
Ya..Keling Bakar...Keling Bakar ni merupakan peniaga kedai runcit kat kampung Sudin. Dia selalu pakai baju pagoda putih dengan kain pelekat putih tanpa corak. Kain itu tidak disarungkan sepertimana kebanyakan orang Melayu pakai. Sebabnya Keling Bakar ini orang India...Dengar kata Keling Bakar ini memang berasal dari negeri India. Tapi dia dah masuk Islam..Memang orang India masa tu akan dipanggil sebagai Keling oleh orang Melayu...Keling Bakar tak pernah pun marah macam orang India sekarang yang akan melenteng dan sanggup berparang-parang kalau dipanggil "Keling".
Hujung kain bawah Keling Bakar, biasanya akan diangkat ke atas dan diselitkan dibahagian pinggangnya sehingga terbuka bahagian betisnya...Keling Bakar botak kepalanya...Dia fasih berbahasa Melayu...Kadang-kadang dia juga pandai cakap Jawa...Kampung Sudin memang kampung orang Jawa...Setiap petang merupakan hari yang paling disukai oleh Sudin dan Bahar...Sebabnya setiap petang, lepas mak Sudin pulang kerja, mak akan bawa Sudin dan Bahar ke kedai Keling Bakar dengan menaiki motor Suzuki RC 80cc..Setiap hari, menu jajan yang dibeli Sudin dan Bahar selalu bertukar ganti. Sudin paling gemar makan jajan perisa durian-jagung. Salah satu sebabnya kerana isi kandungannya banyak sekali jika dibandingkan dengan jajan lain. Tapi Sudin dan Bahar telah diberi peringatan oleh maknya yang diorang hanya boleh amik jajan atau cekedis yang harganya tidak lebih daripada 5o sen. Cuma kadang-kadang kalau ibu berasa murah hati, barulah Sudin dan Bahar dapat makan aiskrim 'Konetto"...
Masa tu aiskrim "Konetto" memang menjadi idaman budak-budak kecil...Bukan selalu sangat boleh makan aiskrim 'Konetto'. Mak kata aiskrim "Konetto" mahal harganya. Mak Sudin selalu kata : "Mak bukan orang kaya, duit kena kumpul dan simpan". Bila dah dapat asikrim Konetto tue, Sudin dan Bahar takkan makan terus. Malah antara mereka akan tunggu salah seorang makan dulu, barulah yang seorang lagi makan.. Tapi biasanya kedua-duanya tak mahu mengalah. Bukannya apa, apabila salah seorang sudah abis konettonya, maka yang seorang lagi tu bolehlah berasa bangga sebab konettonya belum abis dan kemudiannya bolehlah makan sambil menunjuk-nunjuk di depan yang satu lagi. Mak faham akan kerenah anak-anaknya itu..Maka bila perangai itu berlaku, mak akan cakap : " Siapa yang abiskan asikrim tu dulu, nanti makan mak akan suap nasi kepal".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan