Raya aidilfitri untuk kali ke 28 tahun dalam hidup aku. Raya kali ini untuk setakat ini merupakan raya yang paling sukar untuk aku gambarkan. Cakap mudahnya ia tak best.
Aku balik raya masa hari jumaat. Lepas buka puasa kat masjid USM. Celakanya, aku tak boleh nak balik raya dengan senang dan tenang hati. Sejujurnya, meski aku sudah di kampung, tapi risau otak aku masih di Penang. Sebabnya, masa hari Jumaat sebelum nak balik raya, aku ingatkan aku boleh bereskan kerja aku
dengan lancar dan pulang ke kampung dengan senang hatinya. Tapi hal itu tak terjadi. Disebabkan cuma kecuaian, kerja tersebut tak dapat dibereskan dengan lancar. Dan sepanjang perjalanan pulang ke kampung, hati, jiwa, perasaan, otak,minda dalaman dll aku segalanya tak tenang. Sampai aku terfikir tak nak balik raya sebab kerja yang sebenarnya mudah sahaja tapi disebabkan kecuaian, ianya menganggu perasaan hari raya aku. Dah malas nak fikir.
Raya tahun nie memang mengecewakan. Tak ada ketupat. Cuma yang ada nasi impit. Sebabnya, tak ada siapa yang nak mengerjakannya. Pak Ngah aku datang raya pertama. Cik Joe raya pertama. Cik Na tak balik tahun nie sebab sakit. Pak Long sampai raya ketiga. Aku pula tak berapa nak larat sangat buat kerja berat sebab keadaan lutut aku masih belum sepenuhnya megizinkan. Jadinya, malam raya dan malam pertama aku hanya kami sekeluarga sahaja tanpa kehadiran keluarga pak cik dan makcik aku seperti raya sebelumnya.
Tahun ini tema baju raya aku sekeluarga warna hijau...tapi bukanlah hijau yang seragam. ada yang hijau cerah dan ada yang hijau gelap. Raya tahun nie jugak tak solat raya kat masjid kampung aku. Tapi solat kat markaz PAS Sungai Tongkang. Entahlah, aku malas nak komen banyak2. Dahlah khutbah raya dia macam
haram...macam sampah...Hari raya pun nak dok sibuk berpolitik ker. PERSETAN SAMA PAS, UMNO, PKR, DAP, MIC, MCA dll, apatah lagi sama PERKASA,PERKIDA, HINDRAF dll...Semua macam haram...macam sampah...macam kelompok tak ada akal...tak ada otak...
Malam raya dan hari raya berikutnya,aku hanya dok memerap kat rumah...tolong ibu aku masak, basuh pinggan dan kemas rumah...Raya tahun nie pun aku tak pergi marhaban...Alasan lutut aku tak berapa
nak baik lagi (sebenarnya hanya alasan aku jer...hakikat sebenarnya aku malas)..Tak ada dah aktiviti bersembang dan melepak bersama rakan di malam raya...Fuck...Semua dah kawin...Tapi petang tadi Ikan ada call ajak lepak..Jadi adalah jugak benda nak buat. Tapi cuma aku ngn ikan jer lah...Addin tahun nie raya kat kampung bini dia kat Kedah...Kenshi kat kampung bini dia dan esok dah nak balik Sabah...
Dah aku malas nak coret banyak2...Kesimpulan mudah yang aku boleh buat, RAYA KALI KE 28 TAHUN NIE MACAM HARAM, MENGECEWAKAN, MENYAKITKAN...Hanya kata sabar sahaja yang dapat diungkapkan bagi menghadapi segala macam situasi menyedihkan macam ini...
Aku rindu riuh-rendah,hiruk-pikuk, huru-hara raya seperti mana yang pernah aku rasai sebelum ini...
Aku ingat nak pergi kubur arwah nyayi (atuk) aku dan nak seru roh dia balik ke rumah...agar meriah dan pengisian raya itu hidup dan punya makna kembali...