Rabu, 3 Jun 2009

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!!!

saudara (www.qareemneedrebel.blogspot.com)berkata:


 

9 komen? agak sukar saya nak menyusun jawapan. ok baiklah.


 

tentang maksud nasionalisma. saya bersetuju dengan maksud saudari.


 

saya mengatakan 'perlembagaan negara kita dibentuk atas konsep Nasionalisma' kerana kandungan perlembagaan itu sendiri yang tertulis salah satunya 'menjaga hak istimewa bumiputra dan hak-hak wajib bagi bukan bumiputra'


 

dari pengisian kandungan perlembagaann itu, menunjukkan keperluan 'istimewa' bumiputra berbanding bukan bumiputra. bukankah itu selaras dengan maksud nasionalsma, iaitu membentuk negara bangsa. dalam kandungan itu, kaum bumiputra diistimewakan haknya berbanding kaum lain. bangsa manakah yang mahu menjadi negara bangsa di negara ini? semestinya Melayu. apakah parti yang 'berkuasa' menulis perlembagaan semasa itu? semstinya UMNO.


 

jika perlembagaan itu ditulis dengan idea 'perjuangan rakyat', bermakna, isi kandungan istimewa itu akan dibuang. sebaliknya, digantikan dengan 'menjaga hak-hak wajib pada setiap bangsa di malaysia'. kerana perjuangan rakyat mendukung 'sama rata sama rasa'


 

saya tertarik dengan hujah history saudari megenai konsep nasionalisma pada era sebelum kemerdekaan.


 

namun, jika saudari lihat balik artikel saya, saya menumpukan penulisan nasionalisma dan perjuangan rakyat untuk situasi masa kini. kadang-kadang seperti banyak percanggahan dalam dalam membandingkan dengan yang dahulu dan sekarang.


 

saya kurang bersetuju dengan penulisan Ramlah Adam yang mengatakan Dato Onn bukan 'future thinker'. Sebab saya telah membaca biografi Dato Onn dan beberapa buku mengenai Dato' Onn yang ditulis oleh sahabat dekat Dato' Onn sendiri. Dato' Onn telah keluar dari PEKEMBAR kerana idea 'sama rata' yang mahu dibawanya ke dalam UMNO, dengan membuka keahlian UMNO kepada bukan bumiputra telah gagal. Padahal, Dato' Onn sebenarnya mahu menyatupadukan kaum Melayu dengan kaum2 lain. Ahli2 UMNO yang rata-rata dari orang melayu yang bersemangat kuat dengan slogan 'hidup melayu' telah menolak Dato Onn walaupun dia adlah pengasas.


 

Yang kelakarnya, setelah menyedari bahawa kemerdekaan Tanah Melayu takkan dapat dicapai jika 'hanya Melayu sorang saja nak merdeka, kaum lain jangan pedulikan'. Barulah, UMNO nak bersekutu dengan MCA dan MIC. Barulah 'mereka' terfikir bahawa idea Dato Onn iaitu 'sama rata' @ membuka keahlian' yang sebenarnya bermaksud 'menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia' itu sebenarnya perlu dalam membawa kemerdekaan.


 

Tunku Abdul Rahman amat bijak. Beliau tak buka keahlian UMNO kepada bukan bumiputra, tapi, menggunakan istilah 'bersekutu' dengan parti kaum2 bukan bumiputra bagi membawa kemerdekaan.


 

bagi saya, idea Dato' Onn itu dah betul, tapi, cuma silap cara. Jika Dato' Onn terlebih dahulu menggunakan idea 'bersekutu'. bukan idea, 'UMNO untuk semua kaum', Dato Onn adalah PM pertama. bukan Tunku. Silap cara, itu saja. bukan 'not future thinker' seperti tulisan Ramlah Adam.


 


 

nasionalisma dan perjuangan rakyat sukar dibezakan pada waktu ini kerana kebanyakkan dari kita seringkali dimanipulasi oleh pelbagai berita tak benar dan khabar angin oleh media massa yang suka mencari populariti dari berita kebenaran. jika anda mahu benar-benar mahu mendapat jawapan mengenai perbezaan diantara nasionalisma dan perjuangan rakyat.


 

saudari boleh membandingkan peristiwa 'nasionalisma nazi, penggulingan dinasti terakhir China, penggulingan Nicolas Tsar 2 di Russia' . semua contoh diatas berkait rapat dengan isu nasionalisma.


 

dengan


 

'revolusi france, zaman pengakhiran samurai jepun, kejatuhan blok komunis di CIS'. contoh ini berkait mengenai perjuangan rakyat.


 


 

Pacal yang hina ini pula menjawab:


 


 

Salam kembali...saya ingin memperbetul salah faham saudara tentang kenyataan saya berkaitan dengan "Ramlah Adam dan Dato Onn Jaafar"...Barangkali saudara melihat bahawa saya menyatakan bahawa Ramlah Adam yang mengatakan bahawa Dato Onn bukanlah "future thinker". Sebenarnya maksud saya yang sebenar ialah Ramlah Adam itulah yang mengatakan bahawa Dato Onn sebagai seorang "future thinker" malah Ramlah Adam juga melihat bahawa Dato Onn merupakan seorang yang mempunyai "kotak pemikiran diluar pemikiran manusia pada zamannya" dan ini juga seperti apa yang berlaku pada Munsyi Abdullah jua. Tapi saya menyangkal kenyataan Ramlah Adam berkaitan dengan isu tersebut. Maaf kerana mengelirukan saudara melalui penulisan saya sebelum ini.


 


 

Kenapa saya katakan bahawa Dato Onn bukanlah "future thinker" dan "manusia yang punya kotak pemikiran diluar kotak pemikiran manusia pada zamannya"?..

Maaf kenyataan ini sememangnya "jauh panggang dari api"..Saya boleh katakan bahawa Dato Onn merupakan orang begitu ketinggalan dalam idea politik dan pelaksanaannya berhubung dengan suasana yang berlaku di Tanah Melayupada ketika itu.


 


 

Kalau saudara mengatakan bahawa Dato Onn

melihat bahawa Tanah Melayu ini hanya dapat mengecapi kemerdekaan apabila semua kaum yang besar (Melayu, Cina dan India)bersatu, maka hakikatnya idea itu telah lama diusulkan malah dipraktikkan oleh pihak kiri melalui gabungan PUTERA-AMCJA. Tahun 46-47 lagi mereka telah melihat hal ini dan mereka juga

turut menyatakan bahawa 'KEMERDEKAAN TAKKAN TERCAPAI TANPA PENYATUAN SEMUA KAUM".


 


 

Kemudian, jika saudara mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan fasal "Hak Keistimewaan Bumiputera" dalam perembagaannya (lihat Perkara 152 &153 yang menyentuh soal bahasa,agama, kedudukan bumiputera dan Raja-Raja Melayu).


 


 

Ingin saya peringatkan saudara bahawa isu yang terpapar di Perlembagaan Persekutuan itu sebenarnya telah dibincangkan oleh pihak PUTERA-AMCJA. Malah perbincangannya dan drafnya telah siap sebelum tahun 1948 lagi.


 


 

Disini saya kongsikan 10 usul yang dipersetujui oleh gabungan PUTERA-AMCJA (dikenali juga "Sepuluh Prinsip Rakyat" (Ten People's Principles) yang mewakili semua bangsa yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu)


 

6 USUL YANG DIKEMUKAKAN OLEH AMCJA YANG MEWAKILI BADAN BUKAN MELAYU:


 

1.Malaya disatukan termasuk juga Singapura


 

2.satu badan perundangan pusat ditubuhkan untuk seluruh Tanah Melayu


 

3.kesama-rataan dalam soal politik diberikan kepada penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah tumpahnya dan akan setia terhadap Tanah Melayu


 

4.Sultan-Sultan Melayu berperanan sebagai raja yang berdaulat dan berfungsi sebagai raja berperlembagaan serta menerima nasihat dari rakyat dan bukannya menjadikan British sebagai penasihat


 

5.hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan hal-ehwal adat-istaiadat orang Melayu diletakkan sepenuhnya dibawah kawalan dan tanggungjawab orang Melayu


 

6.perhatian yang khusus dan istimewa perlu diberikan kepada soal kemajuan orang Melayu.


 

MANAKALA 4 USUL LAGI DIKEMUKAN OLEH PUTERA YANG MEEWAKILI BADAN MELAYU:


 

1.Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi masyarakat Tanah Melayu,


 

2.pertahanan Tanah Melayu dan urusan luar negeri diuruskan oleh Kerajaan Malaya dan Kerajaan Inggeris


 

3.istilah "MELAYU" digunakan sebagai rupa bangsa yakni kewarganegaraan bagi penduduk Tanah Melayu


 

4.bendera kebangsaan hendaklah berwarna merah di atas dan putih di bawah.


 


 

Nah, lihatlah...semua isi kandungan dalam Perlembagaan Rakyat ini...Bagaimana? Bukankah negara cita "Bangsa Melayu" itu sudah punya jalan untuk direalisasikan. Malah kalau saudara teliti dengan penuh cermat, kebanyakan isu yang berkaitan dengan hak bumiputera dan Melayu khususnya telah diusulkan oleh kaum BUKAN MELAYU. Menarik bukan.


 


 


 

Satu persoalan, kenapa pihak penjajah British lebih senang mengadakan sesi perbincangan dengan UMNO dalam soal pembentukan Perlembagaan berbanding dengan pihak PUTERA-AMCJA sedangkan dalam isu Malayan Union ciptaan British dulu, UMNO begitu bersungguh menentang. Kenapa tidak British berbincang sahaja dengan pihak PKMM dan angkatannya yang padaa awalnya menyokong Malayan Union. Pasti ada sebab dan munasababnya.


 


 

Kemudian lihatlah pelbagai dasar negara yang dicipta oleh UMNO.


 

Saya akui,ada terdapat dasar-dasar UMNO yang tidak menganggu gugat kedudukan bumiputera pada suatu ketika dahulu. Dan perkara ini selaras dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan.


 

Antaranya:


 

1. 1967 : Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan berperanan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.


 

2. 1967 : Akta Bahasa Kebangsaan mewartakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam upacara rasmi.


 

3. 1969: Menteri Pelajaran, Datuk Abdul Rahman Yaakob mengumumkan sekolah aliran Inggeris ditukarkan kepada aliran bahasa kebangsaan secara berperingkat.


 


 

4. 1970: Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam darjah satu di sekolah rendah.


 


 

5. 1970: Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1970-1999) untuk menaikkan taraf hidup kaum bumiputera.


 


 

6.1973 : Bank Pembangunan ditubuhkan. Ia mula beroperasi pada tahun 1974 untuk mennggalak penyertaan usahawan bumiputera dalam kegiatan ekonomi negara.


 


 


 

Jujurnya, saya bersetuju malah menyokong dasar yang dicipta oleh UMNO ini. Namun yang pelik, setelah dasar2 ini dibentuk, ada pula usaha-usaha yang mahu meenghapuskan dasar-dasar indah ini pada lewat hari ini. Misalnya, Isu PPSMI...kenapa ini boleh berlaku...adakah para ahli UMNO tiada belajar akan sejarah partinya itu lebih2 lagi yang muda-mudi?.


 


 

Selanjutnya, sekarang ini ada pula usaha-usaha untuk mengembalikan semuala kekebalan kuasa-kuasa Sultan-Sultan Melayu untuk menyelesaikan isu politik yang berlaku lewat hari ini lebih-lebih lagi setelah apa yang berlaku di Perak.


 

Dulu UMNO telah cipta satu undnag-undang baru di bawah pemerintahan Tun Mahathir pada 1993. Ianya berkaitan dengan soal kekebalan Raja-Raja Melayu.


 


 

Isu ini muncul apabila Tun Mahathir berkeras mahu menarik balik kuasa raja-raja Melayu pada 1992. Ini kerana, pada waktu itu, ada kes bilamana Sultan Johor telah mecederakan Douglas Gomes di Istana Johor pada 30 Nov 1992.


 


 


 

Rentetan kejadian itu, pada 10 Disember, 92 Dewan Rakyat telah meluluskan sebulatsuara usul yang dicadangkan oleh Ghabar Baba (TPM) ketika itu berikutan kes yang dikenali dengan "Peristiwa Bukit Serene"


 


 

Sebenarnya sebelum di Bukit Serene lagi, telah banyak peristiwa yang kurang enak didengar yang melibatkan pihak istana.


 

contohnya:


 

1. Julai 1992, Tengku Bendahara Johor dituduh mencederakan dan memukul penjaga gol hoki Perak semasa pertandingan hoki antara Johor dan Perak.


 

2. Peristiwa Prebet Adam yang mengamuk di Chow Kit yang dikatakan punya kaitan dengan Kesultanan Johor yang sehingga kini tiada keputusan jelas tentang kes tersebut.


 

Maka, Perkara 181 (2) Perlembagaan Malaysia,: pindaan pada tahun 1994 membolehkan Raja-Raja Melayu didakwa di Mahkamah Khas Raja Melayu.


 

Tapi melihatkan apa yang berlaku di Perak, terdapat usaha untuk mengembalikan semula kuasa-kuasa Sultan. Perlu difahami, setakat ini, kuasa orang politik masih mendahului pihak istana.


 

Menurut saya, Sultan ini hanya dipergunakan bila perlu sahaja oleh golongan politikus negara ini.


 

Lagi satu isu tanah di Perak apabila Nizar mahu lanjutkan tempoh pajakan tanah rizab Melayu selama lebih 90 tahun kepada non malay...sejujurnya isu itu telah lama berlaku di

Johor. Sila lihat enakmen kerajaan negeri Johor berhubung isu tanah rizab Melayu yang boleh dipajakan kepada bukan Melayu selama 99 tahun..Jadi apa bezanya...


 

Saya tidak memihak kepada mana-mana belah pihak...Saya hanyalah seorang manusia yang berusaha untuk bersifat objektif dan realis...Saya bukanlah menulis untuk bias kepada mana-mana pihak dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak jua...saya adalah saya...


 


 

*sila lihat orang-orang penting dalam UMNO dari penubuhannya sehingga kini. Kaji latar belakang mereka...Tak silap kebanyakanya dari golonganaristokrat...kurang dari golongan kelas rakyat...


 


 

Love n Peace.


 

-Menulis untuk revolusi bukan fantasi-


 


 

Saudara (qareemneedrebel.blogspot.com) membalas balik:


 

saudari ruhi,

terima kasih atas komen saudari.

saya bersetuju akan penjelasan mengenai 'sepuluh prinsip rakyat' yang di ketengahkan PUTERA-AMCJA itu.

saya sendiri pernah membacanya dan saya akui bahawa tuntutan itu telah diketengah kan awal oleh pihak PUTERA-AMCJA.

cuma di sini saya kan menerangkan persoalan saudari kenapa pihak British tidak memilih PUTERA-AMCJA dan sebaliknya memilih UMNO.

pertama sekali, anda perlu sedar bahawa tanah melayu ini telah terjajh oleh British selama beratus tahun. Hakikatnya, bila sesebuah negara terjajah, suara rakyat dalam negara itu sukar didengar. anda sendiri lihat bagaimana situasi Iraq dan afghanistan bukan?

dan apabila terjajah, untuk mendapatkan kemerdekaan itu bukan lah senang. British takkan mudah2 nak beri kemerdekaan kepada Tanah Melayu begitu saja. British ada kepentingan di Tanah Melayu. Ladang-ladang sawit dan getah yang di usahakan oleh British melalui estet2 seperti sime darby dan guthrie contohnya. itu bernilai berpuluh-puluh juta. dan banyak lagi seperti bijih timah dan sumber2 hutan yang kaya. saya yakin, ketika itu jika British mahu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. British perlu memberi kepada mereka yang boleh menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu.

dan British memilih UMNO. kerana UMNO mempunyai pertalian yang baik dengan british. anda sendiri cakap UMNO datang dari golongan aristokrat. memang kebanyakkan pemimpin OMNo datang dari golongan aristokrat. tapi, bagi saya, itu tiada masalah. kerana mereka punyai satu matlamat juga. iaitu kemerdekaan.

British menolak usul PUTERA-AMCJA sebab saya pernah baca bahawa British menolak mereka kerana hubungan PUTERA-AMCJA dengan komunis. anda perlu sedar , bahawa semasa era sebelum kemerdekaan. United Nations atau PBB baru hendak ditubuhkan bagi mengimbangi kuasa-kuasa dunia selepas perang dunia kedua. semasa itu, terdapat dua kusa blok yang kuat iaitu berikat dan komunis. British adalah datang dari pihak berikat. Jajahan British di nusantara ketika itu cuba dicabar oleh kuasa komunis yang telah mula menubuhkan negara iaitu Indonesia melalui Parti Komunis Indonesia pimpinan Soekarno, presiden pertama Indonesia. British sedaya upaya berusaha agar tanah jajahan nya iaitu Tanah Melayu dan singapura tidak terjatuh kepada pejuang kemerdekaan yang membawa bayangan komunis dibelakangnya.

jajahan tanah melayu itu milik british. british berhak. rakyat tanah melayu ketika itu tidak punyai kuasa apa2. anda lihat contoh di iraq dan afghanistan. Amerika berkuasa. itulah situasi bila terjajah dan peritnya untuk tuntut kemerdekaan. rundingan gagal, tumpahan darah, gencatan senjata, dan macam2 lagi.

lagipun, ketika itu. anda perlu tahu, kuasa raja yang paling kuat ialah kuasa sultan johor yang dipimpin sultan ibrahim. beliau yang mempunyai pertalian rapat dengan kerabat british, adalah faktor penyumbang mengapa British lebih selesa berunding dengan UMNO daripada PUTERA-AMCJA. Lagipun, UMNO tertubuh di istana-nya. Peranan sultan ibrahim ketika itu sangat besar. namun, ada cerita ianya perlu di rahsiakan bagi mengimbangi pemerintahan 'bayangan' dalam sesebuah negara.

tahukah anda mengenai pemerintahan 'bayangan'. di negara kita ini sebenarnya wujud. tapi, kita semua buat tak tahu, atau mungkin kurang tahu. atau ianya dirahsiakan bagi mengelak dari timbul perkara sensitif.


 

satu lagi adalah mengenai 'kehilangan kekebalan kuasa raja-raja'

ada banyak sebab saudari.

anda perlu ingat. raja dan sultan juga adalah manusia. mereka juga boleh hilang pertimbangan bila tidak dapat mengawal kuasa dan nafsu.

peristiwa-peristiwa yang anda beri itu baru sedikit. ada banyak lagi peristiwa jenayah yang di buat oleh kerabat diraja terhadap rakyat yang tak didedahkan. cuma ianya setakat di bualan mulut orang. saya ingatkan lagi, sultan dan raja adalah manusia juga. mereka juga perlu di adili jika mereka melakukan jenayah.

saya menyokong undang-undang yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir itu. kerana ianya bukan dibuat untuk menyekat kuasa raja2. tidak sama sekali. tapi, bagi memberi keadilan kepada mereka yang tak bersalah.

anda tahu tak, sultan johor kini, iaitu sultan iskandar pernah menampar muka bekas imam masjid negara hanya kerana sultan johor telah ditegur oleh imam agar tidak memakai gelang emas sewaktu bersolat.

selepas dari tu, tangan sultan johor bengkak selama satu purnama kerana terkena 'daulah' imam itu.
setelah sultan johor, menemui imam tersebut, barulah tangan sultan johor kembali pulih.

orang melayu penuh dengan dunia mistik. itulah yang sering digeruni oleh kaum-kaum lain.

terutamanya peristiwa 13mei.

saudari, saya mengkagumi hujah dan fakta saudari kerana ianya seratus peratu dari penulisan dan buku.

satu lagi. mengenai kes pajakan tanah kepada bukan bumiputra, bukan 90 tahun ye cik ruhi. tapi, 999 tahun!! sembilan ratus sembilan puluh sembilan. itu benar2 membangkitkan kemarahan orang melayu kepada kerajaan Pakatan rakyat! sila tonton balik rakaman MB Perak sewaktu ditanya mengenai hal tanah pajakan itu. serta muka ngeh kam hoo yang suka meriang.

ok.

namun saudari, dalam memahami konsep pembinaan negara. rujukan buku bukanlah segalanya. ada banyak lagi perkara yang perlu dirujuk terutamanya cerita-cerita dari mereka yang mengalami peristiwa tersebut. mungkin masyarakat ada mendakwa mengatakan itu ialah cerita dongeng atau cerita rekayasa. namun, sebenarnya itu amat penting bagi membandingkan dengan situasi yang berlaku.

adakalanya saudari, kita akan berfikiran silap terhadap apa yang kita rasa tak kena.

sekian.

Khamis, 21 Mei 2009

filem kontot : wanita pada tubuh lelaki



*maaf kerana kualiti gambar yang begitu tidak memuaskan. hal ini kerana video asalnya punya masalah dan terpaksa ditukar ke format 3gp..format lain seperti mp4 juga punya masalah yang begitu serius bila diconvertkan..pergerakan si pelaku dengan audionya jadi tak sekata...tak tahu kenapa...macam gampang..





"mak, adakah dalam hayat ini dapatku merasai bahagianya menjadi wanita..ini bukan kehendakku mak..ingin menjadi laki, tapi jiwa ni punya naluri wanita, ingin menjadi wanita, sayagnya tubuh ini spt lelaki"

A woman in man’s body show the life of a transexuality person. This docu - drama tell us how people like this survive his life in our community although he should facing with so many obstruction. Even though has physical strength like man but deeply in his soul, he has graceful feeling same like woman. He never ask born like that. By this docu – drama also, audience can get something and be more understand how this person manipulate his physical strength and also how he survive with graceful feeling that exist in his soul. In fact, this docu – drama showing two different elements : “power and grace” but appear or exist in one same object.

Komen saya terhadap artikel bejudul "Nasionalisma atau Perjuangan Rakyat?"

Komen saya terhadap artikel yang ditulis oleh seorang penulis blog (qareemneedrebel.blogspot.com) berkaitan dengan penulisan beliau berjudul "Nasionalisma atau Perjuangan Rakyat?"

Beliau menulis
: Nasionalisma atau Perjuangan Rakyat?
Seringkali perkara ini bermain-main dalam arena politik negara kita. Acapkali ianya membawa kepada pertelingkahan dalam konteks idealisme dalam membentuk sesebuah negara.

Apa yang pasti. Sama ada kalian setuju atau tidak setuju. Perlembagaan Negara kita dibentuk atas konsep Nasionalisma. Sejajar dengan penguasaan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.




Komen saya:

Saya kurang jelas dengan kenyataan "Perlembagaan Negara kita dibentuk atas konsep Nasionalisma." Hal ini kerana, perkara ini barangkali dari satu segi hanyalah suatu mimpi yang pelaksanaannya tidak sempurna. Mengapa?..Nasionalisma @ semangat kebangsaan (saya lebih gemar menggunakan istilah semangat kebangsaan kerana istilah ini istilah peribumi berbanding nasionalisma yang maksudnya begitu mencelarukan) seperti yang diperjuangkan oleh para kemerdekaan sebenar dahulu dari satu segi boleh dikatakan tidak mencapai matlamatnya..Perjuangannya hanya mati ditengah jalan..Kenapa?..


Sebelum pergi lebih jauh, saya nyatakan secara mudah maksud "nasionalisme" itu :"suatu usaha atau perjuangan suatu kelompok sosial masyarakat ke arah menuju impiannya (barangkali fantasi dari satu sudut situasi) iaitu untuk membentuk negara bangsa( istilah nasionalisma itu dari segi harfiah berasal dari istilah "nation": bangsa)..dan cita ini menurut realitinya (berlaku dibanyak negara eropah spt jerman) hanya dapat berlangsung secara sempurna bila kelompok manusia itu mempunyai pelbagai persamaan seperti persamaan keturunan, budaya, latar belakang atau sejarah, bahasa malah persamaan agama juga sedikit sebanyak membantu kepada kelancaran prosesnya namun keperluannya tidak sepenting seperti persamaan keturunan, bahasa dan budaya tadi (hanya keperluan sampingan)..(definisi popular yang diberikan oleh JOMO, R.SUTRALINGAM, ANDAYA)..


Nah, sekarang dimanakah signifikannya definisi ini dengan kenyataan saudara. Apakah konsep ini telah berjaya direalisasikan dengan sempurna oleh PEKEMBAR (walaupun nama popular yang tak pernah bertukar gantinya ialah UMNO).?


Secara realisnya, PEKEMBAR niat asalnya tiada langsung untuk mendukung konsep nasionalisma ini. Hal ini jelas seperti mana yang berlaku dalam isu Malayan Union dahulu. Setengah orang melihat bahawa Malayan Union merupakan kemuncak perjuagan "nasionalisma" orang Melayu yang telah didukung oleh PEKEMBAR. Namun hakikatnya, saya boleh katakan bahawa Dato Onn merupakan orang dari kelompok reaktif bukannya golongan proaktif seperti PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan angkatannya.


Hal ini kerana, setelah Malayan Union berjaya digagalkan, apakah tindakan UMNO untuk Tanah Melayu?..Dato Onn dalam hal ini dilihat bukanlah seorang "future thinker" seperti mana yang didakwa oleh Ramlah Adam dalam karyanya. Dato Onn mahu sistem pentadbiran Tanah Melayu berlangsung seperti sebelumnnya iaitu tiada langsung usaha penyatuan negeri2 di Tanah Melayu...Kekal dengan Negeri2 Melayu Bersekutu, Tak Bersekutu dan Negeri2 Selat. Hujah ini dari satu segi telah memaparkan bahawa konsep nasionalisma tiada dalam PEKEMBAR.




(Reaksi orang-orang Melayu di Tanah Melayu terhadap Rancangan Malayan Union pada tahu 1946)


Tidak seperti PKMM yang mahukan agar Tanah Melayu ini disatukan malah penyatuannya lebih jauh dari itu iaitu cita-cita penyatuannya dengan Indonesia dengan nama "Melayu Raya". Ya, walaupun pada asalnya PKMM dan angkatannya begitu menyokong idea penjajah iaitu Malayan Union kerana cita2 penyatuan itu dapat direalisasikan melalui Malayan Union. Namun setelah diketahui bahawa rancangan itu tidak melibatkan Singapura maka PKMM dan angkatan2nya bersama-sama lebih kurang 42 pertubuhan Melayu menubuhkan UMNO dan bersama-sama menentang Malayan Union. Malah yang lebih menarik, perwakilan daripada pihak PKMMlah yang lebih banyak menghadiri setiap persidangan PEKEMBAR ketika itu.


Perjuangan kebangsaan seperti mana yang didukung oleh para pejuang kemerdekaan dahulu adalah begitu terbuka. "Melayu" sebagai unsur penyatuan mereka. Walaupun PEKEMBAR begitu bangga dengan slogan "Hidup Melayu" sebagai salam perjuangannya, namun realiti yang berlaku merekalah penghapus kepada matlamat kebangsaan Melayu.



Hal ini dapat dilihat melalui pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1948 dimana Singapura dipisahkan dalam Persekutuan. Kenapa PEKEMBAR rela melakukan hal ini sedangkan Singapura itu milik Melayu dan punya banyak nilai-nilai halus di bumi itu selain nilai ekonominya sehingga menyebabkan hari ini dapat kita lihat bahawa Singapura merupakan negara Cina yang begitu pesat membangun dan maju ditengah2 rantau alam Melayu.

Kemuncak kepada aksi pembunuhan perjuangan kebangsaan "Melayu" itu dapat dilihat melalui pembentukan "Malaysia" dan bangsa "Malaysia". cita-cita Negara bangsa Melayu dengan "terang lagi bersuluh" sudah berkecai dan musnah. Idea ini saling tak tumpah seperti mana yang diutarakan oleh geng cina PNP di Singapura dan wadahnya diteruskan pula oleh geng2 DAP di Malaysia kini. Mereka menuntut hak politik yang sama rata dengan slogan "SAMA RASA SAMA RATA".




(Dato Onn Jaafar, pejuang UMNO dalam peristiwa penentangan Malayan Union)


Mungkin saudara akan bertanya dengan nada begini.."Abis macam mana pula dengan soal kaum bukan Melayu yang menetap disini?".

Sebenarnya isu ini telah lama diselesaikan oleh PKMM melalui gabungan PUTERA-AMCJA pada tahun 1947. Mereka telah mengusulkan draf Perlembagaan Rakyat 1947 untuk rakyat negara ini. Didalamnya telah diselesaikan isu ini, dimana semua masyarakat yang mahu menjadi warganegara tanah air ini perlu memakai kenegaraan "MELAYU" tanpa melihat konsep MELAYU itu dari segi agama. Ternyata usul ini diterima oleh perwakilan bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock, Lim Keah Chen, John Thivy dan lain-lain lagi.

Cara ini dilihat berjaya di Indonesia dan Cina. Di Cina, orang-orang Manchu rela masuk Cina melalui proses "PENCINAAN" dalam sejarah tamadun Cina dulu.

Manakala bagi mereka yang enggan mereka bisa tinggal di negara ini tanpa sebarang hak politik dan kewarganegaraan.




(Diantara pemimpin-pemimpin dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Angkatan Pemuda Insaf bergambar selepas mengadakan Kongres yang kedua pada 25 hingga 27 Disember 1946 di kota Melaka)



Jadi, saya katakan nasionalisma tidak pernah menjadi kenyataan di negara bertuah ini. Kalau saudara mengatakan bahawa "nasionalisma itu menuntut rakyat bersusah-payah", saudara lihat dalam isu darurat 1948...Rakyat yang bersusah-payah menuntut kemerdekaaan tapi mereka inilah yang akhirnya menderita berpuluh-puluh tahun di dalam penjara semata-mata bersusah-payah menuntut kemerdekaan. Darurat untuk komunis...tapi 10,000 dari yang ditahan adalah orang Melayu...



(Seorang ahli politik dan sasterawan juga walaupun tidak sepopular A.Samad Said namun beliau antara penulis yang disumbat ke penjara gara-gara karya beliau berjudul "Testamen Politik API: Merdeka dengan darah"...baca juga karya beliau berjudul "TUJUH TAHUN MALAM MEMANJANG"-memaparkan kisah beliau sewaktu di dalam tahanan-)

Ahmad Boestamam, Jaafar Hussain, Mustapha Hussein, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar, Ustaz Yahya Nasim dan lain-lain lagi bukanlah komunis dan tiada pernah mengisytharkan diri mereka komunis seperti mana yang dilakukan oleh Rashid Maidin.

Rashid Maidin memang mengaku malah berbangga kerana menjadi anak Melayu pertama yang menyertai komunis.

"Saya bangga menjadi anak Melayu pertama menyertai komunis" - Al-Marhum Rashid Maidin-


Tapi tidak bagi yang lain itu. Mereka bukan komunis. Bersusah-payah untuk negara, tapi balasannya sengsara...

Jadi, renung2kanlah ye...Setiap orang punya pandangan masing2...Perbezaan pandangan tidak salah malah dari satu segi ia merupakan suatu rahmat untuk kita sentiasa mengislahkan diri...

-Love n Peace-

Komunikasi mantapkan soladariti....


tunggu2...ada yang tertinggal...

Walaubagaiamanapun, kegagalan Perlembagaan Rakayat 1947 menyebabkan rupa bangsa Melayu tersebut gagal dipraktikkan dan sekaligus dari satu segi menyaksikan nasionalisme Melayu gagal mencapai cita-citanya. Hal ini kerana, andaikata Perlembagaan Rakyat 1947 ini dapat dilaksanakan mungkin cita-cita tentang pembentukan sebuah negara bangsa Melayu yang diidam-idamkan oleh kebanyakan pejuang kemerdekaan dari pihak kiri pasti dapat dicapai. Perlembagaan Rakyat 1947 juga membuktikan bahawa nasionalisme Melayu bukanlah suatu ideologi nasionalisme yang bersifat perkauman yang sempit malah ianya bersifat unik iaitu selain bersifat progresif dan anti-imperialis ianya juga bersifat tidak perkauman.

TAK KU SANGKA




TAK KU SANGKA]
Tak tersangka kau hidup juga,
Setelah dicaci dimaki dibenci,
Oleh pendukung aspirasi universiti,
Yang dengki… yang benci,

Kerana kau tak sekaki.
Kau dilabel illegal,
Tak berdaftar,
Tak sah,
Ta dibilang.

Kau bilang kau berani,
Bersendirian,
Berpendirian,
Mengukir garis revolusi.

Kau bilang kau berani,
Menentang dominasi,
Menentang birokrasi,
Menentang akta universiti.

Kau bilang kau bilang,
Antara ratusan pelajar kaku,
Kau tetap menyinar,
Terang benderang,
Meniti jalan ke depan.

Ilmu di hati tak semesti,
Ijazah di tangan tiada erti,
Bila siswa mendukung kapitalis,
Untuk mara diri setiap hari.

Mara revolusioner kerana ideologi,
Mara jkmi kerana berani,
Mara rakyat kerana sebati.

Kini muncul dialetika,
Mencabar dogma,
Menjadi anti thesis
Menentang akur janji,
Menuntut asasi

Hidup mati,
Sekali sekali,
Biar mati dengan identiti,
Menjadi bara api,
Untuk generasi revolusi,
Menjana diri

(S.Arutchelvan)

Rabu, 20 Mei 2009

digarhayu malaysiaku



saya sudah banyak membaca hujah-hujah yang didendangkan oleh para penentang dasar PPSMI ini. Rata-rata semuanya bertujuan menyelamatkan dan mempertahankan bahasa bangsanya...antara ayat biasa yang dikemudangkan "INI SEMUA DEMI PERJUANGAN BANGSA KERANA KAMI SAYANG BAHASA KAMI"...dari satu segi, maaf saya nyatakan bahawa hujah ini sudah lapuk namun hakikatnya selapuk mana ia pun takkan pernah basi dikomentarkan selagi ia relevan dengan situasinya..kenapa?...hujah ini telah dipakai pada kurun 19 yang lampau...baca sahaja karya munsyi abdullah berkaitan dengan isu beliau menterjemah bible ke dalam bahasa melayu...rata-rata ramai orang melihat usaha beliau ini suatu yang songsang dan bisa mengoyahkan akidah sehingga ada yang menempek beliau dengan gelaran "abdulluah kafir"..."abdulluah gila"..sedangkan keluarga Abdulluah Munsyi bukan clang-calang orangnya...bapanya seorang yang dilihat alim oleh masyarkat sekeliling...sehinggakan bapa beliau sendiri pun berasa kurang senang dengan reaksi masyrakat terhadap usaha anaknya itu..lantas itu juga, si bapa itu bergegas mendapatkan penjelasan daripada abdulluah...jujurnya saya katakan bahawa jawpan abdulluah agak menarik...katanya.."pak...saya tengok bible yang diterjemah oleh orang asing ini sungguh buruk dan asing sekali bahasanya..saya lakukan ini kerna saya sayangkan bahasa ini.." Nah...hujah ini telah lama dipakai...dan yang agak unik menurut hemat saya, kata-kata ini bukanlah dilontarkan oleh seorang yang berbangsa melayu dari sudut "bangsa keturunan" kerna dari segi keturunan abdulluah ini kacukan mamak dan arab dari negara india...bukan melayu asli...cuma melayu dari sudut "bangsa budaya"...kebanyakan orang melihat usaha abdulluah ini seumpama mahu membawa muslim kepada kafir...tapi tiada pula yang mempertikaikan berapa ramai non-muslim yang memeluk Islam gara-gara membaca karya terjemahan tersebut...






kadang-kadang saya agak terkilan melihat para ahli politik berbicara dan membuat sesetengah dasar...mereka kelihatannya berperlakuan seperti manusia yang sudah hilang jati dirinya....jujur saya katakan saya berasa sungguh lemas dengan situasi yang berlaku bukan sahaja masa kini malah 63 tahun yang lampau...saya lihat banyak keputusan pemerintah bukanlah suatu keputusan yang dibuat untuk jangka panjang...yup...pemerintah yang tidak pernah bertukar ganti...pemerintah yang menurut sejara asal penubuhannya bukanlah bermatlamatkan "kemerdekaan" tetapi tanpa segan silu menyetakan merekalah pejuang sebenar kemerdekaan...bangga dengan corak pemerintahan warisan penjajah...kenapa warisan penjajah? lihat isi kandungan perjanjian GENEVA yang ditandatangani...
UMNO atau istilah melayunya 'pekembar' sendiri pun walaupun menggunakan slogan "Hidup Melayu" sebagai salam perjuangannya namun dari segi nama persatuannya itu sendiri tidak pernah diubah kepada bahasa bangsanya (walaupun pada ada usaha untuk mengubahnya namun x kekal)...kenapa...takkan sesuatu perkara itu berlaku tanpa asbab walaupun tuhan bisa menjadikan sesuatu perkara tanpa asbab...








dari sejarah penubuhannya, sejarah
kebanggaannya (kejayaan menentang Malayan Union), pembentukan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1948 (sila bandingkan dengan Perlembagaan Rakyat 1947 yang dibentuk oleh AMCJA-PUTERA),
pelaksanaan undang-undang daurat 1948, kemerdekaan tanah Melayu, pembentukan MALAYSIA, BANGSA MALAYSIA (menurut saya ini merupakan aksi pembunuhan terhadap
perjuangan kebangsaan Melayu), pemisahan Singapura( sejak dari Mlaayan Union yang langsung tiada bezanya dengan Federation 1948), konfrontasi dengan Indonesia (3 org melayu ko boleh bunuh ek tunku, yg 11 org cina tu boleh plk ko lepaskan: DAP N MIC siap bersatu tu minta kaum mereka dbebaskan) propaganda 13 Mei (Kia Sung
pun sama, analisisnya terlalu bias
walaupun sebenarnya berusaha untuk
membawa suatu intepretasi baru kononnya), isu kat tasek utara, baling, auku, isa, sehinggalah kpd apa yang kalian nampak kini..
mmg adalah suatu yang kejam jika
dinyatakan bahawa pihak pemerintah
langsng tiada membawa sebarang kebaikan dalam sejarah pemerinthannya di tanah air ini...namun selagi pendemokrasian yang menyeluruh tidak berlangsung (media, hak politik, kebebasan suara dll) maka ini memaparkan kelemahan pihak pemerintah..









ISA dan OSA....ini jua masalah...dlu masa tahun 2007..Malaysia dgn isu FTA nya...kenapalah senang2 nak jual negara ini pada Amerika walaupun penjajahan nya taklah secara rasmi spt dalam Rancangan Malayan Union tu...hey..lihatlah apa yg berlaku kat filipina...gara2 tak sabar
nak merdeka n patah semangat nak merdeka dengan darah...lihat apa yang terjadi kat ekonomi diorg...pasaran gula ditentukan
amerika...nilai mata wang pun amerika taukehnya...serba-serbi semuannya dikawal oleh amerika...memanglah bahasa inggeris
diorg tu hebat...istilah 'filipina'(nama raja sepanyol:king philip) itu sendiri dah menggambarkan bahwa mereka tu sebuah negara warisan penjajah dan hakikatnya masih dijajah pun....
tgk...sehebat manapun masyarakat filipina berbahasa inggeris...namun adakah mereka bisa mencipta suatu empayar yang hebat dr segi politik mahupun ekonominya. selagi hidup dikawal umpama boneka...jangan mimpilah kau leh pergi jauh....










(PERJUANGAN BERTERUSAN: Mohd Isa menunjukkan bendera Umno ketika ditemui di rumah anaknya di Felda Sungai Tiang dekat Pendang.:SUMBER BERITA HARIAN )


jadi..hamba pacal yang hina dok mintak sangatlah semua pihak dari apa aliran sekkalipun bersatu hatta aliran sains sekalipun...janganlah dok asyik beronani dengan aliran masing2...jangan dipecah2kan...semua pihak perlu bertanggungjawab...sastera, seni, agama, sains...semua leh "kaw team"
punya...jangan masing2 nak dok ego dgn aliran masing2...semua sama
sahaja...kenapa aku cakap kita ni x
bersatu? adalah sebabnya...
dulu dalam teks kesusasteraan melayu...ada satu bahan bacaan..judulnya "TEKUKUR"..aku ni bukanlah aliran
sastera...aku cuma dak seni( kos lelong kat u)..
"TEKUKUR" ini memamg cerita
"rare"...sebabnya...crita tu sehingga kini tiada siapapun yg tahu tentang penulisnya...cuma dia guna naama pena"pro-right"..."antiwar" dn bebrapa lagi

nama pena...pastu crita ni disiarkan pada akhabr yg berbeza secara bersiri dlm tempoh 7 ke 9 bulan..akhbar tu Lembaga Melayu, Saudara dn bebrapa akhbar lain..yg sedikit mengecewakan hati..bila
minta penjelasan ttg crita tu kat dak sastera...diorg cuma dok cakap crita tu dari sudut kajian sastera lah..latar tempat..latar watak..latar masyarakat...mcm ko blaja komsas dulu...member aku x puas hati n gi tanya ahi ademik yg ada PHD...jawpan diorg pun lebih kurang sama...jadi dia x puas hati...pastu...dia cuba kaji dengan guna banyak perkara dan sejauh serta sedalam mungkin...dia cuba kait kan ngn sejarah...ternyata...crita tu ada kaitan dgn sejarah lama-lama...knapa..mmglah
crita tu mcm crita hidup binatang...sebb byk sgt watak
binatang..tekukurlah...burung muraiah...kuda putih lah..burung layan2 lah...tapi member aku rasa macm ada satu yang pelik kat crita tu...mcm penulis tu nak sembunyikan something lah kan...sebab..tekukur tu dia bubuh nombor...ada tekukur 1874 ngn tekukur 1909...nombor2 tu ada kaitan dgn sejarah melayu...iaitu "PERJANJIAN PANGKOR 1874 PERJNAJIAN INGGERIS-SIAM 1909...pastu rupa-rupanya menurut pandagan beliau..penulis crita ni menggunakan kaedah alegori atau perumpaan dengan menggunakan watak bintang bagi mengaburi pihak penjajah untuk menyebarkan idea
resistansi beliau....ternyata semnagat kebangsaan telah lama matang dlm masyarakat melayu sebelum tahun 1938 lagi
kerna crita ni muncul awal kurun 20 iaitu sekitar tahun 1920an....

lagi satu...aku
sebenarnya tak suka guna istilah
"NASIONALISME"...sebabnya maksud istilah barat ni begitu mengelirukan...aku lebih
gemar guna istilah "KEBANGSAAN"..sebab
istilah inilah yang digunakan oleh para pejuang kemerdekaan dahulu...
dulu ada tema hari kemerdekaan berbunyi "NASIONALISME TERAS
PERPADUAN"
...yeker...lihat apa yg berlaku pada zaman kerajaan islam turki uthmanniyyah...bukan slogan NASIONALISME ini ker yg menjatuhkan kerajaan ni...hahahah..whatever...

jadi..semua bersatulah yer....

anak kecil yang menangis....




*tertanya-tanya bentuk rupa apakah mimik muka ku ketika menangis di saat kecil dahulu...
kan best kalau ada kamera kecil tanpa perlu dipegang yang boleh merakam kehidupan harian...tapi takut plk kantoi anda sedang onani....
Posted by ruhi

Selasa, 19 Mei 2009

majalah mini sembang bebas....

*ini adalah majalah mini sembang bebas







(muka depan)








(muka pertama)







(muka kedua)








(muka ketiga)





(muka keempat)







(muka kelima)







(muka keenam)




(muka terakhir)

wawancara bersama faisal ahmad : editor sebutir bintang merah

*temuramah ini dilakukan sekitar tahun 2003 dan kehendak asalnya adalah untuk dimuatkan dalam projek majalah picisan "HATI HITAM"...namun disebabkan projek tersebut sehingga kini asyik tertunda sehingga jangka waktu yang tiada diketahui maka saya paparkan sahaja disini daripada terperap macam pekasam.....








S: Definisi anarchy berdasarkan pengertian anda sendiri?

J: Sekumpulan manusia yang tiada ketua yang memilih sebuah keputusan secara konsensus



S: Sejauhmanakah kebenaran dan kerelevanan punk? Bukankah perjuangan punk itu hanya sia- sia sahaja dan tiada penghujungnya?. Ini terbukti di dalam AL- QURAN kerana tiada sebarang kenyataan yang menyatakan mengenai kejayaan punk di masa hadapan?. Sila jelaskan dengan terperinci?

J: Revelansi punk yang dipersoalkan bisa dilihat dari pelbagai persepsi. Adalah sesuatu yang menarik untuk memperbincangkan kerelevanan punk didalam skop yang lebih sempit agar penghuraian yang lebih detail dan jelas dapat dilakukan. Apa pun, ianya masih berkait dengan keyakinan seseorang yang menerima punk sebagai method perjuangan mereka. Jika mereka tidak merasakan punk adalah sesuatu yang relevanan dengan kehidupan mereka, sudah pasti mereka akan memilih method lain yang lebih sesuai dengan hidup mereka. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan saudari yang mengatakan perjuangan punk adalah sesuatu yang sia- sia. Kerana terdapat ramai manusia yang berubah kehidupan mereka kepada keadaan yang lebih baik setelah menemui punk. Malah ada rakan- rakan punk saya dahulunya seorang pengkonsum dadah, arak dan rokok sudah mula tidak mengkonsumi produk- produk tersebut setelah bergelar punk.( tidak pula saya mengatakan bahawa para pengkonsum dadah, aralk dan rokok adalah manusia yang tidak berguna. Cuma saya percaya dadah, arak dan rokok membahayakan kesihatan manusia). Jadi kenyataan bahawa punk adalah sesuatu yang sia- sia adalah sesuatu kenyataan yang agak sempit penilaiannya.

Tidak dapat saya perakui tentang terdapat bukti atau tidak tentang punk ini di dalam

AL

- QURAN kerana saya baru khatam AL- QURAN cuma sekali. Mungkin saudari telah membuat pengkajian yang khusus tentang AL- QURAN dan kerana itu saudari dengan lantangnya berkata tiada sebarang kenyataan yang menyebut tentang punk sekali pun. Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan di atas pengkajian saudarai tentang punk dan AL- QURAN tersebut. Tapi jika saudari hanya berkata secara rambang, saya juga boleh berkata bahawa punk juga tiada disebut dalam kitab injil, taurat atau zabur sekalipun. Malah punk juga tidak ada dalam riwayat keagamaan Gautama Budhha. Punk juga tidak disebut di dalam kitab agama hindhu, agama kristian atau semua agama di dunia ini. Kerana apa saya berkata demikian?. Kerana saya hanya berkata secara rambang tanpa membuat apa- apa kajian tentang punk dan agama. Harapannya agar kenyataan saudari yang mengatakan tiada kejayaan punk yang disebut di dalam AL- QURAN adalah dibuat berasaskan kajian sebenar saudari; bukannya kenyataan kosong yang dibuat secara rambang. Apa pun, punk bukanlah agama. Ia juga bukan sub kepada mana- mana agama. Malah terang- terang punk adalah bersifat sekular. Jadi carilah dalam mana- mana kitab agama sekali pun, pastinya punk tidak disebut di dalamnya. Walaupun punk bukanlah sesuatu yang berkenaan dengan agama, terdapat beberapa persamaan yang jelas dengan apa yang disarankan oleh agama. Bukankah semua agama itu mahukan kebaikan?. Jadi kebaikan yang terdapat di dalam punk ini kadang- kadang mempunyai persamaan yang agak ketara dengan kebaikan yang disebut di dalam mana- mana agama.

Berbicara soal kejayaan punk di masa akan datang pula, ianya tidak bersifat sepesifik. Kerana kejayaan itu diperoleh dengan pelbagai cara. Lihat apa yang anda mahukan, dan anda pasti tahu ianya berjaya dicapai atau tidak. Saya tidak tahu apa jenis kejayaan punk yang saudari maksudkan. Tapi jika ingin menilai kejayaannya, rasanya banyak kejayaan sudah dicapai dalam pelbagai cara dan pelbagai jenis. Jika dulu di

malaysia

ini tiada manusia ynag tahu tentang kewujudan komuniti d.i.y punk ini, tapi sekarang sudah ramai yang tahu. Bukankah ini kejayaan?. Jika dulu hanya ada beberapa orang yang membuat zine/ band/ newsletter/ kolektif, kini sudah terlalu banyak. Ini juga kejayaan punk bukan?. Jika dulu tidak ada demostrasi yang dianjurkan oleh anak- anak punk di

malaysia

ini, tapi lihat sekarang sudah ada beberapa demostrasi jalanan yang dianjurkan oleh anak- anak punk. Apa ini bukan satu kejayaan?. Kerana itu saya katakan tadi bahawa jenis atau bentuk kejayaan itu adalah pelbagai. Saya juga dapat mengatakan saudari sudah berjaya mengkaji tentang punk dan AL- Quran. Tidak semua punk/ manusia yang mampu mengkaji punk dengan agama/ Al- Quran. Setidak- tidaknya punk telah berjaya membuat saudari berfikir tentangnya walaupun saudari bukan lagi punk. Secara ringkasnya, kejayaan ini dapat dilihat dari pelbagai persepsi. Jadi usah dilihat sesuatu yang subjektif dalam bentuk yang objektif.










S: Mengapa anda memilih cara punk untuk meneruskan perjuangan anda, sedangkan islam telah menggariskan caranya yang pada saya ianya lebih relevan dan wajar daripada cara punk?




J: Punk adalah sebahagian daripada method perjuangan yang saya gunakan?. Mengapa?. Kerana dalam komuniti punk ini terdapat lebih ramai anak- anak muda yang mempunyai persamaan minat yang sama dengan saya. Kebanyakkan anak- anak punk adalah mereka yang “ berdarah panas”. Apa saja kepincangan yang kerajaan lakukan, mahu sahaja mereka tentang. Jadi di sini, ( komuniti punk ) saya lebih mendapat kesefahaman yang baik diantara rakan- rakan sekeliling. Lagipun, secara puratanya, komuniti punk di

malaysia

ini didiami oleh mereka yang mempunyai asas didikan tentang islam. Jadi persefahaman lebih senang wujud.

Saya tidak hanya bergerak melalui punk semata-mata. Saya juga bergerak dengan kumpulan –kumpulan pelajar, NGO, Grass Group malah People Organisation juga. Saya juga tidak menghadkan method perjuangan saya. Saya akan melibatkan diri dalam pelbagai method yang bersesuaian dengan pendirian politik diri saya dan dengan apa yang saya rasakan ianya akan membuahkan hasil. Saya mempunyai rakan- rakan yang dari pelbagai ‘ sektor’. Ada yang NGO, ada yang kepartian, ada juga revolutionis, ada juga reformis, malah ada juga islamis, tidak kurang juga dengan humanis, anarkis, komunis, sosialis atau ethist sekali pun. Saya akan ambil apa yang saya rasakan betul, bersesuai dengan kehidupan diri saya dan juga agama saya; ISLAM. Yang penting disini adalah saya tahu siapa diri saya dan saya tahu apa yang saya mahukan. Mengikut tanpa mengetahui dan mengkaji adalah sesuatu tindakan yang tidak matang.

Punk adalah tidak lebih daripada salah satu landasan perjuangan terhadap apa yang saya mahukan. Jika dilihat dalam Parti Islam Se-

Malaysia

sekalipun, korupsi masih berlaku. Sedangkan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan islam sekalipun, para pengikutnya masih mengamalkan korupsi, inikan pula parti- parti yang terang- terang tidak membawa mesej islam. Saya tidak memihak kepada mana- mana parti. Cuma apa yang saya ingin sampaikan disini, manusia sekarang lebih mementingkan diri sendiri semata- mata. Tiada lagi sifat kebersamaan yang ingin diperjuangkan. Parti sekarang hanyalah tapak kepada mereka yang ingin mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan bukannya untuk kepentingan bersama.

Apa yang saya katakan ini boleh saudari lihat dan baca melalui suratkhabar penyebar dakyah kerajaan. Jika ada dalam suratkhabar sekalipun, itu hanyalah sebahagian daripada korupsi yang didedahkan. Pendedahan yang mempunyai maksud tersirat oleh kerajaan masing- masing ( kerajaan BN dan kerajaan PAS). Malah lebih banyak korupsi yang terjadi tanpa pengetauhan kita semua. Baca suratkhabar lidah rasmi kerajaan Barisan Nasional, korupsi pihak pembakang akan disedahkan. Baca pula suratkhabar rasmi pihak pembakang, korupsi yang berlaku di kerajaan pemerintah pula akan didedahkan. Jadi, yang mana harus dipercayai sebenarnya?

Kerana inilah para punk

cuba

mewujudkan lebih banyak bahan bercetak alternatif yang lebih bersifat independent dan telus berdasarkan kemanusiaan sebenar. Jangan hanya memikirkan anak- anak punk hnaya membuat zine atau newsletter semata- mata, hakikatnya ianya lebih dari itu. Cuma mungkin saudari tidak tahu atau mungkin tidak pernah menerima bahan bacaan sebegini yang lebih daripada sekadar zine atau newsletter yang mempunyai wawancara band kegemaran editor zine tersebut semata- mata. Apa pun, sedar atau tidak, masyarakat di

malaysia

sudah menganut sekularisme!.





S: Tidakkah anda terfikir bahawa anarchy suatu propaganda yahudi untuk menjatuhkan islam. Ini kerana, bukankah fahaman ini berasal dari barat?. Huraikan mengenainya?.



J: Saya tidak pernah melihat kenyataan ( kukuh) yang mengatakan bahawa anarchy adalah propaganda yahudi. Tapai saya pernah membaca Jewish Manifesto yang menerangkan bahawa beberapa ISME- atau ideolofi- ideologi yang mereka ( pihak jewish) cipta adalah untuk menghancurkan islam. Tapi jika saudari dengan selambanya mengatakan bahawa kenyataan dari barat adalah propaganda yahudi yang mahu menghnacurkan islam, bukan sahaja anarki, malah segala yang berasal dari barat adalah agenda pihak yahudi. Seharusnya budaya hip- hop juga harus dipersoalkan ianya adakah agenda yahudi atau tidak kerana hip- hop juga asalnya dari barat. Soalan yang saudari kemukakan berkenaan dengan propaganda pihak yahudi yang mahu menjatuhkan islam tidak dapat saya huraikan dengan lebih lanjut, kerana apa yang diketahui semua, sejak zaman Prophethood of Muhammad lagi pihak yahudi dan orang anti- islam cuba menyekat dan menghapuskan islam dari disebarkan dimuka bumi ini. Apa pun, yang pastinya setiap kerajaan yang memerintah amerika syarikat adalah wujud disebabkan oleh masyarakat yahudi. Setujukah saudari sekiranya saya mengatakan dunia hari ini ditentu- kawal oleh yahudi?.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, punk adalah sebuah gerakan yang

cuba

mencari kehidupan yang lebih baik. Tidak berdasarkan rupa, warna kulit, bangsa, negara atau agama. Lebih mudahnya, punk adalah satu gerakan kemanusiaan. Dan manusia yang bergelar punk datangnya dari pelbagai ‘jenis’. Kerana ini dalam punk itu sendiri terdapatnya ideologi sosialis, komunis, anarki dan sebagainya. Ditegaskan sekali lagi; manusia itu pelbagai….

Persoalan saudari tentang anarki ini sangat jelas menggambarkan bahawa saudari hanya melihat bahawa hanya anarkisme yang berhubung –kait dengan punk. Sebenarnya, bukan sahaja anarkisme, malah sosialisme, komunisme, humanisme, liberalisme dan banyak lagi pecahan- pecahan kecil yang ada dalam punk. Cumanya komuniti punk di

malaysia

ini mendapat pendedahan yang terlampau dengan anarkisme. Kerana itu, anarkisme lebih banyak bersangkut- paut dengan anak- anak punk di

malaysia

. Adalah tidak dinafikan yang saya juga menerima banayak pendedahan tentang anarkisme. Tidak pula saya katakan keadaan ini adalah tidak bagus. Cuma keadaan ini menyebabkannya kurangnya berlaku perbincangan atau pendebatan idea. Maksud saya, perbandingan antara ideologi- ideologi yang terkandung dalam punk itu sendiri. Sekiranya berlaku perbincangan yang sihat, pastinya kita akan lebih dekat dan lebih memmahami dengan apa yang kita cari dan mahukan. Perbezaan yang wujud dikalangan manusia adalah bukan untuk saling membenci, tetapi untuk saling kenal- mengenali.

Cuba

saudari perlusakan sedikit pemerhatian saudari kepada komuniti punk negara jiran dari

indonesia

. Di

sana

, kepelbagaian punk itu terserlah.

Ada

anarkisme punk, ada sosialisme punk, ada komunis punk dan sebagainya. Itu baru sahaja komuniti punk di negara jiran. Keadaan punk di eropah atau di negara

asia

yang lain juga tidak kurang kepelbagaiannya. Namun di

malaysia

hanya ada anarkis punk. Ternyata bahawa anak- anak punk hanya mendapat pendedahan tentang anarkisme semata- mata. Saya sudah banyak membaca zine yang dihasilkan oleh para anarkis punk di

malaysia

, contohnya zine bebas, zine roti dan ros, zine xdiriku utk dijuakx, zine pritical subversive, zine info aktif dan banyak lagi. Tapi saya belum pernah membawa zine yang bersifat komunis punk atau sosialis punk atau apa- apa ideologis punk yang lain yang dikeluarkan oleh para punk di

malaysia

. Mungkin ada ( dan mungkin tiada) para punk yang lebih menerima sosialisme/ komunisme/ dan sebagainya berbanding anarkisme, cuma mungkin mereka agak sedikit segan untuk mengeluarkan zine atau newsletter yang bersifat komunisme/ sosialisme punk. Masakan tidak segan sedangkan komuniti punk di

malaysia

ini didominasi oleh anarkis punk. Tapi kenapa harus disegankan sebenarnya kerana punk itu bukan hanya yang berkaitan dengan anarkisme semata- mata. Seperti yang saya katakan tadi, manusia ini pelbagai. Jadi, kesefahaman yang jitu diantara manusia atas dasar kemanusiaan adalah asas yang perlu diwujudkan dalam mencipta komuniti yang lebih sihat.

Dengan pandangan yang lebih sempitnya ke atas diri saya; saya tidak terikat kepada mana- mana ideologi atau teori ciptaan manusia. Kerana itu saya bukan anarkis punk, komunis punk mahupun sosialis punk. Jikapun saya mendapat pendedahan yang lebih tentang anarkisme, saya merasa masih terlalu banyak yang saya tidak ketahui tentang anarkisme dan kerana itu saya tidak melabelkan diri anarkis punk. Adalah lebih senang untuk saya melabelkan diri saya adalah aktivis punk ( punk activist).

Secara jujurnya, saya lebih mengidamkan wujudnya sebuah masyarakat aktivis di muka bumi ini. Sebuah masyarakat aktivis yang tidak terikat kepada mana- mana isme atau ideologi manusia di dalam masa yang sama manusia mampu memilih jalan hidup mereka sendiri tanpa menceroboh hak kehidupan manusia lain. Ayuh, bersama mewujudkan masyarakat aktivis!.









5. Pada pendapat anda sendiri, bisakah punk menarik minat dan perhatian masyarakat untuk bersama -sama berjuang dengan apa yang diperjuangkan oleh punk dengan keadaan kebanyakan mat/minah punk yang mempunyai keadaan luaran atau ciri fizikal yang begitu menyedihkan?




——>Apa ada pakaian yang khusus untukk anda bergelar seorang punk? Pernahkah saudari melihat seorang punk yang hanya memakai seluar slack dan t-shirt kosong? Atau punk yang memakai seluar slack yang dipadankan dengan kemeja dan bertali leher? Jika untuk bergelar punk haruslah memakai kasut kulit Dr.Marteen, jaket yang mempunyai stud, patches yang tertampal-tampal, gelang, subang atau rantai yang memenuhi tubuh; maka secara automatiknya saya bukanlah seorang punk. Kerana saya tidak pernah ada eksesori punk tersebut. Saya hanya berpakaian seperti manusia ‘normal’ yang saudari maksudkan.J.

Cuma apa yang membedakan tentang pemakaian pejuang-pejuang punk adalah mereka mempunyai agenda mereka tersendiri. Dan ternyata masyarakat di

Malaysia

sudah diracun minda mereka oleh sistem yang kerajaan cipta jika masyarakat di

Malaysia

tidak mampu untuk menerima kewujudan para punk yang berpakaian seperti yang saudari maksudkan. Yah, manusia mana yang tidak tahu bahawa ‘PUNK ITU REMAJA-REMAJA YANG BERMASALAH’, ‘PUNK ITU BUDAK-BUDAK JAHAT’, dan bermacam-macam lagi kenyataan-kenyataan buruk tentang punk yang dilontarkan oleh kerajaan. Kerana apa ini semua berlaku? Kerana kerajaan sudah tahu siapa punk yang sebenarnya. Kerajaan juga sudah merasakan bahang api revolusi yang anak-anak punk bawakan. Yah, yang paling ditakuti oleh kerajaan sekarang adalah ORANG MUDA. Kerana orang mudalah yang akan menentukan corak kehidupan akan datang. Kedudukan kerajaan juga akan ditentukan oleh orang muda. Dan komuniti punk ini adalah komuniti orang muda yang menentang dan memberontak. Pastinya kerajaan akan

cuba

menghapuskan pihak yang menentang kewujudan mereka. Secara mudahnya, masyarakat di

Malaysia

masih dijajah mindanya oleh kerajaan. Kerana itu demonstrasi jalanan yang besar atau aktiviti-aktiviti kemanusian/aktivis masih belum wujud sepenuhnya di

Malaysia

. Jika ada pun, ianya masih dalam kelompokan yang kecil (amat kecil). Apa yang harus disemai disini adalah,

cuba

mewujudkan masyarakat aktivis. Bukannya masyarakat yang hanya mengikut arahan kerajaan semata-mata. Masakan yang minoriti [kerajaan] mampu memerintah yang majoriti [masyarakat]? Hidup ini milik kita dan seharusnya kita yang mencorakkan kehidupan kita sendiri dan bukannya kerajaan yang tentukan.

Penilaian manusia hanya dari segi pakaian adalah sesuatu yang tidak betul. Jika saudari pernah terlibat dengan aktiviti-aktiviti NGO atau aktivis, pastinya saudari tahu bahawa para rakan-rakan di NGO dan aktivis dapat menerima punk yang mempunyai penampilan fizikal yang ‘menyedihkan’ ini. Pernah dengar "jangan menilai buku dari kulitnya" tak? J. Ah, apa ada pada pakaian punk adalah salah satu agenda yang mereka ciptakan khas untuk masyarakat seperti saudari! Persoalan yang saudari kemukakan telah menunjukkan bahawa punk sudah berjaya membuat manusia mula berfikir tentang kewujudannya….

Isnin, 18 Mei 2009

r@kan2 di zaman subkulture dulu2...




( Saufdari Syafik bin Abu Bakar @ KENSHI @ PIKUN sedang mengira gaji para buruhnya)


* mamat ni nama glamournya KENSHI. sebenarnya istilah KENSHI tu beliau promote sendiri dengan menulis istilah tersebut di seliparnya dengan harapan agar orang memanggilnya "KENSHI"!!!


* antara penggerak utama scene menongkah arus bukan sahaja di teknik malahan batu pahat jua...sehinggakan WAN CHAOS jika terserempak beliau akan salute setunduk mungkin kepaada beliau....


* pernah merampas awek kesukaan aku....awek yg asalnya ingin aku jadikan awek setelah pandang pertama ku ke atas gadis tersebut di Gunung Ledang sekitar tahun 2002....

* ideanya agak bernas dan radikal jua...katanya senang dituruti dan didengari oleh rakan2 lain..maka tak mustahillah dlm byk perkara beliau dilihat lebih mendominasi samada ada dalam perbincangan yang akhirnya menjadi perdebatan mahupun aksi langsung...


* antara bait2 katanya yang masih ku ingat dlm benak otakku : "kataku bukanlah titah..ucapanku bukanlah undang...perbuatanku bukanlah peraturan yang harus kami turuti sehingga menjadi dogma"....


* bakal manager ladang sawit...skang ni sahaja elaunnya sebulan sahaja sudah mencecah rm 1800...maka pada awek2 diluar sana boleh lah mengorat jantan ni sebab punya masa depan terjamin....








(ADDIN yang kacak...bakal melanjutkan pelajaran ke Perancis)



*mamat ni namanya Fakrudin bin Selamat....dikenali dengan nama Addin..ada yg memanggil beliau dengan nada sinis dengan istilah "Chipmunk"....


* seingat aku beliau pernah menulis sajak itu majalah picisan "Hati Hitam... kalau tak silap aku judul sajak itu ialah Semut Hitam...


*dikira orang yang agak berwang kerana al maklumlah anak kepada pemilik kebun kelapa sawit yang bukan sahaja terkenal di sri gading bahkah jua di seantero batu pahat...


* peminat fanatik man united...sama cam syafik dan usop...what the fuck....


* org ni perlu byk berterima kasih kpd ku kerna awek beliau skang aku yang kenalkan pada dia...skang ni dh pandai berawek2...cam gampang...


* orang yang still x mature...kalau borak dalam YM mesti crita yg ngarut2....







(saudara RENTAP; bukan nama sebenarnya...sedang mabuk kerna baru sahaj selesai minum todi di pub murahan disekitar ibu kota)



*mendapat gelaran RENTAP gara2 pernah mengikuti sesi pembelajaran bahasa iban di bumi kenyalang...


* punya jiwa yang agak lembut dan sentimental serta begitu mengambil berat tentang perihal rakan2....cth peristwa yang memaparkan beliau ni berjiwa lembut tak yahlah dinytakan disini...ingat2 sendirilah yer...


* berita terkini aku dgr ttg dia...dia skang ni penggemar disko dan seringkali lihat gemar bersama gadis2 hot di pub.....

* berusaha utk berlagak spt org dewasa melalui penampilan...tapi sayangnya gagap ko tu menggagalkan usaha ko utk kelihatan macho...hakikatnya ko cam dak kecik ja...hahahaha...









(saudara ikan yang hanyir....berlari sejauh mungkin sehingga shah alam untuk melupakan cinta lamanya sehingga menemui cinta baru....)


* mamat ni namanya azrir...ada kembar yg bernama azrar....kakak2 dia semuanya hot2 belaka...try ar utk jd abag ipar bg mamat ni...hahahaha


*mata belolok nak mampus...time kat teknik dulu suka pakai losyen....tangan mmg lembut gila....aku cam nak rogol jer...teringin sangat nk tgk dia pakai tudung...wakakwkakaka...

* kalau chating ngn mamat ni jarang borak ngarut2....tak tahulah napa...kalau chating mesti nadanya serius....suasana akan sepi n tenang...sehingga kedengaran bunyi desiran daun2 berterbangan (mcm dlm crita komik hong kong bila hero nak bergaduh)....hahahah...entahlah...maybe sebab dulu aku pernah gadoh ngn dia kot time nak abis blaja kat teknik dulu kot....

* dia ni byk mendiam dari berkata2 time dlm scene dulu....riak wajah tenang n nampak cool...tapi dlm hati penuh rasa kekecewaan dn kepedihan ....kenapa?..tanyalah z***m*h..
tapi berita ni aku tak pasti...aku teka jer...sori...


*dah punya kolektif seni tersendiri mamat ni...kalau tak silap..namanya..."Limpah X Ruah... mungkin satu hari nanti mamat ni akan sebaris dgn insan2 spt Jaafar Taib...Latiff Moheidin...








(Zainal Faiz: bakal guru yg sempoi...)


* Zainal Fais atau Enal..sapa yg tak kenal...kat Batu Pahat top..kat Penang pun top...lebih2 lagi kat Bakti Permai...


* antara org kuat dlm scene masa zaman sekolah...punya nama kat batu pahat...org yg byk membantu dak2 teknik gak.....dulu kelihatannya beliau mmg tepu n kental dalam scene menongkah arus ni...

* tapi lah ni beliau dah jauh berubah...beliau langsung tiada minat berbicara isu2 resistansi...barangkali api resistansi telah padam dari dirinya.....cuci tangan agaknya...


* antara ayat2 nasihat yg selalu dia dendangkan kat aku; "kita ni kel...sampai bila nak menongkah arus...susah kita nak ubah keadaan yg sedia ada...lebih baik ko follow...ko pilih bahagia atau sengsara..".hahahahah what the fuck"


*beliau bakal guru...mungkin suasana yg ubah beliau...entah..manusia beb...x leh nak expect apa pun...tapi bakal guru yg sempoi...disayangi oleh anak murid....idea still gak tajam time dok berdebat ngn aku lah ni...tapi idea dia dah sonsang dr yg dulu lah...

*chotto mate!!! ada satu lagi jer yg tak berubah...beliau tetap pembekal wayang satu kaler kpd aku...dr zmn sek teknik sampailah lah ni...thankz enal....









* zarif hassan @ zulkifli....bapak dia dulu cikgu aku...kami gelar bapak dia zul violence..pasal ganas gila...aku penah kena lempang ngn bapak dia...haram sungguh....


* memang hebat gila time dlm scene...byk cakap...apa.."KEMENANGAN DALAM BERCAKAP"...itu sinonimlah ngn diri beliau.... suka kritik org gila2 n melihat org dgn pandangan yg sinis....


*namun sifat suka mengkritik org yg ada pd beliau tu berguna juga apabila beliau menanag dalam akademi sastera gara2 beliau mengkrtitk novel shanon ahmad....hahaha..
kini beliau terkenal di rantau malaya...sbb muka masuk paper beb...pejuang bahasa lah kot...x tahu plk kalau dia ada terlibat dgn gerakan ANTI-PPSMI.....HAHAHAH....



* dh mengembara ke indonesia n mengerjakan umrah...wahhhh...dia dah mengembraa...aku bila lagi...tuah ayam nampak dikaki...tuah manusia siapa yg tahu....

* katanya: "punk ni hanya sekadar untuk hias zaman remaja".....

* bakal penulis n sasterawan agaknya...penulisan beliau masih lagi menyentuh soal kemanusiaan dn kemasyaraakatan....gambate kudasai...





(saudara yusof sulehin : editor xperosak mindax)


* mamat ni mmg aktif gila dalam scene...byk sumbangan beliau....

*sumbangan dari segi penulisan....antara karya picisan beliau yg aku ingat :nothing newsletter yg kemudiannya diambil alih oleh ibrahim,....bebas...damai yang hilang....dan yang agak popular...perosakxminda....tak tahu lah plk kalau ada terbit lagi ke idak...

* skang ni plk...dia dok berjinak2 dlm pembikinan filem indie...short film...dah siap satu film...tentang kasta n entahlah aku pun x tahu walaupun aku berlakon dlm crita 2....hahahha....

* dia dah kawen dah ngn minah kedah...tak sangka plk dia kawen seawal ni...pasai time sekolah dulu ramai org anggap mmamat ni gay....tak ada nafsu sama wanita...tahniah kerana dah buktikan yg kau bukan gay usop....

* skang jadi ustaz n boleh dikira ustaz akhir zaman dan seangkatan dengan abg ram walaupun beliau begitu kerap mengutuk abg ram....







(Ibrahim aka Aim...si munafik tahap super)


* aim yang babi ni poseur gila....dulu antara pejuang2 punk yg hebat n tepu...lah ni songsang plk....

*skang ni makan mc d time lunch hehari....keja plk tu ngn kerajaan...dulu punyalah fuck mc d n gov...what the hell....

*tapi antara ramai2 rakan dia lah yg still istiqamah ngn usaha tabligh....doakan ku aim agar dapat keluar 4 bln ipb....allah rastaei bahirho....

* kehidupan penuh dengan amalan nabi saw....tapi yg aku tak leh terima...dulu punyalah fuck mc d tapilah ni dialah pengkosumer mc d yg tepu....pastu jilat kaki pemerintah...what the fuck...dasar barua anjing hitam ko brahim....

kisah marjinal & taring babi serta impian hidupku
















Yup...inilah dia marjinal....sebuah band dari indon ops...indonesia (dep cukup pantang jika ada org menyebut istilah "indon"...katanya istilah itu enggak enak di dengar oleh komunitas indonesia kerna bunyi itu seperti menghina mereka....sori dep...setelah ku berdampingan dgn mu baruku mnegerti walaupun mulut kau mcm gampang...mahu saja ku ganyang sbb tak tau simpan rahsia).....


jujurnya...dari dulu lagi (seingat aku sejak aku aktif dlm scene menongkah arus ini iaitu masa form 4 n aku kenal scene seumpama ini time form 2)...aku sememangnya mahu mempunyai teman2 yang gembira dengan method kehidupan spt geng2 marjinal ini...punya kolektif yang berbentuk kebajikan...menolong masyarakat tanpa bayaran...bagi free food pada homeless mcm geng2 food not bomb buat....

yup macam "food not bomb" @ FNB...dulu masa zmn sekolah..."food not bomb penanglah" yang begitu aktif dan gah dalam bualan rakan2 di scene...antara tenaga utamanya ialah almarhum sukry FNB...(beliau kembali ke rahmatuallah pada hujung tahun 2008 iaitu yg seingat aku pada waktu "RANTAI" Sedang mengadakan art event mereka di red bunglow)...tak sangka sukry begitu terlalu awal...padahal masa art event tersebut aku baru sahaja bertemu beliau disana namun 23 hari kemudiannya aku dimaklum kan oleh IJAT FNBKL yang beliau sudah kembali menemui ilahi...

baiklah kembali pada crita FNB PENANG tadi...dulu FNB PENANG memang mantap...tapi bila aku datang ke Penang utk dapat segengam ijazah yg mahal harganya, rupa2nya FNB PENANG dah lama berkubur....aku dengar sebab kematian FNB PENANG disebabkan oleh masalah perbezaan dan persenkatann ideologi dalam kalangan mereka..entahlah..macam2...

tapi mujurlah ada FNB KL dan kebanyakan mereka juga adalah orang2 yang mengimarahkan FNB PENANG SUATU ketika dahulu...aku sempat berborak ngn mereka...sebabnya dak2 FNB KL ni ada buat tour semalaya utk dedahkan isu kg berembang dulu time aku tahun satu...aku kenal diorg ni pun melalui ONG JING CHEN (geng SPF :GERAKAN MAHASISWA MAJU yang dilihat oleh warga kampus sebagi mahasiswa subversif)

sejak itu aku mula rapat ngn diorg...lepak kat PASAR SENI (CM)...join diorg buat demostarsi antiperang kat depan duta US...bagi free food setiap hari ahad pada homeless kat depan gereja bukit nenas....

tapi jujurnya...aku masih kurang dapat berkomuniksi dan bekerjasama dengan diorg secara serius...mungkin faktor perkenalan yg terlalu singkat selain jarak yg jauh memisahkan kami...maka aku tidak dpt pergi lebih jauh bersama mereka....

namun...semua ini sebenarnya pernah menjadi impian aku sejak dibangku sekolah lagi...aku dan bersama beberapa rakan2 ku yang jiwa mereka umpama "punk tepu"..."hardcore kental"...straight edge tegar"... sebenarnya sudah lama mengimpikan jalan kehidupan yg direalisasikan oleh marjinal...

aku...kenshi...ikan...addin...rentap...kaduk(takk kot.emo je lebih)....bernagan2 nak buat semua ni....nak buat kolektif...nak buat distro...nak buat zine...HATI HITAM mana lah perginya projek zine ni...tapi takpe aku teruskan usaha ini dengan nama lain iaitu sembang bebas sila dapatkan nya di ricecooker shop ya....hahaha..

pastu cita2 kami nak travel satu malaya naik van pas spm....tapi semuanya angan2 aja...aku n kenshi mengemabaara lah jgk sbb join jemaah tabligh...keluar selama 40 hari kat terengganu...penang..pahang....


tapi ternyata semua impian ini hanya angan2 kosong jer...lebih2 lagi bila kami semua sambung blaja...semuanya dok sibuk nak dapat keja gaji bessar...bini cantik...umah mewah..kereta yg gempak...aduh bosan gila bila lepak dok borak cam ni....tapi itulah hakikatnya....


apapun bila aku tgk video ttg MARJINAL & TARING BABI terubat juga kesedihan aku pada angan2 aku yg dalam terkubur tu...hahah...
tapi sehingga kini aku masih berharap yang impian itu menjadi kenyataan...tak terlambat kan untuk buat semua itu....waaaaaaaaaaa....