* Filem pendek Ada Apa Dengan Cinta (2014)
Jumaat, 29 April 2016
Filem Ada Apa Dengan Cinta (2002)
* Aku titipkan filem Ada Apa Dengan Cinta tahun 2002 (14 tahun yang lalu)
FILEM ADA APA DENGAN CINTA 2
Rangga & Chenta
Ada Apa Dengan Cinta 2. Aku baru balik menonton filem ini. Menonton bersama Megat, Man dan Asang. Jiwang karat?. Tak!. Kau silap kalau beranggapan begitu!. Rata-rata yang menonton Ada Apa Dengan Cinta 2(AADC2) ini adalah insan-insan yang membesar dengan Ada Apa Dengan Cinta (AADC) yang ditayangkan pada sekitar 14 tahun yang lalu. AADC yang 14 tahun yang lalu, bukan hanya berkisarkan pada cinta sahaja. Ia lebih dari itu. Jangan dinilai dari tajuknya yang memang secara jelasnya membawa pada konotasi jiwang karat dalam cakap mudah. Cukup aku katakan karya AKU dari Chairil Anwar yang dipaparkan dalam AADC. Ia sudah cukup untuk mengatakan bahawa AADC bukan setakat cerita cinta sampah dan murahan.
Walaubagaimanapun, harapan dan anggapan aku pada kemunculan semula AADC 2 ini tidaklah seperti yang aku harapkan sebelum aku duduk di bangku panggung. Kenapa?. Pertamanya aku mengharapkan watak Chenta menerusi lakonan Dian Sastrowodoyo itu dimunculkan buat pertama kalinya di layar panggung dalam keadaan dan situasi yang berkonsepkan "mengejutkan" dan para penonton "ternanti-nantikan kemunculan beliau". Tapi hal itu tidak terjadi. Chenta ditampilkan secara mudah dan ringkas atau literal di awal penceritaan. Sedangkan Chenta itu peran yang dinanti-nantikan setelah 14 tahun watak itu tidak kelihatan. Ah, sayang sekali.
Kedua, dalam AADC2 ini tiada tokoh realiti istimewa yang diangkatkan ataupun dijadikan ikon atau trademark dalam cerita ini. Tidak seperti AADC yang mengangkat Chairil Anwar menerusi karyanya yang berjudul AKU itu. Walau Rangga ada menyebut nama seorang pemuisi luar yang aku lupa namanya dan kemunculan seniman bernama Eko Nugroho yang disukai Chenta, namun itu belum
cukup ampuh untuk menjadikan AADC2 ini setanding dengan AADC. Hal ini seterusnya barangkali boleh menjerat dan memerangkap AADC2 dalam lingkungan cerita yang hanya berkisarkan sejauhmana pengakhiran misteri cinta Rangga dan Chenta (Dan sememangnya itulah motif filem AADC2). Mungkin tokoh realis yang ditampilkan untuk AAD2 kali ini lebih merupakan seniman yang bercorak "fine art" dan agak kurang yang bersifat sastera tulisan, maka atas sebab itu tokoh
realis itu agak kurang menonjol sosoknya dalam AADC2. Tapi aku mengharapkan ada sedikit tokoh berjiwa rebel sebagai selingan dalam AADC2 agar ianya tidak dianggap sebagai hanya kisah cinta Rangga dan Chenta semata yang mana akhirnya akan menjebakkan aku dalam menonton filem cerita yang berkonsepkan cinta semata. Aku perlukan cukup hanya sedikit elemen yang bersifat "kekeluaran" daripada konteks cinta agar aku tidak dicop atau dilabel sebagai "mamat jiwang karat". Dan sekali lagi hal itu tidak terjadi.
Ketiga,menurut aku, puisi adalah antara elemen penting yang menguatkan filem AADC yang dahulu. Terutamanya menerusi watak Rangga. Hal itu masih cuba dikekalkan dalam AADC2. Tapi yang mengecewakan aku, puisi yang ditampilkan dalam AADC2 ini sifatnya terlalu lurus, linear dan literal. Kurang metafora dan nuansa dari gaya bahasa, susunan bahasa. Seharusnya bila watak Rangga itu sudah menginjak dewasa malah sudah menjadi penulis dalam sebuah majala di New York, maka sepatutnya puisi yang ditampilkan itu lebih matang, non literal, non linear, penuh metafora dan abstrud sifatnya. Atau dalam kata mudahnya, tidak punya "kick". Tidak seperti dalam AADC, puisi yang ditampilkan menerusi Rangga dan Chenta itu bahkan jauh lebih matang sedangkan dalam AADC itu latar peristiwanya adalah zaman sekolah. Harusnya puisi AADC2 itu jauh lebih mengancam dan menggetarkan jiwa dari puisi AADC. Dan itu tidak terjadi sekali lagi. Bahkan surat puisi yang diberikan Rangga kepada Chenta pada saat akhir pertemuan di Jogjakarta itu juga menghampakan. Sedangkan penonton seperti aku ini ternanti-nanti apakah isi puisi yang diberikan Rangga kepada Chenta dengan penuh debaran. Lebih-lebih lagi dengan permintaan Rangga yang menghalang Chenta dari membaca langsung puisi itu disaat pertemuan singkat itu masih berlangsung. Dan debaran itu ternyata menurut aku tidak berbaloi dengan kualiti puisi yang ditampilkan dalam AADC2. Cis, mengecewakan.
Keempat, dari segi dialog. Dialog juga tidak cukup mantap. Maksudnya, kurang kata dialog yang bersifat falsafah ringkas dan mudah iaitu dialog yang dilontarkan dalam bahasa ringkas dan pendek tapi mengesankan. Mujur bahasa badan dalam konteks bahasa filem antara Rangga dan Chenta itu bagus dan tidak kaku. Ia bukan suatu masalah bagi Rangga lakonan Nicholas Sapurta dan Chenta lakonan Dian Sastrowodoyo kerana 2 insan ini merupakan pelakon berbakat.Selain itu mujur ada watak Milly yang sedikit sebanyak tidak membosankan penonton dengan soalan-soalan dan jawapan yang bersifat naif sesuai dengan karekternya.
Kelima, sepertimana menurut Megat dan Asang, filem AADC2 ini seolah-olahnya mahu mempromosi Jogjakarta yakni antara latar tempat yang mengambil sebahagian besar dalam pengambaraan filem ini.
Keenam, pengakhiran cerita yang juga tidak cukup "kick" dan kurang mengesankan. Ianya terlalu mudah disudahkan walhal suatu konflik baru seolah mahu cuba dicetuskan saat Chenta melihat Rangga sedang berpelukan dengan pekerja kedai kopinya di New York setelah Chenta seperti bersusah payah ke New York untuk menemui semula Rangga. Tapi permulaan konflik itu dibunuh dengan penyelesaian yang cukup mudah dan bersahaja. Bukankah ini filem epik yang menemukan kembali lagenda Rangga dan Chenta setelah ia dinanti-nantikan penonton untuk tempoh 14 tahun. Kenapa epik cinta antara 2 lagenda ini bagi remaja yang membesar sekitar tahun 90-an diakhiri dengan penamatan yang mudah sekali!?.
Ketujuh, tiada ost dalam bilangan yang banyak dan mengesankan jiwa sepertimana ost dalam AADC dahulu yang dihasilkan oleh Melly Goeslow.
Kelapan, ini bukan menurut aku tapi menurut mungkin kebanyakan penonton iaitu kenapa adegan Rangga dan Chenta bercumbuan menahan beban rindu perlu dipotong dalam tayangan panggung wayang di Malaysia?. Kalau menurut aku itu, ia bukan isu besar sangat pun dan tak lah mengecewakan aku sangat. Lainlah pemotongan babak mencium itu melibatkan aksi cium mulut antara Aku dan Dian Sastrowodoyo. Itu sudah pastinya perlu sangat dikecewakan. Kah, Kah, Kah.
Apapun, walau filem AADC2 ini tidak memenuhi harapan aku sepenuhnya (mungkin tinggi sangat kot harapan aku kat filem AADC2 ini), tapi filem ini masih lagi SANGAT berbaloi untuk ditonton. Sesuai bagi yang mahu bermelankolia masa remaja lebih-lebih lagi bagi yang pernah menonton AADC pada 14 tahun yang lalu.
Dan dalam pada masa yang sama, filem ini tidak sesuai untuk mamat-mamat yang jenis pakai baju batik, pakai songkok hitam, pakai tali leher, pakai kasut kulit muncung panjang, pakai baju kemeja masuk dalam seluar slack yang kain licin tu ditambah jenis lelaki yang suka selfie (kau boleh faham benda ini menerusi kata dialog Rangga sewaktu memberikan definisi tentang perbezaan antara mengembara dengan bercuti atau melancong). Serius lebih baik kau jangan tengok. Kalau dapat tahu ke si Rangga yang laki-laki jenis ini tengok AADC2, mahu menangis si Rangga dibuatnya. Seolah-olahnya AADC ini telah tercemar dengan najis kehinaan. Mamat jenis macam ini seperti watak Trian dalam AADC2.
Maka dengan itu, datanglah ke pawagam dan tontonlah filem ini.
Buku AKU tentang Chairil Anwar. Kaset OST AADC lama yang masih lagi ada dalam simpanan aku. Aku beli kaset ini masa tingkatan 4 di Kedai Kaset Radin dekat bus stesen Batu Pahat.
p/s: Benar kata Rangga tentang Chenta iaitu: "Baru sekali itu aku melihat karya syurga dari mata seorang hawa".
Dan aku dahulunya cukup senang melihat mata si dia yang bulat belolok itu. Cukup indah mata itu. Dan aku rindu bukan sahaja untuk melihat bebola mata indah itu lagi bahkan jika punya kesempatan yang menurutku agak mustahil, akan aku tenung sedalam-dalamnya sehingga menembusi retina matanya. Ah, itu pun jika punya kesempatan kedua!.
Labels:
aku,
Allah Maha Kuasa,
apa2aje,
coretan emosi,
Dia,
filem,
Ilmiah,
info,
jiwang,
Kisah Silam,
metafora,
nukilan jiwa,
puisi,
sudut pendapat,
tokoh,
Ulasan Buku
Sabtu, 19 Mac 2016
AYAH : ANDREA HIRATA
Seperti lazimnya, banyak naskhah buku yang aku dah habis baca tapi masih tak diulas lagi. Tapi kali ini tak boleh. Aku wajib buat satu ulasan walau ringkas sekalipun ke atas novel yang baru sahaja aku khatamkan pembacaannya. Novel itu berjudul Ayah karya Andrea Hirata. Aku mulakan pembacaan novel ini pada hari semalam iaitu Jumaat bertarikh 18.3.2016 di PPAG USM. Lebih kurang sekitar 24 jam sahaja aku dapat khatamkan pembacaan ku ke atas novel yang setebal 396 muka surat ini. Semalaman aku tak tidur kerana keasyikkan membacanya. Kau boleh tersenyum sendirian, gelak terbahak-bahak malah menitik air jernih dari kelopak mata tanpa kau sedari saat membacanya. Mata kau takkan mengantuk meski kau paksakannya tidur. Jari di tangan kau seolah tak mengizinkan kau berhenti dari tetap terus menyelak helai demi helaian novel tersebut. Jiwa kau jadi penasaran jika terdetik untuk menangguhkan pembacaannya meski sekejap sahaja. Akhirnya, pada jam 4.56 pm iaitu pada tarikh 19.3.2016 aku mengkhatamkan pembacaan ku.
Aku tak nak ulas panjang-panjang. Cuma novel ini aku sarankan dibaca oleh para lelaki yang kecundang dalam percintaan. Hahahaha...Macam lagu sentuhan kecundang pulak yang mana menurut Wandy ia merupakan lagu kegemaran Nik. Bila aku menung-menungkan balik kata-kata Wandy ini ada jugak kebenarannya sebab aku teringat yang Nik pernah mendendangkan lagu ini masa berkaraoke dulu.
Kalau kau rasa kau manusia gagal, sial dan malang dalam percintaan, percaya dan yakinlah bahawa masih ada lagi yang jauh lebih sial dan malang dalam kisah kehidupan cinta mereka. Macam Sabari misalnya.
Tahukah kalian, hidup ini kadang memang tidak adil. Kejam dalam kata lebih tragisnya. Tapi dalam masa yang sama ada juga hal yang pelik dan menghairankan dalam hidup ini. Macam Sabari yang ku katakan tadi. Sabari itu dalam hidupnya hanya punya satu cinta, hanya satu!, tidak dua tiga apatah lagi empat. Hanya satu!. Marlena namanya. Tapi ironinya, bagi Marlena pula, Sabari itulah manusia yang paling dibencinya sekali di dunia ini. Ah, ironi sekali bukan bahkan tragis yang maha kejam. Hidup ini memang dipenuhi orang yang kita inginkan, tetapi tak menginginkan kita. Tapi ajaibnya, Sabari itu tetap sahaja tersenyum.
Hingga hujung akhir hayatnya Sabari, hanya Marlena sahaja cinta hatinya yang dipanggilnya wanita itu sebagai "Purnama Kedua Belas" semenjak di zaman sekolah lagi. Tulusnya cinta Sabari pada Marlena itu dibawanya sampai mati sehingga di pusaranya turut diukir bait puisi yang pernah dilafazkannya khusus buat Marlena sewaktu Hari Perpisahan Akhir Sekolah SMA. Bait puisi yang terukir di pusara Sabari itu berbunyi: "Biarkan aku mati dalam keharuman cintamu". Begitulah kisah cinta agong milik sosok yang bernama Sabari. Setia yang tak tertanggung-tanggung dan berbelah bahagi. Setia yang jelas, lurus dan nyata.
Usai habis aku khatam novel ini, aku langsung termenung dan terfikir dalam-dalam, macam mana ada manusia di dunia ini yang meninggalkan cinta hatinya pertama dan menikah pula dengan cinta hatinya yang baru sedangkan dalam pada masa yang sama dia tidak bisa dan mampu melupakan cinta hatinya yang pertama. Bagaimana nurani dan perasaannya menempuh perjalanan hidupnya selepas menikah sehingga akhir hayatnya?. Argh, suatu hal yang sangat abstrak untuk dijawab!.
Labels:
aku,
apa2aje,
coretan emosi,
Ilmiah,
jiwang,
Kisah Silam,
metafora,
nakama,
nukilan jiwa,
puisi,
sudut pendapat,
tokoh,
Ulasan Buku
FEUDAL
Kasta,
Strata,
Hierarki,
Stratifikasi,
Susun Lapis,
Tingkat Sosial,
Ini semua adalah
FEUDALISME
Rabu, 18 November 2015
Jumaat, 13 November 2015
Selasa, 25 Ogos 2015
Selamat Beromen Kawan
SELAMAT BEROMEN AZHAR
Terima kasih atas momen2 yang kita kongsi selama ini. Antara momen indah misalnya seperti:
- Berdua-duaan di malam tahun baru sambil melihat percikan bunga api yang indah di atas bukit school HBP sebab tak balik cuti tahun baru.
- Ajar aku guna perisian Adobe Photoshop masa zaman buat zine Sembang Bebas dulu.
-Tak pernah kedekut untuk bagi guna PC kau yang power tue dan motor EX5 kau yang panjang bentuk saiznya tue.
-Terima kasih sebab kenalkan aku dengan bengkel moto dekat Sungai Dua untuk tujuan servis motor.
- Terima kasih untuk downloadkan cerita kartun dan movie2 best yang diminta. Giant Killing misalnya.
- Terima kasih untuk folder "takungan air mani".
- Terima kasih sebab kasi tumpang bilik kat Bakti Permai masa zaman aku merempat dulu.
- Momen mandi tepi pantai sampai gatal2 badan masa temankan abg Khairi memancing. Dengar katanya menurut Badek, air pantai tue tercemar dengan najis babi.
- Momen tengok bola bersama. Mamat nie satu geng dengan Wandy, Nik, Kamisan, Abun sebab penyokong Liverpool.
- Tak pernah kedekut bila aku pow rokok Winston.
- Momen join tournament futsal bersama. Kau memang penjaga gol futsal yang power dengan gaya dress up dan aksi terbang2 kau. Tapi persoalannya, kenapa tetap kalah jugak. Hahahaha..
- Momen makan ikan pari bakar masa berbuka puasa kat rumah kau.
- Momen buat video "taubat sebelum ajal" bersama2 dengan Nik. Lakonan yang serupa celaka.
- Terima kasih sebab jadi donator power anime2 kat web Syok.org yang mana manfaatnya untuk seluruh rakyat Malaysia.
- Momen pe'el kau suka sodok kaki orang bila tidur sekatil dengan kau. Sekali tue jelah aku tidur sekatil dengan kau masa kat Bakti Permai. Lepas tue, aku lebih rela tidur atas lantai kosong dari tidur sekatil dengan kau. Jujur aku cakap, masa tue aku ingat kau nie kaum Nabi Lut. Dan hal yang sama kau buat lagi masa aku tidur beramai2 dengan budak2 nie kat bilik Wandy dan Nik kat desasiswa Restu. Kau punya perseteruan dalam hal tidur antara kau dengan Mirul, last2 aku yang jadi mangsanya. Sampai aku terhambat tertidur kat bawah meja. Celaka punya Azhar dan Mirul.
- Suka dengar keluhan kau yang ikhlas tue dengan perkataan "Aduh" dengan nada keluhan yang tersendiri. "Aduh..aduuhhhhh"......lebih-lebih lagi bila keluhan itu dihasilkan kesan daripada setelah mendengar nasihat yang macam haram daripada ucop.
Kawan yang punyai sifat tidak pernah menghampakan permintaan dan harapan kawan2. Cuba berusaha segala yang boleh untuk memenuhi segala permintaan dan harapan kawan2. Suka tolong kawan2. Pemurah dan jenis tak kedekut serta bersifat rendah diri dengan gaya dan cara yang tersendiri. Apapun, selamat pengantin baru Azhar.
p/s: Celakanya setelah penat menunggu, Misbun tetap tak datang dengan alasan yang agak celaka. Kawan-kawan rindukan kau lah Misbun.
Isnin, 24 Ogos 2015
Hahahaha.
And I wanna believe you,
When you tell me that it'll be ok,
Ya I try to believe you,
But I don't
When you say that it's gonna be,
It always turns out to be a different way.
p/s: Aku percaya yang seperti inilah si dia rasakan dan pendam selama bersama aku dahulu.
Banyak hal yang tak pernah jadi. Banyak janji yang tak tertunai.
Apa yang mampu aku katakan hanya satu kata; MAAF.
Kata murahan untuk menutup segala kesilapan.
Hahahaha.
Coldplay - Yellow
p/s: hahahaha...walau hanya kilasan pandangan tanpa tatapan penuh....
ianya sudah cukup dan memadai....
Labels:
Dia,
gambar bergerak,
metafora,
nukilan jiwa,
puisi
Langgan:
Catatan (Atom)








