Rabu, 31 Julai 2013

KAMELIA




"Inginku berlari 
Mengejar seribu bayanganmu
Kamelia"
(Kamelia 1980 Sweet Charity)



"Indahnya hari itu
Mengejar bayangan wajahmu
Apakah aku lupa
Kamelia telah tiada
Kamelia telah tiada"
( Sejuta Wajah 1981 Sweet Charity)





Kamelia....
Roh tak berjasad tue,
Gemar ia mempermain,
Memperolok,
Seketul hati yang tak berdaya...


Kamelia...
Tiadakah kau kasihan...
Tiadakah kau punya rasa simpati...


Dia itu sudah mahu hampir mati...
Mujurlah mati bukan ditangannya...
Mujurlah mati itu ditangan Tuhan...
Kalau tak sudah lama dia mati...

Kamelia...
Kini dia sudah separuh sedar...
Separuh khayal...
Separuh gila yang sebenarnya...

Wahai Kamelia,
Si roh tak berjasad...
Datanglah padanya...
Kunjungilah hari-harinya...
Indahkanlah setiap sedutan nafasnya...

Dia mendambakanmu Kamelia...
Datanglah pada setiap tidurnya...
Manjailah ia dalam mimpinya...
Sekurang-kurangnya dia punya rasa kehidupan...
Meski hanya di alam mimpi....



Kamelia....antara lagu keramat Ramli Sarip bersama band Sweet Charity...Peh...selamatlah ejaan perkataannya adalah 'KAMELIA", bukan "CAMELIA"...Kalau "Camelia" itu macam nampak ia agak gengge, terhegeh-hegeh, jenis tak sedar diri...suka perasan...jenis lupa asal...jenis malu dengan usul..promosi diri sendiri nak berlagak urban meski asalnya dari pedalaman tak tahu tempat...jenis Melayu nak jadi omputih...jenis yang kaler rambut kuning2tue...Tapi bila ia dieja dengan perkataan 'KAMELIA"...nampak ada lenggok seksi Melayunya...ada rasa berahi bila terdengar sebutannya...ada rasa nak tahu apa dan siapa itu "KAMELIA" bila ternampak tulisan perkataan ini...KAMELIA...suatu kata yang menggambarkan baju kurung Kedah yang berlengan sedikit singkat dengan hiasan corak bunga-bunga kecil padanya bersama kain batik coklat di bahagian bawahnya... juga kain batik coklat yang dijadikan kerubung kepala.....Oh KAMELIA...kau bisa buat sang arjuna jadi hampir mati separuh gila tau tak...Kamelia kau tau tak yang Ramli Sarip tue sampai berkata "tak pedulikan ku terjang, biarpun harus ku tembus, padang lalang"....semata2 nak cari...nak kejar kau Kamelia....KAMELIA...perkataan ini memang klasikal...nostalgikal....dan akhirnya jadi legend....Ini memang tebal, asli dan kuat Melayunya...


p/s : Selain istilah Kamelia, gua suka dan jatuh cinta dengan istilah Orkid....Mawar dengan Ros pada zamannya (masa zaman Kesultanan Melayu Lama dulu lah) dah sangat mainstream skit...tak rare sangat...tapi Orkid pada aku tak mainstream lagi...ia rare...bunyi Orkid nie nak macam ke moden...nak macam ker canggih...tapi tak sampai ke moden dan canggih tue...tak tahu kenapa...

alahai kalau lah tetiba aku terdengar ayat nie "Bapak, bila nak bawa Orkid pergi tengok bola kat stadium"....aduh...macam nak mengembang besar plk hati aku...sebab gembira sangat...nie dah banyak sangat berkhayal nie...hahahahaha....




........................................


Saidina Abu Bakar R.A.




Islam agama yang syumul...agama yang sifatnya universal...menjangkui batasan sempadan negara, tidak mengira warna kulit, darah dan nasab keturunan...Ia adalah agama rahmat milik sesiapa sahaja yang mahu mengenali, mendalami dan menghayatinya...Dalam erti kata yang lain, Islam adalah agama yang sempurna...Ini sudah dikalamkan Tuhan dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang mana mahfum ayatnya bermaksud : 


"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Ku cukupkan kepada kalian nikmat-Ku, dan telah Ku redha Islam itu jadi agama bagi kalian"...(Al-Maidah:3)


Ayat nie juga merupakan wahyu terakhir Nabi Muhammad SAW. Ayat ini diturunkan sesudah asar Hari Jumaat di padang Arafah pada haji Wida..Bilamana ayat ini diturunkan, kebanyakan Para Sahabat berasa gembira dan suka kerana Islam telah sempurna.  Namun hal yang sebaliknya berlaku kepada Sahabat yang sangat banyak berkorban pada agama Islam ini iaitu Saidina Abu Bakar R.a.  Abu Bakar bahkan menangis  lantaran tidak dapat menahan kesedihan, lalu pulang ke rumah dan mengunci pintu rumahnya.  Para Sahabat yang lain mengetahui hal ini langsung ke rumah Abu Bakar dan kemudiannya mengatakan bahawa "Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna"..

Mendengarkan hal ini, Abu Bakar pun berkata ; "Wahai Para Sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidaklah kamu tahu bahwa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya.  Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW.  Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda"





p/s Abu Bakar merupakan antara Sahabat yang banyak berkorban untuk agama Allah...Antara pengorbanan beliau yang boleh dijadikan iktibar dan tauladan adalah semasa Perang Tabuk...Sewaktu itu, Umar telah ditanyai Nabi SAW tentang apakah yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?..Maka Saidina Umar R.A menjawab bahawa 1/2 daripada hartaku aku infakkan (korbankan) untuk jihad nie manakala 1/2nya lagi aku tinggalkan untuk ahli keluarga..Kemudian Nabi SAW bertanyakan pada Abu Bakar R.A tentang hal yang sama...lalu Abu Bakar R.A menjawab, : Aku hanya tinggalkan Allah dan Rasul sahaja untuk ahli keluargaku...Abu Bakar telah mengorbankan seluruh hartanya dalam perang tersebut...Bahkan pada saat itu, Abu Bakar hanya memakai baju guni yang berbutangkan jarum....Kefahaman terhadap agama ini adalah bergantung sejauhmana banyak pengorbanan seseorang itu terhadap agamanya...


...........................

Isnin, 29 Julai 2013

Psst...psstt..psstt...Dalam Perjuangan Memang Kena Pilih Bulu Ker...???


Minah nie pun agak2 patut jugak kena ISA (kalo ISA ada lagilah)...hina Islam..Hina Ramadhan..Hina Mufti...Hina JAKIM...hina negara Islam...Hina negara Melayu...Hina Perlembagaan...Hina segala2 nya...Ker ada pengecualian???..


Psst..psstt..psstt...Nak cakap kena bisik2 skit...Takut ada yang terasa...takut ada yang tersalah faham..Ok...Tak ada sapa2 yang berhati mulia ker nak gi tibai minah Melayu-Islam nie...Minah nie jauh lebih patut kena tibai dan diperambat daripada Cina-Kafir yang makan dikhalayak umum masa bulan Ramadhan...minah ni kan dah terang2 Melayu-Islam...jauh lebih faham tentang Islam daripada Cina-Kafir tue...dah lah Melayu-Islam, cuba nak lawan fatwa mutfi plk tue, dah lah nie bulan Ramadhan...tapi kalo tak bulan Ramadhan pun, boleh ker atau halal ker Pertandingan Ratu Cantik ini diadakan?...Atau ia hanya haram di Bulan Ramadhan sahaja???...Jadi tak ada sapa2 ker yang nak berdemo, berarak, terpekik, terlolong,berkonvoi depan rumah minah nie??...Minah nie terang2 hina Islam...Hina Ramadhan...ker ada pengecualian atas minah nie...Tak ada juga ker sapa2 yang nak berdemo, berarak, terpekik, terlolong, berkonvoi dekat majlis Ratu Cantik yang tunjuk2 badan seksi tue yang meski tak ada peserta Melayu-Islam tapi masih tetap dianjurkan di bulan Ramadhan....Marah skit penganjur...Nie kan bulan Ramadhan...Kalau bukan bulan Ramadhan pun tak boleh anjur dan buat Pertandingan Ratu Cantik ini...Nie kan negara Melayu...Negara Islam...Ker dalam perjuangan ada musim2 dia...ada musim kena berarak...ada musim tak...ker dalam perjuangan kena pilih isu...ada isu kena pekik...ada juga isu yang tak perlu pekik2...ker dalam perjuangan kena pilih bulu...ada bulu yang patut ditibai...ada bulu yang tak patut ditibai....ker dalam amar makruf nahi mungkar nie...ada waktu2 dan bulu yang perlu dipilih...ada bulu yang patut kena amar makruf nahi mungkar...ada bulu yang tak patut kena amar makruf nahi mungkar...falsafah Melayu nie amik setengah2 je lah...ajaran Islam amik sebahagian2 je lah...atau nak tunggu budak2 cuti sekolah baru nak berdemo dan berkonvoi???


p/s Agak2 lepas nie timbul lagi tak isu Siber Warrior (aduh,kenapalah kena tulis perkataan nie, tension wey)...Harap2 tak...sebab aku tak sanggup dan tak berdaya nak tulis perkataan tue...nak terserempak skit pun aku kalau boleh tak nak....aku tak tahu itu menatang perkataan apa..tapi aku dapat rasakan yang ianya tak urban dan sangat hodoh sekali....



.......................................

Ahad, 28 Julai 2013

Keputusan Undian Kedudukan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2013








Ada 4 kumpulan yang melibatkan 16 pasukan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 4 pasukan.. Menurut aku, semua pasukan kuat2 belaka (bila dinilai dan diukur dalam konteks dalaman sahaja tanpa melibatkan perbandingan dengan pasukan di luar sempadan geografi Malaysia)....Agak menarik adalah kumpulan C yang melibatkan pertembungan negeri Pantai Timur iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang ...This is Pantai Timur...Cuma Negeri Sembilan jelah yang terpaksa berjalan jauh sikit nak ke negeri2 pantai timur...Kumpulan B pula melibatkan persaingan antara pasukan yang berstatus kelab semuanya iaitu yang melibatkan Johor DT FC, Selangor PKNS, T-TEAM dan Felda United...Kumpulan A pula terdiri daripada ATM, Selangor, Johor dan Sime Darby...Dari segi jarak perjalanan, keempat-empat pasukan ini tidaklah memenatkan sangat sebab kedudukan geografi antara keempat2 pasukan agak dekat dari segi jarak jika dibandingkan dengan pasukan di Kumpulan D....Manakala kumpulan D pula yang terdiri daripada Lions XII yang terletak di selatan Semenanjung, Perak di bahagian tengah, Kedah di utara semenanjung dan Sarawak pula di bahagian Timur Malaysia dengan dimana pasukan lain terpaksa merentaas Laut China Selatan untuk ke sana...Dalam pada masa yang sama, kumpulan D ada Sarawak yang bakal memeriahkan kancah liga super musim depan selaku juara Liga Perdana...Paling tidak Sarawak dan Sime Darby boleh terlebih dahulu menguji keupayaan mereka dengan pasukan-pasukan yang rata-rata kebanyakannya adalah dari Liga Super dalam kejohanan Piala Malaysia ini sebelum mereka bersaing di Liga Super musim depan...Apapun nantikan debaran sepak mulanya pada Ogos 20 ini...


p/s pic kredit kepada fan page johor


.........................................................................................................

Sabtu, 27 Julai 2013

Siber Warrior (aduh,kenapa aku kena tulis perkataan nie!)




Ini baru betul2 warrior beb...



Daripada dok tunjuk perut yang terkehadapan sambil pakai baju Melayu hitam,berseluar jeans, berspek mata hitam sambil dok berarak, terjerit2, terlolong2, berkonvoi kibar2 bendera, bersorak2 macam peserta Himpunan Bersih kat KL tue, lebih baik dok tengok kartun Keluang Man...nie baru betul2 pejuang cool beb..tapi buat masa nie aku tengah dok layan cerita Usop Sontorian...

Siber Warrior...aduh kenapa aku tulis lagi perkataan nie...aduh...aduh...maaf...aku tak tahu apa itu siber warrior...aduh kena tulis lagi perkataan nie...serius aku tak tahu wey menatang apa tue...tapi aku dapat rasakan yang ianya suatu benda yang sangat2 menjengkelkan...memualkan...rasa macam nak muntah..nak ketawa terguling2 macam tenggiling...

Lebih baik layan kartun nie lagi best....


Usop Sontorian

Hidup biasa2 sudah...sempoi2 sudah...Tak yah nak angkuh dan sombong sangat...Tak yah nak tunjuk perut sangat...Lepak2 sudah...Tak payah nak guna kuasa sangat...Tak payah nak papar gelaran sangat...Tak payah nak malukan dan jatuhkan Melayu sangat...Tak payah nak berbohong sangat.......


p/s Gua nak bukak posa kat kedai mamak...dan nak tanya sama pekerja kedai mamak tue .."lu org nie Melayu ker????"...





Aduh...Aduh...Aduh...


Ada yang menghantar komen yang kononnya penulis ini hanya tak lebih sebagai siber warrior...aduh...aduh..aduh..nie dah macam musim2 pilihanraya plak...macam Papagomo, Milosuam dan beberapa blogger yang lain...Aku nie tak ada cenderung langsung menulis dengan baur-baur politik yang mendalam...dengan gaya penulisan artikel berbaur kepartian, berbaur sentimen politik sama ada memihak kepada parti A mahupun Parti B. Aku cuma mahu menulis...Menulis tentang catatan hidup harianku, menulis tentang peristiwa lalu ku, menulis tentang impian masa hadapan ku, menulis tentang respon atau refleksi pandangan dan perasaan ku terhadap isu semasa dan keadaan di sekeliling ku, menulis tentang apa yang aku nampak, menulis tentang apa yang aku rasa...aku langsung tidak dibayar oleh mana-mana pihak2 untuk menulis...aku langsung tidak dibayar oleh mana2 pihak untuk menyerang sesuatu pihak bagi pihak yang konon katanya membayar aku...Fuck...kepala bana apa yang cakap aku nie siber warrior...aduh...aduh..aduh..aku pun bukanlah geng2 penyokong banggang bola sepak Johor DT dengan Kelantan yang asyik dok gaduh2 dan mencetuskan provokasi di Internet....kepala bana apa...kepala bana apa...kepala bana apa...aduh...geli plk aku dengar istilah siber warrior.. dah macam puak2 IJF bergaduh dengan puak2 KB Casual...aduh...Tolong lah...blog aku nie bukan blog politik kepartian...aku hanya melontarkan pandangan...aku nie dalam banyak hal adalah kelompok yang lebih bersifat neutral...sederhana aja...biasa2 aja...yang tengah2 aja...bukan fanatik,bukan ultras, bukan ekstrim,bukan melampau...kalau dari segi bola sepak pun...aku hanyalah neutral fan yang datang stadium hanya tengok bola sambil makan kuaci, 
dan bukannya kelompok ultras tetapi meski macam gitu sekalipun aku menghormati ultras bola sepak kerana fenomena positif yang dicetus oleh mereka...yang aku tak hormat dan tak setuju cuma segelintir puak yang 
suka dok cetus provokasi kosong dan tak bermanfaat...

Aku cuba melontarkan pandangan secara objektif dan tanpa rasa bias serta juga tanpa rasa memihak kepada mana2 pihak...Aku rasa pandangan2 aku, aku hentam kedua2 pihak bila aku rasa tak bersetuju dan adakalanya aku sokong kedua2 pihak bila aku rasa bersetuju...semuannya aku lontarkan dengan hujah...macam golongan liberal yang dok jana2 pluralisme dalam agama...aku hujahkan tentangan aku...tapi lakukan dengan hujah...

Ok...mungkin ada golongan yang melabel diri mereka sebagai "pejuang agama, bangsa, negara" yang rasa tak senang, marah, benggang dengan penulisan aku...tapi lihatlah hujah yang diberikan...fikirkan lah...mungkin diorg nie panas hati bila aku cadangkan beberapa perkara yang lebih serius yang melibatkan perbincangan dan perbahasan yang bersifat global menjangkui sempadan antarabangsa negara...bahkan isu2 yang aku kemukakan ada diantaranya dibangkit oleh Tun Mahathir...aku langsung tak berniat nak perguna nama Tun Mahathir untuk menyokong hujah penulisan aku...cuma aku nak bagitau dan gambarkan betapa penting dan besarnya isu ini...Tun Mahathir turut mempertikai isu air Johor-Singapura, isu Asean dan isu TPP.  Bahkan Tun Mahathir juga tak bersetuju dengan beberapa aksi kelompok yang kononnya melabelkan diri mereka sebagai pejuang agama,negara dan bangsa ini...Misalnya seperti apa yang mahu dilakukan oleh pemimpim Perkasa, Ibrahim Ali yang mahu membakar bible versi Bahasa Melayu...Hal ini bukan suatu yang baik...bukan suatu yang positif...bukan dapat jernihkan keadaan...bahkan keadaan makin tambah buruk...umpama mudah..kita rasa marah bukan bila Al-Quran kita dibakar oleh orang lain seperti mana yang terjadi di kebanyakan negara Eropah...kita rasa marah bukan...jadi jika aksi pembakaran ini berlangsung, natijah buruknya banyak sekali...negara kita ada undang2, ada perlembagaan...jadi bertindaklah atas landasan itu...negara kita kan ada sistem keadilan dan penghakiman tue...jadi selesaikan dengan cara itu...Bayangkanlah bila puak kristian bakar Quran manakala puak Islam bakar bible...bagus ker tue...kita dah tengok kan apa yang terjadi bila krisis agama terjadi...lihat sahaja di Mnyanmar...Islam vs Buddha...di India...Islam vs Hindhu...Darfur...Islam vs kRISTIAN...Tengok apa natijah dan kesannya...baik atau tak!!!!..


Siber warrior...peh masih2 terngiang2 kat kepala aku...hahahaha..hahahaha..geli hati aku...tolong lah jangan sebut atau tulis perkataan tue lagi...aku baca pun jadi geli hati...jadi nak ketawa terbahak-bahak...
untuk makluman,blog saya nie cuma cerita catatan harian atau peristiwa lalu atau juga impian masa depan...saya nie bukan warrior atau dalam bahasa Melayunya pejuang, wira, abang long, abang ngah,abang cik, abang lang...bukan2 tue semua...blog saya nie kalau nak diumpamakan lebih kurang macam blog hanis zalikha atau macam blog babyibu.  Blog yang mudah2 jer...blog yang ringkas2 jer...tak berat mana pun...cerita pasal makanan yang disukai..kalau blog hanis zalikha bercerita tentang baju, 
kain aksesori pakaian yang dibelinya...samalah juga dengan blog saya nie...cumanya baju, kain dan aksesori pakaian itu adalah yang lelaki punya...blog nie juga cerita tentang cuaca hari2 yang dilalui...hujan 
ker..panas ker...mendung ker..jerebu ker..takkan dengan gaya penulisan macam nie...aku nie dikatakan "siber warrior" aduh..aduh..aduh..geli betul...aku terpaksa tulis perkataan nie...jadi blogger hanis zalikha 
dan blogger babyibu danblogger2 yang lain...kalian juga merupakan "siber warrior" (aduh, terpaksa lagi tulis perkataan ini)..


Aku mengharapkan...sangat2 mengharapkan yang Pejuang Agama,Bangsa dan Negara ini dapat melakukan sesuatu dari sudut perkembangan dan kemajuan ekonomi Orang Melayu...mungkin satu koperasi boleh diwujudkan...orang Melayu kena berusaha untuk menguasai pasaran barang2 mentah dan menjadi 
pembekal kepada kebanyakan barang mentah...bukan sekaddar jadi pengguna...orang Melayu perlu jadi tokeh pasir...tokeh bata...tokeh kain terbesar Malaysia...barang mentah Orang Melayu perlu pegang..dan 
jangan rasuah...jadi Pejuang Melayu,Agama dan Bangsa mungkin boleh fikirkan dan usaha tentang itu...bukan hanya sekadar pakai songkok hitam,berseluar jeans dan pakai kaca hitam sambil memaparkan perut yang terkehadapan tue...aku nie bukan pejuang atau (warrior) apatah lagi siber warrior...aduh...sedihnya...kenapa kena tulis perkataan nie lagi...tension jer...tapi aku fahamlah sikit2 falsafah Melayu...bila bercakap dengan hujah...dan tak perlulah nak memaksa orang lain untuk menghormati anda...sebab memaksa menghormati lain nie bukan sahaja tak ada dalam falsafah Melayu tapi yang jauh lebih utama x ada dalam falsafah Islam...jadi tolonglah jangan perguna atau eksplotasi budak2 sekolah supaya pakai baju melayu atau tshirt hitam, berseluar jeans dan berkaca hitam untuk berdiri berderet2 tepi jalan untuk bersorak atau memberikan tabik hormat kepada orang2 atasan kamu itu...kelakar tengok...lebih baik buat satu kelas tuisyen untuk bebudak nie...seru mereka untuk belajar sungguh2...kuasai ilmu...ilmu perdagangan, ilmu perniagaan,ilmu astronomi,ilmu geologi, ilmu doktor, ilmu peguam, ilmu syariah dan macam2 lagi ilmu...buat kelas menjahit dan automotif pun ada faedahnya...ada baiknya...


Siber Warrior tue menatang apa ek...apa benda nie...aku nie manusia biasa jer...takdenya nak jadi pejuang2nie lah...tak minat lah...baik aku baca buku Robin Sharman ada baik lagi...atau tengok bola Piala Malaysia ker...tengok burung berterbangan di udara ker..tengok awan berarak di langit ker...tengok sang bulan memancarkan sinarnya ker..tengok bintang2 berkerdip di langit ker...tengok cerita kartun Keluang Man ker...tengok Usop Sontorian ker....kan lagi best dan cool...daripada tunjuk perut sambil pakai spek mata hitam,bersongkok hitam, berbaju melayu hitam dan berseluar jeans, kemudian dok berarak, dok konvoi naik moto, dok bersorak macam bebudak pro-pembakang yang buat himpunan BERSIH kat KL tue apa kejadahnya....Moga2 lepas nie aku tak terdengar atau ternampak berkenaan segala macam yang berkait dengan "SIBER WARRIOR"...aduh2...kenapa aku kena tulis lagi perkataan nie.Aduh...



"Tulis...Mesti tulis!!!...Mesti tulis perkara yang benar...Meskipun anda akan diketepikan orang sekarang...
Tapi anda akan diberi perhatian kemudian...
Tulis!!!...Mesti tulis..."
 - Usman Awang -...




Khamis, 25 Julai 2013

TARAF INTELEK (maksudnya kepandaian) DAN RASIONAL PEJUANG RASMI MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA




Sekarang nie isu panas isu TPP (Trans Pacific Partnership)...Nie kalau yang ada darah pejuang sudah lama patutnya melenting...sudah lama patut bising2..sudah lama patut marah dan geram...Dan aku rasakan individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan yang dengan terang-terang dan bangganya mengisytiharkan kepada khalayak umum bahawa mereka itu "PEJUANG AGAMA, PEJUANG BANGSA & PEJUANG NEGARA" maka perlu lah lebih-lebih lagi peka dan ambil perhatian sama ada dari sudut kenyataan atau aksi perilaku bagi memaparkan dan mengesahkan bahawa mereka ini sememang benarlah "PEJUANG AGAMA, PEJUANG BANGSA & PEJUANG NEGARA" seperti yang sering dicanang-canang dan dipromosikan oleh diri mereka sendiri itu..Namun setakat ini, ..bukan nya nak cakap satu aksi perilaku, satu kenyataan ringkas berkenaan pendirian pertubuhan pejuang Melayu, Agama dan Bangsa ini pun langsung habuk pun tak ada berkenaan isu penting dan besar ini!!!.  Ini ker namanya "PEJUANG AGAMA, BANGSA, MELAYU-ISLAM DAN NEGARA"!!!!...

Antara isu bangsa dan tanah air yang aku cadangkan (peh takkan lah orang lain kena cadangkan kot...kata Pejuang Agama, Pejuang Bangsa & Pejuang Negara...patutnya tak perlu orang cadangkan, geng2 nie lah yang dah patutnya ke hadapan dan lebih awal dedahkan isu ini...tak faham aku taraf pejuang Melayu, bangsa, agama dan negara kat negara aku nie)..

Ok antara isu bangsa dan negara yang perlu diberi perhatian adalah :

1. Berkenaan isu penjualan air mentah Johor kepada Singapura dengan harga hanya sekitar 3 sen untuk 1000 gelen air. Sedangkan Johor jual air mentah kepada Melaka  sekitar 30 sen untuk 1000 gelen air...Murah gila kot jika dibandingkan dengan nilai kos hidup masa kini...Dah lah kos hidup ini takkan pernah berkurang...Saban tahun makin meningkat...Bayangkan kalau 1000 gelen dijual hanya 3 sen ..kalau 1 00000 gelen, kita baru jual air kita tue pada Singapura dengan harga hanya RM 30...lepas tue kita beli balik air tue dengan harga sekitar 50 sen untuk 1000 gelen..peh...dah ltak masuk akal...dengan keadaan nilai duit dolar Singapura tue dah lah 2 1/2 kali besar dari nilai duit Ringgit Malaysia..lepas tueperjanjian semula hanya akan berlaku pada 2060...bapak lama kot nak tunggu tempoh masa itu...


2.Soal pembelian pesawat perang F/A-18 sedangkan negara memerlukan pesawat MIG-29.  Dan yang menyedihkan lagi, perjanjian pembelian ini tidak melibatkan source kod. Maksudnya tanpa source kod, maka F/A-18 hanya boleh melakukan misi penerbangan setelah mendapat kebenaran dari pihak Amerika.  Dan akhirnya nanti, pesawat ini hanya boleh diterbangkan untuk kegunaan persembahan semasa persembahan LIMA.  Dah macam barang mainan jer fungsinya sedangkan harga mahal.  Peg..very expensive toys..

3.  Kemudian isu AFTA atau Asean Free Trade Area.  Dalam isu ini, Mlaaysia bersetuju bahawa 40% kandungan item lokal sesebuah produk layak ditakrif sebagai bebas cukai dalam pasaran ASEAN. Hal ini bukan susah sangat untuk kereta2 luar negara terutamanya dari Jepun, Korea, China dan Eropah untukpenuhi syarat tue...Diorg dengan mudahnya boleh guna bateri, tayar dan beberapa kompoenan buatan Malaysia bagi melayakkan hasil produk mereka dijual tanpa sebarang cukai di negara kita...so fikirkan lah...bagaimana produk buatan Malaysia misalnya Proton nak bertahan...macam mana Produk Kampung Mak Limah atau Pak Sudin nak bersaing dengan produk luar yang jauh lebih hebat...

4.  Pulau Batu Puteh dah tergadai...Kita pun dah bagi tanah keretapi yang bernilai bilion ringgit kepada Singapura...Dan lepas nie kita terpaksa lah plk minta izin Singapura untuk buat keretapi laju kita...


Lihatlah...semua perjanjian kita dengan pihak asing yang mana kebanyakannya secara pratikalnya tak memberi manfaat pun pada kita...

Sekarang nie pula tengah panas isu TPP (Trans Pacific Partnership).  Dahlah perbincangan dan isi perjanjian tidak didedahkan...Ini dari satu segi merupakan usaha lain Amerika untuk membolehkan syarikat besar mereka memasuki dan menguasai pasaran di negara kecil...

Makanya...mana Para Pejuang Melayu, Pejuang Bangsa, Pejuang Negara yang dok canang-canang istilah 'Melayu-Islam"...Isu-isu remeh macam Orang Cina makan kat depan khalayak ramai masa bulan Ramadhan sibuk dibisingkan (lagi bising dan marah kalau Cina tue makan babi)...aduh..nie isu penting...isu besar...isu masa depan negara...isu survival anak cucu...silap2 negara boleh tergadai...mana diorg nie...mana geng2 nie...mana pendirian mereka...atau sebenarnya memang tak tahu langsung tentang wujudnya isu-isu ini...mana geng2 yang pakai baju melayu, seluar jeans, bersongkok hitam, berkaca mata hitam dan setengahnya ada yang bergelang tangan, berambut kaler2 kuning tue...ker tahap pejuang Melayu,pejuang bangsa, pejuang agama kat negara aku nie, paling tinggi tahap yang diorg boleh buat selain berarak kat tepi jalan dengan gaya pakaian macam tue, hanya mampu untuk buat filem gangster sampah yang menjadikan rakyat Malaysia tambah lagi bangkut dan bukannya bangkit, dan  jadi juri maharaja lawak (kira tingga lah tue wey sebab jadi juri MAHARAJA lawak..MAHARAJA LAWAK MEGA plk tue)...atau hanya mampu buat konvoi naik motor sambil kibar2 bendera..aduh22..atau lagi menyedihkan, hanya tahu lepak kedai makan, buat tour keliling Malaysia cari kedai makan atau hotel mana yang sedap,lepas tue dok pung pang, pung pang tentang Melayu, tentang Islam, tentang Cina, tentang India sambil membesarkaN perut..peh...sangat menyedihkan dan mendukacitakan...nak nangis pun ada...




Filem PE3 : Bapak Segala Gangster (Kah kah kah...tagline memang serius tak boleh blah)
Filem melayu wajib tonton nie...tapi dah lama abis tayangan lah...mesti kutipan pecah panggung nie..korang download je lah...kalau rasa tak berapa nak yakin dan takut rugi masa jer nak download, korang leh baca review pasal filem ini dulu kat internet...boleh klik link ini untuk review pasal film ini...Tukang Ulas 1,TukangUlas 2 dan Tukang Ulas 3



...............................................................................

Rabu, 24 Julai 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad




Semalam lepas balik dari kerja, gua pergi cuci kereta kat Sungai Nibong. Sementara menunggu tue, aku dok baca suratkhabar lah..aku baca surat khabar lama..Mingguan Malaysia edisi 21 Julai 2013...Ada satu ruang yang menarik hati ku...Iaitu ruang wawancara bersama Tun Dr. Mahathir...Aku dah lama tak baca ruangan temuramah nie...sebab dah lama tak baca paper...Ada beberapa isi dan intipati yang boleh kita renung dan fikirkan daripada jawapan Tun Mahathir menerusi sesi temuramah tersebut...Namun begitu ada juga yang aku tidak bersetuju dengan beliau...Kita bersetuju untuk tidak bersetuju..Manusia kan ada pelbagai pandangan dan pendapat...Kadang2 sama..kadang2 berbeza...Tapi walau berbeza, kita masih lagi mengerti rasa hormat dan tidak perlu mencaci...Tapi sayangnya di Malaysia, masyarakatnya masih berpegang dan berpijak kepada pandangan warna dan parrti bukannya bersandar pada kerasionalan pandangan...Maksudnya, meski kadang2 itu seseorang yang memakai label warna parti A itu dalam lubuk hatinya bersetuju dengan pandangan pihak parti B, namun disebabkan baju label warna parti yang dipakainya, maka akhirnya dia jadi tak bersetuju...Bukankah dangkal gaya pemikiran dan perhubungan yang semacam ini?...Begitu jugalah hal yang sebaliknya...Bila ada pandangan dari seseorang Parti A yang mana pandangannya itu tidak dipersetujui oleh ahli dalam parti yang sama, namun disebabkan satu parti, maka ia terpaksa bersetuju...Ini suatu iklim yang tak berapa baik...Ia mencerminkan sejauhmana taraf rasional dan intelek sesebuah masyarakat...

Ok...Aku tak berapa setuju dengan Tun Mahathir berkenaan isu ISA (Internal Security Act) ataupun Akta Keselamatan Dalam Negeri yang mana membolehkan suatu penahanan dilakukan tanpa bicara...pada aku ini tidak adil...andai jika seseorang itu disabitkan terhadap sesuatu kesalahan, maka yang dituduh mempunyai hak untuk membela nasib dirinya...maka perbicaraan boleh dilakukan..ini adil...yang menuduh ada haknya...yang dituduh juga ada haknya...jika yang dituduh tak punya hak untuk membela diri, maka bayangkanlah bagaimana yang kelompok berkuasa boleh menganayai dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak disukainya....Fikir implikasinya...

Ok...Dalam aku tak bersetuju berkenaan isu ISA, ada benda yang aku setuju dengan Tun Mahathir..aku tak nak hurai panjang2 berkenaan apa yang aku setuju berkenaan pandangan Tun Mahathir...cukup aku rasa, aku selitkan beberapa isi dan intipati dari temuramah tersebut....





(SOALAN) : Dalam usaha meraih sokongan, kerajaan BN dikatakan sudah melakukan segala-galanya, termasuk memastikan semua kaum mendapat bantuan tetapi keputusan PRU-13 tidak mencerminkan apa yang diharapkan?

(JAWAPAN TUN Mahathir) ;Sebenarnya apa yang diberi itu tidak memberi kesan. Bagi mereka yang dapat bantuan itu pun mereka tidak berterima kasih apatah lagi jika mereka penyokong parti pembangkang kerana bagi mereka itu adalah duit mereka. Itu duit cukai dan bukan duit kerajaan atau parti BN. Dahulu kerajaan menyediakan persekitaran yang memudahkan masyarakat mencari kerja, menjalankan perniagaan serta pelaburan dan sebagainya maka orang ramai pun seronoklah. Itu bukan duit kerajaan tetapi kami menyediakan ruang dan persekitaran yang sesuai dengan kehendak semua orang untuk mencari rezeki. Sekarang ini kalau kita lihat ramai juga graduan yang belum mendapat kerja. Mungkin orang fikir apabila mereka mendapat duit bantuan mereka akan berpuas hati padahal duyit itu tidak mencukupi, berapa hari boleh bertahan pun.

(SOALAN) Kalau dilihat sejak 2008, pihak pembangkang telah menyerang BN dari pelbagai sudut atas matlamat mahu berkuasa. Jika politik seumpama ini berterusan apakah akibatnya kepada negara?.


(Jawapan Tun Mahathir) : Kalau dia (pembangkang) menang maka dia akan guna caranya yang berbeza dengan cara kerajaan sekarang. Umpamanya dalam soal mahu berkongsi kekayaan dalam ekonomi bersama semua kaum, mereka akan berbeza kerana mereka sudah sebut segalanya adalah berasaskan meritokrasi. Mertiokrasi bermakna orang yang di atas yang dapat tetapi orang yang dibawah tidak dapat. Kita berasaskan keadilan sosial dan bukannya meritokrasi kerana dasar ini adil kerana orang di atas pun dapat dan orang di bawah pun dapat juga. Kalau tidak sampai bila pun mereka tidak akan naik. Orang yang berjaya ini kebiasaannya adalah anak orang kaya yang dapat banyak kelebihan tetapi berbezaa dengan mereka di bawah yang serba kekurangan kerana latar belakang tidak mengizinkan untuk mendapat lebih baik.

Keadaan di Malaysia ini adalah dimana kita tidak begitu teliti kerana dalam universiti awam, majoriti adalah Melayu dan Bumiputera tetapi di universiti swasta, 90 peratus adalah bukan Melayu. Ini kerana orang Melayu tidak ada duti untuk masuk. Seorang naib canselor di sebuah universiti memberitahu saya perkara ini kerana sebelum dia masuk tidak ada Melayu di universiti itu. Jadi dia minta MARA bagi biasiswa barulah ada pelajar Melayu di kolej tersebut. Oleh itu kalau nak dikira berdasarkan merit sampai bila-bila pun orang Melayu tak mampu dan akan jadi kuli. Perkara ini (merit) tidak menyelesaikan masalah sosial kalau mereka ini miskin maka mereka akan menentang orang kaya apatah lagi jika orang kaya itu kaum lain, ia akan menimbulkan masalah yang tidak selesai. Apa yang kita lakukan adalah membetulkan kedudukan masyarakat supaya lebih adil tetapi bukan dengan merampas harta atau hak orang lain. Kita hanya hendak memberi peluang kepada mereka yang tidak bernasib baik ini supaya mendapat peluang. Jika tidak mereka yang tidak bernasib baik ini tidak akan mendapat tempat.


(SOALAN) Namun generasi sekarang tidak melihat perkara ini sebagai satu keperluan?

(Jawapan Tun Mahathir) Mungkin generasi muda ini terutama Orang Melayu melihat perkara ini sebagai sesuatu yang memalukan namun sebenarnya mereka yang mendapat nikmat itu. Sepatutnya mereka berasa malu mendapat nikmat itu kerana jika tidak mereka pun mungkin hanya menjadi kuli sahaja. Kalau mereka dapat jadi profesor misalnya, ia disebabkan peluang biasiswa yang diberi bukan kerana merit. Ini umpama bila dah berjaya mereka membakar jambatan, bila dia dah berjaya orang lain pula dibiar jangan berjaya. Ini tidak baiklah. Ramai juga yang jumpa saya dan kata terima kasih kerana membesar pada zaman saya serta mendapat pelbagai nikmat kerana sistem ini. Tapi janganlah apabila sudah berjaya tak nak bagi kepada orang lain untuk berjaya pula. Itulah perangai sesetengah orang Melayu yang saya percaya berlaku kerana hasutan.





Kejohanan Piala Malaysia 2013






Gua tak sabar nak tengok kejohanan ini...Gua tak ada bernafsu pun nak sambut raya tahun nie...malah gua rasa raya nie makin menyesakkan kepala...Pak cik, mak cik dan satu kampung akan tanya soalan yang sama...tentang masjid gua...gua tak nak layan...gua nak nyorok dan tak nak pergi baraan (marhaban)...kadar nafsu amarah aku nak tengok menatang nie memang melebih-lebih..bahkan EPL pun aku taklah bernafsu sangat nak tengok...gua tak kisahlah Johor DT pasukan palsu tue kalah ker...Kelantan yang menang ker...atau Sime Darby tetiba jer bleh sekeh dan bengkes Johor DT ngn Kelantan...gua memang tak sabar menantikan menatang kejohanan nie yang dengar-dengar khabarnya bakal disepak pada 20 Ogos 2013 nie...

p/s: nanti boleh lah dengar pasal cerita imam kampung malas nak baca doa tahlil, doa selamat dan bermacam jenis kenduri berdoa sebab nak tengok live kat stadium bagi yang super ekstrim atau tengok kat tv bagi yang nak ke stadium tapi keadaan tak mengizinkan sebab hari esoknya ada pejabat jabatan kerajaan yang minta pak imam nie tolong bacakan doa pembukaan majlis untuk majlis diorg...

Selasa, 23 Julai 2013

Puas Hati Kau Cik Tesis !!!




Kau buat aku tua terlalu cepat!!!


Pecah perut...


Ketawa lah terbahak-bahak

Ha ha ha ha ha

Kah kah kah kah