Seperti lazimnya, banyak naskhah buku yang aku dah habis baca tapi masih tak diulas lagi. Tapi kali ini tak boleh. Aku wajib buat satu ulasan walau ringkas sekalipun ke atas novel yang baru sahaja aku khatamkan pembacaannya. Novel itu berjudul Ayah karya Andrea Hirata. Aku mulakan pembacaan novel ini pada hari semalam iaitu Jumaat bertarikh 18.3.2016 di PPAG USM. Lebih kurang sekitar 24 jam sahaja aku dapat khatamkan pembacaan ku ke atas novel yang setebal 396 muka surat ini. Semalaman aku tak tidur kerana keasyikkan membacanya. Kau boleh tersenyum sendirian, gelak terbahak-bahak malah menitik air jernih dari kelopak mata tanpa kau sedari saat membacanya. Mata kau takkan mengantuk meski kau paksakannya tidur. Jari di tangan kau seolah tak mengizinkan kau berhenti dari tetap terus menyelak helai demi helaian novel tersebut. Jiwa kau jadi penasaran jika terdetik untuk menangguhkan pembacaannya meski sekejap sahaja. Akhirnya, pada jam 4.56 pm iaitu pada tarikh 19.3.2016 aku mengkhatamkan pembacaan ku.
Aku tak nak ulas panjang-panjang. Cuma novel ini aku sarankan dibaca oleh para lelaki yang kecundang dalam percintaan. Hahahaha...Macam lagu sentuhan kecundang pulak yang mana menurut Wandy ia merupakan lagu kegemaran Nik. Bila aku menung-menungkan balik kata-kata Wandy ini ada jugak kebenarannya sebab aku teringat yang Nik pernah mendendangkan lagu ini masa berkaraoke dulu.
Kalau kau rasa kau manusia gagal, sial dan malang dalam percintaan, percaya dan yakinlah bahawa masih ada lagi yang jauh lebih sial dan malang dalam kisah kehidupan cinta mereka. Macam Sabari misalnya.
Tahukah kalian, hidup ini kadang memang tidak adil. Kejam dalam kata lebih tragisnya. Tapi dalam masa yang sama ada juga hal yang pelik dan menghairankan dalam hidup ini. Macam Sabari yang ku katakan tadi. Sabari itu dalam hidupnya hanya punya satu cinta, hanya satu!, tidak dua tiga apatah lagi empat. Hanya satu!. Marlena namanya. Tapi ironinya, bagi Marlena pula, Sabari itulah manusia yang paling dibencinya sekali di dunia ini. Ah, ironi sekali bukan bahkan tragis yang maha kejam. Hidup ini memang dipenuhi orang yang kita inginkan, tetapi tak menginginkan kita. Tapi ajaibnya, Sabari itu tetap sahaja tersenyum.
Hingga hujung akhir hayatnya Sabari, hanya Marlena sahaja cinta hatinya yang dipanggilnya wanita itu sebagai "Purnama Kedua Belas" semenjak di zaman sekolah lagi. Tulusnya cinta Sabari pada Marlena itu dibawanya sampai mati sehingga di pusaranya turut diukir bait puisi yang pernah dilafazkannya khusus buat Marlena sewaktu Hari Perpisahan Akhir Sekolah SMA. Bait puisi yang terukir di pusara Sabari itu berbunyi: "Biarkan aku mati dalam keharuman cintamu". Begitulah kisah cinta agong milik sosok yang bernama Sabari. Setia yang tak tertanggung-tanggung dan berbelah bahagi. Setia yang jelas, lurus dan nyata.
Usai habis aku khatam novel ini, aku langsung termenung dan terfikir dalam-dalam, macam mana ada manusia di dunia ini yang meninggalkan cinta hatinya pertama dan menikah pula dengan cinta hatinya yang baru sedangkan dalam pada masa yang sama dia tidak bisa dan mampu melupakan cinta hatinya yang pertama. Bagaimana nurani dan perasaannya menempuh perjalanan hidupnya selepas menikah sehingga akhir hayatnya?. Argh, suatu hal yang sangat abstrak untuk dijawab!.