Sabtu, 19 Mac 2016

AYAH : ANDREA HIRATA







Seperti lazimnya, banyak naskhah buku yang aku dah habis baca tapi masih tak diulas lagi.  Tapi kali ini tak boleh. Aku wajib buat satu ulasan walau ringkas sekalipun ke atas novel yang baru sahaja aku khatamkan pembacaannya.  Novel itu berjudul Ayah karya Andrea Hirata.  Aku mulakan pembacaan novel ini pada hari semalam iaitu Jumaat bertarikh 18.3.2016 di PPAG USM.  Lebih kurang sekitar 24 jam sahaja aku dapat khatamkan pembacaan ku ke atas novel yang setebal 396 muka surat ini.  Semalaman aku tak tidur kerana keasyikkan membacanya.  Kau boleh tersenyum sendirian, gelak terbahak-bahak malah menitik air jernih dari kelopak mata tanpa kau sedari saat membacanya.  Mata kau takkan mengantuk meski kau paksakannya tidur.  Jari di tangan kau seolah tak mengizinkan kau berhenti dari tetap terus menyelak helai demi helaian novel tersebut.  Jiwa kau jadi penasaran jika terdetik untuk menangguhkan pembacaannya meski sekejap sahaja. Akhirnya, pada jam 4.56 pm iaitu pada tarikh 19.3.2016 aku mengkhatamkan pembacaan ku.

Aku tak nak ulas panjang-panjang.  Cuma novel ini aku sarankan dibaca oleh para lelaki yang kecundang dalam percintaan.  Hahahaha...Macam lagu sentuhan kecundang pulak yang mana menurut Wandy ia merupakan lagu kegemaran Nik.  Bila aku menung-menungkan balik kata-kata Wandy ini ada jugak kebenarannya sebab aku teringat yang Nik pernah mendendangkan lagu ini masa berkaraoke dulu.

Kalau kau rasa kau manusia gagal, sial dan malang dalam percintaan, percaya dan yakinlah bahawa masih ada lagi yang jauh lebih sial dan malang dalam kisah kehidupan cinta mereka. Macam Sabari misalnya.

Tahukah kalian, hidup ini kadang memang tidak adil. Kejam dalam kata lebih tragisnya.  Tapi dalam masa yang sama ada juga hal yang pelik dan menghairankan dalam hidup ini. Macam Sabari yang ku katakan tadi.  Sabari itu dalam hidupnya hanya punya satu cinta, hanya satu!, tidak dua tiga apatah lagi empat. Hanya satu!. Marlena namanya. Tapi ironinya, bagi Marlena pula, Sabari itulah manusia yang paling dibencinya sekali di dunia ini. Ah, ironi sekali bukan bahkan tragis yang maha kejam. Hidup ini memang dipenuhi orang yang kita inginkan, tetapi tak menginginkan kita. Tapi ajaibnya, Sabari itu tetap sahaja tersenyum.


Hingga hujung akhir hayatnya Sabari, hanya Marlena sahaja cinta hatinya yang dipanggilnya wanita itu sebagai "Purnama Kedua Belas" semenjak di zaman sekolah lagi.  Tulusnya cinta Sabari pada Marlena itu dibawanya sampai mati sehingga di pusaranya turut diukir bait puisi yang pernah dilafazkannya khusus buat Marlena sewaktu Hari Perpisahan Akhir Sekolah SMA. Bait puisi yang terukir di pusara Sabari itu berbunyi: "Biarkan aku mati dalam keharuman cintamu".  Begitulah kisah cinta agong milik sosok yang bernama Sabari.  Setia yang tak tertanggung-tanggung dan berbelah bahagi.  Setia yang jelas, lurus dan nyata.


Usai habis aku khatam novel ini, aku langsung termenung dan terfikir dalam-dalam, macam mana ada manusia di dunia ini yang meninggalkan cinta hatinya pertama dan menikah pula dengan cinta hatinya yang baru sedangkan dalam pada masa yang sama dia tidak bisa dan mampu melupakan cinta hatinya yang pertama.  Bagaimana nurani dan perasaannya menempuh perjalanan hidupnya selepas menikah sehingga akhir hayatnya?. Argh, suatu hal yang sangat abstrak untuk dijawab!.









FEUDAL






Kasta,
Strata,
Hierarki,
Stratifikasi,
Susun Lapis,
Tingkat Sosial,
Ini semua adalah
FEUDALISME




Rabu, 18 November 2015

TAHNIAH GURU







SALAM TAHNIAH BUAT GURU

DR. HAMID MOHD ISA



Jumaat, 13 November 2015

2008-2015








2008-2015

Menanti keajaiban yang mustahil.





Selasa, 25 Ogos 2015

Selamat Beromen Kawan











SELAMAT BEROMEN AZHAR

Terima kasih atas momen2 yang kita kongsi selama ini. Antara momen indah misalnya seperti:

- Berdua-duaan di malam tahun baru sambil melihat percikan bunga api yang indah di atas bukit school HBP sebab tak balik cuti tahun baru.
- Ajar aku guna perisian Adobe Photoshop masa zaman buat zine Sembang Bebas dulu.
-Tak pernah kedekut untuk bagi guna PC kau yang power tue dan motor EX5 kau yang panjang bentuk saiznya tue.
-Terima kasih sebab kenalkan aku dengan bengkel moto dekat Sungai Dua untuk tujuan servis motor.
- Terima kasih untuk downloadkan cerita kartun dan movie2 best yang diminta. Giant Killing misalnya.
- Terima kasih untuk folder "takungan air mani".
- Terima kasih sebab kasi tumpang bilik kat Bakti Permai masa zaman aku merempat dulu.
- Momen mandi tepi pantai sampai gatal2 badan masa temankan abg Khairi memancing.  Dengar katanya menurut Badek, air pantai tue tercemar dengan najis babi.
- Momen tengok bola bersama. Mamat nie satu geng dengan Wandy, Nik, Kamisan, Abun sebab penyokong Liverpool.
- Tak pernah kedekut bila aku pow rokok Winston.
- Momen join tournament futsal bersama. Kau memang penjaga gol futsal yang power dengan gaya dress up dan aksi terbang2 kau. Tapi persoalannya, kenapa tetap kalah jugak. Hahahaha..
- Momen makan ikan pari bakar masa berbuka puasa kat rumah kau.
- Momen buat video "taubat sebelum ajal" bersama2 dengan Nik. Lakonan yang serupa celaka.
- Terima kasih sebab jadi donator power anime2 kat web Syok.org yang mana manfaatnya untuk seluruh rakyat Malaysia.
- Momen pe'el kau suka sodok kaki orang bila tidur sekatil dengan kau.  Sekali tue jelah aku tidur sekatil dengan kau masa kat Bakti Permai. Lepas tue, aku lebih rela tidur atas lantai kosong dari tidur sekatil dengan kau.  Jujur aku cakap, masa tue aku ingat kau nie kaum Nabi Lut. Dan hal yang sama kau buat lagi masa aku tidur beramai2 dengan budak2 nie kat bilik Wandy dan Nik kat desasiswa Restu. Kau punya perseteruan dalam hal tidur antara kau dengan Mirul, last2 aku yang jadi mangsanya.  Sampai aku terhambat tertidur kat bawah meja. Celaka punya Azhar dan Mirul.
- Suka dengar keluhan kau yang ikhlas tue dengan perkataan "Aduh" dengan nada keluhan yang tersendiri. "Aduh..aduuhhhhh"......lebih-lebih lagi bila keluhan itu dihasilkan kesan daripada setelah mendengar nasihat yang macam haram daripada ucop.


Kawan yang punyai sifat tidak pernah menghampakan permintaan dan harapan kawan2. Cuba berusaha segala yang boleh untuk memenuhi segala permintaan dan harapan kawan2. Suka tolong kawan2.  Pemurah dan jenis tak kedekut serta bersifat rendah diri dengan gaya dan cara yang tersendiri. Apapun, selamat pengantin baru Azhar.



p/s: Celakanya setelah penat menunggu, Misbun tetap tak datang dengan alasan yang agak celaka. Kawan-kawan rindukan kau lah Misbun.






Isnin, 24 Ogos 2015

Hahahaha.







And I wanna believe you,
When you tell me that it'll be ok,
Ya I try to believe you,
But I don't

When you say that it's gonna be,
It always turns out to be a different way.


p/s: Aku percaya yang seperti inilah si dia rasakan dan pendam selama bersama aku dahulu. 
Banyak hal yang tak pernah jadi. Banyak janji yang tak tertunai. 
Apa yang mampu aku katakan hanya satu kata; MAAF. 
Kata murahan untuk menutup segala kesilapan. 
Hahahaha.





Coldplay - Yellow








p/s: hahahaha...walau hanya kilasan pandangan tanpa tatapan penuh....
ianya sudah cukup dan memadai....




..... ........ ...........





Semoga bahagia dan sukses dalam segalanya




Rabu, 8 Julai 2015

Padam






The more I try erase you,
The more, the more,
The more that you appear!.






Isnin, 6 Julai 2015

Radiohead - Creep










You're so fucking special,
I wish I was special...
But 
I'm a creep, 
I'm a weirdo.