Jumaat, 30 Julai 2010
GERAK SEMPURNA : “ITU BARU NAMANYA SENI TEATER”….
Ada satu pertandingan teater. Aku hadirkan diri aku ke sana. Di Dewan Budaya berlangsungnya. Malam tanggal 29 Julai tarikhnya. Temanya tentang soal kemiskinan, pembuangan bayi dan perangi HIV/AIDS. Janganlah mengharap suatu pementasan teater yang menggagumkan kerna tujuan asalnya adalah untuk mengasah bakat pelajar sahaja. Makanya, para pesertanya cumalah terdiri daripada jenis seniman kelas amatur. Meski amatur, tapi pujian wajar diberikan kerna niat murninya itu lantaran mutakhir ini lapangan seni semacam mahu terhakis dalam budaya generasi muda. Punya enam kumpulan bertanding. Dimulai dengan kumpulan dibawah tenaga produksi Meow-Meow. Jujur dikatakan bahawa persembahannya agak hambar. Sama seperti kumpulan 2,3 dan 6. Kenapa hambar?..Jalan penceritaan terlalu biasa sahaja ditambah pula dengan pelbagai tarian dan nyanyian yang agak serabut kerna kadang-kala elemen-elemen ini mencetuskan rasa bosan menunggu dalam pandangan mata penonton seperti aku. Meski penggunaan kesan cahaya dan bunyi yang menggagumkan tapi kekurangannya adalah dari sudut persembahan dan gaya lakonan para pelakonnya. Penggunaan suara latar terus meranapkan persembahan kumpulan-kumpulan ini. Lebih wajar agaknya mereka ini berlakon dengan suara mereka sendiri agar penyataan emosi dapat digambarkan dengan jelas dan dapat memberi kesan langsung kepada para penonton. Saat menonton persembahan ini, aku mahu sahaja mengangkat bontot aku berlalu pergi. Niat itu terhenti kemudiannya. Gerak Sempurna punya angkara. Aku jadi terdiam sambil melompong seketika. Permulaan yang bagus dari kumpulan ini. Para pelaku teaternya punya nilai tersendiri dalam menyampaikan mesejnya melalui seninya. Tanpa prop yang hebat. Hanya beberapa kotak2 kayu dipersembahkan. Tapi asbab para pelakonnya punya gerak-laku dan bahasa seninya tersendiri, maka teater mereka ini saya katakan hebat. Penyampaian mesej disampaikan dalam bentuk yang tidak literal. Membuatkan penonton perlu berfikir sejenak. Dengan penggunaan bait-bait kata yang disusun rapi dan punyai nilai artistik dan sarkastiknya tersendiri, lantas teater milik Gerak Sempurna berjaya mencetuskan jurang yang jauh juga bezanya dengan persembahan milik kumpulan lainnya. Pujian memang aku sandarkan pada para pelakonnya. Lakon para senimannya bisa buat bulu aku meremang. Tema kemanusiaan dan kemasyarakatan terangkum dalam teaternya dengan nilai kematangannya yang tersendiri yang jauh meninggalkan tahap kematangan kumpulan lain. Watak Si Miskin begitu “hidup” sekali. Menyentuh hati dan membangkit amarah bagi para penonton yang memahami maksud tersiratnya. Justeru adalah agak mustahil andai Gerak Sempurna ini tidak memenangi pertandingan. Dugaan aku tepat sekali. Gerak Sempurna ini menerima hambuan yang setimpal dengan modal seni yang dipamerkan. Makanya, Gerak Sempurna itu jaguh dan juara seni pada malam itu.
Khamis, 29 Julai 2010
KE MANA PERGI SUBSIDI KAMI????
Kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari...
Kalian beritahu wang mesti dicatu, kita menuju maju....
Kalian kata: jika tidak semua menderita, habis harta negara....
Kalian berbahasa : bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja....
Kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta....
Kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
Jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu....
Tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?...
Apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?....
Papa semakin parah? Wang semakin lelah?....
Jika semalam berlauk, hari ini cuma berkuah...
Kerana kerajaan kita sedang susah?....
Maka subsidi kita terpaksa diserah....
Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh....
Kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh....
Apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?....
Makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang....
Jika mereka bertanya siapa yang bawa lari...
Kepada siapa patut kami tuding jari???...
Janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
Akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini...
Atau kami jadi insan curang....
Kami beritahu: cuma subsidi sahaja yang kurang?...
Tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang....
Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!!!...
Pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami....
Pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati....
Kami yang semput bagai melukut di kota kedekut....
Kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa...
Bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja....
Pernahkah kau merasa?
Rumah bocor yang lanjut usia...
Baju dan kasut anak yang koyak...
Tinggal dalam rumah yang berasak-asak...
Siang kami sebak, malam kami sesak....
Sedangkan kalian manusia angkasa...
Istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
Elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
Hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...
Tapi kami masih disini, di teratak ini...
Dengan lauk semalam...
Dengan hidangan yang tidak bertalam...
Dengan rumah yang suram...
Dengan wang yang hampir padam...
Tiada istana lawa...
Tiada kereta berharga...
Tiada layanan diraja...
Tiada baju bergaya...
Tiada kediaman menteri...
Tiada hidangan VIP...
Tiada persen disana-sini...
Tiada bahagian anak dan bini...
Tiba-tiba kalian kata : kamilah beban negara...
Aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
Kalian yang belasah, kami yang bersalah...
Kalian buat untung, hutang kami tanggung....
Kalian mewah melimpah, kami susah parah...
Kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang....
Kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
Kalian makan isi, kami dijadikan abdi....
Lantas, kalian rampas lagi subsidi...
Ke mana wang itu pergi nanti?...
Jika kalian berhati suci..
Wajib mengganti buat kami...
Jika tidak pun buat gula konon merbahaya...
Mengapa tidak beras diturun harga?....
Jika tidak untuk minyak kereta...
Mengapa tambang tidak dipotong sahaja....
Tapi entah berapa kali janji...
Konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti....
Hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
Kami terus termanggu di sini...
Kalian juga yang nikmati....
Kami hanya menggigit jari...
Kembalikanlah kepada kami harta negara...
Jangan hanya kalian sahaja yang merasa....
(SAJAK OLEH DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN : 20 JULAI, 12.24 PM)
CERAMAH DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
~ Islam itu adalah agama yang mudah. Agama yang cukup pratikal. Agama yang sememangnya boleh diamalkan oleh para pendukungnya. Masalah kita hari ini adalah menganggap bahawa Islam suatu agama yang sukar. Pemahaman semacam ini secara tidak langsung akan memberikan suatu persepsi yang kurang baik kepada golongan bukan Islam. Beliau mengesyorkan dalam hal pemakanan misalnya, janganlah dilihat semua perkara itu sebagai haram. Jika, hal haram ini begitu ditekankan, maka secara tidak langsung, masyarakat akan melihat bahawa Islam itu adalah sebuah agama yang sukar dan susah untuk dipratikkan dalam kehidupan harian. Logo “HALAL” dalam setiap bungkusan makanan misalnya, menurut beliau adalah lebih wajar digantikan dengan logo “HARAM”. Dengan cara ini, penerangan tentang halal-haram sesuatu produk makanan itu akan jadi lebih jelas dan nyata. Sesuatu makanan yang memang dari segi nas syarak telah haram, maka secara pratiknya akan tetap haram. Maka dengan itu, secara tidak langsung masyarakat akan mudah untuk mengetahui status sesuatu produk makanan tersebut. Dalam kata lain pula, tidak timbul pula hal kekeliruan dalam pemilihan sesuatu produk makanan tersebut. Makanan yang tidak punya logo “HARAM”, maka makanan itu bolehlah dikonsumer.
~ Dalam soal hukum hudud. Pihak pembangkang, PAS terutamanya sangat beriya-iya untuk menjalankan hukum ini yang katanya merupakan hak Allah dan hukum Islam. Hal ini memang tiada dapat dinafikan. Tapi dalam satu sudut pandang yang lain, pelaksanaan perlu direalisasikan dalam suatu suasana masyarakat yang mana apabila hukum tersebut dilaksanakan, maka keadilan yang sejati dapat ditegakkan. Hudud dan Islam sememangnya menjamin keadilan. Dalam sejarah pula, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, dapat dilihat ada suatu ketika itu, khalifah tidak menjalankan hukum hudud iaitu ketika Madinah berada dalam keadaan gersang dan kering-kontang. Perkara ini berlaku bukanlah disebabkan mahu mengurangkan amalan agama dalam kehidupan masyarakatnya pada ketika itu. Tetapi keadaan ini berlaku dengan sebab dan munasabab yang kukuh. Hudud hanya bisa dilaksanakan apabila kita yakin bahawa yang keadilan sejati dapat ditegakkan dengan bergantung juga kepada suasana persekitaran dan masyarakatnya. Dalam hal Umar tadi, keadaan Negara yang kering-kontang dan gersang sememangnya merupakan sebab yang menyebabkan Umar menangguhkan hukuman Hudud dilaksanakan.
~ Dalam soal anak-anak yang mengandung di luar nikah. Dalam hal ini, beliau mengsyorkan akan kewujudan sebuah “sekolah mengandung” tetapi dengan syarat tertentu. Syaratnya ialah, dalam sekolah tersebut pula diserapkan dengan elemen tarbiyyah yang betul dan jujur iaitu yang lebih kepada pembinaan minda dan bukannya hanya berteraskan kepada soal pembangunan semangat semata-mata seperti mana yang kerap berlaku dalam banyak-banyak kem motivasi hari ini dimana pengisiannya hanya lebih berteraskan kepada pembangunan emosi semata-mata tetapi dalam pada masa yang sama, pembinaan minda kurang ditekankan sehingga menyebabkan generasi muda kurang memahami Islam dan hanya bersemangat dengan ‘SEMANGAT ISLAM” semata-mata tanpa mempunyai ilmu dan kefahaman tentang agama Islam itu sendiri. Penubuhan sekolah mengandung ini disyorkan berdasarkan hujah : Pada zaman Nabi SAW, ada seorang wanita yang mengandung anak luar nikah. Wanita ini bertemu dengan Nabi SAW. Maka Nabi SAW pun meminta wanita ini akan melahirkan terlebih dahulu kandungan tersebut. Setelah anak tersebut dilahirkan, maka wanita itu pun bertemu Nabi SAW lagi. Kemudian Nabi SAW meminta wanita tersebut agar menyusukan anak tersebut terlebih dahulu.
~DR MAZA juga turut menyentuh tentang wajah Islam yang dicerminkan oleh umat Islam pada masa kini terutamanya di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa, Islam yang dicerminkan oleh masyarakat Islam Negara ini dari satu segi telah mencemarkan wajar asal Islam itu sendiri. Kita selalu sahaja mengaitkan Islam dengan Melayu sehingga tercetus dogma yang mengatakan bahawa “Islam itu milik Melayu”. Hal ini barangkali boleh dilihat melalui definisi Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia dimana Melayu itu dimengertikan sebagai manusia yang beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Sedangkan Islam itu agama untuk semua…Untuk semua bangsa…Islam tidak terbatas kepada satu-satu bangsa sahaja. Hal ini dari satu segi pastinya akan mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat non-muslim di Negara ini. Meraka akan melihat bahawa sesuatu yang sukar akan berlaku bilamana mereka memeluk Islam iaitu dimana mereka akan terpaksa masuk “Melayu” dan mengorbankan identiti bangsa mereka. Kita sebagai Melayu-Islam sepatutnya memaparkan wajah Islam sepertimana yang dizahirkan oleh Nabi SAW. Dan bukan menyempitkannya. Kita perlu terangkan bahawa Islam itu agama yang syumulliyyah, universal dan fleksibal malah juga pratikal. Orang non-muslim yang punya keinginan pada Islam perlu didekati malah jika bantuan kewangan perlu dipergunakan, maka gunakanlah wang zakat. Dengan cara ini, maka orang non-muslim akan tertarik dengan Islam kesan pendekatan dakwah yang menggangumkan ini.
*Hanya setakat ini sahaja yang dapat dikongsikan…..
“Hal Ibadat perlu disempitkan tanpa sebarang tokok tambah tapi hal muamalat perlu dibincangkan secara lebih terbuka dan pelbagai”
Rabu, 28 Julai 2010
Kehidupan Usai Belajar
Usai belajar, kebanyakan manusia yang sebaya aku (dalam lingkungan 24-26) semuanya sudah mengalami tahap perubahan mereka yang tersendiri. Rata-ratanya mahu menempuh alam pekerjaan dengan gaji yang agak lumayan beserta dengan suasana persekitaran yang dianggap tinggi oleh masyarakat sekeliling. Memang itulah ragamnya manusia sebaya aku masa kini. Kerja penting…Sangat penting. Tanpa kerja, duit tak ada… Tanpa duit segalanya seolah-olah macam tak bererti…Ada yang mahu melangsaikan hutang pinjaman…Ada yang mahu membalas budi keluarga dengan imbalan duit sebagai lambangnya…Tak terlepas juga, ada yang memerlukan duit untuk melangkah ke alam gerbang perkahwinan…Duit semacam tuhan….atau dalam nada lembut semacam dewa….Dipuja dan disembah…Dengan harapan segala keinginan menjadi tertunai…Sepertinya dewa Vishnu, Siva dan Brahman….Dipuja dan disembah sehari-hari…Moga tuah datang menjenguk dan bala menjauh….Ya…itulah warnanya kehidupan manusia sebaya aku masa kini….Pokok takkan bergoyang kalau tiada punya anginnya….Mereka punya sebab itu bertindak sedemikian rupa….Itu mereka…Mereka dengan gaya dan ragam mereka….Dari satu sudut tingkap di hatiku, adakalanya aku cemburu dengan mereka…Aku berasa mereka manusia yang hebat…Punya kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnya jasa keluarga dalam kehidupan mereka. Sehingga takat ini, jujur aku tak punya langsung kesedaran untuk membalas segala macam pengorbanan yang telah dilimpahkan keluarga dalam kehidupan aku….Jasa, pengorbanan, bakti, mereka memang banyak…Meruah-ruah banyak gamaknya….Aku tak terfikir langsung untuk memikirkan akan hal mereka….Cukuplah untuk aku fikirkan tentang perut aku yang luasnya tak sampai sejengkal manapun…Itu lah aku…Entahlah….Apa yang ada didepan mata ini sahaja yang akan ku pergunakan sebaik mungkin…Dibalik mata…Siapapun tak tahu….Hanya tuhan sahaja yang tahu….Yang pasti…Aku langsung tiada perancangan hidup….Pada aku…Hidup…Hidup….Mati….Mati….Hanya itu sahaja aku mengerti buat masa ini….
Isnin, 26 Julai 2010
SAMPAH-SAMPAH –SAMPAH!!!!!
SAMPAH-SAMPAH-SAMPAH
Jiwa kosong….
Kosong sekosong kosongnya…..
Tiada siapa langsung yang mengerti….
Akan peritnya rasa hati….
Sakit semakin perit….
Perut kian menjerit….
Meronta-ronta akan simpati….
Semoga isi hati ini didengari…..
Melaung-laung…..
Menjerit-jerit……
Meronta-ronta….
Meneriak……..
Menangis…….
Sehingga kering sudah air mata…..
Kenapa….
Mengapa….
Mana nilai manusia…
Mana erti kemanusiaan….
Jahanam sudah segalanya….
Apa yang kini ada???….
Cuma apa yang tinggal???…
Pada siapa bisa diharap???…..
Sampah tetap sampah…
Sampah hanya sampah…
Sampah Cuma sampah….
Sampah hanya untuk sampah….
Langau…
Lalat….
Ulat….
Itulah kawan sampah…
Dunia sampah….
Sampai penghujungnya….
Sampah tetap sampah…
Sampah untuk sampah…
Sampah…Sampah…Sampah….
Isnin, 15 Februari 2010
BILIK 038

Bilik ni tempat gua merempat...Bilik ni gak gua kenal kawan baru...Dari yang pangkat adik2 gua sampailah ke pangkat pak cik2 gua...Gua tahu bilik ni pun pertengahan tahun lepas...Kalo gua x sangkut belajar, pastinya gua x kenal bilik ni dan segala isi bilik ni...Macam2 ragam beb dalam bilik ni...Sbb ada macam2 jibraun dalam bilik ni...dari yg merempat kekal sampailah yang merempat sementara...gua pun x tahu kenapa aku menulis balik dalam blog ni...dah berbulan2 gua tinggal blog ni...tetiba jer pagi ni lps tgk barcelona kalah gua tergerak nak menulis...asalnya gua nak ssiapkan projek gua...tapi mcm tahun2 yg melampau...asyik tertangguh/menangguh...
ini jam..ini minit..ini saat...gua sorang...sunyi dan sepi sahaja yang menemani kekosongan hati...gua tgh tunggu usop bawa balik gulai batang pisang...tu pun kalau dia ingat...x ada usop, bilik ni abis suram...mcm rumah hantu...
brader cool amirulzaman bin kamarulzaman plk gua tengok sejak dua menjak ni tahap ke"cool"an sudah agak menurun...gua rasa sebab menjangkit virus gua...
mat anas plk, gua dengar dia dah nak setia pada yang satu...alhamdullilah...
cik bule plk masuk bilik ni asyik dok teriak gaya budak kecik yang masih menyusu badan...apa masalah pun gua tak tahu...masalah pantat agaknya...
pak cik hairi plk dia boleh plk dok angkut semua joran dia...apa salahnya, tinggalkan sebatang kat bilik ni...boleh gak gua memancing time2 tgh bosan ni...ceh...mcm lah gua dah lama memancing...gua baru kenal joran pun 2-3 minggu yang lepas jer...
anak harun ngn anak asre plk, gua tengok sejak sambung master ni dress up mcm dak2 grunge...pakai baju kotak2 lengan panjang n kasut yang sama gaya dgn dak2 "battleground" time gua sekolah dulu...
man plk gua x tahu nak crita apa pasal dia...gua x brapa kenai..cuma gua dok perati,
dia ni dok masuk bilik ni time hari jumaat...nak solat jumaat kot..ceh..komen yang berbaur positif lah plk...
sapa lagi ek...oooo...cik karim...mamat sekor ni kalo mai bilik ni asyik dok crita alam2 ghaib n benda2 pelik2....dajal lah...yakjuj makjuj lah...benedict orderlah...free manson lah....mekah lah..madinah lah...berjaga2lah..hari kiamat nak
datanglah...iskandar dzulkarnainlah...
azhar...ni lagi seekor jibraun...gua rasa dia ni baik amik kos sains komputer lah...semua benda2 komputer dia tahu...tapi thankz lah wei...sbb
tolong format laptop aku...
sapa lagi ek...apan..itu hari dia ada datang kejap...mcm biasa...datang dengan berjuta harapan...ya..ya..ya..harapan...gua rasa dia dalam proses nak matang barangkali...sampaikan misbun pun kalah dari segi pencapaian tahap kematangan jika dibandingkan dengan mamat ni...
oh ya...misbun...gua rasa dia jarang lepak bilik ni...tapi sekurang-kurangnya gua yakin yang misbun mengetahui tentang kewujudan bilik ini dan penghuninya...so gua senaraikan dia dalam entri ini...gua rindu sama dia...rindu dengan muka riang dia...rindu dengan lawak bahasa dia...miss u so much hishamuddin misron...
bekas jiran sebelah plk...munzir..mana tah mamat ni...itu ari ada jumpa...ajak gua berenang...gua cuma "ye" kan jelah...
lagi satu...dalam bilik ni ada bola merah..mahal harganya...beli berpuluh2...lps kalah 2-0, 3-0 dan 4-1, terus bola ni jadi tukun...mcm mana lah bola sepak malaysia nak maju wei....hang pa semuanya hangat2 tahi ayam...wei ngn rajooo..come on lah...hang pi lah paksa dak2 ni main bola petang2..kasi kurus skit badan...ni semua perut abis buncit...lagi2 dak batu pahat....
aku nak buat projek aku lah wei...bkn tulis mende2 mengarut ni...dahlah...cukuplah...aku nak wat projek ngok..tolonglah...nak wat projek lah...jgn lah seksa aku mcm ni...tolonglah...aku merayu ni...ye..ye..ye..aku x buat dah benda2 jahat...zina pakai tangan aku dh kurang dah...wayang satu warna aku dah naik bosan dah....tolonglah...bagilah aku "jazbah" utk buat kebaikan ....ko dengar tak...buangkanlah zulmat wei...dah bernanah dah ni...jangan jadi barah sudahlah...kau x jawab pun...aku tetap yakin yang kau dengar....
Sabtu, 24 Oktober 2009
M.E.R.D.A.H.E.K.A. kanlah aku kembali –cetera tiga-
* - dua biji telur burung Tekukur yang sedang menunggu masa untuk menetas di laman rumah saya -...
M.E.R.D.A.H.E.K.A.
Kanlah aku kembali….
-Cetera Tiga-
Kemudian daripada telah diceterakan oleh Bakal Raja itu kepada ahli al-musyawarah wazir menteri pengasuhnya segala ehwal perbahasan yang berlaku di antara Burung Pipit dengan Kuda Putih itu sekonyong-konyong kedengaran suara yang dilafazkan oleh seekor Burung Layang-Layang daripada sarangnya yang di dalam balai penghadapan itu berdatang sembah dengan sayup-sayup bahasa seolah-olah dengan berpilu hati oleh mengenangkan nasib Burung Tekukur itu, demikian bunyinya:
"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, dibunuh patik mati, digantung patik tinggi, direndam patik basah, dibakar patik hangus, harap akan diampuni patik kiranya Tuanku. Terlebih dahulu daripada wazir menteri "pengasuh" Tuanku menimbangkan perbahasan yang berlaku di antara Sang Pipit dengan Kuda Putih itu biarlah patik hubungi sedikit lagi perkataan kak Sang Pipit itu serta diharap moga-moga perkataan patik yang akan terhurai ini kelak akan menjadi suluh pada menerangkan segala ehwal yang telah berlaku di atas diri kak Sang Tekukur itu."
"Adapun kak Sang Tekukur itu ialah seekor daripada sebangsa unggas yang mempunyai dan memerintahi sebuah negeri pada zaman purbakala dengan merdahekanya akan tetapi oleh sebab diketahuinya yang keadaannya sunyi daripada ilmu-ilmu yang terwajib akan memeliharakan keselamatan kemerdahekaannya pada masa yang akan datang terpaksalah ia dengan muka yang jernih hati yang putih (bukan dengan peperangan, ingat-ingat Tuanku!,. Jangan sampai dikata-kata oleh bangsa-bangsa lain Tuanku zalim) menyerahkan negerinya bernaung di bawah panji-panji kerajaan Tuanku yang telah didengarnya amat mashyur pengasih lagi penyayang serta adil dengan insaf konon, dengan bergantung harap kak Sang Tekukur itu laksana anak menggantungkan harap kepada bapa. Demikianlah dianya berharap kepada Tuanku supaya dilatih dan diberi pelajaran ilmu kemerdahekaan kepada anak cucu hamba rakyat bumiputranya yang diharapnya dengan wasitah ilmu yang akan Tuanku ajarkan itu kelak mencapailah mereka itu kepada kemerdahekaannya, kemuliaan dan kekayaan seperti keadaan Si Burung Undan itu. Maka pada masa ini, ampun Tuanku, nampak-nampaknya pernaungan kak Sang Tekukur di bawah panji-panji Tuanku itu telah menyebabkan dianya terpenjara atau sengaja dipenjarakan di dalam sangkar emas sepuluh mutu yang tidak sekali-kali disangkanya akan jadi balasan ketaatan dan kesabarannya dengan menanggung beberapa sengsara memakan hati berulam jantung di bawah kuit telunjuk Tuanku selama ini sehingga boleh dikatakan belum sekali jua pun dianya membantah apa-apa perkataan atau kehendak Tuanku melainkan sentiasalah ia sedia menanti titah perintah Tuanku apabila Tuanku kehendaki dengan mengangguk mengeluarkan perkataan "tur, tur" (yakni benar, benar). Sesungguhnya apabila teringat olehnya akan nasib kemalangan (padi disemai menjadi lalang, ayam di tangan disambar helang) yang berlaku di atas dirinya pada masa ini dan terkenang pula olehnya akan kemerdahekaannya yang dimiliki pada zaman purbakala sepatut-patutnyalah ia menangis kerana telah dirasai dan diketahuinya bahawa adalah kemerdahekaannya yang terdapat dengan ilmu yang sedikit pada zaman purbakala itu terlebih elok daripada bersangkut-paut dengan sahabat yang sungguhpun bijak tetapi zalim,
yakni sarang yang diperbuatnya daripada ranting-ranting kayu dengan ilmunya yang sedikit pada zaman purbakala itu terlebih baik daripada sangkar emas sepuluh mutu perbuatannya Si Burung Undan yang menjadi penjara bagi kak Sang Tekukur itu pada masa ini, atau makanannya daripada sayur keladi pada zaman purbakala terlebih lazat daripada mutton chop yang berisi acid di dalamnya, ataupun tilam yang hapak pada zaman purbakala itu terlebih molek daripada mattress bertekatkan emas sepuluh mutu yang berisi kala jengking di dalamnya, demikian jua sepatu yang diperbuat daripada upih pada zaman purbakala terlebih elok daripada shining boots yang senantiasa menggigit dan mendatangkan pekung pada kaki, baju yang diperbuat daripada kulit terap terlebih cantik daripada baju tuid (tweed) yang diperbuat daripada daun jelapang, air minumannya daripada air tasik danau yang ada di cerung-cerung gunung yang tinggi pada zaman purbakala itu terlebih lazat daripada air tapisan yang jernih seperti air embun yang bercampur dengan poisonous lotion, demikianlah Tunaku ibaratnya.
****************************************************************************
p/s: untuk lebih memahami cerita ini, disyorkan agar membaca dari cetera pertama dan cetera dua....
Selasa, 20 Oktober 2009
Kisah Saya Pejuang Islam.

JUDUL BUKU : KISAH SAYA PEJUANG ISLAM
PENULIS: ED HUSAIN
PENERBIT: ZI Publications Sdn. Bhd.
NO. ISBN: 978-967-5266-02-7
TAHUN TERBITAN: 2009
"Kisah Saya Pejuang Islam adalah tepat pada masanya… Gambaran oleh Husain begitu mendebarkan… Ia adalah amaran kepada kehidupan satu budaya di Britain, ia membawa anda kepada pemikiran golongan fundamentalis muda."
-Observer-
"Sebuah memoir yang berani… Eksplosif"
-Evening Standard-
"Kisah Saya Pejuang Islam sepatutnya digunakan sebagai ubat. Apapun prasangka anda, ia akan memakannya seperti asid"
-Daily Telegraph-
"Pengisahan yang amat jelas dan mendebarkan"
-Guardian-
"Menyakitkan … lebih daripada sekadar mengendalikan testimoni satu pemikiran yang ingin bebas daripada kepunahan ekstremisme. Ia ditulis dengan luar biasa mengenai kehidupan seorang yang membesar dalam tahun-tahun 80-an dan 90-an dengan ikatan keluarga dan pengucapan yang menyentuh perasaan … amat menakjubkan'.
-Mail on Sunday-
"Pandangan mendalam oleh bekas aktivis… Satu panduan yang jelas mengenai dunia negatif fahaman Islam di Britain… satu naratif peribadi yang amat kuat'
-John Gray, Literary Review-
"Unik… perbincangan terbuka dan terus terang mengenai kehidupan dalam organisasi Islam radikal dan member amaran penting mengenai masa depan Islam… Ia juga satu seruan kepada orang Islam awam supaya memulihkan kepercayaan mereka".
-Asian Leader-
"Satu pendedahan yang mengejutkan mengenai kehidupan dalam kumpulan pejuang Islam London yang sedang merebak.'
-London Paper-
"Satu rayuan yang keras untuk toleransi… Sesiapa yang berminat mengenai bgaimana ekstermis Islam mengukuhkan cengkaman mereka di negara ini sepatutnya membaca kisah dalaman daripada bekas pejuang Islam radikal".
-Memo-.
"Memberikan wawasan penuh bermakna'
-Daily Express-.
Penceritaan yang dimulakan dengan kisah-kisah penulis sewaktu meniti usia kanak-kanak sehinggalah dewasa, menjadikan karya ini mudah difahami oleh pembaca tentang sejarah-sejarah lampau yang mewarnai diri penulis. Memang begitulah ragamnya bagi setiap gaya penulisan karya bergenre memoir. Namun dalam karya berjudul "Kisah Saya Pejuang Islam" ini, imbauan-imbauan penulis disaat usia kecil tidaklah dipaparkan seperinci mungkin seperti mana memoir-memoir yang pernah saya baca sebelum ini. Memoir ini secara generalnya menyentuh tentang pergolakan dalaman jiwa seorang remaja Muslim yang dibesarkan dalam suasana masyarakat yang majoritinya bukan beragama Islam selain persekitaran-persekitaran yang berlegar di sekeliling penulis mendorong penulis ini mencari jalan keluar dari setiap persoalan-persoalan dan permasalahan-permasalahan yang menghantui benak penulis ini. Bermula dengan cacian, makian, hinaan, sidiran terhadap aliran-aliran gerakan Islam yang lain sehinggalah di garisan penamatnya, penulis ini melihat bahawa aliran gerakan Islam yang dicaci, dimaki, dihina dengan perkataan dan sangkaan yang agak nista sebelum inilah, yang merupakan jalan keluar yang terbaik dari konflik yang sedang beliau alami ketika itu.
Bermula dengan pembacaan karya Gulam Sarwar yang berjudul "Islam: Beliefs and Teachings", penulis mula mempertikaikan Islam yang sedang dianuti oleh beliau dan keluarganya dari dulu lagi iaitu lebih-lebih lagi Islam versi datuknya yang berasal dari India. Hal ini kerana, melalui pembacaan penulis dalam buku tersebut, Gulam Sarwar menegaskan bahawa Islam dan politik merupakan dua elemen penting yang saling berkaitan dan ia bersatu dalam segenap hal tanpa boleh dipisahkan. Perkara ini boleh difahami dari baris-baris pertama dalam buku Gulam Sarwar yang bertulis:
"Agama dan politik adalah satu dan begitu juga dalam Islam. Kedua-duanya saling berjalinan. Kita sudah maklum bahawa Isam adalah sistem kehidupan yang lengkap… Seperti mana Islam mengajar kami cara mendirikan solat, berpuasa, memberi zakat dan mengerjakan haji, ia juga mengajar kami cara mengendalikan negara, membentuk sebuah kerajaan,memilih ahli majlis dan ahli parlimen, membuat perjanjian dan mengendalikan perniagaan dan perdagangan."
Dari penulisan Gulam Sarwar inilah,maka penulis mula mempersoal "Islam" yang sedang dianutinya itu sekarang dan selantas itu mula mencari gerakan Islam yang bersesuaian dengan kenyataan Gulam Sarwar itu iaitu "Islam politik" dan "Negara Islam". Pencarian penulis itu akhirnya membawa kepada penglibatan penulis dalam gerakan Islam yang dikenali sebagai "Young Muslim Organisation" (YMO) yang juga merupakan cabang bagi gerakan Jamaatul Islami yang dicipta oleh Abul A'la Mawdudi.
Penglibatan aktif penulis dalam gerakan ini secara tidak langsung telah mengubah kehidupan diri penulis. Penulis lebih gemar membaca karya-karya yang dihasilkan Mauwdudi seperti "Let Us Be Muslims", "The Islamic Movement", dan lain-lain lagi, mengorbankan masa dan tenaga dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh YMO dan akhirnya membawa kepada kerenggangan hubungan kekeluargaan.

*STUKTUR ORGANISASI HIZBUT TAHRIR
Kemunculan Hizbut Tahrir ciptaan Taqiuddin al-Nabhani kemudiaannya telah menyebabkan penulis meninggalkan YMO dan Jamaatul Islami dan seterusnya berjuang pula atas tiket Hizbut Tahrir. Perjuangan Hizbut Tahrir yang lebih jelas disamping telah mempunyai kerangka pemerintahan Islam yang hanya menunggu masa sahaja untuk dilaksanakan telah membawa penyertaan penulis dalam Hizbut Tahrir. Dalam gerakan ini, penulis dilihat mula bergiat dengan lebih aktif lagi dan yang paling penting lebih radikal dan ektrem lagi. Mencaci, mencemuh, menghina, memaki serta mengherdik orang bukan Islam ataupun kafir merupakan suatu yang lazim dan bukan itu sahaja, gerakan ini seolah-olahnya menghalalkan kutukan-kutukan terhadap aliran Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. Mengutuk gerakan tabligh, aliran sufi, gerakan wahabi, dan juga gerakan Jamaatul Islami yang menurut mereka gerakan ini tidaklah dapat membentuk dan membina negara Islam kerana lebih mementingkan soal-soal solat, puasa, zikir daripada usaha membina negara Islam. Maka dari pemahaman Islam yang didukung oleh Hizbut Tahrir ini, jihad dalam bentuk penyebaran-penyebaran risalah, pengajuran forum dan debat serta demostrasi jalanan adalah lebih penting daripada solat lima waktu dan juga puasa. Justeru, tidak hairanlah, jika terdapat ahli-ahli Hizbut Tahrir yang tidak solat tetapi dalam pada masa yang sama lantang bersuara mengatakan bahawa merekalah muslim sejati.
Selepas merasakan impian negara Islam hanyalah suatu fantasi, penulis akhirnya berusaha membawa dirinya jauh dari dunia gerakan Islam radikal. Sudah lama dalam gerakan Islam, namun ketenangan jiwa masih jua belum dirasai malah semakin hari, jiwanya dihambat rasa kekosongan yang begitu mendalam. Sejak itu, penulis mula mencari erti Islam sebenar. Pergi ke Turki, Syria dan ke Arab Saudi dengan harapan dapatlah dia menemui Islam yang dicarinya selama ini. Harapan bahawa Arab Saudilah merupakan tenpatnya hanyalah tinggal harapan. Malah Islam versi Wahabi yang tertonjol di Arab Saudi hanya mencetuskan lagi kemarahan dan kerungsingan dalam sanubari penulis. Penulis melihat bahawa Islam versi Wahabi ini hanyalah suatu bentuk fahaman yang bersifat literal dan tidak menjangkau aspek-aspek kerohanian yang dicari-carinya selama ini.
Peristiwa 11 September 2001 dan pengeboman Stesen Aldgate, London pada 7 Julai 2005, menyakinkan penulis bahawa gerakan Islam radikal merupakan suatu gerakan yang songsang dan sudah melampui batas kemanusiaan serta sudah tersasar jauh dari ajaran Islam yang dibawa dan dizahirkan oleh Nabi Muhammad SAW. Membunuh orang yang tidak berdosa tanpa usul periksa membuatkan penulis berasa bahawa gerakan Islam sudah sampai ke tahap yang sangat merbahaya bukan sahaja kepada orang bukan Islam malah juga kepada komuniti Islam seluruhnya. Di penghujung buku ini, akhirnya penulis melihat bahawa, Islam dan pemerintahan merupakan dua perkara yang sukar menjadi realiti dalam dunia hari ini lebih-lebih lagi setelah melihat Islam versi Wahabi yang dipraktikkan di Arab Saudi. Atas maksud itu, penulis merasakan aliran Sufi dapat mengubat barah yang sudah membiak dalam rohaninya. Kalau dulu Sufiisme dicemuh dan dikejinya, namun kini, aliran itu jugalah yang sebenarnya merupakan penawar kepada kekosongan dan kegelisahan jiwa dan rohaninya. Walabagaimanapun, saya merasakan ada sedikit kekurangan dalam karya ini iaitu hal yang berkaitan dengan Jemaah Tabligh. Penulis tidak langsung membuat ulasan tentang gerakan ini pada saat beliau sudah menjauhkan diri dari gerakan Islam radikal. Adakah gerakan Jemaah Tabligh ini bersifat positif ataupun negatif?. Perkara ini langsung tidak diulas. Hal ini kerana, menurut saya adalah suatu yang tidak adil, jika gerakan Jemaah Tabligh ini yang pada awalnya dicemuh, dikeji dan dihina kerana pengasingannya dalam dunia politik tetapi tidak langsung diberi ulasan tentang gerakan ini lebih-lebih lagi selepas penulis merasakan bahawa Islam dan politik tidak boleh berjalan seiring. Kalau gerakan Wahabi, Sufisme, Taliban, Jammatul Islami, Ikhwan Muslimin, Hizbut Tahrir mampu dianalisa secara jujur oleh penulis, kenapa tidak gerakan Jemaah Tabligh ini juga dianalisa pada penghujung karya ini. Jadi, dari satu segi, karya ini masihlah belum lengkap dan belumlah lagi dapat memenuhi kepuasan saya kerana debaran-debaran yang menghujani dada saya secara jujurnya masih tidak dapat dijawab malah boleh juga dikatakan langsung tidak diberi perhatian oleh penulis atau juga boleh dikatakan seolah-olahnya penulis sengaja melupakan kewujudan gerakan ini walaupun selepas beliau mencaci dan memaki gerakan ini pada peringkat awal dulu.
p/s…terima kasih kepada cik ikan kerana sudi meminjamkan buku ini kepada saya…moga di hari lain bolehlah kasi pinjamkan buku yang lain pula ye…..
Rabu, 14 Oktober 2009
Siri Bergocoh Dengan Venomous…
*Korang bayangkanlah yang boss aku tengah "bergocoh" ngn ular tedung@senduk@sudip tu...tapi aku perlu bagitau yang bapak aku tak ada misai, janggut jauh sekali lah jambang...bab baju plk...boss aku tak pakai baju cam mamat bangla tu pakai...bapak aku biasa pakai baju kemeja berkolar lengan pendek...tang seluar tu plk...ok sama citarasa ngn boss aku...tapi bab kasut tu, boss aku lebih selesa pakai selipar kulit berjenama crocodile...tapi lepas ni mungkin dia pakai jenama cobra plk kot...kalau adelah....
Dalam beberapa dasawarsa kebelakangan ini (ceh, macam lama lah sangat!)…Bukan-bukan…Dalam beberapa hari kebelakangan ini, rumah aku sering kali sahaja dikunjungi oleh makhluk-makhluk yang dikategori sebagai makhluk berbisa/venomous…Dalam bulan ini sahaja sudah tiga kali diushya oleh pak cik Ular…Bukan ular biasa…Ular tedung atau ular senduk sebab bila angin dia datang jer, kepala dia berubah jadi senduk tapi lagi sedap jika dipanggil ular sudip…Periode pertama, yang datang ialah anaknya…Disebabkan badan dia masih kecik lagi umpama bayi yang baru lepas pantang, senanglah aku belasah dia dengan parang….Jadi periode pertama aku menang…
Lepas tu tak berapa lama kemudian, dia datang lagi. Mungkin orang kampong dia tak puas hati kot dengan aku…Jadi dia ajak repeat balik tapi tak bagi tau plk bila masanya…Kali ini dia hantar budak bujang kampong dia….Masa tu aku nak gi lepak kat landskap rumah aku…Dan-dan jer aku bukak pintu, dia dah standby nak terkam aku…Nasib aku sempat elak…Aku lompat time dia nak terkam aku…Pastu dia pun masuklah rumah aku…Aku tengok, macam tak leh nak makan jer ngn budak bujang ni, jadi aku call boss aku... Aku pun teriak, :
"Bapak, ular serang rumah kita!"…
Boss aku pun apalagi, seumpama halilintar memanah budak yang sedang syok sepak bola kat padang, dia pun gi amik pedang samurai milik arwah pak cik aku…(Pedang buat sendiri tu..Pak cik aku kan pandai welding)….Dihayunnya pedang samurai tu kat ular tu, tapi ular yang ini memang tangkas….Memang dari segi pemerhatian aku, ular ini ada ilmu mempertahankan diri…Pastu, ular ini apalagi, dia keluarkanlah kuasa dia…Dia tukarkan kepala dia jadi senduk….Belum sempat pun dia abis transform, boss aku dah tetak dia sepantas 350km per celcius…Dia pun apa lagi..kiok…ar…Tapi dia ada bagi warning sama boss aku, yang ayahda dia akan balas dendam….
Sejak dari hari itu, kami serumah jadi tak berapa tenteram….Asyik menunggu hari perhitungan antara kampong aku ngn kampong ular tu…Sampai aku termimpi2 dibawanya…Aku mimpi yang sepanjang jalan Batu Pahat ke Senggarang dipenuhi oleh ular-ular senduk yang besar gamaknya….Time tu aku otw nak balik dari Bandar ke kampong aku…Aku terpaksa main uli acah (galah panjang) dengan ular-ular tu disepanjang-panjang jalan tu…Tapi syukur…Aku berjaya sampai rumah…Bila aku sampai rumah jer (ni kisah dalam mimpi)….Aku dengar mak aku menjerit plk (Ni dah masuk dalam dunia realiti ek)…Sah ini mesti ayahda ular tu datang…Memang betul jangkaan aku…Kali ini dia bukan datang sorang jer…Dia bawa geng 3 line sorang…Aku raasa tu nenda dia kot…Sebab kat badan dia ada kaler hitam, kuning dengan merah…Bapak aku peril dia :
"Hek eleh !, pe barang bawa orang kampong lain…inikan perhitungan antara aku ngn kampong tedung…yang ko kampong kapak apa hal masuk campur!!!!"….
Ayahda ular tu pun balas jawab balik…
"Kapak dengan tedung dari spesis ular ek…so dia ni kerabat gua…"
"Oh, lu main geng ek!!!….takpe2 lu tunggu sat gi…", bapak aku bagi amaran…."
Pastu bapak aku minta masa sikit pasal dia nak solat sat…dah masuk waktu Isyak masa itu…Mujur dak2 kampung ular ini faham agama….Bila dah siap Isyak, bapak aku aja gaduh….
Saat nak mula gaduh tu…suasana memang sepi gila…macam malaikat Maut tengah lalu…bunyi desiran daun yang bergeser dengan angin pun leh dengar…..Bapak aku dah pasang kekuda…Tangan kat pinggang…Tunggu time nak tarik keris dari sarungnya….Yang senduk ngn kapak tu plk dan siap siaga nak serang guna kepala sudip ngn kapak dia….Bila depa dua ekor tu nak buat formasi jer….Sepasukan battalion datang…Dengan van dan siap sekali dengan trak….Geng bapak aku sampai…Depa dua ekor jadi cemas….Nak lari..tapi dah kena kepung…Dipendekkan cerita, depa dua ekor tu pun jadi lauk jer malam tu….
Sewaktu dihambat dalam trak….tedung teriak kat bapak aku….
"Mana aci beb, panggil bomba, tak jantan ar lu!"….
Bapak gua balis cakap balik….
"Ada aku kisah!!!…bukan gua yang start nak cari gaduh"…
p/s…Tadi kat landskap baru aku ada jibraun baru…Dia main2 tutup-buka-tutup-buka lubang ngn aku….aku tutup lubang…dia bukak balik lubang tu…aku ingat pe dia…aku angin…aku gali ar lubang tu…muncul dak lipan…dari susuk tubuh dia, aku rasa lipan ni dak tingkatan 2…dak2 baru nak naik lah katakan…cam ular ar…ajak gaduh…aku set jer…pasal aku tengok cam leh makan jer….kebetulan ka situ ada benggali…apalagi…aku capai benggali tu, kemudian aku tunjal2 kepala dia…sampai dia pening…kemudian…aku cantas dua badan dia…mayat dia aku gantung kat tiang buluh pelita landskap aku….So, aku report kat boss aku…Boss aku apalagi… dia pun pesan awal2 dgn nada penuh semangat seperti seorang patriot "Siap siaga, musuh bakal menjengah…jangan takut atau gentar…Hanya satu kata untuk pencerobohan…LAWAN!!!!"….
Isnin, 12 Oktober 2009
Ciri-Ciri Orang Super Kaya.

Mahu menjadi kaya setanding orang-orang kaya di dunia ini?. Adakah mereka ini memang ditakdirkan Tuhan untuk menjadi orang yang super kaya?. Untuk menjawab soalan, suatu organiasi yang dikenali sebagai Forbes.Com telah menjalankan beberapa kaji selidik untuk menelusiri ciri-ciri lazim yang terdapat pada orang-orang kaya ini. Dibawah ini, merupakan antara ciri-ciri lazim yang dimiliki oleh orang-orang kaya ini.
Pertamanya, peratus yang sangat besar ialah, kebanyakan mereka mempunyai ibu bapa yang mempunyai kemahiran matematik yang tinggi. Dan kebolehan matematik yang luar biasa ini diwarisi secara turun-temurun. Dan berdasarkan kaji selidik, kebanyakan ibu bapa mereka bekerja sebagai jurutera, akauntan dan pemilik perniagaan kecil.
Lebih daripada 274 orang-orang kaya tersebut dilihat tidak pernah atau juga boleh dikatakan tidak pernah menghabiskan sesi pembelajaran di peringkat kolej. Kebanyakan mereka ini akhirnya bergiat sebagai usahawan dalam bidang teknologi. Contohnya, Bill Gates dengan Microsoft-nya, Steve Jobs dengan Apple- nya, Michael Dell dengan Dell-nya, Larry Ellison dengan Oracle-nya dan Mark Zuckerberg dengan Facebook-nya.
Lebih dari 308 orang-orang kaya ini dilihat lahir dalam bulan September…
Beberapa orang kaya masa kini dan sebelum ini, dilihat merupakan ahli dalam organisasi Skull and Bones. Organisasi ini digambarkan sebagai suatu organiasi yang cukup misteri. Kemisterian organisasi ini akhirnya telah menarik minat Hollywood untuk menceritkannya dalam bentuk filem iaitu filem The Skulls and W. Antara yang terlibat ialah pelabur Edward Lampert, pengasas Blackstone: Stephen Schwarzman dan pengasas FedEx : Frederick Smith.
Adakah anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas?..Kalau ada, anda mungkin mempunyai kebarangkalian untuk menjadi orang kaya. Siapa tahu…Tuah ayam nampak di kaki…Tuah manusia tiada siapa yang tahu…