Khamis, 21 Mac 2013

Lagu permainan kanak-kanak yang nostalgik dan klasikal



Dulu masa kecik2, banyak lagu-lagu dan bait-bait apa yang mungkin aku katakan  pantun yang ada diantaranya merupakan hasil seni yang diwarisi secara turun-temurun dan juga tidak kurangnya yang dihasilkan menerusi pemikiran kreatif anak-anak kecil.  

Ia didendangkan atas sesuatu maksud dan tujuan tertentu.  Dendangannya dengan motif utama untuk mendamai, menghiburkan serta memeriahkan suasana dan lubuk hati...Bila mencecah dewasa semacam ini, barulah aku ketahui bahawa usia kanak-kanak suatu periode yang diwarnai dengan warna lincah, tangkas, cergas, buas, nakal, tak pernah letih serta disulami dengan sisi kreatif yang tidak pernah kita sangka saat kecil itu kerna ia lahir secara asli atau semulajadi...

Kini semua itu merupakan suatu yang nostalgik...penuh irama sentimental bila dikenang, bisa membuat kita tersenyum sendirian sehingga adakalanya tertawa tanpa tersangka...itulah antara susuk hebat nan indah dalam suatu periode peringkat sepanjang perjalanan kehidupan kita...ia sangat cergas, cerdas, kuat, tak terpenat, tak terletih, sentiasa pantas, kerap laju, tak tahu apa itu sakit, lincah, ligat, tak takut panas, tahan hujan, tak gayat...semua itu terangkum satu menjadi apa yang dikatakan nostalgia...ya...sangat nostalgik...



Bait kata-kata beralun gaya pantun ini didendangkan bila seseorang itu mahu menipu atau mahu mengenakan kawannya...Misalnya

Bakar : Wey Ucop kat dahi kau ada apa itu?
 Ucop pun menepuk dahinya lalu berkata : Tak ada apa pun...
Maka Bakar terus sahaja membalas dengan bait irama ini ....

"Aca mae non,
Pagi-pagi makan timun,
Dah besar jadi penyamun."


Bait irama lagu ini dilafaz sewaktu sejumlah kanak-kanak mahu memulakan permainan kejar-kejar...Kami namakan permainan ini sebagai "ram-ram rip"...ada beberapa jenis "ram-ram rip".  ram-ram rip duduk cangkun, ram-ram rip bayang, dan ram-ram rip tiang...
Sekumpulan anak-anak kecil akan meletakkan sebelah kaki mereka dalam bentuk bulatan pusingan...Secara bersama-sama akan mendendangkan bait-bait irama ini dengan salah seorangnya dengan menggunakan tangannya akan menunjuk-nunjuk pada setiap belah kaki sehingga nyanyian abis..Pusingan cuitan tangan yang terhenti pada kaki mana-mana pemain sebaik nyanyian habis, maka si pemilik kaki itu akan keluar dan ditanggap selamat kerna tak perlu jadi tukang kerjar rakan yang lain...

Nyayian dan kaedah yang sama akan diulang sehingga hanya tinggal seorang sahaja yang tertinggal...Orang yang terakhir dengan muka yang benggang akan menjadi tukang kejar....Si tukang kejar akan cuba mengejar mana-mana rakannya dengan tujuan untuk mencuit..Mana-mana rakannya yang terkena cuitan itu akan mengambil alih tugas tukang kejar...

Jika tidak berdaya bila dikejar oleh tukang kejar, untuk menyelamatakan dirinya dari menjadi tukang kejar, kita boleh mencangkung...untuk mmebolehkan ia berlari semula, yang sedang mencangkung (ini untuk ram-ram rip duduk cangkung) itu perlu dicuit atau kata popular lain "disep" oleh rakan yang lain...Biasanya dalam permainan ini, dialog yang biasa kedengaran adalah ;

Tukang Kejar : wey, aku dah cuit ko, ko jadi lah ("jadi" membawa konotasi yang terkena cuit operlu mengambil alih tugas si tukang kejar iaitu maksudnya kena kejar orang lain lah)

Pelari 1: Mana ada kena...ko cuit tak kenalah

Tukang kejar ; Mana aci macam ini (mana aci membawa maksud "tak adil lah" ), ko dah kena cuit, ko jadi lah...

Biasanya hal nie akan berleretan sampai gaduh2 mulut...biasalah budak2 kecik...

"Ram-ram rip,
Anak udang kena sepit,
Nak kawen tak ada duit,
Motokar pancit,
Pak Ali terkencit."


Biat irama nyanyian ini dilagukan secara beramai-ramai sewaktu bermain sembunyi-sembunyi...Seseorang pemain perlu jadi nenek tua dengan gaya badan dan jalan terbongkok-bongkok (bongkok sabut) serta dengan bahagian matanya ditutupi dengan kain..sewaktu nyanyian dilagukan, pelakon nenek ini akan duduk dibahagian tengah pusingan bulatan yang dikelilingi oleh para pemain yang lain...setelah nyanyian habis dilagukan, para pemain lain akan bertebaran mencari kawasan persembunyian masing-masing...manakala si pelakon nenek pula dengan gaya terbongkok-bongkok (nak lebih best, bagi nenek tue pakai tongkat kayu), 
akan mencari duduk letaknya rakan-rakan yang lain...setelah ditemui, orang itu akan diraba-raba seluruh badannya, bagi membolehkan si nenek itu mengetahui identiti rakannya itu dan akhirnya menyebut nama rakan yang dirabanya itu.  Jika betul tekaan identiti nama rakannya itu, maka rakannya itu pula yang akan melakonkan watak nenek tua si bongkok tiga..


"Nenek..nenek,
Si bongkok tiga,
siang malam,
asyik bertanya,
mencari cucu dimana sahaja,
nenek ku nak kawen dengan anak raja."


Nyanyian ini dinyanyikan untuk menghiburkan dan menyenangkan suasana dan hati

"Bang..bang sibur...
Kuali sawe,
Hujan turun..
Mandi kartun,
Sirih rampai,
Pinang berseri,
Mintak tolong tangan kiri,
ambil senapang, ambil peluru,
Nak tembak Johor Bahru,
Tertembak bontot lembu..."


Bait pendek dan ringkas ini biasanya dimainkan jika dalam kumpulan pemain itu mahu memisahkan kepada 2 kumpulan...misalnya jika terdapat 10 orang pemain dan kemudiannya mahu dipisahkan kepada 2 kumpulan iaitu 5 orang setiap kumpulan, bait pendek ini boleh digunakan...misalnya dalam permainan buluh panjang atau juga dipanggil sebagai "uli aca"...hanya menggunakan tangan sahaja..terdapat beberapa simbol tangan yang perlu digunakan...simbol itu adalah terdiri daripada simbol kain, gunting, batu..salah seorang perlu memilih satu simbol bila berhadapan dengan lawannya...jika sewaktu dizahirkan atau dibentangkan, 
simbol yang digunakan oleh kedua-dua pemain adlaah sama, maka ia perlu dimulakan semula...

formulanya
 "kain vs gunting = gunting menang",
 "kain vs batu = kain menang", 
"gunting vs batu= batu menang"...

"One , Two, Jus..."


Bait ringkas ini tiada beza sangat dari segi konsep dan aplikasinya dengan bait" one, two, jus"...cuma bezanya dari segi perkataan...bila perkataan berbeza makanya sebutan bunyinya pun berbeza lah...logik akal lah wey...konsep dan aplikasinya sama saja...


"OOOO, Pek som..."


*Dari gambar ini, kalau tak silap aku, bebudak ini sedang main uli aca atau pun galah panjang. (kredit pic untuk -  http://flickeflu.com/photos/17914283@N02)


kata-kata ini dikeluarkan dari peti suara bila ada seserorang dari rakan kita yang tak percaya dengan kata-kata, cerita atau penerangan kita...

"Tak caya sudah,
Bapak kau Dollah,
Pergi sekolah hisap dadah..."

Kalau kawan kita suka cakap bohong atau suka tipu2 kita...lagu ini sesuai untuk ditujukan pada rakan kita tue...

"Tipu dosa,
Mati seksa,
Masuk neraka"...


Bait lagenda ini dinyanyikan sewwaktu nak main kejar-kejar dengan ada 2 kumpulan iaitu kumpulan polis dan kumpulan pencuri..cara penentuannya agak hampir sama dengan cara main ram-ram rep tadi...

"Polis sentri,
One two jaga,
Polis mati,
Pencuri Jaga."


Benda ini biasanya budak pompuan main...bersandar pada pengalaman aku, budak pompuan suka betul main nyanyi lagu ini..main tepuk-tepuk tangan..aku dulu ada main gak tapi tak berapa minat sangat ...sebab itu aku lupa bait irama lengkapnya...

"Sep...sep..sep..
Mi..mi.mimi...
'A' atas,
'B' bawah,
'C' depan,
'D' belakang..."


Ini main time suka-suka...dah nama pun main..mestilah natijahnya suka kan...kalau nak lagi cool dan best, bila ketuk pintu dan beri salam kat rumah jiran dengan lafaz "asslammualaikum" dan bila tuan rumah tue keluar, sila lah nyanyi lagu ini...seingat aku yang ajar aku lagu ini adalah Mak Yus yakni pengasuh aku masa aku dok kat Taman Sri Penggaram dulu...

"Assalammualaikom,
Kom ape,
Kombat,
Bat ape,
Batman,
Man ape,
Mentol,
Tol ape,
Tolak,
Lak ape,
Laksa,
Sa ape,
Sepak,
Pak ape,
Pak cik,
Cik ape,
Cicak,
Cak ape,
Cawan,
Wan ape,
One, Two three, four, five, six, seven, eight, nine, ten."


Lagu ini sangat nostalgik, legend, klasik...aku suka lagu ini..paling suka...sebab dulunya, masa aku kecil-kecik yang teramat kecik (umur sekitar dari lahir sampai umur 4 tahun), mak aku akan nyanyikan lagu ini waktu aku nangis...peh...indah sekali...

"Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk biar ramai,
Nanti malam,
Emak upah susu,
Susu lemak manis,
santan kelapa muda,
adik jangan nangis,
Emak ada kerja..."


Bait lengkap lagu ini tak berapa aku ingat...sorry...

"Lembu patahlah tanduk,
Ceh awe kena lah tumbuk,
Uwa, uwa,uwa...,
Gedek, gedek....."


p/s: agak2 budak zaman sekarang ini main tak benda2 macam ini...nyanyi tak lagu2 indah dan menawan macam ini...ah betapa indahnya saat periode zaman kecil...semuanya indah belaka...pemikiran terasa lapang...hidup nak main dan enjoy jer...zaman kecil indah nan menawan yang takkan terlupa....terus tersemat dalam peti memori dengan status nostalgik...sekali dipongah keluar, pasti takkan terhenti liputannya penceritannya digembang-gembangkan bersama rakan sezaman dan seusia...indah dan menawan...nostalgik dan klasikal...yes...ia "akan"...bukanlah lagi "akan"..dah" jadi memang" atau "sudah"..."jadi sebuah kisah klasik untuk masa depan..."

Tiada ulasan: