Ok...cukup untuk cerita tentang Ramadhan tahun lepas. Sekarang tentang Ramadhan tahun ini plk. Diam tak diam, rupa-rupanya sudah setahun lebih gua terlibat dengan kerja-kerja mendalami dan menyelami lubuk hati masyarakat Orang Asal ini...Dari 18 pecahan suku kaum Orang Asal yang terdapat di Malaysia ini, menurut pemerhatian gua, hampir kesemuanya mempunyai sekeping hati yang mudah tersinggung dan tersentuh. Andai tersinggung, mereka ini akan merajuk serta seterusnya membawa diri jauh dari kawasan penempatan mereka dengan mulutnya bersumpah "Mati hidup balik pun, kami takkan jejak ke tanah itu lagi". Itulah antara ciri sosial yang dapat gua pelajari daripada komuniti ini yang mana lebih mementingkan "dignity" atau maruah diri.
*Geng-geng Etno gua
Tahun ni gua dah tak berdialog dengan Orang Asal tetapi gua bermonolog dengan lukisan Orang Asal yang pernah nenek moyang mereka sisipkan di dinding-dinding gua suatu ketika dahulu. Lokasi gua kali ini adalah di Lenggong yakni sebuah daerah kecil di negeri Perak yang sangat terkenal dengan jumpaan rangka masyarakat pra-sejarah yang lebih dikenali dengan nama 'Perak-Man' itu. Kerja gua adalah cuba untuk memahami makna dibalik motif lukisan tersebut. Dari apa yang gua tengok, kebanyakan lukisan mereka itu mempunyai maknanya yang tersendiri. Bukan hanya sekadar lukisan kosong. Sesuatu benda pelik yang mereka pandang dan perhati, akan mereka nukilkan di dinding-dinding gua dengan menggunakan arang. Misalnya seperti lukisan berupa kereta dan basikal. Objek-objek ini sememangnya merupakan suatu yang asing pada mereka pada era tahun 50-an dahulu. Mungkin kerana kepelikan objek itu dan rasa hairan mereka, maka objek-objek itu dilukis.
* Contoh lukisan
Tapi sayangnya, kebanyakan lukisan itu sudah pun dicemari dengan tangan-tangan kotor yang tak bertanggungjawab. Lukisan-lukisan itu kebanyakannya sudah hampir hilang terpadam kerana diconteng, ditoreh dan digores selain disebabkan aktiviti kuari batu marmar. Bahkan dinding-dinding gua itu kini pun sudah tercemar dan ternoda dengan pelbagai macam rupa tulisan dan lukisan yang langsung tiada seninya sehingga mencacatkan dan menghodohkan nilai dan ciri asal semulajadi gua tersebut. Jadi diharapkan kesedaran dapat dipupuk dan diserap di dalam setiap hati sanubari masyarakat kita agar dapat memelihara khazanah warisan negara kita.
"Saving the past for the future".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan