika dibandingkan dengan pasukan di Kumpulan D....Manakala kumpulan D pula yang terdiri daripada Lions XII yang terletak di selatan Semenanjung, Perak di bahagian tengah, Kedah di utara semenanjung dan Sarawak pula di bahagian Timur Malaysia dengan dimana pasukan lain terpaksa merentaas Laut China Selatan untuk ke sana...Dalam pada masa yang sama, kumpulan D ada Sarawak yang bakal memeriahkan kancah liga super musim depan selaku juara Liga Perdana...Paling tidak Sarawak dan Sime Darby boleh terlebih dahulu menguji keupayaan mereka dengan pasukan-pasukan yang rata-rata kebanyakannya adalah dari Liga Super dalam kejohanan Piala Malaysia ini sebelum mereka bersaing di Liga Super musim depan...Apapun nantikan debaran sepak mulanya pada Ogos 20 ini...


p/s pic kredit kepada fan page johor


.........................................................................................................

Rabu, 24 Julai 2013

Kejohanan Piala Malaysia 2013






Gua tak sabar nak tengok kejohanan ini...Gua tak ada bernafsu pun nak sambut raya tahun nie...malah gua rasa raya nie makin menyesakkan kepala...Pak cik, mak cik dan satu kampung akan tanya soalan yang sama...tentang masjid gua...gua tak nak layan...gua nak nyorok dan tak nak pergi baraan (marhaban)...kadar nafsu amarah aku nak tengok menatang nie memang melebih-lebih..bahkan EPL pun aku taklah bernafsu sangat nak tengok...gua tak kisahlah Johor DT pasukan palsu tue kalah ker...Kelantan yang menang ker...atau Sime Darby tetiba jer bleh sekeh dan bengkes Johor DT ngn Kelantan...gua memang tak sabar menantikan menatang kejohanan nie yang dengar-dengar khabarnya bakal disepak pada 20 Ogos 2013 nie...

p/s: nanti boleh lah dengar pasal cerita imam kampung malas nak baca doa tahlil, doa selamat dan bermacam jenis kenduri berdoa sebab nak tengok live kat stadium bagi yang super ekstrim atau tengok kat tv bagi yang nak ke stadium tapi keadaan tak mengizinkan sebab hari esoknya ada pejabat jabatan kerajaan yang minta pak imam nie tolong bacakan doa pembukaan majlis untuk majlis diorg...