Khamis, 21 Mac 2013

Lagu permainan kanak-kanak yang nostalgik dan klasikal



Dulu masa kecik2, banyak lagu-lagu dan bait-bait apa yang mungkin aku katakan  pantun yang ada diantaranya merupakan hasil seni yang diwarisi secara turun-temurun dan juga tidak kurangnya yang dihasilkan menerusi pemikiran kreatif anak-anak kecil.  

Ia didendangkan atas sesuatu maksud dan tujuan tertentu.  Dendangannya dengan motif utama untuk mendamai, menghiburkan serta memeriahkan suasana dan lubuk hati...Bila mencecah dewasa semacam ini, barulah aku ketahui bahawa usia kanak-kanak suatu periode yang diwarnai dengan warna lincah, tangkas, cergas, buas, nakal, tak pernah letih serta disulami dengan sisi kreatif yang tidak pernah kita sangka saat kecil itu kerna ia lahir secara asli atau semulajadi...

Kini semua itu merupakan suatu yang nostalgik...penuh irama sentimental bila dikenang, bisa membuat kita tersenyum sendirian sehingga adakalanya tertawa tanpa tersangka...itulah antara susuk hebat nan indah dalam suatu periode peringkat sepanjang perjalanan kehidupan kita...ia sangat cergas, cerdas, kuat, tak terpenat, tak terletih, sentiasa pantas, kerap laju, tak tahu apa itu sakit, lincah, ligat, tak takut panas, tahan hujan, tak gayat...semua itu terangkum satu menjadi apa yang dikatakan nostalgia...ya...sangat nostalgik...



Bait kata-kata beralun gaya pantun ini didendangkan bila seseorang itu mahu menipu atau mahu mengenakan kawannya...Misalnya

Bakar : Wey Ucop kat dahi kau ada apa itu?
 Ucop pun menepuk dahinya lalu berkata : Tak ada apa pun...
Maka Bakar terus sahaja membalas dengan bait irama ini ....

"Aca mae non,
Pagi-pagi makan timun,
Dah besar jadi penyamun."


Bait irama lagu ini dilafaz sewaktu sejumlah kanak-kanak mahu memulakan permainan kejar-kejar...Kami namakan permainan ini sebagai "ram-ram rip"...ada beberapa jenis "ram-ram rip".  ram-ram rip duduk cangkun, ram-ram rip bayang, dan ram-ram rip tiang...
Sekumpulan anak-anak kecil akan meletakkan sebelah kaki mereka dalam bentuk bulatan pusingan...Secara bersama-sama akan mendendangkan bait-bait irama ini dengan salah seorangnya dengan menggunakan tangannya akan menunjuk-nunjuk pada setiap belah kaki sehingga nyanyian abis..Pusingan cuitan tangan yang terhenti pada kaki mana-mana pemain sebaik nyanyian habis, maka si pemilik kaki itu akan keluar dan ditanggap selamat kerna tak perlu jadi tukang kerjar rakan yang lain...

Nyayian dan kaedah yang sama akan diulang sehingga hanya tinggal seorang sahaja yang tertinggal...Orang yang terakhir dengan muka yang benggang akan menjadi tukang kejar....Si tukang kejar akan cuba mengejar mana-mana rakannya dengan tujuan untuk mencuit..Mana-mana rakannya yang terkena cuitan itu akan mengambil alih tugas tukang kejar...

Jika tidak berdaya bila dikejar oleh tukang kejar, untuk menyelamatakan dirinya dari menjadi tukang kejar, kita boleh mencangkung...untuk mmebolehkan ia berlari semula, yang sedang mencangkung (ini untuk ram-ram rip duduk cangkung) itu perlu dicuit atau kata popular lain "disep" oleh rakan yang lain...Biasanya dalam permainan ini, dialog yang biasa kedengaran adalah ;

Tukang Kejar : wey, aku dah cuit ko, ko jadi lah ("jadi" membawa konotasi yang terkena cuit operlu mengambil alih tugas si tukang kejar iaitu maksudnya kena kejar orang lain lah)

Pelari 1: Mana ada kena...ko cuit tak kenalah

Tukang kejar ; Mana aci macam ini (mana aci membawa maksud "tak adil lah" ), ko dah kena cuit, ko jadi lah...

Biasanya hal nie akan berleretan sampai gaduh2 mulut...biasalah budak2 kecik...

"Ram-ram rip,
Anak udang kena sepit,
Nak kawen tak ada duit,
Motokar pancit,
Pak Ali terkencit."


Biat irama nyanyian ini dilagukan secara beramai-ramai sewaktu bermain sembunyi-sembunyi...Seseorang pemain perlu jadi nenek tua dengan gaya badan dan jalan terbongkok-bongkok (bongkok sabut) serta dengan bahagian matanya ditutupi dengan kain..sewaktu nyanyian dilagukan, pelakon nenek ini akan duduk dibahagian tengah pusingan bulatan yang dikelilingi oleh para pemain yang lain...setelah nyanyian habis dilagukan, para pemain lain akan bertebaran mencari kawasan persembunyian masing-masing...manakala si pelakon nenek pula dengan gaya terbongkok-bongkok (nak lebih best, bagi nenek tue pakai tongkat kayu), 
akan mencari duduk letaknya rakan-rakan yang lain...setelah ditemui, orang itu akan diraba-raba seluruh badannya, bagi membolehkan si nenek itu mengetahui identiti rakannya itu dan akhirnya menyebut nama rakan yang dirabanya itu.  Jika betul tekaan identiti nama rakannya itu, maka rakannya itu pula yang akan melakonkan watak nenek tua si bongkok tiga..


"Nenek..nenek,
Si bongkok tiga,
siang malam,
asyik bertanya,
mencari cucu dimana sahaja,
nenek ku nak kawen dengan anak raja."


Nyanyian ini dinyanyikan untuk menghiburkan dan menyenangkan suasana dan hati

"Bang..bang sibur...
Kuali sawe,
Hujan turun..
Mandi kartun,
Sirih rampai,
Pinang berseri,
Mintak tolong tangan kiri,
ambil senapang, ambil peluru,
Nak tembak Johor Bahru,
Tertembak bontot lembu..."


Bait pendek dan ringkas ini biasanya dimainkan jika dalam kumpulan pemain itu mahu memisahkan kepada 2 kumpulan...misalnya jika terdapat 10 orang pemain dan kemudiannya mahu dipisahkan kepada 2 kumpulan iaitu 5 orang setiap kumpulan, bait pendek ini boleh digunakan...misalnya dalam permainan buluh panjang atau juga dipanggil sebagai "uli aca"...hanya menggunakan tangan sahaja..terdapat beberapa simbol tangan yang perlu digunakan...simbol itu adalah terdiri daripada simbol kain, gunting, batu..salah seorang perlu memilih satu simbol bila berhadapan dengan lawannya...jika sewaktu dizahirkan atau dibentangkan, 
simbol yang digunakan oleh kedua-dua pemain adlaah sama, maka ia perlu dimulakan semula...

formulanya
 "kain vs gunting = gunting menang",
 "kain vs batu = kain menang", 
"gunting vs batu= batu menang"...

"One , Two, Jus..."


Bait ringkas ini tiada beza sangat dari segi konsep dan aplikasinya dengan bait" one, two, jus"...cuma bezanya dari segi perkataan...bila perkataan berbeza makanya sebutan bunyinya pun berbeza lah...logik akal lah wey...konsep dan aplikasinya sama saja...


"OOOO, Pek som..."


*Dari gambar ini, kalau tak silap aku, bebudak ini sedang main uli aca atau pun galah panjang. (kredit pic untuk -  http://flickeflu.com/photos/17914283@N02)


kata-kata ini dikeluarkan dari peti suara bila ada seserorang dari rakan kita yang tak percaya dengan kata-kata, cerita atau penerangan kita...

"Tak caya sudah,
Bapak kau Dollah,
Pergi sekolah hisap dadah..."

Kalau kawan kita suka cakap bohong atau suka tipu2 kita...lagu ini sesuai untuk ditujukan pada rakan kita tue...

"Tipu dosa,
Mati seksa,
Masuk neraka"...


Bait lagenda ini dinyanyikan sewwaktu nak main kejar-kejar dengan ada 2 kumpulan iaitu kumpulan polis dan kumpulan pencuri..cara penentuannya agak hampir sama dengan cara main ram-ram rep tadi...

"Polis sentri,
One two jaga,
Polis mati,
Pencuri Jaga."


Benda ini biasanya budak pompuan main...bersandar pada pengalaman aku, budak pompuan suka betul main nyanyi lagu ini..main tepuk-tepuk tangan..aku dulu ada main gak tapi tak berapa minat sangat ...sebab itu aku lupa bait irama lengkapnya...

"Sep...sep..sep..
Mi..mi.mimi...
'A' atas,
'B' bawah,
'C' depan,
'D' belakang..."


Ini main time suka-suka...dah nama pun main..mestilah natijahnya suka kan...kalau nak lagi cool dan best, bila ketuk pintu dan beri salam kat rumah jiran dengan lafaz "asslammualaikum" dan bila tuan rumah tue keluar, sila lah nyanyi lagu ini...seingat aku yang ajar aku lagu ini adalah Mak Yus yakni pengasuh aku masa aku dok kat Taman Sri Penggaram dulu...

"Assalammualaikom,
Kom ape,
Kombat,
Bat ape,
Batman,
Man ape,
Mentol,
Tol ape,
Tolak,
Lak ape,
Laksa,
Sa ape,
Sepak,
Pak ape,
Pak cik,
Cik ape,
Cicak,
Cak ape,
Cawan,
Wan ape,
One, Two three, four, five, six, seven, eight, nine, ten."


Lagu ini sangat nostalgik, legend, klasik...aku suka lagu ini..paling suka...sebab dulunya, masa aku kecil-kecik yang teramat kecik (umur sekitar dari lahir sampai umur 4 tahun), mak aku akan nyanyikan lagu ini waktu aku nangis...peh...indah sekali...

"Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk biar ramai,
Nanti malam,
Emak upah susu,
Susu lemak manis,
santan kelapa muda,
adik jangan nangis,
Emak ada kerja..."


Bait lengkap lagu ini tak berapa aku ingat...sorry...

"Lembu patahlah tanduk,
Ceh awe kena lah tumbuk,
Uwa, uwa,uwa...,
Gedek, gedek....."


p/s: agak2 budak zaman sekarang ini main tak benda2 macam ini...nyanyi tak lagu2 indah dan menawan macam ini...ah betapa indahnya saat periode zaman kecil...semuanya indah belaka...pemikiran terasa lapang...hidup nak main dan enjoy jer...zaman kecil indah nan menawan yang takkan terlupa....terus tersemat dalam peti memori dengan status nostalgik...sekali dipongah keluar, pasti takkan terhenti liputannya penceritannya digembang-gembangkan bersama rakan sezaman dan seusia...indah dan menawan...nostalgik dan klasikal...yes...ia "akan"...bukanlah lagi "akan"..dah" jadi memang" atau "sudah"..."jadi sebuah kisah klasik untuk masa depan..."

Isnin, 11 Mac 2013

Tak Nak Sekolah


Seperti mana kanak-kanak normal yang lain, aku memasuki alam persekolahan rendah saat aku berumur 7 tahun.  Aku tidak bersekolah di kampung aku. Ini kerana keluarga aku pindah ke kawasan bandar. Aku tinggal di alam persekitaran yang baru.  Alam kehidupan masyarakat yang sedikit kebandaran dengan bentuk penempatan berkonsep taman perumahan.  Kawasan taman yang aku duduki ini berorentasikan kawasan berbukit. Namanya Bukit Penggaram.  Nama taman aku itu pula Taman Sri Penggaram. Ya Penggaram.  Nama lama atau nama purba sebelum munculnya nama Batu Pahat. Klasik bukan nama tempat baru aku itu   Aku tiada pula tahu kenapa nama kawasan ini diberi nama Penggaram...Mungkin dahulunya banyak garam..


Orang tua ku mendaftarkan nama sebagai salah seorang pelajar yang bakal menerima ilmu di sebuah sekolah yang namanya Sek. Keb. Lim Poon.  Sekolah ini ada 2 jenis Lim Poon iaitu Lim Poon 1 dan Lim Poon 2.  Aku pun tak tahu kenapa boleh ada sekolah macam ini...Sekolah ini ada 2 pentadbiran meski berkongsi bangunan dan kemudahan bersama. Maksudnya, Lim Poon 1 punya staff dan cikgu2nya yang tersendiri dan terasing dengan Lim Poon 2.  Aku didaftarkan ke Sek. Lim Poon 1...



* Sekolah Kebangsaan Limpoon 1

Aku dimuatkan dalam kelas 1 Merah.  Ada satu hal yang terjadi saat awal aku belajar di sekolah ini...

Masa awal aku di sekolah ini, aku sudah bikin satu kerungsingan dan kegelisahan kepada orang tua ku.  Ianya kerana aku tidak mahu ke sekolah...Sampai di sekolah sahaja, aku menangis2 semahu2nya kerana tidak mahu ke sekolah...Pening kedua ibu bapa ku..Disebabkan aku asyik sahaja menangis, mak terpaksa bawa aku balik rumah...

Ibu bapa ku cuba mencari solusi...Sudah puas mereka bertanya kepada aku...Punca apanya aku tiada mahu ke sekolah...Aku tiada menjawab...Sebelum mencari solusi, ibu bapa ku itu berusaha mencari puncanya...Akhirnya mereka membuat hipotesis bahawa aku terkena sampuk hantu...Hipotesis ini dikaitkan juga dengan sekolah itu...Konon katanya, sekolah aku itu sekolah yang sudah ada sebelum zaman Jepun...Sewaktu zamannya Jepun, sekolah itu dijadikan sekolah Jepun...Para muridnya disuruh menyanyi menyembah matarahri setiap pagi....Bahkan yang lebih dahsyat, ada mangsa2 Jepun yang dibunuh di sekolah itu...Makanya ibu bapa ku dengan sokongan hujah jiran2 ku yang lain membuat hipotesis bahawa "aku tersampuk hantu Jepun"...mungkin juga aku ini dikatakan sudah ternampak "Hantu Jepun"

Dataran Kejat tempat kami berhimpun

Selama aku tiada bersekolah kerana kerap menangis bila sampai ke sekolah, aku dikurung oleh ibu bapaku di bilik...Tiada diberinya keluar...Tinggal terkurung sahaja dalam bilik...Tiada boleh menonton tv ataupun bermain di luar rumah...Seinggat aku hampir sekitar 1-2 bulan juga simptom aku ini berlangsung...

Orang tua ku buat keputusan...bukan doktor orang patut ditemui...bukan ubat pil atau cecair yang perlu dicari...tapi bomoh, dukun, shaman, pawang yang perlu didapatkan...ok2...bomoh, pawang, dukun, shaman atau yang seangkatan denagnnya mungkin suatu yang bakal dikaitkan dengan syirik, khurafat, tahyul, menyembah jin, ada ilmu hitam...jadi terma yang sesuai dan sedap skit bunyinya adalah "ustaz buang hantu"...Bila jumpa dengan kaedah perubatan yang semacam ini, kalian pasti tahu bukan, ubatnya
hanya lah air jarang @ air kosong atau lebih canggih bunyinya adalah air mineral yang dibaca dengan ayat2 quran yang kemudiannya air yang telah dibaca2 ini bertukar nama pula kepada air jampi atau air penawar atau air berubat...


Kalau tak silap aku, bapak aku amik air berubat ini kat Kampung Parit Belemam...Ok..aku bagi info sikit lah...Parit Belemam ini merupakan kampung Sarimah Ibrahim...Sapa Sarimah Ibrahim????....Nanti aku tunjuk gambarnya...



Apa kaitannya Sarimah Ibarhim ini...Mungkin.....

Aku diberinya minum air itu..Tak berapa lama kemudian aku sembuh...Maka percayalah mereka bahawa aku ini sebetul benarnya disampuk Hantu Jepun....


Hahahaah...Ok2...Aku sebenarnya tak mahu ke sekolah ada sebabnya...Ianya disebabkan kata2 tegas bapak ku itu...Masa awal2 aku masuk sekolah rendah dulu...Bapak aku ada cakap...Cakap bukan sekali...Tapi berulang2 kali...Cakap bukan dalam nada manja dan lembut...Tapi dalam nada tegas dengan mukanya yang ketat2 macam nak makan aku ajer gayanya...Katanya:"Sekolah kena pergi..Hari2 kena gi sekolah...Sakit ker...Hujan ker...Demam ker...kena pergi sekolah...Kalau tak sekolah, ayah pukul ko pakai toler (getah air)!!!"


Bila aku dengar macam nie jer...aku rasa bapak aku ni kejam..tak ada hati perut...takkan lah sampai aku demam, sakit, kena pergi sekolah jugak...sebab itu, aku tak nak sekolah...mungkin tanda protes...dalam pada masa yang sama juga, masa itu aku mengharapkan yang bapak aku dapat mengubah pendirian kata2nya itu...misalnya dengan cakap macam ini..."kalau sakit atau demam, ko boleh kalau tak ke sekolah"...Tapi hal itu tak pernah terjadi...

Bila aku berusia lanjut meningkat dewasa seperti sekarang ini...baru aku ngerti apa makna di balik ketegasan bapak ku tue...dan kemudiannya betapa menyesalnya aku ponteng sekolah semasa era persekolahan dulu...masa aku sekolah rendah, tak pernah pun aku ponteng sekolah...kalau tak hadir sekolah pun, pasti atas sebab yang kukuh...terutamanya kalau sakit kuat...rupa2nya baru aku tahu, bapak aku tue bukanlah kejam...bukanlah tak berhati perut...cuma tegas dalam mendidik...tapi bila aku mula sekolah di sekolah berasrama iaitu sewaktu memasuki alam persekolahan menengah..aku dah mula belajar ponteng...pengaruh kawaan...paling jahanam masa aku tingkatan 4 dan 5...masa tue aku sekolah kat sekolah teknik...masa form
4, jumlah kepontengan aku jauh lebih banyak dari jumlah kehadiran..ah...betapa jahanamnya zaman itu...akhirnya ia memberi kesan pada kehidupan aku masa kini...menyesal pun dah tak ada gunanya...nasi dah jadi bubur...tapi makan bubur pun sedap gak...

Khamis, 7 Mac 2013

Ke Kuala Gandah, Temerloh, Pahang


Hari Isnin baru-baru ini, aku bersama seorang rakan setugas ku iaitu Muz dan guruku pergi ke Pahang.  Seperti selalunya dan bersesuaian dengan skop bidang kerjaku, kami ke sana untuk menjalankan kajian selidik ke atas masyarakat Orang Asli di sana.

Kajian kali ini lebih fokus kerana kajian ini adalah intipati utama dalam penulisan tesis sarjana rakan ku ini.  Aku cuma bertindak sebagai pembantu sahaja bagi rakan ku ini dalam mengumpul data etnografi untuk kajian sarjananya itu.

Lokasi kajian kali ini adalah di Temerloh, Pahang.  Kami bergerak dari Pusat sekitar jam 11 pagi.  Membelah laluan lebuhraya utara-selatan dengan memasuki tol Juru.  Kami membuat keputusan untuk tidak memasuki Kuala Lumpur, sebaliknya kami keluar di susur keluar Kuala Kubu Baru.  Dari Kuala Kubu Baru, kami menggunakan laluan jalan kampung.

Terdapat satu tempat di sekitar Kuala Kubu Baru yang diberi nama Kerling.  Menurut guru aku, nama tempat itu asalnya dari istilah "Keling" yang merujuk kepada masyarakat India.

Terdapat satu peristiwa lampau berkenaan tempat kawasan ini. Peristiwa ini berlangsung sekitar tahun 80-an.  Dimana pada masa itu, terdapat mahasiswa Melayu-Islam yang belajar di Universiti Malaya, KL yang mencetuskan kontroversi di tempat yang dinamakan Kerling itu.

Ceritanya begini, mahasiswa itu pada era itu telah menghancurkan patung-patung Hindu yang terdapat di Kuil Hindu dengan menggunakan kapak.  Kononnya, perilaku itu adalah mengikut tindakan Nabi Ibrahim yang dahulunya pernah menghancurkan berhala-berhala di zamannya dengan menggunakan kapak.  Dari sebab inilah, mahasiswa ini melakukan aksi seumpama ini.  Isu ini menurut guru ku lagi telah mengempar negara bahkan ia turut melibatkan campur tangan kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan isu ini.  Hal ini kerana, isu ini sememangnya panas kerana ia melibatkan soal bangsa dan agama iaitu Melayu-Islam versi India-Hindu.  Begitulah ceritanya...

Laluan Kuala Kubu Baru ini menurut guru ku, pada era sekitar 70-an dan 80-an merupakan laluan utama bagi masyarakat di utara ke Kuala Lumpur.  Dalam perjalanan ini, guruku sempat juga bercerita tentang masa lalunya.  Guruku ini memang gemar sekali bercerita tentang masa lalunya...Mengibau nostalgia silamnya...

Antara nostalgia silam yang diceritakanya, adalah bahawa dulunya sewaktu beliau tinggal di Kuala Lumpur, pada malam harinya beliau mengambil kelas belajar untuk peringkat STPM di salah sebuah sekolah swasta.  Guru besarnya pada ketika itu adalah Anwar Ibrahim.  Manakala guru-gurunya yang lain pula adalah terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka iaitu seperti Abdullah Tahir dan Dharmawijaya.

Setelah keluar dari lebuhraya, dari Kuala Kubu Baru, kami melalui laluan jalan kampung sekitar Batang Kali dan Genting Highlands sebelum memasuki lebuh raya karak.  Di laluan Genting Hinglands, hawa udaranya agak sedikit sejuk dan aku yakin dahulunya pasti jauh lebih dingin dari sekarang...Ini merupakan pertama kali aku melalui laluan Genting Hingland.  Dari Batang Kali menuju ke Genting Hinglands jarak hanya sekitar 30 km dengan laluan mendaki bukit. Di laluan tersebut, aku melihat bangunan tinggi yang dibina betul2 di atas puncak bukit yang tinggi...Dan itulah tempat orang berjudi...Mungkin satu ketika, tempat hina akan runtuh kerana kejahatan dan keangkuhannya itu...


Kami sampai sana sekitar jam 6 petang.  Sebelum mencari hotel penginapan, kami singgah terlebih dahulu ke kampung Orang Asli dari suku Che Wong bagi menguruskan perjalanan kami memasuki penempatan lain mereka di dalam hutan...Kampung ini terletak di kUALA Gandar...betul2 di kawasan pusat konservarsi gajah yang popular itu...sebelum ini aku pernah dengar pasal tempat konservarsi gajah ini..tapi dalam TV sahaja menerusi slot Majalah Tiga...

Kami tidur di Mentakab sebelum memulakan tugas pada esok harinya...Sebenarnya, sebelum ini kawan aku ini sudah beberapa kali ke perkampungan oRang Asli ini...tapi untuk ke kawasan perkampungan lain yang terletak jauh di pedalaman hutan itu, kawan ini gagal...sebabnya kenderaan Hilux pusat kami tidak mampu untuk ke sana...sebenarnya bukan tak mampu, tapi disebabkan pengalaman dalam bidang membawa kenderaan pacuan 4 roda di kawasan yang mencabar, makanya kawan itu gagal untuk ke sana...
Oleh itu, kali ini kami menggunakan khidmat kereta pacuan 4 roda milik orang tempatan bersama khidmatnya...

Nama orang itu adalah dengan gelar "yen".  Kenderaan beliau jenis daihatsu rocky yang comel sekali reka bentuknya tapi gagah sekali di hutan..

Aku, MUz, yen, guru dan seorang asli yang namanya Jibun bergerak masuk ke penempatan dalam hutan..  Laluannya pada awalnya tidaklah sesukar mana...sebabnya tiada hujan turun, maka laluan tidak licin...Maka rocky kecil ini mudah sahaja bergerak...Cuma hampir di penghujung jalan, kami mengalami kesukaaran kerana terdapat sungai kecil yang perlu diseberangi...Jambatan sungai kecil itu pula sudah pun usang dan kayunya reput...Maka, kami terpaksa menebang pokok untuk dojadikan jambatan...Mujur Yen ini bawa chain saw...kami tebang pokok dan ambil sebatang kayu untuk dijadikan jambatan...Kira dalam ekspedisi kali ini, saat inilah yang mencabar...sebab nak seberang anak sungai itu dengan meniti pada jambatan kayu memerlukan kepakaran dan kemahiran membawa kenderaan pacuan 4 roda itu...


* Kerja membuat jambatan kayu

Yen sememangnya berpengalaman...sebabnya benda ini dah jadi hobi dia...jadi dalam hal ini, aku lihat riak wajah dia, terpancar bahawa situasi ini hanya hal mudah dan kecil sahaja pada pandangan beliau...


Kami sampai ke kawasan perkampungan orang asli Che wong itu sekitar dalam sejam perjalanan dari jalan besar...Kami ke kawasan kuburan...melihat kuburan mereka dan mengutip data berkenaan amalan pengkebumian kematian mereka...Kuburan yang kami jumpa adalah kuburan berbentuk busut sahaja...tapi rakan ku ini mengharapakan yang kami dapat menemui pengkebumian atas pokok...namun sayaangnya tak berjaya...

Setelah buat temuramah, dok lepak dalam rumah mereka, tengok kawasan perkampungan mereka, kami pun pulang...lagi satu rumah mereka ini unik...masih mengamalkan tradisi nenek moyang mereka...mereka masih mendirikan rumah tradisional mereka...dengan berbumbungkan atap cacoh...dindidng rumah mereka yang lebih unik kerana diperbuat daripada kulit kayu...kulit kayu kepong...manakala lantainya pula daripada belahan buluh dan rumah mereka bercirikan tiang kayu yang agak tinggi...

*Sembang2 dengan Orang Asal

Masyarakat di perkampungan ini masih lagi berburu dengan menggunakan sumpit dalam kadar yang kerap...masak dengan menggunakan kayu api di satu bahagian luas dalam rumah mereka...

Setelah data diperoleh, kami pun balik...ada satu hal yang merugikan aku sewaktu di sana...sebabnya aku tak dapat pun nak tengok pusat konsevarsi gajah kat kuala Gandah itu...aku tak pernah tengok pun sebelum ini...kawan aku tue pernahlah tengok sebab sebelum ini dia dah pernah datang...ah...rugi betol... kalau tak boleh lah naik gajah...mandikan gajah...takpelah...mungkin tak ada rezeki...

Lepak2 kat kampung diorang


aku suka sekitaran kawasan ini...hawanya dingin...suasanya aman dan tenteram...bersesuaian dengan lokasinya...kawasan hulu..maka suasana itu sangat indah dan menenangkan....asalnya kami mahu menginap di homestay yang terdapat di situ dan menikmati keindahan kampung itu, tapi bila mengenangkan harga dan suasana biliknya, kami tak jadi...sebabnya harga yang ditentukan adalah berdasarkan jumlah orang, dan hanya menyewa bilik dan bukan menyewa sebuah rumah...



Sebelum pulang ke hotel di Temerloh, kami sempat singgah dan bersolat di sebuah masjid lama yang terdapat di kampung ini...Nama masjid itu adalah Masjid Lama Bolok...Masjid ini didirkan oleh 6 saudara pada tahun sekitar 1930-an...Masjid ini didirikan dengan menggunakan kayu cengal...Terdapat kubah unik yang dipanggil sebagai "buah buton" dan juga ada yang memanggilnya dengan istilah 'Mahkota Atap".  Namun begitu, masjid itu kini sudah tidak digunakan semenjak tahun 1963...Ianya kini hanya dijadikan harta khazanah warisan negara sahaja...Masjid ini telah dikonversasi oleh pihak Balai Seni Lukis Negara dengan bantuan dana dari pihak Jabatan Warisan negara...Yang uniknya, beduk masih dipelihara dan dikekalkan di masjid ini di kawasan tangga pintu masuknya...



*Masjid Lama Kampung Bolok, Lanchang, Semantan, Temerloh, Pahang

Di sana, sempat lah jugak aku jalan2 kat pasar malamnya...makan kat pasar malam tue...tengok kelakukan orang Pahang...satu benda yang aku tengok, cakap orang Pahang nie adA bunyi cakap orang Perak, ada bunyi cakap Orang Kelantan dan ada juga bunyi cakap Orang Terengganu...satu benda aku belajar adalah "Koi Orang Pahang" yakni yang bermaksud "sAYA oRANG pAHANG"...

Hari Rabu kami chow balik Penang menggunakan laluan yang sama sepertimana kami datang...dan tiba di Penang sekitar jam 7 malam...











 

Jumaat, 1 Mac 2013

Sakit Gila No. 26



"Arai berusaha menghubungi Zakiah Nurmala - cinta bertepuk sebelah tangannya itu - untuk ucap selamat tinggal.  Zakiah pasti menerima surat Arai, tapi tak sudi membalas.  Seperti dulu sejak di SMA, perempuan itu tetap indifferent, tak acuh.

Baru kutahu ada orang yang ditolak hampir sepuluh tahun tapi tetap kukuh berjuang.  Arai tak pernah tertarik pada perempuan lain.  Zakiah adalah resolusi dan seluruh definisinya tentang cinta.  Dia telah menulis puluhan puisi untuk belahan hatinya itu, telah menyanyikan lagu dibawah jendela kamar kekasihnya, berhujan-hujan mengejarnya, dan berbasikal puluhan kilometer hanya untuk menemui gadis itu lima minit.  Zakiah tetap tak acuh.  Mungkin Arai telah diserang sakit gila nombor 26 : tak dapat membezakan diterima ataupun ditolak." (Petikan dari novel Edensor karya Andrea Hirata, muka surat 40)

Ke Darul Aman, Alor Setar, Kedah...


Hari Selasa iaitu bersamaaan 26 Febuari aku ke Alor Setar...Aku, Wandy, Syam dan Adam...Tujuannya untuk menonton perlawanan Bola Sepak Pusingan Kedua Piala FA 2013...Kedah lawan Johor Darul Takzim...Benda nie dah sembang lama dah pasal nak gi Darul Aman...Alhamdullilah..akhirnya berjaya sampai juga ke Darul Aman...Yang sangat beriya2 nak ke sana plak tue Syam...Tak sangka plk Syam sangat beriya2 sehingga sanggup cabut keja awal semata2 nak ke Darul Aman...

Dalam kami berempat, hanya Adam sahaja orang Kedah...makanya tanpa sebarang teman provokasi, Adam berseorangan sahaja yang menyokong Kedah dalam perjalanan tue...

Sekitar jam 5 kami bertolak dari Penang dengan menaniki kereta Adam...sampai di Darul Aman sekitar jam 7...sepanjang laluan ke pintu utama Stadium, terdapat pelbagai gerai jualan...gerai jualan jersi yang dominan...aku sangat teruja...memang dah lama aku impikan nak tengok bola kat stadium...bukan tak pernah 
tengok bola kat stadium...tapi sebelum ini aku hanya tengok kat staidum USM...tak berapa syok sangat..meskipun masa itu USM FC terlibat dalam kancah liga perdana..mungkin sebab suasana dan kemeriahannya tak seperti di stadium negeri...ye lah..kalau di staidum USM, astakanya kecil, ruang kecil...maka kapasitinya pun kecil dan secara tidak langsung, kemeriahannya pun berskala kecil sahajalah...

kAMI Beli tiket untuk menonton tempat yang berbumbung...maklumlah sekarang nie musim hujan...harga tiket RM 15...sebelum masuk staidum tue, aku sempat beli sehelai mafla johor yang tidak tertulis slogan "Luaskan Kuasamu"...sebabnya aku tak suka dengan slogan tue...angkuh dan sombong sangat bunyinya tue...jadi aku cari mafla yang tak punya tulisan seumpama itu...aku jumpa..dan hanya punya sehelai sahaja sebab yang lain rata2nya punya slogan angkuh tue...aku pun beli dengan harga RM 20...Adam dan Syam pula beli mafla Kedah....

Kami berempat duduk di kawasan penyokong Kedah...sebelum sepak mula tue..sempat lah jugak tengok player kedua2 team panaskan badan...dalam pada masa yang sama dapat lihat kelibat penjaga gol lagenda kebangsaan iaitu Khairul Azman Mohamad yang kini menjadi jurulatih penjaga gol Johor Draul Takzim....masih lagi segak dan kacak dengan rambut panjangnya....

Penonton Kedah ramai betul...tapi stadium masih ada ruang kosong lagi...tapi dengan jumlah kehadiran seumpama itu dalam kancah liga tempatan, suatu pujian sudah boleh diberikan...manakala penyokoong Johor Darul Takzim fc pula hanya terdiri sebilnagan kecil memilih tempat di sudut belakang gol....

Sepak mula berlangsung...Kedah tak menunggu lama...seawal minit ke 8, Khyril Muhyameen dah pun menjaring gol...kemudian gol kedua turut dijaringkan oleh beliau pada babak pertama...selari dengan jaringan gol Kedah, selari itu jugalah, si Adam menggeselkan bahu beliau ke bahu aku...apa maknanya itu...faham2 
lah yer...

Babak pertama Kedah bermain dengan agak baik...Johor Darul Takzim main macam sampah seeperti selalunya meskipun dibarisi pemain bintang...Syafik Rahim tue pemain bintang ker...hahaha...

masa rehat pula, bahang kepanasan mula terasa...penyokong Kedah mula baling2 botol ke padang...sebab tak puas hati dengan mutu pengadilan...memang aku akui, mutu pengadilan malam tue macam taik...pengadil berat sebelah...asyik menangkan Johor Darul Takzim jer...gol kedua merangkap gol penyamaan JDT FC tue pada aku tak patut sebab sepakan percuma yang diberikan pengadil adalah tidak sah dan adil...jadi pada aku, gol kedua JDT FC adalah gol haram....disebabkan pengadil macam taik, fan Kedah pun asyik memaki hamun pengadil...maka terpacul dari mulut mereka ayat dalam dialek Kedah..misalnya "Pelaq lah pengadil 
ini"...

Aku rasa pengadil nie dah makan rasuah...atau mungkin nie arahan FAM agar buat pengadilan yang berat sebelah dengan memenangkan Johor Darul Takzim...sebabnya..kan sebelum ini TMJ buat kontroversi pasal sebut mutu pengadilan Liga Malaysia tidak berkualiti...Jadi ini suatu konspirasi dan percaturan FAM yang bangsat tue bagi nak tutup mulut TMJ...aku tunggu gak TMJ nak keluar kenyataan sebut pasal mutu pengadilan game ini...tapi..hampeh...satu paper pun tak ada buat ulasan pasal hal ini,.aku mengharapkan yang TMJ akan keluar kenyataan macam ini..."Mutu pengadilan teruk dan macam taik meski JDT FC 
menang"...atau juga kalau lebih berani buat kenyataan macam ini "pengadil liga Malaysia hanya layak mengadili kejohanan bola sepak peringkat sekolah2"...hahahaha....

90 minit berakhir dengan keputusan 2-2...hal ini mengheret ke masa tambahan...Adam kecewa dan pasrah...gua buat tak tahu....tapi kalau Kedah menang malam tue Adam nak belanja makan dan duit pengangkutan...tapi sayangnya...JDT FC menang menerusi penentuan sepakan penalti...Adam kecewa...Syam pula bangga bukan kemain...

Malam tue pemain tempatan yang menyerlah adalah Khyril Muhyameen...aku suka mamat nie...badan dia tegap...kalau lari, larian dia menyakinkan...macam Drogba gamak gayanya...beruntung Kedah dapat player macam dia...bagi JDT FC, hanya Guiza dan Del Nero sahaja yang menyerlah...Mat Yo kurang menyerlah tapi aku puji skill yang ada pada dia...tak macam plyer tempatan yang lain...macam taik....paling macam taik adalah Tuah Iskandar...harap nama jer sedap...main macam taik dan pundek...

Lagi satu...aku puji penyokong JDT FC....meski jumlah mereka kecil, bunyi sokongan mereka bergema satu stadium...sebabnya mereka bawa geng kompang dan jidur...makanya...meski mereka sedikit...tapi bunyi paluan kompang dan jidur mereka bergema satu staidum....

Habis game...kami keluar stadium...di perkarangan stadium...terdapat rusuhan penyokong..sebab tak puas hati dengan mutu pengadilan...aku secara jujurnya pun tak puas hati dengan mutu pengadilan...pada aku...Kedah berhak menang jika mutu pengadilan adalah baik dan adil...tapi apa nak buat...selagi FAM berperangai macam orang tak ada akal...maka selagi itulah wajah bola sepak kita tak berubah....

Sebelum pulang...aku dan wandy sempat beli jersi Kedah...disebabkan tak ada duit...aku beli jersi kedah versi lama dengan harga yang agak rumah....aku beli warna hijau manakala wandy pula beli warna kuning....

p/s: lepas nie nak gi tengok bola kat stadium negeri lain n nak beli jersi setiap pasukan yang ada dalam liga Malaysia nie...sajer nak buat koleksi...tadi wandy hantar mesej..Perak lwn JDT FC di Perak pada 24 April 2013..ada masa n ada rezeki Insyallah nak gi....

Nama



Aku membaca sekilas lalu novel Andrea Hirata yang diberi judul "Edensor".  Bukannya aku baru baca..  Aku sudah lama mengkhatamkan bacaan novel sekitar 12 Mac 2012 yang lalu iaitu sewaktu perjalanan dalam bas dari Batu Pahat ke Pulau Pinang. Ada satu bahagian dalam novel ini yang menarik perhatian aku.Ianya
berkisar tentang si Ikal tue...Watak utama itu.  Cerita tentang bagaimana namanya asyik ditukar-tukar dek kerana perangainya itu...Perangai apa lagi kalau bukan perangai nakalnya itu...



Seperti yang ditulis Andrea Hirata, nama bagi kebanyakan masyarakat Melayu yang berpegang kuat pada adat dan agamanya sudah sepastinya sangat dititik beratkan..Nama bagi suatu cahaya yang baru lahir ke alam ini ditanggap suatu yang punya korelasi dengan agama...Ada hubung-kaitnya yang sangat akrab...Kerana nama yang diberi itu jugalah yang akan menentukan perjalanan masa depan hidupnya....


Sepertimana kes si Ikal ini, yang mana asalnya diberi nama Aqil Barraq Badruddin, kemudiannya terpaksa ditukar namanya ke nama lain gara-gara perangai nakalnya yang suka menggugat ketenangan seisi
kampungnya...Dinukilkan dalam novel bahawa si Ikal ini masa kecilnya dahulu suka sorokkan kasut Imam dan penggawa masjid, suka ketuk beduk tanpa arah ttuju, pernah juga memasuki bahagian ruang solat wanita dengan menggunakan telekung sebagai penyamaran, pernah juga membakar meriam buluh di jendela masjid saat jemaah sedang khusyuk bertarawih dan pernah juga tanpa sebab muasal yang sahih, si ikal nakal ini pernah juga menurunkan bendera si merah putih hingga separuh tiang...kerna itu, ayahnya menukar nama anak itu....

Berbicara soal tukar nama itu...aku teringat tentang perihal di kampung aku...budaya itu ada dalam amalan kampung aku...meski si ikal itu berbangsa Melayu asli manakala budaya kampung itu adalah Jawa, tapi 2 suku ini berkongsi budaya yang sama...Aku buat konklusi mudah...meski dari segi bahasa punya sedikit
perbezaan antara 2 suku bangsa ini...namun kedua-dua suku ini adalah serumpun..satu rumpun..rumpun austronesia...kerna itu pertembungan budaya yang sama antara 2 suku ini tidaklah suatu hal yang besar...hal yang sama mungkin terjadi bagi suku bangsa yang lain...banjar..bugis..minang...rawa...bahkan juga
Melayu Kelantan...kita berada si wilayah lokaliti geografi yang sama...benua Alam Melayu!!!...

 Sama seperti yang dicoretkan Andrea Hirata dalam Edensor, nama bagi masyarakat Melayu adalah suatu elemen yang penting...yang dipercayai menentukan perilaku, tabiat dan akhlaknya...kerna itu, jika terdapat sesuatu yang berbaur tidak baik, misalnya seperti kes si Ikal yang sering nakal tidak tertahan-tahan, maka ibu bapanya akan berusaha untuk menukar namanya ke nama lain..ditanggap mereka bahawa nama yang diberi pada awalnya itu tidak cocok dan serasi dengan jasad anak itu...

Di kampung aku, lain pula ceritanya...cerita tentang tukar-tukar nama ini bukanlah disebabkan nakal...tapi sebab lain..aku punya jiran...tidak jauh dari rumah ku...keluaraga ini keluarga yang punya banyak pengalaman hidup yang unik dan menerujakan aku..hal2 kekampungan serahkan sahaja pada si ayah dalam
keluaraga ini...semuanya akan diurusin dengan mudah dan lancar...bila ada orang mati...si ayah ini jugalah yang adakalanya secara berseorangan akan memikul tugas menggali liang lahad kubur...besar sungguh peranan insan ini bukan...namanya Golias...tapi di kampung kami, warga kampung cukup hanya memanggil insan ini dengan gelar "Wak Lias"..."Wak" suatu gelaran yang sinonim untuk masyarakat Orang Jawa....

Wak Lias punya seorang anak jantan atau "bocah lanang" dalam terma Jawa yang dalam hidupnya tak sudah-sudah asyik alami kemalangan sahaja...aku perkirakan jika tidak silap aku, sudah lebih 3 kali juga anak jantan itu kemalangan...kemalangan yang dialaminya itu pula bukan sikit2 punya kemalangan...kemalangan yang besar2 jugak...sampai kaki masuk besi...sampai kena simen...ada suatu masa itu, anaknya itu eksiden lagi...belum pun pulih eksiden lama, dah eksiden lagi...kali ini dia eksiden sebab pokok kelapa tiba2 tumbang masa dia naik moto..teruk juga kata pak cik aku...sebab masa kejadian itu, pak cik aku ada dengan dia...tapi mujur pak cik aku tak kena hempap sekali....

Sebab asyik kerap eksiden jer, wak Lias nie buat keputusan tukar nama dia...maka suatu kenduri pun diadakan, bagi melangsungkan upacara pertukaran nama itu...mungkin dengan tukar nama itu, maka dapat buang sial barangkali...mungkin itulah faham percayanya dari manifestasi aksi tersebut...kalau dulu orang
pannggil anaknya itu "ann" tapi nama barunya itu adlaah "Shukor"...tapi nama ini hanya nama panggilan sahaja..tapi dalam kad pengenalan tiada ditukar...maka sejak dari itu...orang kampung aku panggil mamat ini dengan gelar nama "Shukor"...

p/s dulu gua ada lah berkomentar tentang nama2 yang bakal nak diberikan pada anak gua kalau dah kawin n ada rezeki dapat anaklah...tapi tak tahulah bila benda itu jadi kenyataan...

Jumaat, 22 Februari 2013

.......



"Life is what happens to us when we are busy making plans"
                                                                  -John Lennon -

Sunyi dan Angin



Malam yang sunyi....
Diseri bersama tiupan angin lembut...
Tapi sunyi dan tiupnya angin itu...
Seolah-olah memerli satu ruang dalam hidupku...

Angin itu meski lembut...
Tapi dibalik lembutnya...
Punya beribu muslihat...
Yang tak pernah ku duga...

Sunyi itu...
Walau sedih iramanya...
Ia tak lebih satu dusta...

Keduanya itu bergabung...
Bahkan bercantum menjadi satu...
Menjarah dan menyeksa ruang kosong hidupku....


Perginya si Pejuang Cinta


"Beberapa hari kemudian, Syalimah meminta kepada Maryamah supaya mengajaknya melihat empangan.  Maryamah memimpin ibunya.  Kedua-dua anak-beranak itu berjalan perlahan menuju empangan yang tidak jauh dari rumah mereka.  Syalimah bercerita kepada Maryamah bahawa ketika muda dahulu dia sering ke empangan itu dengan Zamzami, dan pagi hari sebelum meninggal, suaminya masih sempat memboncengkannya naik basikal pergi melihat empangan.

Esoknya masih pagi, Maryamah melihat ibunya berusaha bangun dari tempat tidur.  Ibunya memasak air, lalu membancuh kopi di dalam gelas.  Gelas yang dahulu selalu dipakai oleh Zamzami.  Gelas kopi itu lalu diletakkan ibunya di atas meja di tempat ayahnya selalu minum kopi.  Syalimah kembali ke tempat tidur.  Siang itu ketika Maryamah membangunkan ibunya bagi disuapi makan, Syalimah tidak bergerak.  Perempuan yang setia itu telah meninggal dunia.

Maryamah menangis tersedu-sedan di samping jasad ibunya.  Ibu yang dia sayangi kerana seribu alasan.  Syalimah adalah seorang ibu yang telah berjuang sepanjang hidupnya.  Syalimah hanya memberikan cintanya untuk seorang lelaki sahaja.  Cinta pertama yang dibawanya sampai mati. Syalimah dimakamkan di sebelah pusara Zamzami." (Petikan dari novel Cinta di Dalam Gelas karya Andrea Hirata, muka surat 88-89)

- Betapa indah dan bermaknanya kehidupan jika punya cinta seumpama ini -......

Rabu, 20 Februari 2013

Mati



Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana putungnya,
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.