Parit yang dahulunya kering kontang tetapi rahmat Tuhan akhirnya memenuhinya
Memerun dan mancah (bakar sampah dan tebas rumput) merupakan hobi baru setiap petang hidupku
Juadah wajib sewaktu berbuka puasa
Mahkluk Allah yang aku jadikannya sebagai tempat menelempiaskan marahku, tempat aku menyatakan kebimbanganku, tempat aku mengurut badanku dan juga merupakan teman aku menimbang bola di saat kebosanan...
Semalam aku macam biasa lah dok lepak tengok bola sorang2 kat Parit Raja. Abis jer game Asto Villa lwn Fulham, aku terus beransur pulang. OTW nak balik, terserempak ngn mat2 rempit yang tengah dok merempit kat sepanjang jalan Parit Raja. Ramai gila yang berlumba dan tak kurang juga yang menontonnya. Oh, ya baru aku teringat yang semalam ialah malam merdeka!. Malam merdeka bagi anak-anak Melayu Parit Raja ni rupanya dirai dengan cara menunggang motor dengan aksi yang kelihatannya "cool" pada kaca mata mereka. "Wekang", "pick-up" dsb merupakan antara aksi2 mereka selain mereka mem"press" minyak motor mereka sekuat mungkin dengan irama yang mereka sukai. Untuk menunjukkan yang malam itu ialah malam merdeka, bendera "jalur gemilang" disertakan bersama dengan dipacak pada belakang motor mereka selain ada juga yang memegangnya. Kalau kita tengok bulletin 1.30 pm di TV3, pihak polis bersama pasukan RELA beroperasi untuk mengatasi masalah ini di Melaka, tapi hal yang sedemikian rupa tidak berlaku di Parit Raja. Agaknya, para polis di Parit Raja ini sedang ber "qiyamulail" kot bagi mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia. Yang pasti, anak-anak Melayu berketurunan Jawa ini semacam bangga dengan aksi dan perilaku mereka sebagai "mat rempit". Biarlah mereka dengan hidup mereka yang kejahatannya itu suka menyusahkan orang. Aku tunggu juga dalam 5-10 minit, mana tahu kot2 ada yang jatuh tersembam lalu mati ( kalau mati tak pa gak…tapi kalau idup, susah dan lagi menyusahkan)….Aku bukanlah membenci para mat rempit ini..Cuma yang aku cukup menyampah adalah perlakuan mereka…menyusahkan pengguna jalan raya yang lain….Melayu oh Melayu…..apalah nak jadi ngn bangsa jenis ini….bukan apa…takut satu ketika, bangsa jenis ini menjadi penumpang di tanah air nya sendiri…..Tak kelihatan pula anak cina ngn anak india yang dok berlumba malam tadi…anak cina tukang pomen motor anak melayu jer….anak melayu bagi duit kat anak cina suruh depa setting motor mereka…bila dok terlentang atas jalan, anak cina dan anak india ini dok sama2 tepuk tanganlah….apa anak melayu dapat?….kepuasan…hahahaha…yyola tu melayu oi…..aku bukanlah nak bawa sentimen perkauman kat sini….Cuma menulis berdasarkan realiti….itu sahaja….aku ingat mat rempit Malaysia ini power lah sangat….lah rupa-rupanya mat rempit Indonesia dan Thailand lagi hebat….buktinya…korang pi lah tengok sendiri kat Asia Cup Prix Championship tu…Melayu tu Cuma leh dok tunjuk lagak kat sesama bangsa dia jer…ngn bangsa lain hampeh...jaguh kampong jer…sampai ke mati lah hang dok kat Parit Raja tu oi melayu jawa oi…..Ni saya nak bagi syor kat pihak kerajaan…apa lah salahnya buka litar sepang tu kat para mat rempit murahan ni…bagi diorang ni berlumba sakan…tak lah menyusahkan para pengguna jalan raya yang lain…lagi bagus, pi hantar wakil dok tengok bebudak ni berlumba, mana tahu kot2 ada bakat jadi pelumba professional….leh jugak harumkan nama negara kat persada antarabangsa…..
Bulan Syaaban yang lalu, kami buat kenduri arwah kat surau dan "nasi ambang" (BERKAT) telah dieksplotasi sebagai juadah hidangan kepada para jemaah surau yang hadir sewaktu upacara kenduri tersebut. Ruangan kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang perihal "nasi ambang".
Nasi ambang ialah sejenis nasi yang dihidangkan pada masa seseorang itu membuat kenduri terutamanya pada bulan Syaaban sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Nasi ini sangat popular di kampong, (semasa kenduri arwah), selepas masjlis Tahlil dan Doa Selamat. Nasi ini akan dihidangkan kepada tetamu yang diletakkan di dalam satu hidangan dan dicampur dengan lauk-pauk yang kering.
Pada kebiasaannya, sewaktu menghidangkan nasi ambang ini, tuan rumah akan menyertakan sekali dengan kertas surat khabar, daun pisang dan tali untuk membungkus juadah yang tidak habis dan dibawa pulang ke rumah untuk santapan anak-anak dan isteri.
Kebiasaannya, ketua-ketua keluarga yang hadir kenduri hanya memakan sedikit sahaja dan selebihnya sama rata dibahagikan dan dibawa pulang. Mungkin inilah yang dinamakan (Berkat) kepada anak dan isteri yang menunggu di rumah.
Bila ayah pulang ke rumah, ibu akan mengejutkan anak-anak yang sudah tidur untuk memakan makanan yang dibawa pulang tadi. Caranya ialah dengan membuka bungkusan tadi dan dimakan sekeluarga tanpa menggunakan pinggan.
Memang benarlah adat orang dahulu kalau bersedekah bukan sahaja bapa yang pergi kenduri dapat menikmati hidangan itu tetapi anak-anak yang di rumah juga dapat menikmati bersama.
Bagi orang kampong yang hidupnya miskin, inilah masanya untuk menikmati jamuan yang serba serbi lengkap dengan lauk ikan, ayam, sayuran dan sebagainya.
Berbalik kepada anak-anak yang sedang membesar, maka mereka pergi kenduri dan makan nasi ambang, apa yang dibuatnya ialah cuba sedaya upaya menghabiskan makanan tersebut (4 atau 5 orang sehidang) sehingga kadangkala habis dikerjakannya. Hendak dibungkus dibawa pulang, ayah telah mendapat satu bungkusan. Gelagat anak-anak muda ini (kami) hanya diperhatikan oleh orang tua dan mereka hanya berbisik sesama sendiri dengan perkataan:
"Hai, lapar benar budak-budak tu!"…
"Budak-budak muda, makan apa pun sedap"….
"Kita dulu macam itu juga"….
Inilah masa-masa yang indah untuk dikenang kembali.
Apa yang menghairankan kami, nasi ambang (berkat) tadi tidak pernah basi atau rosak walaupun telah dicampur adukkan. Biasanya nasi ini jika tidak habis dimakan bersama keluarga akan disimpan di atas dapur hingga pagi. Ibu akan menggorengkannya untuk dibuat bekalan anak-anak ke sekolah atau bapa bekerja..
KELEBIHAN NASI AMBANG (BERKAT)
Tidak basi/busuk walaupun disimpan hingga keesokkan hari
Dapat dirasa oleh isteri dan anak-anak di rumah walaupun tidak ke majlis kenduri
Makan bersama keluarga. Ibu dapat membahagikan sama rata kepada anak sambil member tunjuk ajar dan nasihat pada anak-anak.
Menceritakan hal-hal yang baik tentang si mati.
Mengurangkan beban keluarga. (yang terlalu miskin).
Niat tuan rumah sebagai sedekah dirasai oleh orang ramai. Bukan setakat mereka yang pergi kenduri sahaja.
BAHAN2 UTK MEMBUAT NASI AMBANG (BERKAT)
nasi putih (8 pinggan penuh)
ayam masak kicap / kari
tempe goring
sambal goring
serunding
mee jawa (mee goring berkicap)
kentang goring ("tembong" panggilan orang jawa)
ikan kering
Kesemua lauk dan nasi diletakkan dalam satu dulang, sedikit kuih-muih disertakan sebagai pencuci mulut. Semoga amalan ini tak luput dek zaman tak lekang dek hujan ya……
Semalam aku buat benda pelik....Aku pi tanam tiang bendera dan aku pasang bendera kat tiang tu...sepanjang aku hidup atas muka bumi ini, tak pernah pun terdetik di hati aku nak main pasang2 bendera...tapi aku ada baca satu kajian...sesiapa yang lahir bulan 12, jiwanya tercalit sedikit perasaan patriotik...hahahaha...what the hell beb...
Sebenarnya, aku buat benda ini sebab nak tunjuk kat mak dan ayah aku yang aku ada benda yang boleh buat...sebab selama aku kat rumah, aku hanya melingkaq atas katil dari pagi sampai ke petang....diorang selalu membebel...sebab aku tak mahu keja...makan nasi saja....hahahaha...
Aku lepak tengok bola sorang2...Dok sebelah budak ITTHO....Gambar diatas ialah gambar diorang...Sebelum ni, hanya orang jawa Parit Raja aje yang menonton bola di situ. Kini makin ramai dan padat sebab bebudak ITTHO dah balik...Bila budak2 ITTHO dok tgk bola..diorg ni dok asyik ckp pasal fantasy jer.... "kenapalah player aku tak main" "bodohnya player aku buat own goal" dan macam2 lagilah...hahahaha...lagi riuh bila diorg dok harap dpt rm50 000 yg astro nya fantasy...
ya...fantasy hanya budak2 ITTHO di parit raja...
tapi bagi anak jati parit raja yang dia tahu hanya mengomel macam ni.. "mana ronaldonya ek kok tak metu2"...(terjemahan :"mana ronaldo ni, kenapa tak muncul2)
ternyata anak jati prt raja penyokong man u tegar mcm mamat sorang tu yang dok kat sri gading..hahaha...
Aku lepak tengok bola sorang2...Dok sebelah budak ITTHO....Gambar diatas ialah gambar diorang...Sebelum ni, hanya orang jawa Parit Raja aje yang menonton bola di situ. Kini makin ramai dan padat sebab bebudak ITTHO dah balik...Bila budak2 ITTHO dok tgk bola..diorg ni dok asyik ckp fantasy jer....
Bebaru ini, saya menjumpai sehelai jersi lama….Ini dia jersinya….
Jersi ini dibeli sekitar tahun 1997 iaitu kalau tidak silap saya sewaktu itu saya masih bersekolah dalam darjah lima. Jersi ini merupakan pembelian ayah saya yang dibelinya di Pasaraya Matahari gara-gara permintaan saya yang tiada henti-henti (sebab member2 semua pakai jersi…jadi aku pun nak satu)…Ya, secara tidak langsung, jersi ini merupakan jersi first aku dalam hidup…
Mula-mula aku ingat aku nak beli jersi Man U. Sebab time tu aku minat gak kat Eric Cantona….Minat aku terhadapnya sehingga cik na belikan aku sehelai baju brand "cantona seven" sebagai hadiah gara-gara aku berkhatan. Tapi bila cari punya cari, jersi Man U tak ada untuk bebudak punya….So bapak aku suruh cari jersi lain…Cuma bapak aku cakap… "nak beli jersi apa-apa pun tak apa, asalkan jangan jersi Liverpool. Liverpool tu ada arak", bicara si ayah kepada anaknya. Jadi, aku pun pilih jersi Chelsea seperti mana yang tertera di atas tu….
Sebenarnya, saya hanya mengikuti perkembangan bola sepak pada era sekolah rendah sahaja iaitu sehingga world cup 98….kemudian saya tidak lagi mengikuti perkembangannya sebab saya sudah menempuh kehidupan tinggal di asrama. Maka dengan itu, kehidupan sekolah menengah saya jarang diwarnai dengan warna bola sepak. Jadi bola sepak tertangguh seketika….
Kemudian lepas zaman SPM, aku ada terbelikan sehelai jersi untuk hadiah adik aku yang paling bongsu sekali….aku main beli jer….aku tengok asal cantik jer…aku beli…aku beli kat mydin KL…..bila aku belek2 balik baru2 ni…rupa-rupanya jersi yang aku belikan untuk adik aku tu jersi Chelsea…Perlu diingat…aku membeli jersi ini tanpa sebarang sentimen kepada mana-mana kelab bola sebab saat ni aku langsung tiada mengikuti perkembangan sukan bola….
Ya, bila aku tahun dua di Penang, maka dari situlah aku mula mengikuti perkembangan bola sepak….Ya…aku mudah terpengaruh…seperti mana kutukan enal kepada ku yang berbunyi:
"eleh dulu kalau gi istimewa,bukannya dok tengok bola…yg hang dok layan internet ja…tapi lah ni…hang lah yg dok sungguh sangat"..
Berdasarkan kata-kata diatas, maka boleh lah disimpulkan bahawa diri ini merupakan seorang yang poser…..
Kemudian, sewaktu di Penang itu, si dia membelikan jersi Chelsea kaler hitam dari Padang Besar kepada saya….
Untuk berapa ketika saya jadi keliru…Apakah saya perlu menjadi fan Chelsea….sebab dari dulu hingga beberapa ketika ini, jodoh saya dengan Chelsea agak akrab….Ya..dulu sewaktu saya tidak mengikuti perkembangan bola, saya hanya akan menjawab bahawa saya "penyokong Chelsea" apabila terdapat rerakan yang bertanya tentang kelab pilihan saya…Jawapan saya itu tak lebih hanya sekadar menjawab soalan….Bukan suatu jawapan yang bersungguh pun…
Hakikatnya…saya lebih meminati Arsenal…saya suka corak dan gaya serangannnya…barisan mudanya…ya…hanya seorang pemain sahaja yang saya sedikit ambil kisah sewaktu era saya tidak ikut perkembangan bola sepak…Henry…ya saya suka Henry…gaya jaringan golnya cukup stylo sekali…
Hahahah…persoalannya..Arsenal atau Chelsea?….atau kedua-duanya sekali…Jawab aku…aku meminati Arsenal sebagai sebuah kelab yang menarik dari segi persembahan dan starteginya….manakala Chelsea pula aku meminatinya kerna nilai sentimentalnya dalam sejarah hidup aku sejak dahulu…..
p/s alah…ko memang poser lah…tak lama kang nanti mesti ko minat man city plk....tak pun spurs...kalau real Madrid?....real setakat ini tak…sebab ada C.Ronaldo…kalau dia dah x ada…barangkali boleh consider lain..hahaha..(kata aku pada aku)….
Entri ini mungkin sudah lapuk malah boleh juga dikatakan sudah basi lagi berkulat. Namun begitu, patik masih mahu juga menaipnya kerna pada patik ia begitu indah sekali walau kadangkala istilah “indah” itu hanya diekplotasi untuk menyedapkan hati yang gundah-gulana ini. Kenapa perlu “tertangguh” untuk beberapa ketika di Penang?. Maka inilah jawabnya.
• Ya, “tertangguh” boleh menyebabkan kamu memperkaya skill berbahasa kamu. Kamu bisa belajar loghat utara yang kadangkalanya mempunyai sama bunyi dengan bahasa selatan namun maknanya membawa konotasi yang jauh berbeza. Contohnya: Utara kata “PENYEGAN”…..Selatan ingat “PENYEGAN” tu bermaksud orang yang malu….tapi sebenarnya Utara kata ‘PENYEGAN” tu adalah “PEMALAS”.
• Hikmah “tertangguh” itu menurut patik ialah, kamu bisa mengetahui bahawa di Pulau Pinang ada tempat mandi-manda yang boleh dikatakan indah juga dengan bayaran kemasukan secara percuma. Lokasinya terletak di Hutan Rimba. Kamu juga bisa merasai pisang goreng yang bentuknya agak unik dengan harganya RM1 untuk sebiji pisang. Berbeza dengan bentuk pisang goring yang diperdagangkan di selatan.
• Kemudian, kamu akan lebih mengenal orang-orang Utara. Menurut saudara eswandy, perkataan dan gaya bercakap orang Utara sangat menyakinkan sekali….Contoh terdekat ~ saudara Usop…ya…Nampak usop, ingat Takaful….tapi takaful ikhlas lah wei….
• Selama 1095 hari yang lampau iaitu sewaktu anda bergelar warga USM, pernahkah anda terlintas untuk menjejakkan kaki ke kolam renang yang kedudukannya terletak berdekatan dengan stadium Minden. Mungkin ada yang mengetahuinya namun belum pasti merasai…Nah, jadilah manusia “tertangguh”, maka kalian bisa merasai nikmat berenang dengan harga tiketnya hanya RM0.50 bagi setiap kali kemasukan. (terima kasih utk saudara wandy & mirul kerana sesi pembelajaran renang ke atas badan saya)
• Biasanya orang akan main futsal di Bukit Jambul, tapi dengan “tertangguh” kamu bisa memahami bahawa Futsal di Bukit Jambul tiadalah sesyok mana kerna di Seberang punyai gelanggan futsal yang lebih mengesyokkan…ianya terletak di Safira…..(Harem punya Mat Anas….awat hang dok bawa kereta laju sangat no….) Oh ya….abg hairi itu rupanya seorg “sportman” dizaman mudanya dengan lagu blues geng menjadi kegemarannya selain suka berlibur di pelosok kota KL sewaktu era ITM hanya beryurankan sebanyak RM90 untuk satu semester……
Justeru itu, menjadi manusia “tertangguh” merupakan suatu rahmat dari Tuhan yang tiada ternilai statusnya. Oleh yang demikian, bersyukurlah kerna kamu terpilih menjadi “manusia tertangguh”……
"even in an earlier period, in the 1950's PAS leader like Buhanuddin al-Helmy and Zulkifli Muhamad were strongly critical of foreign, western control dominance of the economy and culture" - Prof Dr. Chandra Muzaffar-.
~ Dilahirkan di Cangkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911.
~ Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Behrang Ulu dan seterusnya di Bakap sehingga darjah tiga.
~ Pada 1924, beliau dan adiknya, Abdul Halim telah dihantar untuk menuntut ilmu di Sumatera Barat.
~ Kemudiannya, beliau menyambung pengajiannya di Sekolah Pondok Pisang, Jitra.
~ Namun disebabkan kecewa dengan sistem pengajian sekolah pondok, akhirnya beliau melanjutkan pengajiannya di Madrasah Al-Masyur Al-Islamiyyah di Pulau Pinang sehingga tamat tingkatang menengah atas (Thanawi) pada 1934.
~Selanjutnya, beliau melanjutkan pengajiannya ke India setelah mendapat tajaan dari seorang dermawan Pulau Pinang.
~Sewaktu di India, beliau terdedah dengan gelonjak semangat perjuangan rakyat India menentang British dibawah pimpinan Ghandi dan Nehru.
~ Akhirnya, beliau berjaya mengengam gelaran doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang metafizik dan falsafah dari Universiti Islam Aligahd.
~Beliau juga merupakan anak Melayu pertama yang mempelajari displin ilmu Homeopathy.
~ Tamat sahaja belajar, beliau menjawat jawatan guru bahasa Arab di sekolah bahasa Arab Al-Juned, Singapura.
~ Pada masa yang sama juga, beliau merupakan antara orang penting yang menubuhkan ahbar "Taman Bahagia" pada 1937 dengan tujuan menyedarkan masyarakat Tanah Melayu tentang kejahatan para penjajah sehingga akhirnya menyebabkan akhbar tersebut diharamkan oleh pihak British.
~Beliau juga merupakan antara insan yang mencetuskan idea terhadap penubuhan parti Islam pertama di Malaya iaitu Hizbul Muslimin pada Mac 1948 di Gunung Semanggol. (Namun disebabkan momentum perjuangannya yang agak radikal, maka pertubuhan ini akhirnya diharamkan oleh penjajah)
~ Beliau pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Agung PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) pada 3 Disember 1945 bagi menggantikan Mokhtaruddin Lasso yang telah menghilangkan diri.
~ Beliau juga pernah menganjurkan persidangan Ekonomi-Ugama SeMalaya pada 22-24 Mac 1947.
~ Kemudiannya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Semalaya (PEPERMAS) dan Majlis Islam Tertinggi SeMalaya (MATA).
~ Dan pada 14 Disember 1956, beliau elah menyertai Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) dan dilantik sebagai Yang DiPertua PAS dalam muktamar PAS yang kelima.
~ Akhirnya saat 25 Oktober 1969, beliau akhirnya kembali menemui Tuhannya setelah menghabiskan sisa-sisa hidupnya di kem tahanan ISA selama beberapa tahun setelah menderita sakit (dikatakan sakit akibat menahan air kencing untuk lebih lama beribadat)
p/s saya hidangkan kepada kalian lagu yang berjudul "Burhanuddil Al-Helmy" dendangan pemuzik yang bernama "Black".
Bulan Ogos bagi insan-insan yang melabelkan dirinya sebagai manusia ber "bangsa" Malaysia pastinya akan mempercayai malah meyakini bahawa bulan tersebut ialah bulan kemerdekaan bagi negara bangsanya itu. Malah boleh juga dikatakan bahawa orang-orang yang kononnya bernafas dibawah udara bangsa Malaysia itu meskipun dirinya tiada langsung mengerti sejarah realiti kewujudan negara bangsa ini pasti tanpa rasa segan silu mendakwa bahawa 31 Ogos itu merupakan tarikh kemerdekaan bagi bumi yang mereka huni ketika kala ini. Perihal ini lebih jelas dan nyata tampaknya dapat dilihat dalam sudut pemahaman yang kadangkalanya bukanlah dilihat sebagai suatu pemahaman tetapi tidak lebih daripada budaya ikut-ikutan yang sudah lama terpasak di benak dan sanubari generasi yang kelahirannya di bumi ini berlaku sekitar era pasca kolonial ataupun era pasca merdeka. Yang menjadi tanda tanyanya adalah punca yang menyebabkan barah ini berlaku. Subjek sejarah itu sudah dijadikan bacaan wajib yang barangkali "tarikh-tarikhnya", "tokoh-tokohnya", "kronologi-kronologinya" merupakan suatu "kewajipan" yang pasti untuk dihafal oleh para pengambil PMR dan SPM di negara ini. Maka dengan itu, tiada sebab para penghuni negara bangsa ini mengeluh resah dan gelisah akan kepincangan generasi mudanya tentang pengetauhan sejarah negara bangsanya itu. Apabila Ogos menjelma, slogan "Merdeka" lantang disuarakan tanda bumi ini bebas dan merdeka bak sang burung terlepas dari sangkar emasnya. Media sama ada cetak mahupun elektronik pasti menayangkan dan memaparkan seluas-luasnya didada-dada mediumnya itu sejarah perjuangan para pejuang kemerdekaan yang kemunculannya pada tahun 1946 dengan "Hidup Melayu" sebagai slogannya sehingga mungkin agaknya terlupa untuk memberitahu barang sesaat dua dan sebaris dua ayat tentang perjuangan para pejuang yang pernah muncul pada 1938 dengan "Merdeka" sebagai slogan perjuangannya.
Para penghuni negara bangsa Malaysia era pasca merdeka mungkin terlepas pandang agaknya tentang kewujudan Perlembagaan Rakyat namun yang pasti para penghuni itu akan mengetahui tentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu walau yang hanya diketahui tidaklah lebih dari sekadar namanya itu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 1948 pula menurut mereka semacam suatu era yang akan membawa mereka ke jurang neraka. Bukan apa, takut terpakai "baju tak bertuhan" sedangkan mereka itu telah diasuh bahawa agama itu bukanlah candu sehingga mengkhayalkan para penganutnya. Tapi bagi sesiapa yang mengagung-agungkan 1948, nahaslah bagi dirinya sehingga akhir hayatnya. Yang peliknya, orang yang mengaji ilmu agama di "gunung" pun terpaksa menanggung sama azab 1948 itu. Bicara soal perpaduan antara kaum, Perikatanlah jaguhnya sehingga kewujudan Putera-Amcja terus lenyap perlahan-lahan dari ingatan generasinya yang mendatang.
Oh, ya!. Baru diri ini teringat. Negara ini bukan negara bangsa "Melayu" seperti mana yang diperjuangkan oleh para pejuang yang namanya sudah terhakis sekian lama dari sejarah yang kalau tiada dibuka lipatannya maka tiadalah diketahui akan kewujudan namanya itu. Jadi tiadalah perlu dipedulikan sejarah jenis ini. Biarkan ia terpadam secara perlahan malah lebih senang dibakar sehangus boleh. Lagipun pelaku sejarah jenis ini sudah kalah. Sejarah itukan hanya untuk golongan yang menang sahaja. Sementelahan itu, kita juga sudah punya rupa negara bangsa baru : Malaysia namanya. Ya, bangsa Malaysia. Rupa bangsa baru yang masih belum jelas lagi matlamatnya. Justeru itu, perjuangan kini adalah untuk mencari dan seterusnya memberi pengertian yang sebaik dan serelevan mungkin terhadap istilah ini. Ya, inilah fokusnya. Perjuangan negara bangsa Melayu itu sudah lapuk dan tiada sudah kena pada masa dan tempatnya. Maka buat apa perlu diperdendangkan lagi. Yang ada kini ialah perjuangan negara bangsa Malaysia yang dilihat kehadapan sifatnya. "Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang, tak gitu".